-----------------------------
Jawapan
Soalan 40
Rujuk semula Soalan 34
Hukum terbahagi 3 iaitu Hukum adat, akal & syarak
Mempelajari hukum akal adalah perintah Allah
Persoalannya ialah
A) Apakah takrif @ makna hukum akal?
Sebelum kita bincang takrif tersebut, kita ingat semula makna hukum adat.
Hukum itu adalah KEPUTUSAN
Adat itu adalah KEBIASAAN
Hukum adat itu TERHENTI setakat
1) alam NYATA yang dilihat oleh pancaindera sahaja. Tidak melibatkn alam ghaib.
2) tidak dihubungkan dengan Allah. Tidak ada persoalan halal @ haram. Tidak ada persoalan syurga neraka. Tidak ada persoalan agama.
3) Hukum adat terhenti setakat sunnah alam sahaja.
HUKUM AKAL pula adalah keputusan yang dibuat oleh AKAL tentang pencipta alam semesta @ pencipta sunnah alam. Hukum akal ini TIDAK TERHENTI setakat LOGIK AKAL dan perkara yang dicapai oleh pancaindera tetapi
1) dihubungkan dengan Allah
2) melibatkan kekuasaan Allah
Perumpamaan hukum akal adalah seperti ini
Untuk sampai ke sekolah, kita akan melalui kebun jiran. Semasa dalam perjalanan ke sekolah, kita terjumpa deretan BEKAS TAPAK KAKI HARIMAU didalam kebun getah milik jiran. Deretan tapak kaki harimau itu menunjukkan bahawa HARIMAU telah masuk ke dalam kebun jiran. Mustahil BEKAS tapak kaki itu terjadi sendiri. Mesti ada yang menyebabkan BEKAS itu.
NAMPAK bekas tapak kaki harimau itu adalah umpama HUKUM ADAT sahaja. SETAKAT NAMPAK BEKAS TAPAK KAKI SAHAJA. Dia TIDAK tahu bekas tapak kaki apa. Tidak lebih dari itu. Akalnya tidak sampai kepada HARIMAU.
Kenapa akalnya tidak sampai kepada harimau?
Sebab dia TIDAK KENAL HARIMAU.
Apabila ternampak bekas tapak kaki harimau dan akal kita SAMPAI kepada harimau yakni kita TAHU & FAHAM bahawa bekas itu adalah BUKTI HARIMAU sudah datang, maka itu adalah perumpamaan HUKUM AKAL
Bekas @ tanda @ bukti harimau itu ialah BEKAS TAPAK KAKINYA
Itulah tanda @ bekas @ bukti PADA ADAT
Sekarang ini apa pula BEKAS Allah ?
Bekas @ Tanda @ Bukti Allah pada akal pula ialah ALAM SEMESTA ini
Alam semesta ini telah kita LIHAT
Mustahil bekas kaki harimau terjadi sendiri
Itu tandanya ada yang memberi bekas pada adat iaitulah HARIMAU
Itulah bukti
Mustahil alam semesta ini terjadi sendiri
Itu tandanya ada yang memberi bekas pada akal iaitulah ALLAH
Secara ringkasnya makna HUKUM AKAL ialah perkara perkara tentang pencipta alam semesta dan pencipta sekalian alam yang bernama ALLAH.
Ingat ya
KITA BUKAN MEMIKIRKAN ALLAH. Akal kita tidak mampu memikirkan Allah. AKAN TETAPI KITA MAMPU MEMIKIRKAN
TANDA TANDA ALLAH pada akal
BUKTI BUKTI ALLAH pada akal
BEKAS BEKAS ALLAH pada akal
Tanda, bukti @ bekas itu adalah MAKHLUK yg mampu difikirkan. Semua makhluk itu menunjukkan perkara perkara tentang Allah.
Perkara apa tentang Allah?
Perkara yang dimaksudkan ialah 20 sifat yang mustahil sabit pada sekalian makhluk tetapi WAJIB sabit kepada Allah.
Apa dia perkara yang WAJIB sabit kepada Allah itu?
Itulah dia Wujud Qidam Baqo hingga Mutakallimun yang biasa disebut sebagai SIFAT 20.
Persoalan seterusnya ialah
B) Apakah tujuan kita mempelajari hukum akal?
Tujuan kita mempelajari hukum akal adalah untuk
1) Supaya kita kenal Allah itu TIDAK ADA YANG SEUMPAMANYA
2) Supaya kita tahu mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang disebut sebagai BIDA'AH pada akal
3) Supaya kita tahu menjaga ADAB ADAB kepada Allah.
4) Supaya kita TIDAK mencampuri urusan urusan Allah
5) Supaya kita tergolong sebagai orang yang Islam pada akal
Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan
Semua yang salah & silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu
Maaf zahir & batin
Wallohua'lam
www.dalilakal. blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan