(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Rabu, 18 Mei 2016

Bab 9 Pencerahan Soalan 83 Soalannya : Berdasarkan 3 hukum, boleh ke kita sebut 1) Allah berada dimana-mana atau 2) Allah sahaja yang tahu tempat Dia berada. 3) Allah berada diarash. tetapi semuanya itu sesuai dengan sifat ketuahananNYA? Contohnya, mata Allah tidak sama dengan mata makhluk tetapi mata Allah sesuai dengan sifat ketuhananNYA. Begitulah dgn kaki, tangan dan lain2. Boleh ke kita sebut macam tu?

Pencerahan Soalan 83


Soalannya : Berdasarkan 3 hukum, boleh ke kita sebut

1) Allah berada dimana-mana atau
2) Allah sahaja yang tahu tempat Dia berada.
3) Allah berada diarash.

tetapi semuanya itu sesuai dengan sifat ketuahananNYA? Contohnya, mata Allah tidak sama dengan mata makhluk tetapi mata Allah sesuai dengan sifat ketuhananNYA.

Begitulah dengan kaki, tangan dan lain lain.

Boleh ke kita sebut macam tu?

Pencerahannya


Untuk memudahkan faham pencerahan Soalan 83 ini, barisan admin menasihatkan supaya ahli dapat kiranya mengulangkaji semula pencerahan tentang hukum adat, hukum akal dan hukum syarak seperti pada senarai POKOK PERBINCANGAN yang sudah dihantar sebelum ini.

Untuk menyelesaikan persoalan itu, kita semua perlu terlebih dahulu memahami beberapa makna perkataan berdasarkan 3 hukum iaitu

1) makna Islam menurut 3 hukum
2) makna kafir menurut 3 hukum
3) makna benar menurut 3 hukum
4) makna tidak benar menurut 3 hukum

Setelah kita faham maknanya setiap satu, barulah kita nampak dengan JELAS AKIDAH YANG BENAR PADA SYARAK. Kita akan cerahkan satu persatu insya Allah

Apakah makna Islam dan makna kafir pada adat?

Perkara ini sudah dicerahkan mulai Soalan 36.
Kita ulang semula secara ringkas.

Makna Islam pada adat ialah perkara yang dapat dibuktikan serta tidak bercanggah dengan fitrah manusia dan sunnah alam. Contohnya ialah

1) hati berasa suka menolong orang yang dalam kesusahan dan
2) untuk hidup perlu makan.

Sebaliknya kafir pada adat ialah perkara perkara yang tidak dapat dibuktikan serta bercanggah dengan fitrah manusia dan sunnah alam.

Istilah lain bagi kafir pada adat ialah BIDA'AH PADA ADAT.

Contohnya ialah

1) membenarkan perbuatan mencuri, memakan rasuah dll

2) berkata "makan sekali kenyang selama-lamanya".

Kafir @ Islam pada adat itu TIDAK sama dengan Islam @ kafir pada syarak dan kafir @ Islam pada akal kerana TIDAK dihubungkan dengan Allah, Islam @ akhirat. Hanya terhenti setakat DUNIA sahaja.

Apakah pula makna Islam dan makna kafir pada akal?

Perkara ini sudah dicerahkan mulai Soalan 41. Walaupun begitu, kita cerahkan secara ringkas.

Makna Islam pada akal ialah sesuatu tentang Allah yang diterima oleh akal. Tidak dihubungkan kepada al Quran @ Hadith. Terhenti setakat penerimaan AKAL yang sihat semata-mata.

Contohnya ialah

1) Diterima oleh akal bahawa
Allah mengetahui semua hal makhlukNYA sejak azali dan

2) Diterima oleh akal bahawa
Allah mustahil aniaya kepada hambaNYA

Makna kafir pada akal pula ialah sesuatu tentang Allah yang TIDAK diterima oleh akal. Tidak dikaitkan dengan al Quran @ hadith. Terhenti setakat penolakan oleh AKAL yang sihat sahaja.

Istilah lain bagi kafir pada akal ialah BIDA'AH PADA AKAL

Contohnya ialah

1) Tidak diterima oleh akal bahawa
Allah memerlukan makhluk seperti malaikat, jin, manusia dan tempat dan lain lain.

2) Tidak diterima oleh akal bahawa
Allah memiliki tangan atau sebarang persamaan dengan manusia.

Yang belum dicerahkan ialah
Apakah makna Islam dan makna kafir pada syarak?

Kita akan cerahkan pada soalan khusus insya Allah. Sekarang kita cerahkan secara ringkas insya Allah.

Makna Islam pada syarak ialah melakukan sebarang perbuatan @ sebarang amalan berdasarkan perintah Allah yang disebut didalam Al Quran @ Hadith.

Contohnya

1) Menunaikan solat 5 waktu sempurna dengan syarat dan rukun serta terpelihara dari perkara yang membinasakan solat.

2) Mengucap dua kalimah syahadat sama seperti yang diperintahkan oleh Allah sempurna dengan syarat, rukun dan terpelihara dari perkara yang membinasakan syahadat serta terpelihara dari perkara perkara yang membawa TIDAK SAH mengucap.

Apa pula makna dan contoh kafir pada syarak?

Makna kafir pada syarak ialah melakukan sebarang perbuatan @ sebarang amalan yang BERCANGGAH dengan perintah Allah yang disebut didalam Al Quran @ Hadith dan menyebabkan JATUH KAFIR @ BINASA AKIDAH.

Istilah lain bagi kafir pada syarak ialah BIDA'AH PADA SYARAK

Contohnya ialah

1) Mengeluarkan sebarang perkataan @ beriktikad yang BERCANGGAH dengan ayat "laisakamitslihisyaiun" seperti Allah memiliki tangan dan bersuara seperti manusia.

2) Mengeluarkan sebarang perkataan @ beriktikad yang BERCANGGAH dengan ayat "ALLAH SATU" & "ALLAH ESA" iaitu sebarang perkataan yang membawa makna Allah BANYAK

Dalam perkataan lain, Islam @ kafir pada syarak adalah bersumberkan al Quran @ Hadith. Semua amalan itu WAJIB 2 perkara :

1) bersumberkan al Quran @ Hadith
2) tidak bercanggah dengan al Quran @ Hadith

Sekarang
Apa pula makna benar menurut 3 hukum?

Makna benar pada adat
Ialah sesuatu yang Islam pada adat. Perkara itu dapat dibuktikan dan diterima oleh pancaindera masing masing. Contohnya sama seperti contoh Islam pada adat.

Contoh tambahan ialah dilihat
seekor kambing maka dikata seekor kambing. Maka dikatalah benar pada adat @ Islam pada adat.

Begitu juga dengan makna tidak benar @ bida'ah pada adat.
Makna tidak benar pada adat itu ialah kafir pada adat dan menyalahi pancaindera masing masing.

Contoh tambahan ialah

dilihat 2 ekor kambing tapi dikata 2 ekor babi. Maka dikatalah tidak benar pada adat @ kafir pada adat.

Makna benar pada akal

Makna benar pada akal sama dengan makna Islam pada akal. Contohnya pun sama. Contoh tambahan ialah

Perkataan @ iktikad yang bermaksud
Allah itu wajib Wujud, wajib Qidam wajib Baqo hingga wajib Mutakallimun.

Diterima oleh akal bahawa

1) Allah itu wajib Wujud,
2) Allah wajib Qidam
3) Allah wajib Baqo

hingga

19) Allah wajib Basirun
20) Allah wajib Mutakallimun.

Makna tidak benar @ bida'ah pada akal pun sama dengan makna kafir pada akal. Contoh tambahan ialah perkataan yang bermaksud

1) Allah mungkin tidak wajib Wujud.
2) Allah mungkin tidak wajib Qidam,
3) Allah mungkin tidak wajib Baqo

hinggalah

19) Kelakuan pelihat Allah mungkin tidak wajib wujud.

20) Kelakuan pekata Allah mungkin tidak wajib wujud.

Tidak diterima oleh akal bahawa

1) Allah mungkin tidak wajib Wujud.
2) Allah mungkin tidak wajib Qidam,
3) Allah mungkin tidak wajib Baqo

hinggalah

19) Kelakuan pelihat Allah mungkin tidak wajib wujud.

20) Kelakuan pekata Allah mungkin tidak wajib wujud.

Itulah contoh tidak benar pada akal @ kafir pada akal @ BIDA'AH PADA AKAL

Begitulah kaedah untuk memahami makna BENAR & TIDAK BENAR PADA SYARAK

Makna benar pada syarak ialah dalil bagi setiap amalan itu dua perkara iaitu

1) dalilnya dapat dibuktikan bersumberkan samada dari al Quran atau Hadith

2) maksud dalil yang ditunjukkan itu TIDAK bercanggah dengan sebarang ayat al Quran @ hadith.

Begitulah kaedah memahami makna tidak benar pada syarak.

Makna tidak benar @ kafir pada syarak ialah 2 perkara

1) dalilnya tidak dapat ditunjukkan @ tidak dapat dibuktikan samada dari al Quran @ hadith

2) dapat ditunjukkan dalil akan tetapi dalil yang ditunjukkan itu menyalahi al Quran dan hadith

Istilah lain tidak benar pada syarak ialah BIDA'AH PADA SYARAK

Contohnya ialah

1) melakukan solat fardu 5 waktu cukup sekadar NIAT

Bila diminta tunjukkan BUKTI, mereka TIDAK dapat tunjukkan buktinya dari al Quran @ Hadith.

2) Ada yang berkata Allah duduk di arash.

Bukti dari al Quran ditunjukkan akan tetapi bukti itu BERCANGGAH dengan ayat "laisakamitslihisyaiun".

Maka dikatalah perkara itu sebagai TIDAK benar @ bida'ah pada syarak @ KAFIR PADA SYARAK.

Setelah sudah faham maksud semua istilah itu, barulah kita mudah mengetahui tahap kebenaran perkataan yang menjadi pokok persoalan.

Perlu diingat bahawa, antara 3 hukum itu, yang paling kuat ialah HUKUM SYARAK. Bukannya hukum adat, bukannya hukum akal. pegangan ASWJ ialah semua perkara yang

1) Benar pada syarak, benar pada akal dan benar pada adat.

dalam perkataan lain ialah

Islam pada syarak, Islam pada akal dan Islam pada adat.

dan yang kedua

2) HANYA Islam pada syarak
tapi kafir pada akal dan kafir pada adat.

Dua perkara lagi TIDAK boleh dijadikan pegangan iaitu

1) HANYA Islam pada akal tetapi kafir pada adat dan KAFIR PADA SYARAK.

2) HANYA Islam pada akal dan Islam pada adat akan tetapi KAFIR PADA SYARAK.

Setelah kita FAHAM semua 4 perkara itu barulah kita MUDAH MEMAHAMI PERKATAAN @ IKTIKAD YANG BENAR & YANG SALAH.

Saya tahu, ada yang ingin minta contoh. Takpa contohnya seperti dibawah ini.

Kita lihat contoh contoh perkataan yang dipersoalkan dari sudut 3 hukum.

Allah berada dimana mana
Allah sahaja yang tahu tempat Dia berada
Allah berada di arash

Pada adat
Oleh kerana hukum adat TERHENTI setakat dunia @ alam nyata semata mata, TIDAK dikaitkan kepada Allah @ agama, maka persoalan itu TERKELUAR dari skop hukum adat. Perbincangan itu hanya berhubung dengan hukum akal dan hukum syarak sahaja.

Pada Akal
perkataan berada, dimana, tempat, arash adalah perkataan yang sesuai untuk makhluk. Contohnya ialah 3 perkataan ini

Malaikat berada dimana mana
Malaikat sahaja yang tahu tempat dia berada
Malaikat berada di arash

Kita tahu pada akal, setiap yang sabit pada makhluk itu MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH

Oleh itu 3 perkataan ini iaitu

Allah berada dimana mana
Allah sahaja yang tahu tempat Dia berada
Allah berada di arash > adalah KAFIR PADA AKAL @ BIDA'AH PADA AKAL

Kenapa pula?
Sebabnya perkataan itu membawa maksud Allah itu ada persamaan dengan malaikat. @ Malaikat ada persamaan dengan Allah. Kita tidak tahu dan tidak dapat menunjukkan tempat beradanya melainkan sekadar 3 perkataan itu.

Pada syarak
Tiga perkataan ini tidak ada dalilnya sama sekali samada dari al Quran @ Hadith iaitu

Allah berada dimana mana
Allah sahaja yang tahu tempat Dia berada
Allah berada di arash

Kita lihat terjemah perkataan "diatas" pada ayat ke-5 surah Thoha yang berbunyi
الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ

“(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas Arash” [Thoha : 5]

Ayat itu adalah ayat mutasyabihat yang zahir ayat seolah olah Allah itu BERTEMPAT DI ARASH dan zahir ayat bercanggah dengan ayat "laisakamitskihisyaiun".

Ayat mutasyabihat TIDAK boleh dijadikan SANDARAN kepada akidah. Kita disuruh beriman tanpa menetapkan maksudnya yang sebenar. Menetapkan maksudnya sama seperti zahir ayat sebenar benarnya adalah perbuatan golongan yang mengubah makna ayat Allah. Mengubah makna ayat Allah pula adalah sama dengan mengubah ayat Allah. Mengubah ayat Allah pula adalah salah satu perbuatan yang membinasakan akidah. Kita wajib percaya ayat itu adalah ayat Allah dan cukup dengan berkata :

“Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami”

Ayat yang dijadikan sandaran mestilah ayat MUHKAMAT iaitu berdasarkan perintah Allah dalam al Quran seperti berikut

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ مِنۡهُ ءَايَـٰتٌ۬ مُّحۡكَمَـٰتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَـٰبِهَـٰتٌ۬‌ۖ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمۡ زَيۡغٌ۬ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـٰبَهَ مِنۡهُ ٱبۡتِغَآءَ ٱلۡفِتۡنَةِ وَٱبۡتِغَآءَ تَأۡوِيلِهِۦ‌ۗ وَمَا يَعۡلَمُ تَأۡوِيلَهُ ۥۤ إِلَّا ٱللَّهُ‌ۗ وَٱلرَّٲسِخُونَ فِى ٱلۡعِلۡمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلٌّ۬ مِّنۡ عِندِ رَبِّنَا‌ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

“Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Diantara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok-pokok isi Al Quran dan yang lain ayat-ayat mutasyaabihat. Adapun orang orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta`wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta`wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran (daripadanya) kecuali orang-orang yang berakal”.
(Ali Imron : 7)

Maksud ayat
"ayat-ayat yang muhkamat itulah pokok-pokok isi Al Quran"

ialah
ayat ayat muhkamat itulah yang dijadikan dalil kepada akidah @ PEGANGAN kita. Bukannya ayat mutasyabihat.

Contoh ayat muhkamat ialah

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَد
ٌhingga akhir ayat

Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.

Ayat itu JELAS dan itulah contoh ayat yang  dijadikan dalil kepada akidah kita. Bukannya ayat yang samar samar @ ayat mutasyabihat seperti
الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ

“(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas Arsy” [Thoha : 5]

Makna ayat
"Adapun orang orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta`wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta`wilnya melainkan Allah"pula ialah

ALLAH MELARANG ORANG MENETAPKAN MAKSUD AYAT SAMA SEPERTI ZAHIR AYAT kerana makna sebenarnya telah diterangkan oleh Allah dihujung ayat itu iaitu,  hanya DIA yakni Allah sahaja yang tahu. SEBAB ITU MAKSUDNYA ITU JANGAN SEKALI KALI DITETAPKAN SAMA SEPERTI ZAHIR AYAT.

Tapi ada yg salah faham, mereka menganggap "mencari maksud perkataan 'BERSEMAYAM DIATAS ARASH' yang tidak bercanggah dengan ayat laisakamitslihisyaiun itu sebagai mencari cari takwil". Itulah kesilapan yang BESAR. Sedangkan maksudnya ialah JANGAN SEKALI KALI MENETAPKAN MAKSUD AYAT MUTASYABIHAT ITU SAMA SEPERTI ZAHIR AYAT.

Akidah ASWJ ialah Allah wujud tidak bertempat, MUSTAHIL Allah berada dilangit sama seperti zahir ayat.

Setengah orang berkata Firaunpun TAHU Allah berada dilangit. Mereka memberi alasan "Nabi Musa yang kata kepada Firaun". Malah ada setengahnya dengan TIDAK BERADAB kepada pesuruh Allah berkata "MUSA yang berkata macam tu kpd Firaun". Mereka tidak ada penghormatan kpd Nabi Musa dengan hanya menyebut "MUSA" bukannya "NABI MUSA". Kebiadaban mereka kpd Nabi Musa sebenarnya mencerminkan kebiadaban mereka kepada Allah. Perkataan tidak beradab golongan itu hanya mengulang perkataan pengikut Nabi Musa dikalangan Yahudi dan perkataan munafik kpd Nabi Muhammad s.a.w. Lihat buktinya dalam al Quran

وَإِذۡ قُلۡتُمۡ يَـٰمُوسَىٰ لَن نُّؤۡمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى ٱللَّهَ جَهۡرَةً فَأَخَذَتۡكُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ وَأَنتُمۡ تَنظُرُونَ
Ertinya :
Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang, karena itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya".
(Al-Baqarah : 55)

Tetapi BUKTI NABI MUSA BERKATA KEPADA FIRAUN bahawasanya ALLAH BERADA DILANGIT sama sekali TIDAK WUJUD. Sama sekali TIDAK ADA. Mereka sekadar berkata TANPA BUKTI. Mereka berkata sekadar meniru dan mengulang2 perkataan guru mereka tanpa sebarang pengetahuan. Tanpa sedar mereka sudah memfitnah Nabi Musa a.s. Memfitnah Nabi Musa adalah MEMFITNAH ALLAH. Memfitnah Nabi @ Allah adalah salah satu perkara yang membinasakan SYAHADAT @ JATUH KAFIR.

Lihat ayat berikut yang golongan ini jadikan sandaran

وَقَالَ فِرۡعَوۡنُ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمَلَأُ مَا عَلِمۡتُ لَڪُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرِى فَأَوۡقِدۡ لِى يَـٰهَـٰمَـٰنُ عَلَى ٱلطِّينِ فَٱجۡعَل لِّى صَرۡحًا لَّعَلِّىٓ أَطَّلِعُ إِلَىٰٓ إِلَـٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّى لَأَظُنُّهُ  ۥ مِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
Ertinya :
Dan berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta".
(Al Qasas : 38)

Ayat itu TIDAK menyebut Nabi Musa berkata "Allah berada dilangit". Hanya orang yang sudah salah faham dan sesat lagi menyesatkan sahaja menganggap seperti itu. Maksud sebenar ayat itu ialah barang siapa beriktikad @ berkata Allah berada dilangit maka kepercayaan mereka itu adalah SAMA DENGAN KEPERCAYAAN FIRAUN, SAMA DENGAN KEYAKINAN FIRAUN. Justeru, orang yang beriktikad @ berkata sedemikian tanpa sedar sudah JATUH KAFIR sama seperti kafirnya FIRAUN. Nauzubillah.

Ringkasnya pada syarak 3 perkataan itu adalah KAFIR PADA SYARAK.

Oleh itu ketiga tiga perkataan itu
adalah kafir pada akal dan kafir pada syarak. Justeru tidak boleh dijadikan pegangan kerana membinasakan akidah.

Oleh sebab itu perkataan

Allah berada dimana mana
Allah sahaja yang tahu tempat Dia berada
Allah berada di arash
sebenar benarnya MENYERUPAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK iaitu MALAIKAT.
Nauzubillah. Semoga Allah menjauhkan kita dari perkataan & iktikad sesat seperti itu.

======================

Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu
(an Nisa: 79)

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan