(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Rabu, 18 Mei 2016

Bab 9 Soalan 84 Pencerahan lanjut tentang Makna Islam dan makna kafir pada adat Makna benar dan makna tidak benar pada adat Makna Islam dan makna kafir pada akal Makna benar dan makna tidak benar pada akal Makna Islam dan makna kafir pada syarak Makna benar dan makna tidak benar pada syarak Terangkan perkaitan makna itu dengan 3 perkataan @ 3 kepercayaan iaitu Allah bertangan Allah berkaki Allah bermata

Soalan 84


Pencerahan lanjut tentang

Makna Islam dan makna kafir pada adat
Makna benar dan makna tidak benar pada adat

Makna Islam dan makna kafir pada akal
Makna benar dan makna tidak benar pada akal

Makna Islam dan makna kafir pada syarak
Makna benar dan makna tidak benar pada syarak

Terangkan perkaitan makna itu dengan 3 perkataan @ 3 kepercayaan iaitu

Allah bertangan
Allah berkaki
Allah bermata


Pencerahan
Soalan 84


Untuk memudahkan faham pencerahan Soalan 84 ini, sama seperti Soalan 83, barisan admin menasihatkan supaya ahli dapat kiranya mengulangkaji semula pencerahan tentang hukum adat, hukum akal dan hukum syarak seperti pada senarai POKOK PERBINCANGAN yang sudah dihantar sebelum ini.

Untuk menyelesaikan persoalan itu, kita semua perlu terlebih dahulu memahami beberapa makna perkataan berdasarkan 3 hukum iaitu

1) makna Islam menurut 3 hukum
2) makna kafir menurut 3 hukum
3) makna benar menurut 3 hukum
4) makna tidak benar menurut 3 hukum

Setelah kita faham maknanya setiap satu, barulah kita nampak dengan JELAS AKIDAH YANG BENAR PADA SYARAK. Kita akan cerahkan satu persatu insya Allah

Apakah makna Islam dan makna kafir pada adat?

Perkara ini sudah dicerahkan mulai Soalan 36 dan Soalan 83. Kita ulang semula secara ringkas.

Makna Islam pada adat ialah perkara yang dapat dibuktikan melalui pancaindera yang lima serta tidak bercanggah dengan fitrah manusia dan sunnah alam. Contohnya ialah

1) hidup tolong menolong
2) belajar bersungguh-sunguh tanpa jemu

Sebaliknya kafir pada adat ialah perkara perkara yang tidak dapat dibuktikan melalui pancaindera serta bercanggah dengan fitrah manusia dan sunnah alam.

Istilah lain bagi kafir pada adat ialah BIDA'AH PADA ADAT.

Contohnya ialah

1) membiarkan jiran dalam kesempitan hidup tanpa berusaha membantu

2) berbiarkan anak isteri hidup bebas tanpa kawalan dan tanpa bimbingan.

Kafir @ Islam pada adat itu TIDAK sama dengan Islam @ kafir pada syarak dan kafir @ Islam pada akal kerana TIDAK dihubungkan dengan Allah, Islam @ akhirat. Hanya terhenti setakat kehidupan DUNIA sahaja. Terhenti setakat undang undang dunia sahaja.

Apakah pula makna Islam dan makna kafir pada akal?

Perkara ini sudah dicerahkan mulai Soalan 41 dan Soalan 83. Walaupun begitu, kita cerahkan secara ringkas.

Makna Islam pada akal ialah sesuatu yang diterima oleh akal tentang tuhan semesta alam yang bernama Allah. Tidak dihubungkan kepada al Quran @ Hadith. Terhenti setakat penerimaan AKAL yang sihat semata-mata.

Contohnya ialah

1) Diterima oleh akal bahawa
Allah mengetahui semua yang kita lakukan dan mengetahui semua perbuatan makhluk, sejak sebelum lahir, sehingga sekarang ini dan sehingga saat kematian dengan SEKALI TAHU. Pengetahuan Allah itu bukannya berperingkat peringkat bukannya terbatas seperti pengetahuan manusia. dan

2) Diterima oleh akal bahawa
Allah melihat semua yang kita lakukan dan melihat semua perbuatan makhluk, sejak sebelum lahir, sehingga sekarang ini dan sehingga saat kematian dengan SEKALI LIHAT. Pelihat Allah itu bukannya berperingkat peringkat bukannya terbatas seperti pelihat manusia.

Makna kafir pada akal pula ialah sesuatu tentang Allah yang TIDAK diterima oleh akal sama sekali. Tidak dikaitkan dengan al Quran @ hadith. Terhenti setakat penolakan oleh AKAL yang sihat sahaja.

Istilah lain bagi kafir pada akal ialah BIDA'AH PADA AKAL

Contohnya ialah

1) Tidak diterima oleh akal bahawa
Allah itu ada persamaan dengan manusia seperti lupa walau sedikitpun.

2) Tidak diterima oleh akal buat selama lamanya bahawa Allah akan berubah daripada tidak menyerupai sebarang makhluk kepada menyerupai sedikit makhluk. Kerana yang berubah itu walau satu kali pun, walau sedikitpun, pasti ada kelemahan, pasti akan BINASA.

Apakah pula makna Islam dan makna kafir pada syarak? Perkara ini juga sudah dicerahkan sedikit pada Soalan 83.

Kita akan cerahkan pada soalan khusus insya Allah. Sekarang kita cerahkan secara ringkas sahaja.

Makna Islam pada syarak ialah beriktikad yang benar serta melakukan sebarang perbuatan @ sebarang amalan berdasarkan perintah Allah yang tersebut didalam Al Quran @ Hadith.

Contohnya

1) Beriktikad bahawa Allah itu SATU dan Allah itu ESA.

2) Melakukan sebarang ibadah yang diperintahkan oleh Allah, sempurna dengan syarat dan rukun.

Apa pula makna dan contoh kafir pada syarak?

Makna kafir pada syarak ialah beriktikad @ melakukan sebarang perbuatan @ sebarang amalan yang BERCANGGAH dengan perintah Allah yang disebut didalam Al Quran @ Hadith dan menyebabkan JATUH KAFIR @ BINASA AKIDAH.

Istilah lain bagi kafir pada syarak ialah BIDA'AH PADA SYARAK

Contohnya ialah

1) Suka hati tanpa merasa benci melihat penganut Hindu @ Buddha @ Kristian menyembah berhala atau merayakan upacara agama mereka. BINASA AKIDAH.

2) Secara rahsia menyumbang tenaga @ harta benda untuk melemahkan umat Islam. BINASA AKIDAH.

Itulah makna dan contoh yang perlu kita fahami untuk memudahkan kita memahami perkataan yang benar @ salah seperti pada persoalan 84. Kita lihat semula persoalan itu.

Sama seperti soalan 83, tiga jenis perkataan pada soalan 84 ini terkeluar dari skop hukum adat kerana hukum adat hanya terhenti setakat DUNIA sahaja, tidak dikaitkan dengan halal haram, dosa pahala @ Allah. Perkara itu berkait dengan hukum akal dan hukum syarak sahaja.

Pada akal
mata, tangan dan kaki adalah benda berjisim @ makhluk. Kita tahu setiap yang sabit pada makhluk maka mustahil sabit pada Allah. TIDAK DITERIMA OLEH AKAL BAHAWA ALLAH ITU BERTANGAN, BERKAKI & BERMATA kerana mata @ memiliki mata, kaki @ memiliki kaki dan tangan @ memiliki tangan itu adalah khusus kepada makhluk.

Jika ayat itu ditutup dan dihias dengan perkataan "mata, kaki dan tangan Allah tidak sama dengan mata, kaki dan tangan makhluk @ mata Allah sesuai dengan sifat ketuhananNYA kaki Allah sesuai dengan sifat ketuhananNYA, tangan Allah sesuai dengan sifat ketuhananNYA" maka perkataan itu sebenar2nya menyerupakan Allah dengan binatang seperti BABI.

Kenapa pulak?

Sebabnya
babi bertangan berkaki dan bermata tetapi tangan babi, kaki babi dan mata babi tidak sama dengan kaki tangan dan mata manusia. Kaki, tangan dan mata babi itu sesuai dengan sifat kebinatangannya.

Oleh itu, 3 perkataan itu adalah KAFIR PADA AKAL @ BIDA'AH PADA AKAL

Macam mana pula dengan pada syarak?

Pada syarak
Semua 3 perkataan itu samasekali  tidak bersumberkan al Quran @ hadith

Tidak ada sepotongpun ayat al Quran @ hadith yang menyebut Allah memiliki tangan, Allah memiliki kaki atau memiliki mata melainkan hanya terjemahan atas kepercayaan golongan yang menjisimkan Allah akibat MENETAPKAN MAKNA AYAT MUTASYABIHAT SAMA SEPERTI ZAHIR AYAT.

Sesetengah orang yang berpegang kepada perkataan itu adalah berdasarkan ayat al Quran seperti berikut iaitu
yang pertama

يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ
Ertinya:
“tangan-tangan Allah diatas tangan mereka”. (Al-Fath: 10)

yang kedua

ينزل ربنا تبارك وتعالى إلى السماء الدنيا كل ليلة حين يبقى ثلث الليل الآخر فيقول: من يدعوني فأستجيب له، من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له، حتى ينفجر الفجر

Ertinya:
“Rabb kita tabaraka wa ta’ala turun ke langit dunia setiap sepertiga malam akhir. Ia lalu berkata: ‘Barangsiapa yang berdoa, akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku akan Aku beri. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, akan Aku ampuni. Hingga terbit fajar‘ ” (HR. Bukhari 1145, Muslim 758)

Ayat al Quran & hadith itu tidak sama sekali menyebut Allah memiliki tangan @ memiliki kaki. Perkataan TANGAN bukan bermakna MEMILIKI TANGAN. Sekali lagi ditegaskan, mengubah makna TANGAN kepada MEMILIKI TANGAN sebenar benarnya MENGUBAH AYAT ALLAH. Mengubah ayat Allah adalàh salah satu perbuatan yang MEMBINASAKAN AKIDAH.

Pada adat, pada akal dan pada syarak, kaki, berkaki @ memiliki kaki adalah 2 maksud yang berbeza

Pada adat, pada akal dan pada syarak, tangan, bertangan @ memiliki tangan adalah 2 maksud yang berbeza.

Sesiapa yang berkata kedua duanya adalah sama sebenarnya adalah orang yang LEMAH DALAM BAHASA MELAYU dan tanpa sedar sudah mengubah maksud ayat. Mengubah maksud ayat adalah mengubah ayat Allah. Mengubah ayat Allah adalah salah satu perkara yang membinasakan akidah. Nauzubillah

Kita lihat satu lagi ayat mutasyabihat didalam al Quran yang TIDAK BOLEH dipegang mengikut zahir ayat. Ayat yang menyebut TANGAN Allah iaitu pada ayat ke-64 dalam surah al-Maidah

وَقَالَتِ ٱلۡيَہُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌ  ۚ  غُلَّتۡ أَيۡدِيہِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْ‌  ۢ  بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُ  ۚ  وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنۡہُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَـٰنًا وَكُفۡرًا  ۚ  وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَہُمُ ٱلۡعَدَٲوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ  ۚ  كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارًا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُ  ۚ  وَيَسۡعَوۡنَ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَسَادًا  ۚ  وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ
Ertinya :
Orang-orang Yahudi berkata: "TANGAN Allah terbelenggu", sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi KEDUA-DUA TANGAN ALLAH TERBUKA; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan dimuka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan.
(al Maidah : 64)

Ayat itu sebenarnya adalah ayat mutasyabihat. Ayat MURKA @ ayat LAKNAT. Berdasarkan zahir ayat, seolah-olah Allah memiliki 2 tangan. Itulah maksud zahir ayat. Allah melaknat orang kafir Yahudi yang menganggap Allah itu ada persamaan dengan manusia.

Apa persamaan yang mereka iktikadkan itu?

Orang kafir Yahudi itu beriktikad bahawa

1) Allah itu memiliki tangan
2) Allah itu bersifat kedekut

Allah menjawab perkataan orang kafir itu dengan perkataan yang terjemahnya ialah

" kedua-dua tangan Allah terbuka"

'Kedua-dua tangan Allah terbuka" BUKAN BERMAKSUD Allah memiliki tangan. Jauh sekali memiliki 2 tangan. Perkataan @ iktikad Allah memiliki tangan @ 2 tangan adalah perkataan yang menyerupakan Allah dengan makhluk seperti manusia.

Salah satu maksud ayat itu ialah, barang siapa

1) yang berkata @
2) yang beriktikad bahawa Allah memiliki TANGAN maka mereka sebenar benarnya mereka sudah mengulangi perkataan orang kafir Yahudi. Maka tanpa sedar, orang yang berkata @ beriktikad Allah memiliki tangan sebenar benarnya telah KAFIR sama seperti kafirnya orang Yahudi itu.

Oleh sebab itu, pada syarak ketiga2 tiga perkataan itu adalah KAFIR PADA SYARAK @ BIDA'AH PADA SYARAK. Justeru tidak boleh dijadikan pegangan kerana membinasakan akidah.

Ingat semula, perkara yang boleh dijadikan pegangan hanya 2 perkara iaitu

1) Semua yang Islam pada syarak, Islam pada akal dan Islam pada adat

2) Semua yang Islam pada syarak walaupun kafir pada akal dan kafir pada adat

Dua lagi perkara yang tidak boleh dijadikan pegangan ialah

1) Semua yang kafir pada syarak walaupun Islam pada akal dan Islam pada adat

2) Semua yang kafir pada syarak, kafir pada akal dan kafir pada adat

=========================

Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan salah silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
(An Nisa': 79)

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam


www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
telegram

@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan