(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Ahad, 1 Mei 2016

Bab 9 Soalan 79 Persoalan dari ahli 1) Apakah yang dimaksudkan dengan Rukun Iman ke-6 iaitu percaya kepada Qada & Qadar? 2) Apakah tujuan beriman kepada Qada & Qadar ? Berikan contoh

Soalan 79


Persoalan dari ahli

1) Apakah yang dimaksudkan dengan Rukun Iman ke-6 iaitu percaya kepada  Qada & Qadar?

2) Apakah tujuan beriman kepada Qada & Qadar ?

Berikan contoh

Pencerahan
Soalan 79



Untuk memahami makna qada & qadar pada syarak, kita perlu memahami makna qada & qadar pada adat. Memahami kedua dua makna itu pada adat akan MENGHAMPIRKAN akal kita untuk memahami makna QADA & QADAR pada syarak.

Baik, apa makna qada & qadar pada adat?

Ada banyak makna Qada. Antaranya ialah hukum, perintah, pemberitahuan dan penciptaan. Semua makna itu betul, akan tetapi, makna yang lebih biasa kita dengar ialah ketetapan @ ketentuan.

QADA ialah KETETAPAN @ KETENTUAN

Contohnya ialah PEMBINAAN BANGUNAN MENARA PETRONAS BERKEMBAR DI KUALA LUMPUR

Adakah bangunan itu terus dibina tanpa perancangan?

Jawabannya TIDAK. Bangunan itu mestilah dibina setelah PELAN BANGUNAN & LOKASI SIAP 100%. Dari sekecil kecil bahagian bangunan seperti cermin tingkap hinggalah sebesar2nya seperti TIANG & TAPAK BANGUNAN, SUDAH DALAM PENGETAHUAN JURUTERANYA. 100% dalam pengetahuan juruteranya.

Jurutera sudah menetapkan setiap bahagian bangunan diperbuat dari bahan yang SESUAI. MUSTAHIL juruteranya membuat bangunan dari bahan bahan yang TIDAK SEDUAI. Contohnya

tiang bangunan - BESI KELULI bukan KAYU
tingkap bangunan - KACA bukan KERTAS
tangga bangunan - SIMEN bukan EMAS
pintu pejabat - KAYU bukan PLASTIK

dan 1001 bahagian bangunan yang diperbuat dari bahan2 yang SESUAI dengan KEGUNAAN & KESELAMATANNYA masing masing.

Atap bangunan TIDAK BOLEH memprotes kehendak dan ketetapan jurutera meletakkannya terdedah dengan cuaca PANAS & HUJAN. Jurutera tidak meletakkan atap sebagai pintu bangunan @ lantai. Atap bangunan itu dicipta KHUSUS & SESUAI diletakkan ditempat yang PANAS & SEJUK. Begitulah dengan semua bahagian bangunan.

Setiap bahagian bangunan SUDAH DITETAPKAN & SUDAH DITENTUKAN sesuai dengan tempat dan kegunaan masing masing. Sekiranya ada bahagian yang SALAH TEMPAT @ SALAH KEGUNAAN seperti tiang yang sepatutnya dari BESI KONGKRIT tetapi dibuat dari KAYU atau TAPAK yang sepatutnya ialah TANAH KERAS tetapi tersilap bina di atas TANAH BATU KAPUR maka sudah pastilah Bangunan Menara Berkembar Petronas dalam BAHAYA, bila bila masa boleh rebah tumbang menyembah bumi.

Itulah contoh makna QADA pada adat untuk menghampirkan kepada makna QADA pada SYARAK.

Apa dia Qada pada syarak?

Qada pada syarak ialah KETETAPAN DAN KETENTUAN ALLAH yakni semua makhluk yang ADA dialam semesta sudah ditentukan tempat dan peranannya masing masing. Semuanya saling berkait dalam satu rantaian yang BESAR saling melengkapi.

Matahari - MENERANGI BUMI
Bintang - MENGHIASI MALAM
Bumi - TEMPAT JIN & MANUSIA
Bulan - MENERANGI BUMI WAKTU MALAM
Tangan - MEMEGANG
Kaki - MELANGKAH
Mata - MELIHAT
Telinga - MENDENGAR
Akal - BERFIKIR & MEMILIH
Tulang 4 kerat - BERUSAHA

Semua makhluk itu SUDAH DIJADIKAN Allah SESUAI dengan TEMPAT & KEGUNAANNYA masing masing. Tangan tidak boleh memprotes kehendak dan ketetapan Allah meletakkannya ditepi kiri dan kanan bahu tubuh manusia. Begitulah dengan semua bahagian tubuh zahir dan batin. Allah MENJADIKAN setiap bahagian @ setiap organ itu SESUAI DENGAN TEMPAT & KEGUNAANNYA masing masing.

Contoh lain ketetapan dan ketentuan Allah ialah

1) Setiap yang hidup PASTI AKAN MATI. Tidak ada manusia yang dapat mengelakkan diri dari MATI.

Dalilnya dari dalam al Quran ialah

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
Ertinya :
Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.
(ali Imran : 185)

2) Setiap yang hidup PASTI ADA REZKINYA. Rezki bukan tertentu harta & wang ringgit. Hidup walau sedetik sekalipun adalah REZKI. Sihat itupun adalah rezki. Mampu berfikir itupun rezki.

Dalilnya dari dalam Al Quran ialah

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
Ertinya :
…… dan tidak satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya”
(Hud : 6).

3) Setiap makhluk PASTI ADA PASANGANNYA. Pasangan bagi lelaki adalah perempuan.

Dalilnya daripada al Quran ialah

وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Ertinya :
“Dan segala sesuatu Kami cipta
kan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”
(Adz Dzariyat : 59)


Dalam perkataan lain, QADA PADA SYARAK ialah ketentuan @ kehendak Allah SEJAK AZALI YANG SESUAI DAN TERBAIK UNTUK SEKALIAN JIN & MANUSIA.

Manusia TIDAK boleh memprotes, kenapa dia disuruh SUJUD & MENGENAL ALLAH kerana manusia itu MEMANG SESUAI kerana sudah dibekalkan dengan AKAL & nikmat nikmat yang tidak terhingga banyaknya untuk memilih RIDHO Allah dan menjauhi MURKANYA.

Tidak ada satupun makhluk yang dijadikan Allah sia sia melainkan semua manafaatnya itu kembali kepada sekalian jin dan manusia

Persoalan seterusnya

Apa tujuan kita memahami Qada Allah pada syarak?

Untuk memahami tujuannya, kita perlu terlebih dahulu memahami tujuannya pada adat. Dalam contoh ini ialah pembinaan MENARA KEMBAR PETRONAS DI KUALA LUMPUR.

SEBELUM pembinaan bermula, juruteranya telah mempersiapkan segala galanya dalam keadaan yang TERBAIK. Segala galanya yakni 100% tentang MENARA BERKEMBAR itu sudah didalam pengetahuan juruteranya. Tidak ada yang dia tidak tahu.

Sekiranya :
Semua yang sudah DITETAPKAN
Semua yang sudah DIKEHENDAKI
Semua yang sudah DIPUTUSKAN
BERJALAN SAMA SEPERTI YANG SUDAH DIRANCANG maka 100% FAEDAH PEMBINAAN BANGUNAN AKAN DINIKMATI.

Sebaliknya, sekiranya ada pekerja yang TIDAK MAHU MENGGUNAKAN AKAL semasa membinanya atau

1) tersalah faham arahan atau
2) sengaja menyalahi arahan

maka AKAN TIMBUL MUDARAT PADA ADAT iaitu MUDARAT KEPADA MANUSIA. Untuk keadilan pada ADAT, maka manusia yang terlibat akan dipertanggungjawabkan di mahkamah dunia.

Maka tujuan memahami QADA pada adat itu ialah supaya kita TAHU & YAKIN SERTA TAHKIQ bahawasanya Bangunan Menara Berkembar Petronas yang BELUM DIBINA itu 100% dalam PENGETAHUAN JURUTERA. JURUTERA YANG MEMBINA MENARA KEMBAR PETRONAS itu sudah MEMBUAT

1) PERANCANGAN YANG TERBAIK
2) TINDAKAN YANG TERBAIK
3) KEPUTUSAN YANG TERBAIK

TIDAK ADA YANG TERANIAYA, MELAINKAN SEMUANYA ADALAH YANG TERBAIK

Itulah kaedah memahami TUJUAN BERIMAN kepada QADA Allah iaitu

PADA SYARAK
supaya kita TAHU & YAKIN SERTA TAHKIQ bahawasanya SEGALA GALANYA YANG ALLAH JADIKAN MULAI makhluk pertama dijadikan sehingga MATI @ KIAMAT, 100 % adalah dalam ILMU ALLAH @ dalam pengetahuan Allah.  100% yang TERBAIK untuk manusia.

Bukti dari al Quran bahawa Allah SUDAH menetapkan 100% YANG BAIK untuk setiap manusia SEJAK AZALI tetapi manusialah yang MEMILIH UNTUK INGKAR kepada Allah ialah ayat ke -11 dalam surah ar-Rad

لَهُ  ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ  ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ سُوٓءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ  ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

Ertinya :
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

(ar-Rad : 11)

Orang yang salah faham kepada al Quran dan orang yang sengaja memilih HAWA NAFSU sebagai ikutan, mereka itulah orang yang dimaksudkan "dikehendaki Allah keburukan padanya"

Jika ada manusia yang menerima MUDARAT semasa hidupnya, itu adalah akibat kesilapan manusia kerana TIDAK MAHU MENGGUNAKAN AKAL iaitu samada

1) kurang faham @ tersalah faham makna QADA & tujuan beriman
2) dengan sengaja menyalahi perintah Allah

Untuk keadilan PADA SYARAK, maka manusia yang terlibat akan dipertanggungjawabkan di padang mahsyar MAHKAMAH ALLAH pada hari KIAMAT.

TIDAK ADA YANG TERANIAYA, MELAINKAN SEMUANYA ADALAH ATAS PILIHAN YAKNI USAHA & IKHTIAR MANUSIA.

Dalilnya dari al Quran ialah

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحًا فَلِنَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَنۡ أَسَآءَ فَعَلَيۡہَا‌ۖ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ تُرۡجَعُونَ
Ertinya :
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, maka itu adalah untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, maka itu akan menim pa dirinya sendiri, kemudian kepada Tuhanmulah kamu dikembalikan.
(Al-Jathiah : 15)

Itulah TUJUAN BERIMAN kepada QADA Allah iaitu

1) Allah telah menetapkan dan menghendaki semua yang mati dalam keadaan BERIMAN AKAN DIMASUKKAN KEDALAM SYURGA

2) Allah telah menetapkan dan menghendaki semua mati dalam keadaan SYIRIK itu akan DIAZAB DIDALAM NERAKA.

3) Allah telah menetapkan dan menghendaki setiap mukallaf menggunakan AKAL untuk BERUSAHA & BERIKTIAR mendapatkan RIDHO Allah dan menjauhi murkaNYA.

Dalam perkataan yang lebih ringkas
BAIK BURUK @ SYURGA NERAKA itu adalah atas pilihan sendiri.

Wallohua'lam

Persoalan seterusnya ialah

Apa pula makna Qadar dan tujuan memahami dan beriman kepada Qadar Allah?


Persoalan itu akan dicerahkan pada Soalan 80 insya Allah

=======================
Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
(an Nisa : 79)

Maaf zahir & batin
Wallahua'lam





laisakamitslihisyaiun (skrip+audio)
@
laisakamitslihisyaiunmp3 (audio shj)
@
audiolaisakamitslihisyaiun (audio shj)


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan