(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 4 Jun 2016

Bab 9. Soalan 86 Hukum adat sudah dicerahkan mulai Soalan 34. Hukum akal pun sudah mulai Soalan 40. Hukum ketiga iaitu hukum syarak pula telah dicerahkan mulai Soalan 72. 1) Cerahkan hukum syarak dalam bentuk yang ringkas. 2) Apakah perkara yang menyebabkan TIDAK SAH mengucap 2 kalimah syahadat?


Soalan 86

Hukum adat sudah dicerahkan mulai Soalan 34. Hukum akal pun sudah mulai Soalan 40. Hukum ketiga iaitu hukum syarak pula telah dicerahkan mulai Soalan 72.

1) Cerahkan hukum syarak dalam bentuk yang  ringkas.

2) Apakah perkara yang menyebabkan TIDAK SAH mengucap 2 kalimah syahadat?


Pencerahan


Ringkasan Hukum Syarak

Hukum syarak ialah semua hukum yang tersebut didalam Al Quran dan Hadith. Hukum syarak itu terbahagi kepada tiga iaitu suruh, tegah dan harus. Suruh dan tegah Allah itu disebut sebagai PERINTAH ALLAH. Dalam perkataan lain, PERINTAH Allah itu terbahagi kepada 2 iaitu

1) SURUH
2) TEGAH

yakni Allah perintahkan 2 perkara iaitu

1) BUAT apa yang DISURUH Allah
2) JAUHI apa yang DITEGAH Allah

Suruh dan tegah pula, masing masing terbahagi pula kepada 3 iaitu

1) Jatuh kafir atau binasa akidah bagi orang yang MELANGGAR PERINTAH Allah.

Perkara ini berkait dengan SYARIAT BATIN seperti mengenal Allah dan segala hukum Allah yang menjadi intipati RUKUN IMAN.

Syariat Batin sudah dicerahkan pada Soalan 77 & 79

Sesiapa yang ingat ingat lupa eloklah ulangkaji semula.

2) Tidak jatuh kafir bagi yang melanggar perintah Allah, hanya sekadar BERDOSA BESAR.

Itulah 2 bahagian suruh dan 2 bahagian tegah Allah

SURUH bahagian ke-3 pula ialah semua yang SUNAT

TEGAH bahagian ke-3 pula ialah semua yang MAKRUH

Perkara ini adalah berkait dengan SYARIAT ZAHIR. Syariat zahir sudah dicerahkan pada Soalan 75 & 78

Contoh bagi setiap cabang hukum itu sudah diberikan pada pencerahan Soalan 72 - 82 sebelum ini.

Hukum syarak yang disebutkan diatas itu boleh diringkaskan lagi kepada 6 perkara iaitu

1) Haram yg menyebabkan jatuh KAFIR
2) Haram yg menyebabkan dosa BESAR
3) Semua yang haram tetapi dosa kecil.
4) Semua yang SUNAT
5) Semua yang MAKRUH
6) Semua yang HARUS.

6 perkara hukum syarak tersebut boleh lagi diringkaskan kepada 5 perkara iaitu

1) Wajib
2) Haram
3) Sunat
4) Makruh
5) Harus

Itulah ringkasan cabang cabang hukum syarak yang biasa ditulis didalam kitab kitab dan buku agama yang WAJIB DIFAHAMI sehingga kita mampu menjauhkan diri dan keluarga kita dari perbuatan SYIRIK DAN DOSA BESAR.

Persoalan seterusnya, apakah perkara yang menyebabkan TIDAK SAH lafaz syahadat dan contoh perbuatannya sekali?

Perkara yang menyebabkan TIDAK SAH SYAHADAT sangatlah banyak. Bukan 2 bukan 5 bulan 7 tapi berpuluh perkara.

Sama seperti perkara yang menyebabkan BINASA AKIDAH. Perkara yg menyebabkan binasa akidah sangatlah banyak. Berpuluh perkara yang menyebabkan BINASA AKIDAH.

Ruangan ini tidak mampu menerangkan semuanya. Kita hanya sebut dan cerahkan perkara asas yang utama dari perkara2 yang utama.

Untuk memudahkan faham pencerahan dan menjawab persoalan ini, semua ahli dinasihatkan mengulangkaji terlebih dahulu pencerahan Soalan 82.

Sebelum kita bincangkan lebih lanjut perkara yang menyebabkan TIDAK SAH syahadat, kita perlu tahu perbezaannya dengan perkara yang MEMBATALKAN syahadat.

Apa bezanya?

Perkara yang menyebabkan TIDAK SAH syahadat ialah apabila salah satu perkara pada 2 keadaan iaitu

1) sebelum syahadat dilafazkan, salah satu syarat syahadat TIDAK dipenuhi.

2) semua syarat syahadat dipenuhi akan tetapi, semasa syahadat dilafazkan, salah satu dari 5 rukun syahadat TIDAK dipenuhi. 5 rukun syahadat itu sudah dicerahkan pada Soalan 82.

Manakala perkara yang membatalkan syahadat pula ialah apabila datang perkara yang membinasakan syahadat pada 2 keadaan iaitu

1) semasa melafazkan syahadat
2) setelah melafazkan syahadat

Apa contoh perkara yang menyebabkan TIDAK SAH SYAHADAT?

Untuk memahaminya, kita WAJIB tahu SYARAT MENGUCAP SYAHADAT. Syarat mengucap syahadat kepada

1) orang yang ingin masuk Islam 2 perkara
2) orang Islam 3 perkara
3) si murtad 4 perkara

Semua syarat itu sudah dicerahkan pada Soalan 82. Sesiapa yang belum semak, eloklah semak dan ulangkaji semula.

Perkara yang menyebabkan TIDAK SAH mengucap 2 kalimah syahadat hanya untuk orang Islam dan si murtad yang ingin kembali kepada Islam sahaja. Bagi "saudara baru", lafaz dua kalimah syahadah mereka adalah TETAP SAH kerana masih tergolong sebagai orang yang SEDANG MENUNTUT ILMU @ PELAJAR. Itulah kelebihan orang yang sedang menuntut ilmu.

Kita ingat semula 3 syarat mengucap 2 kalimah syahadat yang sudah dicerahkan pada Soalan 82 iaitu

1) mengenal Allah
2) menjunjung titah Allah mengikut Nabi Muhammad s.a.w.
3) Membenarkan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Contoh perkara yg menyebabkan TIDAK DAH syahadat ialah

1) Tidak mengenal Allah.
2) Salah faham akan makna Nabi Muhammad

Apakah contoh perkataan @ perbuatan orang yang tidak mengenal Allah?

Contohnya ialah, apabila ditanya, "siapa itu Allah?" dia menjawab,

"jawabannya ada didalam Al Quran" atau dia menjawab
"sayapun tak tahu, orang kata jawabannya ada dalam Al Quran"

ataupun sekiranya dia ditanya, tolong semak akidah saya ini, betul @ tidak? "Allah ialah zat yang wajib ada, wajib sedia ada, wajib kekal sehingga zat wajib kelakuan berkata". Dalam Bahasa Arab, Allah ialah

1) zat yang wajib Wujud
2) zat yang wajib Qidam
3) zat yang wajib Baqo
sehingga
20) zat yang wajibMutakallimun

Dia menjawab, "itu bidaah @ Nabi tak pernah ajar seperti itu @ katanya Nabi tak pernah sebut Allah seperti itu" maka ucapan @ jawaban seseorang seperti itu adalah TANDA LAFAZ SYAHADATNYA ITU TIDAK SAH.

Contoh tambahan yang menyebabkan TIDAK SAH ucapan syahadat seseorang ialah

1) mengiktikadkan ADA MUHAMMAD DIDALAM DIRI @ ADA ALLAH DIDALAM DIRI.

2) Mengiktikadkan Muhammad @ Nur Muhammad adalah berasal dari JUZUK DIRI ALLAH yakni sebahagian dari diri Allah yang TIDAK AKAN BINASA.

3) Mengiktikad jika dikehendaki oleh Allah, dirinya boleh BERSATU DENGAN ALLAH.

Itulah 3 contoh tambahan yang menyebabkan TIDAK SAH UCAPAN SYAHADAT seseorang.

Wallohua'lam


Semua yang baik baik ITU anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
(an Nisa: 79)

Maaf Zahir & batin


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
telegram🏿
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan