Soalan 2
Kenapa Allah dikatakan tidak ada persamaan dengan sebarang makhluk @ sekalian makhluk?
Jawapan
Kerana semua makhluk ADA PERSAMAAN. Setiap makhluk ada pasangannya. Tidak kira makhluk itu adalah:
1) Makhluk zahir @ makhluk ghaib.
2) Makhluk bertubuh @ makhluk tidak bertubuh.
3) Makhluk berjasad @ makhluk tidak berjasad.
4) Makhluk berjisim @ makhluk tidak berjisim
SEMUANYA ITU ADA PERSAMAAN DGN MAKHLUK LAIN
TIDAK ADA MAKHLUK YG TIDAK ADA PERSAMAAN
Semua makhluk itu BOLEH DIFIKIRKAN kerana boleh dicapai oleh PANCAINDERA
Perkataan Pancaindera dr bahasa Sanskrit yang berasal dpd 2 perkataan iaitu
Panca yang ertinya 5
Indera yang ertinya DERIA
Oleh sebab itu
Pancaindera ertinya 5 deria.
Apakah 5 deria itu?
5 deria itu ialah
1) mata untuk melihat
2) telinga untuk mendengar
3) kulit untuk merasa sejuk panas
4) lidah untuk merasa masam manis
5) hidung untuk membau
Semua yang masuk melalui SALAH SATU @ LEBIH PANCAINDERA itu BOLEH & MAMPU DIFIKIRKAN
Allah pula TIDAK PERNAH DICAPAI OLEH PANCAINDERA
1) tidak pernah dilihat oleh mata selama lamanya
2) tidak pernah didengar oleh telinga selama lamanya
3) tidak pernah disentuh oleh kulit selama lamanya
4) tidak pernah dirasa oleh lidah selama lamanya
5) tidak pernah dihidu oleh hidung selama lamanya
Oleh sebab itu
1) ALLAH TIDAK BOLEH DIFIKIRKAN
2) ALLAH TIDAK BOLEH DIBAYANG BAYANGKAN DALAM HATI
3) ALLAH TIDAK SEUMPAMA DENGAN SESUATU
4) ALLAH TIDAK BOLEH DIRUPA RUPAKAN WALAUPUN DIDALAM HATI
Semua yang boleh difikirkan @ boleh dibayangkan adalah MAKHLUK kerana ada persamaannya dengan makhluk lain
Maka sebab itulah, Allah TIDAK ADA PERSAMAAN DENGAN SEBARANG MAKHLUK
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
Alhamdulillah....
BalasPadamTuhan tidak dapat diapa-siapakan
BalasPadam