Jawapan Soalan No 21
KALIMAH ALLAH
TIDAK BOLEH DITAKRIFKAN
Apa perbezaan antara makna ALLAH dan makna TUHAN ?
Berikan perbezaan berdasarkn kitab rujukan
Jawapan
Berdasarkan kitab Did Dul Bathil Wahujjatul Baligh karangan Sheikh Abd Kasim untuk mudah memahami sesuatu istilah SYARAK kita perlu memahami istilah tersebut pada ADAT.
Oleh itu untuk memahami takrif @ makna TUHAN pada SYARAK, terlebih dahulu kita perlu memahami takrif @ makna TUHAN pada ADAT
Makna TUHAN pada ADAT ada
2 iaitu :
1) sembahan @ yang disembah.
2) yang menjadikan.
Justeru
Makna TUHAN PADA SYARAK itu ada 2 iaitu :
1) TUHAN yang disembah oleh
orang Islam
Dalil @ Buktinya :
مَلِكِ النَّاسِ ﴿٢﴾an-nas : 2
إِلَـٰهِ النَّاسِ ﴿٣﴾an-nas : 3
Yang ertinya :
Raja segala manusia
Yang disembah oleh segala manusia (yang Islam)
2) TUHAN yang menjadikan
sekalian alam yang yang
"laisa kamitslihi syaiun"
Dalil @ Buktinya ialah :
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
َal-Fatihah : 2
Yang ertinya :
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan sekalian alam.
Benda @ perkara yang boleh ditakrifkan hanyalah MAKHLUK.
Oleh kerana Allah itu BUKAN MAKHLUK maka ALLAH TIDAK BOLEH DITAKRIFKAN.
Maka TIDAK ada makna ALLAH pada ADAT.
Makna ALLAH hanya ADA pada SYARAK iaitu makna yang tersebut didalam al Quran dan Hadith.
Dalil @ Buktinya : al-Fatihah : 2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dimana TUHAN YANG MENJADIKAN SEKALIAN ALAM menamakan diriNYA sebagai "ALLAH".
Makna TUHAN pada AKAL & pada SYARAK adalah SAMA iaitu:
NAMA TUHAN @ NAMA ZAT yang menjadikan sekalian alam yang tidak ada seumpama dengan sesuatu @ "laisa kamitslihi syaiun"
Itu takrif dan makna yang diberi oleh Sheikh Abd Qosim al Mandele
Berdasarkan Kitab Akidatun Najin pula, makna TUHAN itu ialah
TUMPUAN SEKALIAN MAKHLUK @ TUMPANGAN SEMUA MAKHLUK
Makna ALLAH pula ialah NAMA TUHAN @ NAMA ZAT yang disembah oleh orang ISLAM yg menjadi tumpuan sekalian makhluk
Pada syarak kalimah "TUHAN" itu dirujuk kepada kalimah "ALLAH" yang disebut oleh Al Quran & Hadith
Buktinya :
al- Fatihah : 2
Seperti yang telah disebutkan diatas.
Pada ADAT pula, kalimah Tuhan itu UMUM dan boleh dirujuk kepada SEMBAHAN MANUSIA termasuk yg disembah oleh orang kafir.
Orang kafir menyembah BERHALA. Maka berhala itulah TUHAN orang kafir PADA ADAT.
Kami ulang semula
Berhala itulah TUHAN orang kafir PADA ADAT (BUKAN PADA SYARAK BUKAN PADA AKAL) iaitu merujuk kepada SEMBAHAN orang kafir yang kita lihat sehari hari.
PADA SYARAK & PADA AKAL PULA
TUHAN BAGI ORANG KAFIR & ORANG ISLAM ADALAH SAMA IAITU ALLAH yang dirujuk kepada takrif kedua iaitu "YANG MENJADIKAN".
ALLAH ITULAH TUHAN YANG MENJADIKAN ORANG KAFIR & ISLAM.
BAHKAN ALLAH ITULAH TUHAN SEKALIAN MAKHLUK yakni YANG MENJADIKAN SEKALIAN MAKHLUK
Sebab itu
Pada syarak, nama Tuhan @ nama Allah itu ada 99 (tidak bermakna hanya ada 99, sebenarnya tidak ada had)
Saya pasti ada yang "KABUR" dengan 3 istilah ini iaitu
Pada adat
Pada akal
Pada syarak
Tak mengapa, kita masih pada permulaan silibus. Perkara itu akn kita cerahkan dan kupas pada Bab 7- 9 insya Allah
Kami ulang lagi.
Kita akan bincang lebih mendalam akan makna ADAT, AKAL & SYARAK pada Bab 7-9.
Insya Allah
Apa yg disentuh pd soalan ini hanya sekadar "PENGENALAN" sahaja.
Wallohua'lam.
www.dalilakal.blogspot.com
Alhamdulillah....
BalasPadamapa merepek nih.. tuhan tu bukan nama Allah yg duk kaji tu pasal apa..
BalasPadamBetul...!!!
PadamTuhan tu untuk orang kafir dan Allah tu untuk orang Islam
BalasPadam