Assalamualaikum
Soalan 11
Persamaan Ke-6
Zat sekalian makhluk BERBILANG BILANG
Berbilang bilang zat pd zat yg satu
Zat Allah TIDAK BERBILANG BILANG
Zat Allah itu ESA @ Allah itu WAHDANIAT
Jelaskan makna?
A) Zat semua makhluk berbilang bilang.
B) Allah itu WAHDANIAT.
Apa yang Wahdaniat?
Jawapan
Sekalian makhluk wujudi @ bukan wujudi adalah BERBILANG BILANG ZAT PADA ZAT YG SATU
Pada makhluk wujudi,
Berbilang bilang zat pada satu zat bermaksud 4 perkara :
Maksud yang pertama :
zat itu ada BERLAPIS BERSUSUN
Berlapis bermakna ada 2 bahagian iaitu
1) Bahagian dalam
&
2) Bahagian luar
Bersusun bermakna ada 3 bahagian iaitu
1) Bahagian atas-bawah-tengah
2) Bahagian kiri-kanan-tengah
3) Bahagian depan-belakang-tengah
Pada setiap satu zat itu ada zat yg berlainan
Contoh pada DIRI KITA MANUSIA ada
Pada bahagian ATAS TUBUH ada
Zat kepala
Zat leher
Zat dada
Pada zat KEPALA itu pula ada
Zat mata
Zat telinga
Zat rambut
Dan 1001 zat yg lain
Maka pada 1 zat ada bermacam macam zat
Pada zat yg bermacam macam itu pula ada bermacam macam zat lagi
SEMUA ZAT ITU BERBEZA BEZA
KESATUAN SEMUA ZAT ITULAH DIRI KITA
Itulah makna ESA PADA ADAT
Iaitu ESA BERBILANG BERBILANG
yakni KESATUAN SEMUA ZAT @ ALAT @ KELENGKAPAN pada DIRI dari hujung rambut hingga hujung kaki LUAR & DALAM, ZAHIR & BATIN
Itulah diri kita yang ESA BERBILANG BILANG.
kami ulang semula.
KESATUAN semua ZAT dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar & dalam, yang berbilang bilang pada diri kita itu @ disebut juga sebagai ALAT yg berbilang bilang itu @ disebut juga sebagai PERKAKAS yang berbilang bilang itu adalah ESA BERBILANG2 PADA ADAT
Allah itu pula ESA TIDAK BERBILANG BILANG PADA AKAL
Untuk makhluk BUKAN wujudi pun sama juga, ada bahagian bahagianya yang BERBEZA.
Contoh makhluk BUKAN wujudi : Tahun 1437 hijrah
Ada bahagian awal tahun
Ada bahagian hujung tahun
Ada bahagian tengah tahun
Itulah maksud pertama
Maksud ke-2 & ke-3 ialah
Zat itu ada :
1) kelakuan @ fi'il
2) sifat @ rupa
Contoh bagi makhluk bernyawa
ialah : manusia
Kelakuan @ fi'il zat manusia itu
adalah dengan HAWA NAFSU. Itu contoh bg makhluk bernyawa.
Kelakuan @ fi'il bg makhluk tidak bernyawa adalah TIDAK dgn HAWA NAFSU
Contoh kelakuan batu ialah DIAM tidak bergerak gerak.
Maksud ke-4
Kelakuan makhluk itu JADI PADA ADAT kerana adanya "ALAT" spt TULANG, URAT, DARAH DAGING, dan sebagainya. TANPA "ALAT" itu manusia TIDAK ADA KUASA.
Sifat Makhluk itu pula
dapat DIFIKIRKAN kerana ada PERSAMAAN DENGAN SIFAT MAKHLUK YANG LAIN
Setiap yang sabit pada sekalian makhluk MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH
Maka
1) mustahil zat Allah itu berbilang bilang pdada .zat yg satu.
Mustahil Allah ada bahagian seperti:
Bahagian Atas-bawah
Bahagian Kiri-kanan
Bahagian Depan-belakang
2) Pekehendak @ Iradat makhluk adalah dengan "ALAT" maka mustahil Pekehendak Allah @ Iradat Allah dengan "ALAT"
3) sifat makhluk boleh difikirkan. MAMPU DIFIKIRKAN.
Sifat Allah TIDAK BOLEH DIFIKIRKAN @
TIDAK MAMPU DIFIKIRKAN
Yang mampu difikirkan oleh akal itu HANYALAH
TANDA TANDA ALLAH @
BUKTI BUKTI ALLAH
BUKANNYA ALLAH YG KITA FIKIRKAN
BUKANNYA SIFAT ALLAH YG KITA FIKIRKAN
ALLAH ITU TIDAK ADA PERSAMAAN DGN SEBARANG MAKHLUK DAN TIDAK PERNAH DICAPAI OLEH PANCA INDERA SELAMA LAMANYA
Apa pula yang WAHDANIAT ?
Perkataan yang lebih baik adalah
Apa pula yang zatnya ESA TIDAK BERBILANG BERBILANG @ wajib WAHDANIAT?
Yg wajib WAHDANIAT itu ialah Allah @ zat Allah
Iaitu
QUDRAT
IRADAT
ILMU
HAYAT
SAMIQ
BASIR
QALAM
Dalam perkataan lain
1) Qudrat itulah yang wajib WAHDANIAT
2) Iradat itulah yang wajib WAHDANIAT
3) Ilmu itulah yang wajib WAHDANIAT
4) Hayat itulah yang wajib WAHDANIAT
5) Sami' itulah yang wajib WAHDANIAT
6) Basir itulah yang wajib WAHDANIAT
7) Qalam itulah yang wajib WAHDANIAT
Wallohua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan