Assalamualaikum
Kita masih mengkupas makna
6 PERSAMAAN PADA SEMUA MAKHLUK &
MAKNA
"LAISA KAMITSLIHI SYAIUN"
Soalan 9
Semua makhluk ADA yang seumpamanya. Tidak ada yg seumpama dengan Allah @ Allah itu MUKHOLAFATUHU LILHAWADITH
Jelaskan makna
A) Semua makhluk ada yang seumpamanya.
B) Allah itu MUKHOLAFATUHU LILHAWADITH. APA YANG MUKHOLAFAH ??
Jawapan
Semua makhluk dikatakan "ada yang seumpamanya" kerana 6 sebab @ 6 persamaan. Semua 6 persamaan itu telah kita sentuh pada soalan 4
Sekali lagi kita akan sentuh 6 persamaan itu pada soalan 9 ini.
6 persamaan itu ialah
1) semua makhluk HARUS ADA
Perkara ini sudah dicerahkan seperti pada Soalan 6
2) semua makhluk ADA PERMULAAN
Perkara ini sudah dicerahkan seperti Soalan 7
3) semua makhluk BERUBAH
Perkara ini sudah dicerahkan seperti Soalan 8
4) semua makhluk ADA PERSAMAAN
Perkara ini sedang dibincangkan pada Soalan ini iaitu soalan 9
Insya Allah
5) semua makhluk ada KELEMAHAN
Akan dibincang pada Soalan 10
Insya Allah
6) zat semua makhluk berbilang bilang pd satu zat
Akan dibincang pada soalan 11
Insya Allah
Oleh kerana semua yang sabit pada sekalian makhluk itu MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH maka
Allah itu
1) wajib ada @ wajib wujud
2) wajib sedia ada @ wajib qidam
3) wajib kekal @ wajib baqo'
4) wajib bersalahan @ wajib mukholafah
5) wajib berdiri dgn sendiri @ wajib qiamuhu binafsih
6) esaNYA wajib TIDAK BERBILANG BILANG @ wajib wahdaniat
Apa pula yang MUKHOLAFATUHU LILHAWADITH @ MUKHOLAFAH ?
Yakni
@ Apa pula yang bersalahan dengan Allah Ta'ala ?
Perkataan yang lebih sempurna adalah:
Apa pula yg TIDAK ADA PERSAMAAN selama lamanya @ wajib MUKHOLAFAH selama lamanya?
Yang wajib MUKHOLAFAH selama lamanya itu ialah Allah @ zat Allah
Iaitulah
QUDRAT
IRADAT
ILMU
HAYAT
SAMIQ
BASIR
QALAM
Dalam perkataan lain
1) Qudrat itulah yang wajib MUKHOLAFAH
2) Iradat itulah yang wajib MUKHOLAFAH
3) Ilmu itulah yang wajib MUKHOLAFAH
4) Hayat itulah yangg wajib MUKHOLAFAH
5) Sami' itulah yang wajib MUKHOLAFAH
6) Basir itulah yang wajib MUKHOLAFAH
7) Qalam itulah yang wajib MUKHOLAFAH
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
Alhamdulillah....
BalasPadam