Soalan Terakhir Bab 6
Sebelum masuk Bab 7
Soalan 33
Cara mengenal Allah itu ada 3
Rujuk semula Soalan 32
Kenapa kita TAK pilih kaedah pertama dan kedua?
Kenapa kita pilih kaedah ke3, Mengenal Allah dengan Sifat 20
Kenapa?
÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷
Jawapan
Cara pertama dan kedua itu memang BAIK & TERSANGAT BAIK
Siapa yg mampu, eloklah pilih dua cara yang pertama itu
Walau bagaimana pun, cara ke-3 itu sebenar benarnya adalah cara yang TERBAIK untuk orang awam seperti saya dan mungkin kepada kita.
Kenapa pula cara ke-3 itu mungkin cara yang TERBAIK untuk kita?
Sebabnya ialah:
cara yang ke-3 itu boleh dipelajari kepada orang yang BUKAN ULAMA. Orang awam mcm kita ni pun BOLEH tetapi dengan 2 syarat iaitu :
1) sudah memahami perbezaan 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak.
2) sifat 20 itu sudah TAHKIQ baginya yakni dia sudah TERKELUAR daripada TAKLIQ iaitu ikut ikutan. Dia mampu "MENCERAHKAN" 20 sifat itu kepada orang lain SATU PERSATU SEHINGGA 20, lengkap beserta dalilnya daripada al Quran.
Cara yang ke-3 itu sebenarnya adalah salah satu KAEDAH UNTUK CEPAT MENGUASAI ILMU AKIDAH.
Saya ulang semula.
Cara ke-3 mengenal Allah dengan
mempelajari Sifat 20 adalah salah satu kaedah untuk CEPAT menguasai ilmu AKIDAH @ USULUDDIN.
Agar lebih mudah faham, saya bagi satu contoh.
Apabila kita hendak membaca al Quran, apa yang kita tengok dulu?
Sudah tentu kita akan mencari SURAH yang kita ingin baca terlebih dahulu. Seterusnya barulah kita mencari ayat yg hendak dibaca. Jika kita TIDAK JUMPA surah yang dikehendaki, kita akan mencarinya pada SENARAI SURAH yang menyertakan muka surat.
Kenapa kita cari surah @ senarai Surah terlebih dahulu?
Kerana :
senarai surah itu SANGAT MEMBANTU kita, untuk mencari ayat yang kita hendak baca. Senarai surah itu disediakan oleh orang yang FAHAM.
SIFAT 20 adalah umpama SENARAI SURAH & MUKA SURAT pada al Quran
Daripada intisari ayat ke 11 surah as Syura yang berbunyi
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
maka lahirlah SIFAT 20.
Setiap sifat itu adalah bersumberkan ayat ayat al Quran
Alim Ulama' silam yg FAHAM telah menukarkan ilmu dan kefahaman mereka dalam bidang AKIDAH ke bentuk BARU yang dinamakan SIFAT 20.
Sejarah Sifat 20 mudah dipelajari melalui internet
Dengan adanya SIFAT 20, kita lebih MUDAH & LEBIH PANTAS menguasai ilmu ilmu AKIDAH.
Insya Allah.
Semua yg baik baik itu adalah ANUGERAH ALLAH
Semua yang salah & silap itu adalah kerana KESILAPAN SAYA memperturut hawa nafsu
Sekian
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan