Soalan 10
Persamaan ke 5
Semua makhluk ADA KELEMAHAN. Tidak mampu memperbuat 100% dan tidak mampu memperolehi 100% semua yang dikehendakinya. Allah itu TIDAK ADA KELEMAHAN @ QIYAMUHU BINAFSIF yakni BERDIRI ALLAH TAA'LA DENGAN SENDIRINYA.
Jelaskan makna
A) Semua makhluk ada KELEMAHAN.
B) Allah itu QIYAMUHU BINAFSIH. APA YANG QIYAMUHU BINAFSIH ??
Jawapan:
Semua makhluk ada kelemahan @ kekurangan membawa maksud kekurangan atas 3 perkara :
Kelemahan pertama:
tidak ada kuasa untuk menjadikan sesuatu daripada TIDAK ADA kepada ADA.
Contoh : Manusia
Contoh pertama utk manusia
Manusia TIDAK MAMPU MENJADIKAN walau sebiji BERAS sekalipun.
Contoh kedua untuk manusia
Kita sendiri TIDAK mampu menahan diri supaya TIDAK BERNAFAS, TIDAK SAKIT, TIDAK MATI dan lain lain.
Kenapa TIDAK MAMPU?
Kerana pada HAKIKAT semua itu adalah PERINTAH ALLAH.
kita ulang semula, pada HAKIKAT SEMUA itu adalah PERINTAH ALLAH.
Kita tahu, pasti ada yang akn tertanya tanya APA ITU PADA HAKIKAT? APA MAKSUD HAKIKAT ITU? @ PERSOALAN YANG SEUMPAMANYA
kita cerahkan sedikit sahaja tentang HAKIKAT.
Hakikat membawa maksud SEBENAR BENARNYA dari sudut HUKUM AKAL iaitu BERKAIT PERKARA PERKARA KETUHANAN SAHAJA.
Bukan berkait hukum adat
Bukan berkait hukum syarak
Keterangan lanjut perbezaan hukum adat, akal dan syarak akan kita kupas pada Bab 9-11 insya Allah
Oleh sebab itulah
Kita TIDAK MAMPU menahan diri sendiri daripada TIDAK bernafas, TIDAK sakit, kekal senang, hidup selama lamanya, TIDAK mati dan lain lain kerana SEMUA itu adalah PERINTAH ALLAH pada AKAL.
Kita TIDAK MAMPU mengubah diri kita menjadi 100% sama seperti kehendak kita.
Manusia hanya mampu MENGUBAH BENTUK sesuatu seperti mengubah bentuk KAYU menjadi MEJA.
Mengubah BESI menjadi ENJIN KERETA dan sebagainya.
Contoh kedua:
Pokok Pisang
Pokok pisang TIDAK mampu menukar BUAH PISANGNYA itu daripada LEMBUT kepada KERAS supaya tidak dimakan oleh manusia.
Contoh ketiga:
Monyet
Monyet tu TIDAK mampu mengubah dirinya menjadi MANUSIA @ makhluk lain?
Kenapa tidak mampu?
Sebabnya ialah
Pada hakikatnya, dirinya menjadi MONYET @ diri kita menjadi MANUSIA @ diri PISANG menjadi PISANG adalah atas KEKUASAAN & KEHENDAK ALLAH yakni atas QUDRAT & IRADAT ALLAH
Sekalian makhluk TIDAK mampu MEMBUAT @ MEMPEROLEHI 100% yg dikehendakinya.
Itulah kelemahan @ kekurangan yang pertama
Kelemahan yg kedua:
Semua makhluk memerlukan TEMPAT @ dalam perkataan lain
Menumpang pada satu zat iaitu BUMI @ ALAM SEMESTA @ ALAM GHAIB
Semua makhluk ADALAH BERTEMPAT
TIDAK ADA YG TERKECUALI
TIDAK ADA MAKHLUK YG TIDAK MEMERLUKAN TEMPAT
Siapa yang menjadikan semua tempat itu?
Jawabannya tentulah ALLAH...
TIDAK ADA MAKHLUK YG MAMPU MENYAMAI QUDRAT IRADAT ALLAH MENJADIKAN TEMPAT SEPERTI BUMI & ALAM SEMESTA
Itulah kelemahan ke2
Kelemahan ketiga
Semua makhluk perlu kepada MAKHLUK LAIN yakni TIDAK ADA makhluk yang boleh wujud tanpa memerlukan makhluk yang lain. Dari sudut SAINS sekalian, semua makhluk adalah dalam SATU RANTAIAN YANG BESAR DI BUMI & DI ALAM SEMESTA
SALING MEMERLUKAN
SALING MELENGKAPI
Contoh 1 : manusia
Perlu makan minum pakaian
Contoh 2 : tumbuhan perlu oksigen
Contoh 3 : Bulan memerlukan cahaya matahari
Dan lain lain.
Diambil daripada 3 kelemahan @ 3 kekurangan pada sekalian makhluk itu maka MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH 3 KELEMAHAN ITU @ SEBARANG KELEMAHAN
Iaitu:
Yang pertama
Mustahil Allah TIDAK KUASA menjadikan daripada TIDAK ADA kepada ADA.
Mustahil Allah TIDAK KUASA membalas perbuatan orang yg pada zahirnya SUDAH HANCUR BUSUK DI DALAM TANAH.
ALLAH BERKUASA MELAKUKAN SEKEHENDAKNYA.
Allah telah menurunkan al Quran dan Nabi sebagai ikutan, maka PERINTAH ALLAH DI DALAM AL QURAN SEPERTI YANG DITUNJUKKAN OLEH NABI AKHIR ZAMAN ITULAH YANG WAJIB DIIKUTI.
Yang kedua
Semua makhluk bertempat @ menumpang pada ZAT. Oleh itu mustahil Allah BERTEMPAT @ MUSTAHIL ALLAH MENUMPANG PADA ZAT SESUATU. Mustahil Allah ada dimana mana @ mustahil Allah ada di semua tempat.
ALLAH ITU WUJUD TANPA TEMPAT
Yang ketiga:
Semua makhluk memerlukan makhluk lain. Dalam erti kata lain,
ADA MAKHLUK LAIN YANG MENUMPANG PADA ZAT.
ADA ZAT LAIN YANG MENUMPANG PADA ZAT SUATU.
Maka MUSTAHIL ADA ZAT YG MENUMPANG ALLAH @
MUSTAHIL ADA ZAT YG MENUMPANG ZAT ALLAH @
MUSTAHIL ADA SIFAT YG MENUMPANG ZAT ALLAH
ALLAH @ ZAT ALLAH ITU BERDIRI DENGAN SENDIRINYA
Jika semua orang MASUK NERAKA sekalipun TIADA RUGINYA BAGI ALLAH
Jika semua orang MASUK SYURGA sekalipun TIDAK ADA MANAFAAT BAGI ALLAH
Semua rugi @ manafaat itu kembali kpd manusia itu sendiri
Manusia itulah yang MEMILIH SAMADA SYURGA @ NERAKA
Apa pula yang QIYAMUHU BINAFSIH ?
Perkataan yang lebih baik adalah
Apa pula yang TIDAK MEMERLUKAN MAKHLUK selama lamanya @ BERDIRI DGN SENDIRINYA @ wajib QIYAMUHU BINAFSIH selama selamanya?
Yg wajib QIYAMUHU BINAFSIH selama lamanya itu ialah Allah @ zat Allah
Iaitu
QUDRAT
IRADAT
ILMU
HAYAT
SAMIQ
BASIR
QALAM
Dalam perkataan lain
1) Qudrat itulah yang wajib QIYAMUHU BINAFSIH
2) Iradat itulah yang wajib QIYAMUHU BINAFSIH
3) Ilmu itulah yang wajib QIYAMUHU BINAFSIH
4) Hayat itulah yang wajib QIYAMUHU BINAFSIH
5) Sami' itulah yang wajib QIYAMUHU BINAFSIH
6) Basir itulah yang wajib QIYAMUHU BINAFSIH
7) Qalam itulah yang wajib QIYAMUHU BINAFSIH
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
Alhamdulillah....
BalasPadamAlhamdulillah....
BalasPadam