Soalan 32
Soalannya
Nak kenal makhluk sangat mudah
Boleh dicapai oleh salah satu pancaindera
Tapi Allah tidak dicapai oleh pancaindera selama lamanya dan tidak ada persamaan dengan sekalian makhluk selama2nya.
Macam mana nak kenal?
Bagaimana cara mengenal Allah yang tidak ada persamaan dengan sekalian makhluk itu?
÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷
Jawapan
Cara untuk mengenal Allah itu ada 3
Pertama:
Mempelajari isi kandungan al Quran itu KESELURUHANNYA dari ayat pertama hingga ayat terakhir daripada orang yang FAHAM.
Siapa orang yang faham itu?
Jawabannya ialah
Tidak lain tidak bukan iaitulah ULAMA
Ulama PEWARIS NABI kerana Nabi pernah bersabda yang bunyinya :
Al Ulama warorasatul ambia
yang bermaksud
Ulama itu pewaris Nabi
JANGAN DIPELAJARI AL QURAN ITU TANPA ILMU @ TANPA GURU YANG FAHAM
Mempelajari al Quran tanpa ilmu @ tanpa guru yang faham adalah BERDOSA BESAR
Itulah cara pertama mengenal Allah
Cara ke-2 ialah:
Mempelajari sekurang kurangnya ayat ayat yang TURUN DI MEKAH. Ayat ini disampaikan kepada Nabi sebelum Baginda berhijrah ke Madinah al Munawwarah. Ayat ayat yangg turun di Mekah itu dikenali sebagsi ayat ayat MAKKIAH.
Kebanyakkan ayat ayat Makkiah adalah ayat ayat yang berhubung dengan perkara KETUHANAN YANG MAHA ESA. Ayat ayat ini turun dalam tempoh HAMPIR 13 TAHUN. Dalam tempoh itulah Baginda Rosul membina dan memperteguh IMAN @ AKIDAH UMAT ISLAM sehingga sahabat sahabat
sanggup DIBAKAR,
sanggup DISULA
sanggup DISIKSA SAMPAI MATI
Iman @ akidah yang dibina oleh Nabi sebelum berhijrah ke Madinah itu adalah berpandukan AYAT AYAT YANG DITURUNKAN DI MEKAH.
Dengan siapa nak belajar ayat ayat MAKKIAH tu?
Jawapannya sama dengan cara pertama diatas
WAJIB DIPELAJARI DARI ULAMA PEWARIS NABI
Apa tanda Ulama Pewaris Nabi?
Macam mana nak tahu orang tu ULAMA PEWARIS NABI?
Tuan Guru Sheikh Abd Kasim Al Mandili ada menyebutkan bahawasanya TANDA ULAMA itu ada 12.
12 tanda itu diringkaskan menjadi 2 sahaja.
Apa dia yang 2 tanda itu?
2 tanda ulama pewaris Nabi itu ialah, perbuatannya hanya berkisar kepada perkara yang FARDU @ SUNAT sahaja.
Selain daripada itu DIA TAK BUAT
Yang MAKRUH pun dia tak buat
Kenapa yang makruhpun dia TAK BUAT?
Sebabnya ialah perkara yang MAKRUH adalah termasuk perkara yang DITEGAH ALLAH
Yang makruhpun dia tak buat
DOSA KECIL lagilah dia tak buat
TERLEBIH LEBIH LAGI dia TIDAK AKAN MELAKUKAN DOSA BESAR
Itulah 2 TANDA ULAMA PEWARIS NABI yang disebutkan oleh Tuan Guru Sheikh Abdul Kasim @ Sheikh Abdul Qosim al Mandili
Itu adalah cara ke-2 mengenal Allah.
Apa pula cara ke-3?
Cara ke-3 ialah
Dengan kaedah Sifat 20
Sifat 20?
Ya............SIFAT 20........
Macam mana boleh Sifat 20 dikatakan sebagai satu CARA utk MENGENAL ALLAH?
Ok
Dengar baik2
Sifat 20 ini ada 2
1) sifat 20 untuk makhluk
2) sifat 20 untuk Allah
Saya yakin ..
Pasti ada yang hairan
Hairan kerana pertama kali mendengar Sifat 20 utk makhluk
Selama ini kita hanya mendengar Sifat 20 untuk Allah iaitu Wujud Qidam Baqo hingga Mutakallimun.
Tak pernah dengar sifat 20 untuk makhluk
Sifat 20 untuk makhluk itu adalah DALIL AKAL UNTUK MENTAHKIQKAN Wujud Qidam Baqo hingga Mutakallimun.
Takpa
Kita akan kongsikan Sifat 20 mulai pada Bab 7 insya Allah
Semua yang baik baik itu adalah ANUGERAH ALLAH
Semua yang salah & silap itu adalah kerana KESILAPAN SAYA memperturut hawa nafsu
Sekian
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
Alhamdulillah....
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadam