Soalan 8
Semua makhluk BERUBAH @ MENERIMA BERUBAH. Tidak ada yg terkecuali. Hanya Allah TIDAK BERUBAH @ Hanya Allah KEKAL @ BAQO.
Jelaskan makna dibawah
A) Semua makhluk berubah @ menerima berubah.
B) Allah itu BAQO. Apa yg BAQO?
Jawapan
Semua makhluk berubah membawa maksud 5 perkara :
Maksud
1) zat makhluk itu berubah daripada TIADA kepada ADA
Contohnya : diri kita
Sebelum dilahirkan (TIADA) kepada dilahirkan (ADA)
Contoh kedua : Alam semesta
Dahulu TIDAK ADA sekarang ADA.
Maksud ke
2) zat makhluk itu berubah daripada ADA kepada TIADA
Contohnya diri kita
Daripada HIDUP kepada MATI
Contoh lain : Duit
Daripada ADA kepada "HILANG"
Maksud ke
3) Sifat @ RUPA makhluk itu berubah
Contohnya
Pisang berwarna HIJAU bertukar menjadi KUNING
Air PANAS bertukar menjadi SEJUK
Maksud ke
4) Tempat makhluk itu berubah-ubah
Contohnya
Semua makhluk di bumi seperti diri kita dan gunung ganang berubah tempat mengikut kedudukan bumi di angkasa raya.
Maksud ke
5) Fi'il @ kelakuan makhluk itu berubah
Contoh pertama : Manusia
Daripada kelakuan berdiri kepada kelakuan duduk
Contoh kedua : Batu
Daripada kelakuan bergerak kepada kelakuan diam.
Diambil dpd 5 perkara yang sabit pada makhluk itu maka MUSTAHIL pula SABIT pada Allah 5 perkara seperti itu.
Oleh kerana mustahil maka :
1) Allah @ Zat Allah itu @ Sifat Allah WAJIB KEKAL SELAMA LAMANYA. YAKNI TIDAK AKAN BERUBAH SELAMA LAMANYA
Jika Allah TIDAK DILIHAT DENGAN MATA KEPALA semasa hidup, mustahil Allah DILIHAT DENGAN BIJI MATA di dalam syurga. Jika dilihat dengan biji mata di dalam syurga maka ALLAH ITU SUDAH BERUBAH.
MAKA ITU ADALAH SIFAT MAKHLUK YANG MUSTAHIL PADA ALLAH
Jika begitu
Bagaimana dgn PERTEMUAN DENGAN ALLAH DI DALAM SYURGA??
Lihat surah al Qiyamah : 22-23
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ
إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
berdasarkan ayat 22-23 surah al Qiyamah, setiap mukmin akan BERTEMU ALLAH di dalam syurga.
Kita akan bincang perkara ini pada Bab 9-11 insya Allah
Skrg belum sesuai.
Skrg masih pada Bab 3 - 6
Mustahil Allah itu berubah daripada TIADA kepada ADA
Mustahil Allah itu berubah daripada ADA kepada TIADA
2) oleh kerana mustahil sabit pada Allah segala yang sabit pada makhluk, maka mustahil Allah itu BERTEMPAT @ MUSTAHIL BERSEMAYAM DI ATAS ARASH @ MUSTAHIL BERADA DI MANA MANA.
3) Kelakuan Allah itu MUSTAHIL BERUBAH.
Mustahil Allah mungkir janji.
Mustahi Allah TIDAK membalas perbuatan hambaNYA setelah mati
Mustahil PERINTAH Allah itu berubah seperti solat FARDU 5 waktu berubah kpd solat SUNAT 5 waktu
Apa pula yang BAQO ?
Perkataan yang lebih baik adalah
Apa pula yang TIDAK BERUBAH selama lamanya @ wajib BAQO selama lamanya?
Yang wajib Baqo selama lamanya itu ialah Allah @ zat Allah
Iaitu
QUDRAT
IRADAT
ILMU
HAYAT
SAMIQ
BASIR
QALAM
Dalam perkataan lain
1) Qudrat itulah yang wajib BAQO
2) Iradat itulah yang wajib BAQO
3) Ilmu itulah yang wajib BAQO
4) Hayat itulah yang wajib BAQO
5) Sami' itulah yang wajib BAQO
6) Basir itulah yang wajib BAQO
7) Qalam itulah yang wajib BAQO
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
Alhamdulillah....
BalasPadam