(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Rabu, 16 Disember 2015

Soalan 27: A) Apakah Takrif @ Makna Mengenal Allah? B) Apakah ayat al Quran yang menjadi pegangan umat Islam sebagai BUKTI @ DALIL PERINTAH MENGENAL ALLAH ?

Jawapan soalan 27


Soalan 27


A) Apakah Takrif @ Makna Mengenal Allah?

B) Apakah ayat al Quran yang menjadi pegangan umat Islam sebagai BUKTI @ DALIL PERINTAH MENGENAL ALLAH ?


Jawapannya

Takrif mengenal Allah ialah MEMBEZA antara MAKHLUK dengan PENCIPTA MAKHLUK iaitu ALLAH.

Oleh itu:

Orang yang mengenal Allah ialah orang yang DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA SEKALIAN MAKHLUK daripada ALLAH.

Bagsimsna ingin membezakan??

Kita ingat semula 6 persamaan pada sekalian makhluk seperti pada soalan 4.

Contoh untk memudahkan faham :

1) Orang yang TIDAK MAMPU MEMBEZAKAN antara LEMBU & HARIMAU ialah orang yang TIDAK MENGENAL lembu & harimau.

Orang yang MENGENAL LEMBU & HARIMAU akan dapat membezakan antara LEMBU dan HARIMAU.

Dia dengar sahaja orang sebut LEMBU @ HARIMAU secara spontan dia SUDAH TAHU.

1) zat @ diri lembu dan harimau
2) sifat @ rupa lembu dan harimau
3) kelakuan lembu dan harimau

Contoh 2

Apabila disebut pokok manggis,
Orang yang kenal pokok manggis akan TERGAMBAR dalam akalnya tentang manggis dari hujung pucuk hingga ke hujung akar. Dia mampu MEMBEZAKAN antara manggis dengan RAMBUTAN.
Oleh sbb itu

Apabila disebut kalimah "Allah" orang yang mengenal Allah secara spontan DAPAT MEMBEZAKAN antara sekalian makhluk dengan Allah.

1) Sekalian makhluk harus ada,
Allah wajib ada.

2) Sekalian makhluk ada permulaan,
Allah sedia ada.

3) Sekalian makhluk berubah,
Allah kekal.

4) Sekalian makhluk ada yang seumpamanya,
Allah tidak ada yang seumpamaNYA.

5) Sekalian makhluk lemah @ ada kekurangan,
Allah berdiri dengan sendiri.

6) Zat sekalian makhluk berbilang bilang,
Zat Allah tidak berbilang bilang.



Dalil @ bukti perintah menyuruh kenal Allah ialah ayat ke-19 surah Muhammad seperti berikut :

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُْ


Maka ketahuilah olehmu, bahwa sesungguhnya TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH

Surah Muhammad : 19


Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

1 ulasan: