(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 7 Mei 2016

Bab 9 Soalan 81 Hukum syarak 3 bahagi iaitu SURUH, TEGAH & HARUS. Makna Bahagian 1 dan Bahagian ke-2 SURUH & TEGAH sudah dicerahkan mulai Soalan 72. Sekarang tiba masanya untuk kita cerahkan Bahagian ke-3 SURUH & TEGAH serta Hukum syarak Bahagian Ke-3 iaitu HARUS Suruh Bahagian ke-3 ialah semua yang SUNAT Tegah Bahagian ke-3 ialah semua yang MAKRUH Persoalan sekarang ialah 1) Apakah makna sunat, makruh dan harus ? Berikan contoh 2) Apakah kaitan hukum syarak dengan syariat, hakikat, tarikat dan makrifat?


Soalan 81


Hukum syarak 3 bahagi iaitu SURUH, TEGAH & HARUS. Makna Bahagian 1 dan Bahagian ke-2 SURUH & TEGAH sudah dicerahkan mulai Soalan 72. Sekarang tiba masanya untuk kita cerahkan Bahagian ke-3 SURUH & TEGAH serta Hukum syarak Bahagian Ke-3 iaitu HARUS

Suruh Bahagian ke-3 ialah semua yang SUNAT
Tegah Bahagian ke-3 ialah semua yang MAKRUH
Persoalan sekarang ialah

1) Apakah makna sunat, makruh dan harus ? Berikan contoh

2) Apakah kaitan hukum syarak dengan  syariat, hakikat, tarikat dan makrifat?



Pencerahan
Soalan 81


Hukum syarak 3 bahagi iaitu SURUH, TEGAH & HARUS. Suruh dan tegah pun 3 bahagi. Bahagian pertama dan kedua sudah dicerahkan.

Bahagian ketiga SURUH ialah semua yang SUNAT

Bahagian ketiga TEGAH ialah semua yang MAKRUH

Persoalan sekarang ialah, apakah makna dan contoh bagi SUNAT, MAKRUH & HARUS

Sunat ialah perkara yang apabila dilakukan SURUH ALLAH @ dielakkan TEGAH ALLAH maka mendapat KEBAJIKAN @ PAHALA. Jika TIDAK dilakukan TIDAK BERDOSA.

Contoh SURUH ALLAH yang hukumnya SUNAT apabila dilakukan dan TIDAK BERDOSA jika ditinggalkan ialah

1) SUNAT melakukan solat dhuha.
     Tak buat pun TAK BERDOSA
2) SUNAT bersedekah.
     Tak berdedekah pun TAK BERDOSA.
3) SUNAT makan ketika lapar.
    Tak makan pun TAK BERDOSA.

dan 1001 contoh SURUH ALLAH kategori SUNAT yang lain. Tak buat pun tak mengapa @ tidak berdosa @ tidak jatuh haram. Dibuat dapat PAHALA.

Contoh TEGAH ALLAH yang hukumnya SUNAT dielakkan dan TIDAK BERDOSA jika dilakukan ialah

1) Seseorang yang solat awal waktu kerana tahu Allah MENEGAH melambat lambatkan solat.

2) Seseorang yang mengurangkan makan kerana tahu Allah MENEGAH makan banyak.

3) Seseorang yang mengurangkan bercakap cakap kerana tahu Allah MENEGAH bercakap banyak.

Itulah 3 contoh TEGAH ALLAH kategori MAKRUH. Tak elak pun TAK MENGAPA @ TAK BERDOSA @ TIDAK JATUH HARAM. Dielakkan dapat PAHALA.

Harus pada syarak  pula ialah sesuatu yang hukumnya boleh berubah mengikut keadaan semasa

Sama seperti HARUS pada adat, iaitu hukumnya BERUBAH mengikut keadaan.

Contohnya ialah....

Makan
Hukum asal makan adalah HARUS

Jika dalam keadaan LAPAR, hukum makan berubah menjadi SUNAT PADA SYARAK

Jika dalam keadaan KENYANG, hukum makan bertukar menjadi MAKRUH

Jika dalam keadaan TERLALU KENYANG, hukum makan bertukar menjadi HARAM pada syarak kerana sudah memudaratkan seperti sesak nafas, pengsan dan sebagainya.

Contoh kedua NIKAH @ BERKAHWIN

Hukum asalnya adalah HARUS

Jika nafsu seseorang lelaki tu TERKAWAL maka hukum bernikah itu SUNAT

Jika perempuan tuapun dah nampak seperti "sweet 17" @ "simanis 17" maka hukumnya berubah menjadi WAJIB

Jika mengidap penyakit yang memudaratkan bakal isteri seperti "LEMAH" @ ada penyakit merbahaya dan sebagainya maka hukumnya berubah menjadi HARAM PADA SYARAK

dan 1001 contoh yang lain.

Persoalan seterusnya ialah apakah kaitan syariat, makrifat,  tarikat dan hakikat pada syarak?

Sebenar benarnya syariat, makrifat, tarikat dan hakikat TIDAK BOLEH TERPISAH @ DIPISAHKAN daripada ibadah kita sehari-harian. Keempat-empatnya menerangkan Islam itu sendiri. Keempat empatnya menerangkan hukum syarak itu sendiri. Bukannya berasingan. Bukannya ada yang penting ada yang kurang penting. Bukannya menunjukkan ketinggian makam seseorang disisi Allah. Bukannya pelengkap bagi agama Islam.

Memisahkan 4 cabang ilmu itu sebenarnya adalah satu kesilapan yang berpunca dari KURANG MAHIR PERBEZAAN 3 HUKUM iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak.

Syariat, makrifat, tarikat dan hakikat adalah umpama isi dengan kuku @ umpama rukun Islam dengan rukun Iman, umpama sifat dengan zat yang TIDAK BOLEH DIPISAHKAN BUAT SELAMA LAMANYA. Jika dipisahkan maka ROSAK BINASALAH agama Islam.

WAJIB BERJALAN SERENTAK. TIDAK TERPISAH WALAU SEDETIK SEKALIPUN

Secara ringkasnya
1⃣SYARIAT adalah hukum dan peraturan atau panduan menyeluruh seluruh permasalahan hidup jin dan manusia yang sudah ditentukan oleh Allah swt dan ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Syariat itu terbahagi kepada 2 iaitu

1) syariat ZAHIR dan
2) syariat BATIN.
.
Syariat BATIN
adalah amalan khusus berkaitan dengan AKIDAH seperti mengenal Allah dan perkara perkara yang menyelamat kan diri dari SYIRIK @ JATUH KAFIR @ BINASA AKIDAH apabila dilanggar.

Syariat ZAHIR
pula adalah amalan selain perkara akidah seperti FEQAH & MUAMALAH yang BERDOSA BESAR apabila dilanggar, tidak menyebabkan JATUH KAFIR. Hanya sekadar DOSA BESAR. Perbezaan antara dua jenis syariat ini bersama contoh-contohnya telah dicerahkan mulai Soalan 77.

Persoalan seterusnya ialah
2⃣Apakah makna MAKRIFAT?

Pencerahannya begini

Makrifat pula bermakna MENGENAL dengan sebenar benar kenal

Makrifat disini atas 3 perkara iaitu

1) mengenal Allah dengan DALIL @ BUKTI
2) mengenal semua HUKUM Allah yang tersebut dalam al Quran
3) mengenal semua AYAT AYAT @ BUKTI BUKTI Allah itu "laisakamitslihisyaiun"

Kita cerahkan 3 perkara diatas satu persatu insya Allah

Yang pertama
Mengenal Allah dengan dalil iaitu 2 jenis dalil

1) dalil dari al Quran & hadith
2) dalil akal iaitu sekalian alam untuk mentahkiqkan pengenal kepada Allah

Yang kedua
Maksud mengenal Allah dengan dalil disini adalah SAMA DENGAN maksud SYARIAT BATIN seperti yang baru disebut diatas itu

Maksud mengenal semua HUKUM Allah yang tersebut dalam al Quran pula adalah SAMA DENGAN maksud SYARIAT ZAHIR

Yang ketiga
Maksud "AYAT" pada perkara ke-3 "mengenal semua AYAT AYAT @ BUKTI BUKTI Allah itu "laisakamitslihisyaiun" adalah 3 perkara iaitu

1) al Quran
2) Hadith
3) Dalil akal iaitu sekalian alam

Secara ringkas
Maksud sebenar yang ke-3 itu ialah
MENGETAHUI sehingga NYATA bahawasanya untuk MENGENAL ALLAH sehingga tahkiq,  Allah ada memberikan 3 jenis bukti seperti yang disebutkan di atas iaitu

1) al Quran
2) Hadith
3) Dalil akal iaitu sekalian alam

Persoalan yang seterusnya ialah
3⃣Apakah makna TAREKAT?

Maksud tarekat disini ialah "JALAN" untuk mencapai REDHO Allah iaitu 2 perkara

1) menunaikan semua SURUH Allah
2) menjauhi semua TEGAH Allah

Semua itu mestilah TIDAK bercanggah dengan al Quran & sunnah Rosul. Untuk mempastikan semuanya tidak bercanggah dengan al Quran & Sunnah Rosul, maka perlu dipastikan ilmu itu BERSANAD sehingga kepada Rosulullah s.a.w.

Untuk mengetahui dan memahami sanad ilmu itu benar benar sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah dengan BERGURU kepada ALIM ULAMA PEWARIS NABI dan menguasai perbezaan 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak.

Tanda tanda ulama pewaris nabi sudah dicerahkan sebelum ini ialah perbuatannya hanya berkisar pada perkara yang FARDU @ SUNAT SAHAJA. Perkara subahat dan haram mereka TAK BUAT.

Ringkasnya
Untuk orang awam
maksud tarekat disini ialah 3 perkara iaitu

1) menuntut ilmu sekurang kurangnya fardu ain
2) amalkan ilmu sekurang kurangnya ilmu fardu ain
3) memelihara amal dari binasa

Persoalan terakhir ialah
4⃣Apakah makna HAKIKAT?

Makna hakikat disini ialah SEBENAR BENAR @ YANG SEBENAR BENARNYA iaitu khusus kepada PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH iaitu sebahagian dari SYARIAT BATIN

Setiap mukallaf DITEGAH bergantung kepada hukum adat & hukum akal sebaliknya DIWAJIBKAN BERPEGANG KEPADA HUKUM SYARAK. Itulah hukum yang paling KUAT.

Dalam erti kata lain, setiap perbuatan kita samada perbuatan hati, lidah dan anggota WAJIB DIHUBUNGKAN DENGAN ALLAH. HARAM hukumnya JIKA HATI ITU TERHENTI SETAKAT HUKUM ADAT. Buktinyanya sudah dicerahkan pada Bab 7 berhubung dengan hukum adat. Sekarang kita sudah berada pada Bab 9 berkait dengan hukum syarak.

Masalah umat sekarang ialah ramai yang SALAH FAHAM kepada makna HAKIKAT. Mereka tidak tahu perbezaan makna "hakikat" berdasarkan 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Bagi mereka HAKIKAT ialah ilmu TERTINGGI, ilmu yang yang dianugerahkan oleh Allah kepada para Nabi & Rosul. Ilmu itulah yang mereka terima dari Allah. Begitulah anggapan golongan yang merasakan diri mereka sudah sampai ke makam TERTINGGI & TIDAK WAJIB LAGI MENDIRIKAN SOLAT FARDU 5 WAKTU.

Mereka sebenarnya TIDAK TAHU perbezaan

1) makna hakikat pada adat
2) makna hakikat pada akal
3) makna hakikat pada syarak

Secara ringkas
Salah faham mereka itu terbahagi kepada tiga iaitu

1) menganggap HAKIKAT sebagai ilmu PALING TINGGI yang perlu dijadikan pegangan hidup. Tanpa sedar, mereka sudah menafikan kewajiban berpegang kepada hukum syarak sedangkan, menurut akidah ASWJ, hukum yang WAJIB dijadikan pegangan ialah Hukum syarak bukannya hakikat seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Khidir.

Apa dalilnya?

Dalilnya sudah diberikan pada pencerahan sebelum ini iaitu diambil dari al Quran tentang kisah Nabi Musa berguru kepada Nabi Khidir. Nabi Musa diperintahkan oleh Allah berpegang kepada SYARIAT. Nabi Musa TIDAK diperintahkan mengikut perbuatan Nabi Khidir iaitu "HAKIKAT".

2) akibat dari fahaman yang silap itu, mereka menganggap diri mereka sudah berada pada makam yang TINGGI dan TIDAK WAJIB LAGI menunaikan syariat zahir seperti solat fardu 5 waktu dan lain lain.

3) mereka beriktikad, segala galanya adalah ALLAH dengan MENAFIKAN MAKHLUK.

Fahaman itu sebenarnya SESAT & MENYESATKAN kerana TIDAK ADA SANDARANNYA daripada al Quran & Sunnah Rosul. Punca semua salah faham itu ialah TIDAK MAHIR PERBEZAAN 3 HUKUM iaitu hukum adat, akal dan syarak.

Sy tahu, mesti ada yang ingin bertanya
 "apa perbezaan antara

1) makna hakikat pada adat
2) makna hakikat pada akal dan
3) makna hakikat pada syarak

Kita akan cerahkan persoalan itu pada
Soalan 83 insya Allah

Ringkasannya ialah
Syariat, makrifat, tarekat dan hakikat adalah sebahagian dari tuntutan FARDU AIN yang tidak boleh dipisah pisahkan. Semuanya WAJIB "berjalan serentak". Mereka yang memisahkan TAREKAT @ HAKIKAT dan menganggap MEREKA TIDAK WAJIB LAGI menunaikan perintah yang difardukan oleh Allah seperti solat 5 waktu, sebenar benarnya mereka adalah dari golongan yang SESAT LAGI MENYESATKAN.

Punca mereka memisahkan ilmu ilmu itu adalah kerana TIDAK MAHIR membezakan 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak

_______________________________________
Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
(an Nisa': 79)


Wallohua'lam
Maaf zahir & batin

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan