(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Rabu, 25 Mei 2016

Bab 9 Pencerahan Soalan 85 Syarat mengucap 2 kalimah syahadat bagi orang yang ingin masuk Islam, bagi orang Islam dan si murtad sudah diterangkan pada Soalan 82. Perkara yang kafir pada akal dan kafir pada syarak yang TIDAK boleh dijadikan pegangan sudah dicerahkan pada Soalan 83 dan 84. Persoalan sekarang 1) Apakah contoh Islam pd akal yang tidak boleh dijadikan pegangan kerana KAFIR pada syarak? 2) Apakah perbezaan antara syarat dan rukun? 3) Ada berapa perkara rukun mengucap dua kalimah syahadat?


Pencerahan
Soalan 85


Syarat mengucap 2 kalimah syahadat bagi orang yang ingin masuk Islam, bagi orang Islam dan si murtad sudah diterangkan pada Soalan 82.
Perkara yang kafir pada akal dan kafir pada syarak yang TIDAK boleh dijadikan pegangan sudah dicerahkan pada Soalan 83 dan 84.  Persoalan sekarang

1) Apakah contoh Islam pd akal yang tidak boleh dijadikan pegangan kerana KAFIR pada syarak?

2) Apakah perbezaan antara syarat dan rukun?

3) Ada berapa perkara rukun mengucap dua kalimah syahadat?

PENCERAHAN
SOALAN 85


Kita cerahkan 2 contoh perkara yang Islam pada akal tetapi kafir pada syarak iaitu

1) Segala galanya sudah ditetapkan oleh Allah. Semua yang terjadi kepada kita dan orang lain   samada perkara yang kita SUKA atau BENCI seperti menerima nikmat di dalam syurga atau menerima azab di dalam neraka itu SUDAH DITETAPKAN OLEH ALLAH.

Contoh perkataan itu adalah BENAR PADA AKAL atau ISLAM PADA AKAL

Kenapa dikatakan benar pada akal atau Islam pada akal?

Kerana DITERIMA OLEH AKAL (tidak dirujuk kepada Al Quran atau Hadith) bahawasanya TIDAK ADA YANG MENETAPKAN SESUATU MELAINKAN YANG MENJADIKAN SEKALIAN ALAM iaitu ALLAH.

Sekiranya ada SELAIN ALLAH yang menetapkan atau yang menjadikan sekalian alam, seperti perkara yang baik baik ditentukan oleh TUHAN bernama A dan perkara yang tidak baik ditentukan oleh TUHAN bernama B maka sudah tentu kedua dua tuhan itu BERGADUH atau BERSAING BERADU KEKUATAN dan sebagainya. Perkara seperti itu sama sekali TIDAK DITERIMA OLEH AKAL yakni KAFIR PADA AKAL.

Oleh itu perkara yang diterima oleh akal ialah HANYA ADA 1 TUHAN SAHAJA YANG MENENTUKAN. TUHAN ITULAH YANG MENJADIKAN SEGALA GALANYA. MUSTAHIL 2 ATAU LEBIH TUHAN YANG MENENTUKAN atau YANG MENJADIKAN. Itulah sebabnya disebut BENAR PADA AKAL yakni ISLAM PADA AKAL.

Dalam perkataan lain, perkataan seperti itu BOLEH DISEBUT oleh seseorang dengan syarat si penyebut itu tahu bahawa perkataan itu adalah BENAR PADA AKAL sahaja BUKANNYA BENAR pada syarak. Dia tahu, semasa menyebut perkataan itu, dia BUKAN MENAFIKAN HUKUM SYARAK. Si penyebut wajib mengetahui perkataan itu TIDAK BENAR PADA SYARAK atau DITEGAH OLEH SYARAK atau KAFIR PADA SYARAK.

Kenapa wajib diketahui pada syarak?
Kenapa pula dikatakan KAFIR PADA SYARAK?

Sebabnya ialah, perkataan itu BERCANGGAH dengan banyak ayat Al Quran. Kita lihat 3 contoh yang bercanggah. Contoh pertama ialah ayat Ke-79 Surah An Nisa' seperti berikut :

مَّآ أَصَابَكَ مِنۡ حَسَنَةٍ فَمِنَ ٱللَّهِ‌   ۖ   وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفۡسِكَ  ۚ  وَأَرۡسَلۡنَـٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً  ۚ  وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدًا
Ertinya :
Apa jua kebaikan yang engkau dapati maka ia adalah (ANUGERAH) dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (KESALAHAN) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
(an Nisa' : 79)

Itulah bukti PADA SYARAK
bahawa BAIK BURUK SYURGA NERAKA ADALAH PILIHAN SENDIRI BUKANNYA SUDAH DITENTUKAN OLEH ALLAH

2 ayat seterusnya yang bercanggah dengan perkataan itu ialah ayat ke-111-112 surah an Nisa' seperti berikut :

وَمَن يَكۡسِبۡ إِثۡمًا فَإِنَّمَا يَكۡسِبُهُ ۥ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ  ۚ  وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
وَمَن يَكۡسِبۡ خَطِيٓـَٔةً أَوۡ إِثۡمًا ثُمَّ يَرۡمِ بِهِۦ بَرِيٓـًٔا فَقَدِ ٱحۡتَمَلَ بُہۡتَـٰنًا وَإِثۡمًا مُّبِينًا

Ertinya :
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata.
(an-Nisa' : 111-112)

Lihat ayat -111

Itulah bukti PADA SYARAK
bahawa BAIK BURUK SYURGA NERAKA ADALAH PILIHAN SENDIRI BUKANNYA SUDAH DITENTUKAN OLEH ALLAH.

Lihat ayat ke-112,

Itulah bukti PADA SYARAK
bahawa
menuduh kesalahan diri sendiri seperti MEMBUNUH ORANG sebagai kesalahan orang lain atau perbuatan orang lain hukumnya adalah BERDOSA BESAR. Apa lagilah jika PERBUATAN MEMBUNUH seperti itu dikata PERBUATAN ALLAH maka perbuatan itu bukan setakat dosa besar malah menyebabkan BINASA AKIDAH. Begitu jugalah jika ada yg berkata PADA SYARAK Firaun dan Dajjal sudah ditetapkan masuk NERAKA maka BINASA AKIDAH kerana menuduh Allah aniaya kepada Firaun Dan Dajjal sedangkan pada syarak Firaun dan Dajjal masuk neraka, kerana itulah pilihan mereka, BUKANNYA kerana sudah ditetapkan oleh Allah pada syarak.

Jadi bagaimana supaya TIDAK BINASA AKIDAH?

Supaya tidak binasa akidah, si penyebut WAJIB tahu perbezaan 3 hukum (iaitu hukum adat, akal dan syarak). Pencerahan 3 hukum sudah dibuat mulai Soalan 34, 40 dan 72). Orang yang sudah mahir perbezaan 3 akan JELAS baginya 3 perkara berikut :

1) perkataan itu HANYA BENAR PADA AKAL tetapi TEGAH PADA SYARAK yakni KAFIR PADA SYARAK.

2) menyebut perkataan
Pada akal semua yang baik dan buruk itu dari Allah yakni diketahuinya makna perkataan "dari Allah" itu ialah DIJADIKAN OLEH ALLAH bukannya DILAKUKAN OLEH ALLAH. Perkataan "dijadikan oleh Allah" dan "dilakukan oleh Allah" adalah 2 perkara yang berbeza.

3) dengan berkata "segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu" iaitu berdasarkan ayat ke-79 surah an Nisa'.

Itu contoh pertama. Contoh ke-2

Pada akal
Allah harus menyiksa hambaNYA yang BERIMAN didalam NERAKA dan harus MEMBERI NIKMAT kepada hambaNYA yang KAFIR didalam SYURGA.

Kenapa dikatakan benar pada akal atau Islam pada akal?

Kerana DITERIMA OLEH AKAL (tidak dirujuk kepada Al Quran atau Hadith) bahawasanya TIDAK ADA KUASA YANG MAMPU MENGUBAH KEHENDAK ALLAH samada menyiksa atau memberi nikmat.

Sekiranya ada SELAIN ALLAH yang mampu mengubah kehendak Allah  maka Allah itu sudah memiliki persamaan dengan makhluk seperti manusia. TIDAK DITERIMA OLEH AKAL.

Itulah contoh ke-2 makna BENAR atau ISLAM PADA AKAL tetapi TIDAK BENAR atau KAFIR PADA SYARAK.

Kenapa pulak kafir pada syarak?

Kerana pada syarak
perkataan "Allah menyiksa hamba-NYA yang mukmin didalam neraka dan memberi nikmat kepada orang kafir didalam syurga" adalah membawa makna Allah menzalimi hambaNYA sedangkan pada syarak Allah itu Maha Adil. Lihat perkataan itu sebenar benarnya BERCANGGAH dengan ayat ke-4 surah Yunus dalam Al Quran iaitu

إِلَيۡهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعًا‌   ۖ   وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقًّا  ۚ  إِنَّهُ  ۥ يَبۡدَؤُاْ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ  ۥ لِيَجۡزِىَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ بِٱلۡقِسۡطِ  ۚ  وَٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ لَهُمۡ شَرَابٌ مِّنۡ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡفُرُونَ
Ertinya :
KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.
(Yunus : 4)

Ayat itu menerangkan JANJI JANJI ALLAH bahawasanya pada syarak

1) Semua hamba-NYA yang memilih BERIMAN dan beramal BAIK akan dimasukkan ke dalam SYURGA.

2)  Semua hamba-NYA yang memilih DERHAKA dan beramal JAHAT akan dimasukkan ke dalam NERAKA.

Dalam perkataan lain, untuk memelihara akidah, orang yang melafazkan perkataan

" Allah harus menyiksa hambaNYA yang BERIMAN didalam NERAKA dan MEMBERI NIKMAT SYURGA kepada hambaNYA yang KAFIR", WAJIB TAHU bahawa perkataan itu adalah BENAR PADA AKAL atau ISLAM PADA AKAL tetapi TIDAK BENAR PADA SYARAK atau KAFIR PADA SYARAK.

Menurut ASWJ, kita wajib berpegang kepada HUKUM SYARAK bukannya hukum akal. Walaupun perkataan itu BENAR atau ISLAM pada AKAL sekalipun, pegangan kita atau akidah ASWJ adalah Allah akan memasukkan orang yang memilih beriman kedalam syurga dan menyiksa hamba-NYA yang memilih KAFIR didalam neraka.

Persoalan seterusnya ialah, apakah perbezaan antara syarat dan rukun? Sebelum kita bincangkan perkara ini, semua ahli disyorkan menyemak semula makna DIRI dan makna ZAT seperti pada pencerahan Soalan 55.

Dalam bahasa mudah

Pada adat
Makna syarat ialah sesuatu yang MESTI dipatuhi sebelum sesuatu PERKARA itu dilakukan. Syarat itu BUKAN diri atau tubuh PERKARA itu.

Contohnya ialah MAKAN

Syarat makan ialah

1) ada benda yang akan dimakan
2) makanan itu boleh dimakan

Rukun makan

1) Dimasukkan kedalam mulut
2) Dikunyah
3) Ditelan

Perbuatan memasukkan makanan kedalam mulut, mengunyah dan menelan makanan itu dinamakan DIRI bagi perbuatan MAKAN itu.

Manakala 2 syarat itu pula adalah DILUAR RUKUN.

Itulah cara memahami makna syarat dan rukun pada syarak.

Pada syarak

Makna syarat
ialah sesuatu yang WAJIB diluar rukun atau sebelum rukun. Syarat itu BUKAN DIRI IBADAH atau BUKAN ZAT IBADAH. Syarat itu WAJIB dipenuhi SEBELUM RUKUN dikerjakan.

Contohya ialah

Syarat solat 7 perkara iaitu

1) mengenal Allah
2) mengetahui yang fardu dan sunat
3) suci dari 2 hadas
hinggalah yang ke-7
7) mengadap kiblat

Rukun solat 13 perkara iaitu

1) Niat
2) Berdiri betul
3) Membaca takbiratul ikhram
hinggalah yang ke-13
13) Tertib

Syarat solat itu DILUAR RUKUN dan syarat yang 7 perkara itu BUKAN TUBUH SOLAT atau BUKAN DIRI SOLAT atau BUKAN ZAT SOLAT.

Manakala pada syarak

Makna rukun pula ialah perkara yang WAJIB dan menjadi DIRI atau ZAT ibadah itu. Sekiranya

1) syarat tidak dipenuhi
2) salah satu rukun TIDAK dipenuhi

maka ibadah itu dikira TIDAK SAH.

Contohnya

Syarat pertama dari 7 perkara syarat solat ialah MENGENAL ALLAH. Jika syarat itu TIDAK DIPENUHI maka solat seseorang itu TIDAK SAH.

Katalah semua syarat dipenuhi, tetapi salah satu rukun TIDAK dipenuhi seperti TIDAK BERNIAT maka solat seseorang itu TIDAK SAH.

Contoh diri atau zat dalam ibadah solat ini ialah RUKUN 13.

Persoalan terakhir ialah, apakah rukun syahadat?

Sebelum kita cerahkan rukun syahadat, elok diingatkan disini bahawa 2 kalimah syahadat itu adalah KUNCI PINTU SYURGA. Rukun syahadat itu pula ibarat KATA LALUAN atau "password" supaya KUNCI PINTU SYURGA itu berfungsi. Sekadar mengetahui ADA 5 DIGIT KATA LALUAN tidak membawa manafaat kepada kita. Kita WAJIB TAHU NOMBORNYA DAN WAJIB TAHU SUSUNAN NOMBOR 5 DIGIT ITU.

Begitu jugalah dengan 4 atau 5 Rukun Syahadat. Setakat mengetahui 4 atau 5 rukun TANPA mengetahui "CARA SUSUN ATURNYA KETIKA MELAFAZKAN 2 KALIMAH SYAHADAT ITU, LAFAZ ITU TIDAK BERMAKNA KEPADA KITA. Lafaz atau ucapan ITU hanyalah ikut ikutan atau taqlik. Sedangkan memahami syarat rukun serta perkara yang membinasakan atau perkara yang menyebabkan TIDAK SAH syahadat itu FARDU AIN atas setiap individu yakni WAJIB TAHKIQ atas setiap mukallaf"

Menurut ASWJ, setiap mukallaf wajib menuntutnya kepada guru yang mengetahuinya. Perkara itu TIDAK DICERAHKAN DISINI kerana WAJIB "MENGADAP GURU". Bagi golongan WAHHABI atau SYIAH serta AJARAN SESAT yang lain, mereka TIDAK PERNAH mempelajari syarat dan rukun ini secara BERGURU kerana menganggap ianya satu BIDA'AH.

Didalam Kitab Mattan Umu Al Brahin atau orang Kedah kata MATTAN BERAHIM, rukun syahadat itu ada disebutkan 4 perkara dan sudah diringkaskan seperti berikut :

1) Isbat zat Allah
2) Isbat sifat Allah
3) Isbat kelakuan Allah
4) Isbat Rosul

Saya tuliskan pula Rukun Syahadat yang dituliskan oleh Tn Guru Sheikh Abdul Kosim Al Mandili dalam Kitab beliau berjudul Did Dul Batil Kubro. Rukun syahadat yang beliau cerahkan ada 5 perkara. 4 perkara yang tertulis didalam kitab Mattan Umu Al Brahin itu sebenarnya TIDAK BERCANGGAH dengan 5 perkara yang ditulis oleh Tn Guru Sheikh Abdul Kosim.

5 perkara Rukun Syahadat yang dimaksudkan dan diringkaskan seperti berikut

1) Mengisbatkan zat Allah itu QUDRAT IRADAT dan lain lain LENGKAP tidak terhingga WAJIB WUJUDNYA kerana QIDAM BAQO hingga WAHDANIAT "tidak ada seumpama dengan sesuatu"

2) Mengisbatkan "tiada yang menjadikan sekalian alam hanya Allah".

3)  Mengisbatkan Al Quran itu ilmu atau nur daripada Allah

4) Mengisbatkan Nabi Muhammad itu Nabi lagi BENAR lagi sebenar benarnya PESURUH Allah.

5) Mengisbatkan ilmu dan amal Nabi Muhammad hanya dari Al Quran

Pencerahan setiap rukun akan dibuat pada soalan yang khusus pada akhir Bab 16 (iaitu Tuntutan Surah Al Ikhlas) insya Allah

=====================

Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu.
(an Nisa' : 79)


Maaf zahir & batin
Wallohua'lam


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan