Soalan 34
Menurut Ahli Sunnah Wal Jammah, kita TIDAK akan tahu perbuatan kita itu samada
Benar @ tidak pada ADAT
Benar @ tidak pada AKAL
Benar @ tidak pada SYARAK
melainkan kita SUDAH MEMAHAMI perbezaan antara 3 hukum tersebut.
Persoalannya ialah :
Apakah ayat al Quran yang kita pegang sebagai BUKTI bahawa sanya hukum itu terbahagi 3 iaitu
Hukum Adat
Hukum Akal dan
Hukum Syarak
Jawapan
Saya tunjukkan 2 ayat al Quran sebagai bukti hukum itu terbahagi 3
Ayatnya seperti berikut
وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ
Surah Al-Balad (QS 90:10)
"dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan". (kebajikan dan kejahatan)
إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا
"Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir." Surah Al-Insan (QS.76:3)
Persoalannya
Ayat tu mana ada menyebut 3 hukum.
Mana datangnya 3 hukum?
Begini
Allah telah menunjukkan dua jalan iaitu
1) jalan syukur
2) jalan kufur
Jalan syukur yang dimaksudkan oleh ayat itu ialah jalan jalan mensyukuri NIKMAT ANUGERAH ALLAH kepada kita iaitu :
Dianugerahkan TELINGA untuk mendengar ayat ayat Allah.
Dianugerahkan MATA untuk melihat ayat ayat Allah.
Pendek kata
Dianugerahkan HIDUP dan nikmat nikmat lain yang TIDAK TERHINGGA untuk kegunaan kita MENTAUHIDKAN ALLAH.
Sesiapa yang benar benar menggunakan nikmat anugerah Allah itu kerana disedarnya semua itu ANUGERAH ALLAH maka dikatalah dia memilih JALAN SYUKUR.
Sesiapa yang menganggap NIKMAT itu sebagai "TIDAK ADA APA2 APA" dan semua itu hanyalah untuk KEGUNAAN DUNIA semata mata, tidak dihubungkan kepada Allah, maka dikatalah dia memilih JALAN KUFUR.
Maka orang yang memilih JALAN SYUKUR itu disebut sebagai orang yang BERAKAL.
Manakala orang yang memilih JALAN KUFUR itu pula disebut sebagai orang yang TIDAK BERAKAL.
Secara ringkasnya
1) HATI @ fikiran yang terhenti setakat LOGIK AKAL @ sunnah alam sahaja (tidak dikaitkan dengan Allah) maka disebut sebagai HUKUM ADAT
2) Hati @ fikiran yang TIDAK TERHENTI sekadar logik akal shj akan tetapi sampai kepada Allah pula, disebut sebagai HUKUM AKAL
3) Dan semua yang disebut di dalam al Quran & Hadith itu disebut sebagai HUKUM SYARAK
Itulah BUKTI dari Al Quran bahawa sanya hukum itu terbahagi 3 iaitu :
hukum adat, akal & syarak
Semua yang baik baik itu adalah ANUGERAH ALLAH.
Semua yang salah & silap itu adalah kerana KESILAPAN SAYA memperturut hawa nafsu
Sekian
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan