Soalan 7
Semua makhluk ADA PERMULAAN. Allah TIDAK ada permulaan @ Allah itu QIDAM.
Jelaskan makna👇
A) Semua makhluk ada permulaan.
B) Allah itu QIDAM. APA YANG QIDAM?
Jawapan
Semua makhluk ada permulaan membawa maksud 4 perkara :
Maksud
1) Makhluk yang diterbitkan dan menerbitkan
iaitu sebahagian makhluk yang WUJUDI @ BERJIRIM.
Masih ingat tak takrif makhluk wujudi? Untuk yang masih ingat ingat lupa tu, sila semak semula soalan 3.
Apa pula makna diterbitkan ?
Dan apa makna menerbitkan?
Makna "diterbitkan" disini ialah "dilahirkan" @ "diperanakkan"
Makna "menerbitkan" pula ialah "melahirkan" @ "beranak"
Oleh itu contoh makhluk yang BERANAK & DIPERANAKKAN @ terbit dan menerbitkan ialah PEREMPUAN @ BETINA yg normal seperti kita.
Maksud
2) Makhluk yg diterbitkan tapi TIDAK menerbitkan
Yakni dilahirkan tapi TIDAK melahirkan iaitu seperti LELAKI @ JANTAN
Diambil dari itu, maka 2 kategori makhluk ini dikatakan ada baginya 8 arah @ 8 dimensi yg disebut dalam Bahasa Arab sebagai JIHAT
BUKAN JIHAD ya..
Tapi JIHAT, ejaannya ialah
j-i-h-a-t BUKAN j-i-h-a-d
Kiri kanan
Atas bawah
Depan belakang
Luar dalam
Maksud
3) Makhluk yang TIDAK diterbitkan tapi menerbitkan
Contohnya ialah Isteri Nabi Adam iaitu Hawa
Beliau TIDAK diperanakkan tetapi melahirkan anak dan cucu.
4) Makhluk yang TIDAK diterbitkan & TIDAK menerbitkan iaitulah semua makhluk yang BUKAN WUJUDI @ BUKAN JIRIM.
Adakah kita masih ingat apa makna makhluk wujudi dan bukan wujudi
Makluk berjirim dan bukan berjirim?
Bagi yg ingat ingat lupa tu, eloklah semak Soalan 3 ya..
Jawapannya ada disana.
Diambil daripada semua maksud itu maka sekalian makhluk adalah 3 perkara pula iaitu :
1) semua makhluk bertempat @ BERDIRI PADA SATU ZAT iaitu samada dialam semesta
@ dibumi @ dialam ghaib
2) semua makhluk adalah ditempati iaitu ada yg menumpang pada zat sesuatu makhluk @ ada sesuatu yang BERDIRI pada zat sesuatu yg lain seperti PAKAIAN KITA MENUMPANG PADA TUBUH KITA, binatang menumpang pada pokok, ikan menumpang dalam air dan sebagainya.
Maka
DIKATALAH PAKAIAN ITU MENUMPANG PADA ZAT @ pakaian itu berdiri pada tubuh kita dan yang seumpamanya.
Semua yang menumpang pada zat sesuatu @
Semua yang berdiri pada zat sesuatu
ADALAH MAKHLUK
TIDAK ADA YANG TERKECUALI
MAKHLUK ITU YANG BERDIRI PADA SESUATU
Saya ulang semula..
SEMUA MAKHLUK ADALAH BERDIRI PADA SESUATU
YAKNI
SEMUA MAKHLUK ADALAH MENUMPANG PADA SESUATU
3) Semua yang ada 8 arah @ 8 jihat iaitu adalah makhluk.
Semua yang ada
Depan belakang
Atas bawah
Kiri kanan
Luar dalam adalah MAKHLUK
Maka MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH SEMUA YANG SABIT PADA SEKALIAN MAKHLUK
Oleh sebab itu :
1) MUSTAHIL ALLAH ITU BERTEMPAT
2) MUSTAHIL ADA YANG MENEMPATI ALLAH @ ZAT ALLAH @ SIFAT ALLAH
Atau
MUSTAHIL ADA YANG MENUMPANG ALLAH @ MENUMPANG ZAT ALLAH @ MENUMPANG SIFAT
@ MUSTAHIL ADA YANG BERDIRI PADA ALLAH @ BERDIRI PADA ZAT ALLAH @ BERDIRI PADA SIFAT ALLAH
3) MUSTAHIL ADA BAGI ALLAH ITU 8 JIHAT IAITU
KIRI KANAN
ATAS BAWAH
DEPAN BELAKANG
LUAR & DALAM
Apa pula yang WAJIB QIDAM @ WAJIB SEDIA ADA SEJAK AZALI? TIDAK ADA PERMULAAN
Yang wajib Qidam @ TIDAK ADA PERMULAAN itu ialah ZAT ALLAH iaitu
QUDRAT
IRADAT
ILMU
HAYAT
SAMIQ
BASAR
QALAM
Dalam perkataan lain:
1) QUDRAT ITULAH YANG WAJIB QIDAM
2) IRADAT ITULAH YANG WAJIB QIDAM
3) ILMU ITULAH YANG WAJIB QIDAM
4) HAYAT ITULAH YANG WAJIB QIDAM
5) SAMIQ ITULAH YANG WAJIB QIDAM
6) BASIR ITULAH YANG WAJIB QIDAM
7) QALAM ITULAH YANG WAJIB QIDAM
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan