(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Isnin, 14 Disember 2015

Soalan 5 Apakah Takrif Sifat?

Soalan 5

Apakah takrif SIFAT?

Berikan 2 takrif dan contoh sifat bagi setiap kategori makhluk.

Jawapan

Apakah Takrif Sifat?

Saya sebutkan 2 takrif sifat yg disebutkan oleh 2 pengarang kitab.

Takrif SIFAT yg dinyatakan dalam kitab Akidatun Najin ialah "perkara yang MENUMPANG pada ZAT".

Takrif SIFAT yg dinyatakan dalam kitab Diddul Bathil Wahujjatul Baligh ialah "RUPA bagi setiap makhluk"

Takrif yang disebutkan berbeza sedikit akan tetapi MAKSUD sebenar kedua dua takrif adalah SAMA iaitu merujuk kepada :

1) SIFAT & ZAT YG TIDAK TERPISAH
    SELAMA LAMANYA pada ADAT.

2) SIFAT & ZAT itu ESA.

Untuk memudahkan perkongsian ilmu, kita gunakan takrif yg dinyatakan oleh Tuan Guru Sheikh Abdul Kasim al Mandili dalam kitab beliau yg berjudul Diddul Bathil Wahujjatul Baligh.

Sifat yg dimaksudkan ialah RUPA SETIAP MAKHLUK iaitu makhluk yg berjirim & tidak berjirim. Dalam perkataan lain SIFAT ialah :

1) Rupa bg setiap makhluk yang
    wujudi & tidak wujudi.

2) Rupa yang TIDAK PERNAH
    TERPISAH dpd zat selama lamanya.

Jika zatnya ADA maka rupanya itupun ADA.
Jika zatnya TIDAK ADA maka rupanya itu pun TIDAK ADA.

Jika makhluk itu wujudi @ berjirim maka sifatnya itu @ rupanya itu adalah wujudi. Jika wujudi, maka sifatnya itu boleh dicapai oleh salah satu daripada 5 pancaindera.

Jika makhluk itu bukan wujudi @ bukan jirim maka rupanya itu bukan wujudi @ bukan jirim. Jika bukan wujudi maka RUPANYA TIDAK BOLEH DICAPAI OLEH MANA MANA PANCA INDERA.

Walaupun sifat @ rupanya TIDAK DICAPAI OLEH PANCAINDERA akan tetapi, rupanya itu BOLEH DIFIKIRKAN dan DAPAT DIBAYANG BAYANGKAN oleh HATI kerana ianya adalah MAKHLUK yang ada persamaan dengan makhluk lain.

Ingat semula pencerahan soalan 3, iaitu sekalian makhluk, tidak kira samada wujudi @ bukan wujudi, sekaliannya itu ada 6 PERSAMAAN.

Apa tujuan kita mengulangkaji perkara ini??

Tujuannya ialah supaya kita tahu makna LAISA KAMITLIHI SYAIUN iaitu bahawasanya Allah Ta'ala itu SAMA SEKALI TIDAK ADA PERSAMAAN DENGAN SEBARANG MAKHLUK. Allah Ta'ala TIDAK DICAPAI oleh pancaindera selama lamanya.

Oleh sebab itu, Allah Ta'ala TIDAK ADA PERSAMAAN DENGAN SEBARANG MAKHLUK WUJUDI @ MAKHLUK BUKAN WUJUDI.

Kita ulang semula, iaitu rupa bagi semua makhluk wujudi @ bukan wujudi ini ada 6 persamaan.

1) rupanya itu harus ada
2) rupanya itu ada permulaan
3) rupanya itu berubah
4) rupanya itu ada yang seumpamanya
5) rupanya itu memiliki kelemahan
6) diri bagi rupa itu berbilang bilang.

Contoh pertama makhluk wujudi ialah BOLA.
Pancaindera kita yang dapat mencapai sifat @ rupa BOLA itu ialah MATA. Sifat yang dicapai oleh mata itu seperti :

1) BENTUK BULAT @ TIDAK
     BERSEGI
2) BERWARNA seperti warna putih.
3) BERAT 100 gram dilihat melalui
     ALAT penimbang berat.


Contoh kedua makhluk wujudi ialah ANGIN. Pancaindera kita yang dapat mencapai sifat @ rupa angin itu ialah KULIT tubuh.
Sifat @ rupa yang dicapai oleh kulit itu ialah :

1) Hembusan angin
2) Suhu angin
3) Kelajuan angin disukat melalui
     ALAT penyukat kelajuan angin.


Contoh ketiga makhluk wujudi ialah GURUH. Pancaindera kita yang dapat mencapai sifat @ rupa guruh ialah TELINGA. Sifat @ rupa guruh yang dicapai oleh telinga itu ialah :

1) Bunyi guruh.
2) Bentuk bunyi guruh.
3) Kekuatan bunyi guruh yang disukat
     melalui ALAT penyukat kekuatan
     bunyi.



Dan 1001 rupa @ sifat yg lain. Jika kita faham 3 contoh makhluk wujudi itu dan contoh 3 sifatnya setiap satu, kita akan mudah faham sifat @ rupa makhluk makhluk wujudi yang lain. Insya Allah..

Kita tengok pula contoh bagi makhluk BUKAN WUJUDI @ BUKAN JIRIM

Makhluk bukan wujudi itu terbahagi 2 iaitu

1) yang ADA SUNGGUH seperti Tahun 1437 Hijrah

2) yang SAMA SEKALI TIDAK ADA.
     Hanya ada pada fikiran @
     LINTASAN HATI.


Contoh pertama bagi yang ADA SUNGGUH ialah TAHUN 1437 HIJRAH

Pancaindera kita TIDAK MENCAPAI zat Tahun 1437 Hijrah tetapi Tahun 1437 H itu MEMANG WUJUD @ MEMANG ADA. Oleh itu, ia tetap makhluk yang memiliki 6 persamaan dengan semua makhluk yang lain iaitu :

1) makhluk yang harus ada
2) makhluk yang ada permulaan
3) makhluk yang berubah
4) ada makhluk yang seumpamanya
5) ada kekurangan @ kelemahan
6) zatnya berbilang bilang.

Kenapa dikata berbilang bilang ?

Sebabnya ialah Tahun 1437 Hijrah itu ada awal ada hujung ada tengah. Itulah contoh berbilang bilang zat pada zat yg satu bg makhluk bukan jirim seperti TAHUN.

Contoh kedua ialah

Contoh bagi makhluk YANG SAMA SEKALI TIDAK ADA. Hanya ada pada fikiran @ lintasan hati iaitu GAJAH BERKEPALA 1000

Takda orang akan jumpa gajah berkepala 1000  sampai bila bila.

Itulah contoh BIDAAH PADA ADAT

Kenapa gajah kepala 1000 dikategorikan sebagai MAKHLUK??

Sebabnya ialah

1) gajah seperti itu BOLEH DIBAYANG BAYANGKAN sebab ada persamaannya dengan gajah yang BIASA.

2) setiap yang TERLINTAS DALAM HATI @ FIKIRAN itu samada makhluk wujudi @ bukan wujudi adalah MAKHLUK. Dan SEMUA makhluk PASTI akan BINASA tidak ada yang terkecuali.

Itulah 5 contoh makhluk. SETIAP MAKHLUK ADA SIFAT @ RUPA MASING MASING.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya :

ALLAH TA'ALA

1) Maha Suci daripada RUPA @ SIFAT kerana semua yang bersifat itu adalah MAKHLUK.

2) Maha Suci daripada yang DISIFATKAN @ DIRUPA RUPAKAN oleh segala kafir kerana semua yang mereka dirupa rupakan @ mereka gambar gambarkan itu adalah MAKHLUK

Buktinya adalah firman Allah yang berbunyi

ٍَْ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يَصِفُونَ

Yang terjemahnya ialah

Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka sifatkan (daripada apa yang mereka rupa-rupakan)

Surah al-an'am : 100

Segala yg baik baik itu anugerah Allah
Segala yg salah & sila itu kerana saya memperturut hawa nafsu.

Wallohua'lam

www.dalilakal.blogspot.com

2 ulasan: