Soalan 39
Maksud bagi ketiga tiga perkataan ini adalah berbeza. Cerahkan perbezaan 3 perkataan itu dan berikan contoh.
1) adat
2) pada adat
3) hukum adat
Jawapan
Maksud bagi perkataan ADAT dan
PADA ADAT adalah SAMA
Hanya sebutan sahaja yang berbeza
Maksud HUKUM ADAT pula sudah KHUSUS, sudah spesifik
Saya ulang semula
Maksud perkataan ADAT dan PADA ADAT sangat UMUM
Maksud perkataan menurut HUKUM ADAT pula sudah khusus.
Sebelum saya berikan contoh bagi ketiga tiga istilah itu, saya berikan satu contoh dalam bentuk matematik agar lebih mudah diifahami. Kita dah belajar topik SET ketika tingkatan 1. Contoh soalan seperti ini
Set A = {0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9}
Set B = {9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1, 0}
Set C = {2, 4, 6, 8}
Set A umpama ADAT
Set B umpana PADA ADAT
Set C umpama HUKUM ADAT
Apabila disebut SET A & SET B maka maksud kedua duanya adalah SAMA
Itulah contoh untuk memahami perkataan ADAT & PADA ADAT
Maksud kedua duanya adalah SAMA
Apabila disebut PADA ADAT ia tidak semestinya HUKUM ADAT
Tetapi apabila disebut menurut HUKUM ADAT maka ia sudah pasti PADA ADAT
Contohnya agar lebih mudah faham adalah seperti ini
Saya beri cerita pendek
Apabila kita hendak belajar samada di sekolah @ kolej @ universiti, pertama tama kita mestilah memohon untuk menjadi pelajar.
Selepas permohonan diluluskan, barulah kita mendaftarkan diri.
Selepas itu barulah kita belajar dan mengambil peperiksaan.
Selepas itu barulah dapat keputusan LULUS @ GAGAL.
Dari cerita pendek tu, tengok 3 contoh ayat dan penggunaan perkataan PADA ADAT & HUKUM ADAT yang sesuai
3 contoh perkataan adalah seperti ini
PADA ADAT oran yang ingin memiliki SIJIL mestilah BELAJAR diinstitusi yang diiktiraf seperti sekolah
PADA ADAT jika sekadar mendaftarkan diri sebagai pelajar, sijil TIDAK akan diberikan.
Menurut HUKUM ADAT hanya orang yang menduduki peperiksaan yang akan menerima SIJIL
Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah
Segala yang salah & silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu
Maaf zahir & Batin
Wallohua'lam
Www.dalilakal.blogspot.com
Www.laisakamitslihisyaiun.blogspot. com
tapi jika tak dapat membezakan antara ketiganya pun takpa, JANGAN RISAU
BalasPadamsebut shj MENURUT HUKUM ADAT
pasti BETUL