(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Jumaat, 13 Mei 2016

Bab 9 Jawapan Soalan 82 Apakah syarat mengucap dua kalimah syahadat ? 1) untuk orang Islam 2) untuk orang yang ingin memeluk Islam 3) untuk si murtad Pencerahannya ialah:

Jawapan Soalan 82


Apakah syarat mengucap dua kalimah syahadat ?

1) untuk orang Islam
2) untuk orang yang ingin memeluk Islam
3) untuk si murtad

Pencerahannya ialah:

Apakah syarat mengucap 2 kalimah syahadat?

Sebagai mukaddimah,
kita fikirkan dahulu perkara ini. Setiap sesuatu ada syarat dan rukunnya. Dari sekecil kecil perkara hinggalah ke sebesar besar perkara, mesti ada syarat dan rukunnya.

Sebagai contoh, nak kenyang. Mesti ada syarat dan rukunnya.

Syaratnya mesti ada makanan utk dimakan.
Rukunnya pula ialah makanan perlu disuapkan kedalam mulut, dikunyah dan ditelan, barulah boleh kenyang. Jika kurang satu rukun seperti makanan tidak dimasukkan kedalam mulut maka tidak akan kenyang sampai bila bila.

Untuk kenyang, syarat dan rukun wajib dipatuhi. Itulah contoh syarat dan rukun pada adat untuk memudahkan faham akan makna syarat dan rukun pada syarak. Sekiranya salah satu syarat @ rukun tidak dipenuhi maka ibadah itu TIDAK SAH bukannya batal tetapi tidak sah

Contohnya ialah salah satu syarat mengucap tidak dipatuhi* maka lafaz 2 kalimah syahadah seseorang itu tidak sah.

Mungkin ada yang ingin bertanya "apa beza tidak sah dengan batal?

Ya memang berbeza. Bezanya begini iaitu

Tidak sah bermakna syarat @ rukun TIDAK DIPENUHI sejak dari awal.

Batal bermakna syarat dan rukun sudah dipenuhi dan ibadah itu sudah dilakukan dan SAH. Selepas selesai ibadah itu datang pula perkara yang membatalkan ibadah itu

Oleh itu, setiap mukallaf WAJIB mengetahui syarat dan rukun bagi setiap amalan masing masing. Memahami syarat dan rukun adalah SYARAT MEMELIHARA IBADAH.

Jadi
Sebelum kita cerahkan syarat syaratnya itu, elok kita lihat dahulu bacaan dan terjemah 2 kalimah tersebut

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله

Maksudnya :
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

atau

Didalam kitab-kitab kuning dituliskan seperti berikut

Naik saksi aku bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan naik saksi aku bahawasanya Nabi Muhammad itu benar lagi sebenar-benarnya pesuruh Allah.

Kalimah itu sangat ringkas dan mudah diucapkan. 2 kalimah itu sebenarnya adalah kalimah SUMPAH & JANJI kepada Allah. Pada syarak, sumpah yang PALING BESAR dari sebesar2 sumpah dan janji ialah MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAT.

Didalam Al Quran, Allah ada menghukum bahawasanya orang yang MUNGKIR JANJI yakni melanggar janji seperti yang DIIKRARKAN ketika melafazkan 2 kalimah syahadat ketika solat 5 waktu dan diluar solat adalah orang FASIK.

Orang fasik itu terbahagi 2.

1) Sudah jatuh KAFIR.
2) Masih Islam tetapi BERDOSA BESAR

Orang fasik yang sudah jatuh KAFIR ialah mereka yang melakukan SYIRIK. Perkara ini sudah dicerahkan pada Soalan 77

Orang fasik yang masih Islam pula sudah dicerahkan pada Soalan 78

Buktinya orang yang mungkir janji itu dihukumkan FASIK oleh Allah ialah ayat ke-102 dalam surah al-A'raf seperti berikut

وَمَا وَجَدۡنَا لِأَڪۡثَرِهِم مِّنۡ عَهۡدٍ‌   ۖ   وَإِن وَجَدۡنَآ أَڪۡثَرَهُمۡ لَفَـٰسِقِينَ
Ertinya:
Dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji. Sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka orang-orang yang FASIK.
(al A'raf : 102)

Apa JANJI manusia kepada Allah yang manusia mungkiri?

Manusia bersumpah dan berjanji akan MENGIKUT PERINTAH ALLAH 100% SAMA SEPERTI YANG DITUNJUKKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W. tetapi ada yang tak ikut. Ada yang hanya ikut 90% @ 80% @ 50% @ 10% atau mungkin kurang daripada itu.

*Orang yang sempurna syarat, sempurna rukun dan sempurna memelihara diri dari perkara yang MEMBINASAKAN SYAHADAT yakni TERPELIHARA DARI SYIRIK, mereka itulah yang BERPEGANG TEGUH KEPADA JANJI dan ganjarannya adalah SYURGA*. Itulah sebesar besar kejayaan didunia dan akhirat.

Tetapi sebaliknya, orang yang TIDAK sempurna syarat dan rukun, TIDAK TAHU memelihara diri dari perkara yang MEMBINASAKAN AKIDAH mereka itulah yang MUNGKIR JANJI dan sudah pasti akan mendapat AZAB API NERAKA.

Memandangkan ganjaran yang BESAR dan AZAB YANG BESAR dijanjikan oleh Allah, sudah tentulah syarat, rukun dan perkara yang membinasakan akidah itu SANGAT DITUNTUT MEMPELAJARINYA.

Tuntutan yang dimaksudkan tidaklah seringan sebutan. Untuk itu, kita WAJIB mengetahui dan menyelesaikan semua perkara yang berkaitan iaitu SYARAT, RUKUN & PERKARA YG MEMBATALKAN serta PERKARA YANG MEMBAWA TIDAK SAH KALIMAH SYAHADAT.

Persoalan asas disini ialah

1) Siapakah "aku" yg dimaksudkan?
2) Apa makna naik saksi @ bersaksi?
3) Apa yang disaksikan?
4) Bagaimana untuk bersaksi?
5) Apa makna Tuhan?
6) Apa makna Allah?
7) Apa perbezaan makna Tuhan dan Allah?

Kita akan cerahkan persoalan itu satu persatu insya Allah

MAKNA AKU

"Aku" yang dimaksudkan dalam sumpah & janji itu ialah DIRI kita yang SATU & ESA pada adat

MAKNA DIRI

Makna diri sudah dicerahkan pada Soalan 55

MAKNA SATU

Makna SATU pada adat telah dicerahkan pada Soalan 56

MAKNA ESA

Makna ESA telah dicerahkan pd Soalan 58 & 59

MAKNA TUHAN & MAKNA ALLAH

Makna tuhan dan makna Allah sudah dicerahkan pd Soalan 21

Persoalan seterusnya ialah makna NAIK SAKSI. Apakah makna naik saksi?

Untuk memahami makna naik saksi pada syarak, kita perlu memahami makna naik saksi pada adat. Itulah cara menghampirkan akal kita untuk memahami maksud sebenar NAIK SAKSI PADA AKAL DAN NAIK SAKSI PADA SYARAK

Apa contohnya?

Contoh naik saksi pada adat ialah menjadi SAKSI di Mahkamah Majistret @ Mahkamah Tinggi

Katalah kita dan beberapa orang menjadi SAKSI bagi satu kes yang kerap terjadi sekarang ini iaitu kes RAGUT yang terjadi dihadapan mata kita. Kita melihat dihadapan mata sendiri, beg tangan seorang perempuan tua diragut oleh 2 orang lelaki bermotosikal dengan ciri-ciri berikut

1) berbaju-T gelap
2) badan kurus

Beberapa orang SAKSI telah dipanggil oleh hakim untuk memberi keterangan di mahkamah. Semasa dimahkamah, kita dan semua saksi bersumpah dihadapan hakim bahawa kita menyaksikan dengan mata kepala send iri PERISTIWA RAGUT itu. Menyaksikan kes ragut dengan pancaindera sendiri itu dinamakan NAIK SAKSI PADA ADAT.

Siapa yang naik saksi?

Jawabannya ialah DIRI kita dari hujung rambut hingga hujung kaki, zahir dan batin.

Apa yang kita saksikan?

Kita menyaksikan

1) perempuan tua diragut oleh 2 lelaki
2) peragut itu memakai baju-T berwarna gelap
3) tubuh peragut itu kurus

Dengan siapa kita bersumpah?

Jawabannya ialah HAKIM.
Kita bersumpah dan berjanji kepada orang yang kita KENAL iaitu HAKIM. Kita tidak bersumpah dan berjanji kepada orang lain seperti kerani atau pembantu hakim. Kita memang betul betul KENAL 100% itulah HAKIM mahkamah tempat kita memberi keterangan.

Apa JANJI kita kepada hakim?

Janji kita adalah memberi info yang benar 100% yakni BERCAKAP BENAR 100% sama seperti yang diarahkan oleh hakim.

Adakah persaksian kita itu SAH?

Jawabannya SAH jika SEMUA maklumat yang disampaikan oleh SEMUA SAKSI BETUL BETUL BENAR & SAMA dengan yang ada pada peragut yang sudah ditangkap. Jika ada saksi yang memberikan keterangan yang BERBEZA @ BERCANGGAH dengan info yang ada pada PERAGUT itu bermakna saksi tersebut adalah SAKSI PALSU.

Itulah contoh NAIK SAKSI PADA ADAT untuk memahami makna NAIK SAKSI PADA SYARAK

Ingat semula, ucapan 2 kalimah syahadat itu adalah SEBESAR BESAR SUMPAH & JANJI kepada Allah

Kita ulang semula,
Apa sumpah kita? Apa janji kita?

Sumpah dan janji kita adalah 3 perkara iaitu :

1) Kita akan bercakap yang BENAR 100% sama seperti percakapan (perbuatan lisan) yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

2) Kita akan beriktikad yang BENAR 100% sama seperti iktikad (perbuatan hati) yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

3) Kita akan bertingkahlaku yang BENAR 100% sama seperti tingkahlaku (perbuatan anggota) yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam ertikata yang lain, kita BERSUMPAH dengan sebesar besar sumpah & BERJANJI dengan sebenar benar janji BAHAWA

*KITA AKAN MENGIKUT PERINTAH ALLAH 100% SAMA SEPERTI YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN ULAMA PEWARIS NABI.*

Apa pula yang disaksikan?

Jika yang ingin mengucap itu orang Islam, maka yang disaksikan @ syarat bersaksi itu 3 perkara.

Jika yg ingin mengucap itu "saudara baru"  maka yang disaksikan @ syarat bersaksi itu 2 perkara.

1) bersaksi hanya ada 1 Tuhan bernama Allah, bukannya dua @ lebih. Bukannya tuhan Hindu bernama Vishnu @ Brahman dan lain lain.

2) bersaksi Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, bukannya bersaksi Nur Muhammad didalam diri @ Muhammad di dalam diri dan lain lain.

Jika yang ingin mengucap itu SI MURTAD maka yang disaksikan @ syarat bersaksi  itu 4 perkara

Tambah 1 lagi daripada syarat untuk yang beragama Islam iaitu

*bersaksi yakni dengan setulus hati ingin KEMBALI kepada Islam*

Kita orang Islam bersaksi @ syarat bersaksi atas 3 perkara iaitu

1) Naik saksi Allah itu SATU @ al Wahid  & Allah itu ESA @ al Ahad

2) Naik saksi bahawa Allah ialah tuhan yang menjadikan sekalian alam kerana firmanNya ayat ke-2 surah al Fatihah.

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Ertinya :
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan sekalian alam.

Kita TIDAK bersaksi kepada malaikat atau manusia @ sebarang makhluk melainkan bersaksi semata mata kepada Allah yang menjadikan sekalian alam itu  *tidak ada rupa dan warna*

Kita kenal ALLAH ialah HAKIM
(Al-Hakam @ Al-Hakim) pada syarak.

3) Naik saksi Nabi Muhammad itu BENAR & sebenar benarnya PESURUH Allah

Macam mana nak naik saksi Allah itu SATU & ESA?

Jawabannya ialah

Kita WAJIB FAHAM *makna satu* dan *makna esa* menurut 3 hukum

Makna *satu* dan *esa* telah dicerahkan pada Soalan 56, 58, 59

Apa lagi yang kita saksikan?

Kita naik saksi bahawa Allah telah melantik Nabi Muhammad s.a.w sebagai PESURUH

Apa makna PESURUH?

Makna Pesuruh ialah seorang hamba yang memiliki 4 sifat lagi utusan yang telah menyampaikan 100% perintah Allah. Tidak ada yang tercicir walau sedikit sekalipun. Dalam ertikata yang lain, kita PERCAYA Islam itu telah sempurna 100%. Yang menokok tambah agama itu adalah MUSUH ALLAH.

Macam mana nak naik saksi sedangkan Nabi sudah wafat?

Naik saksi akan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah ialah dengan MENGENAL BAGINDA 100% sama seperti kita mengenal anak @ ayah sendiri.

Macam mana nak kenal sedangkan baginda dah wafat?

Dengan mempelajari sejarah Baginda melalui al Quran dan hadith hadith serta sejarah yang baginda tinggalkan.

Itulah sebahagian dari prasyarat mengucap 2 kalimah syahadat

Syarat mengucap 2 kalimah syahadat yang telah dituliskan oleh Tn Guru Sheikh Abd Kosim al-Mandili ialah 3 perkara :

1. Mengenal Allah

2. Menjunjung titah Allah mengikut nabi Muhammad.

3. Membenarkan nabi Muhammad pesuruh Allah

Sekarang kita cerahkan secara ringkas 3 syarat tersebut.

Pertama : Mengenal Allah

Apa makna mengenal Allah?

Perkara ini sudah dicerahkan pada Soalan 27 iaitu dapat membezakan antara sifat makhluk daripada sifat Allah bahawasanya sifat Allah itu tidak ada persamaan dengan sifat makhluk".

Bukannya beriktikad ada Allah didalam diri @ diri sendiri adalah Allah. Iktikad itu sebenar benarnya membinasakan akidah dan kepercayaan orang MUSYRIK yang TIDAK MENGENAL ALLAH.

Syarat pertama ini bertujuan mengakui dan BERSUMPAH dengan sesungguhnya Allah itu "laisakamitslihisyaiun" yakni Allah itu tidak ada persamaan dengan sebarang makhluk. Mustahil ada Allah didalam diri.

Kedua : Menjunjung Titah Allah mengikut Nabi Muhammad

Apa maksudnya itu?

Maksudnya ialah mengakui sudah mengenal Nabi Muhammad sama seperti mengenal anak sendiri dan BERSUMPAH akan menjadikan Al Quran sebagai panduan hidup sepanjang hayat.

Ketiga : Membenarkan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Apa maksudnya itu?

Maksudnya ialah

Kita BERSUMPAH & BERJANJI akan menjadikan Nabi Muhammad itu sebagai contoh @ idola dalam semua aspek kehidupan samada hidup bersendirian, hidup berkeluarga, hidup bermasyarakat atau hidup bernegara.

Itulah 3 syarat mengucap 2 kalimah syahadat iaitu syarat sumpah dan janji kita kepada Allah. Semoga kita semua dipelihara Allah daripada SUMPAH & JANJI PALSU.

____________________________________

Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
(an Nisa' : 79)

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram👇🏿

@ laisakamitslihiayaiun
@ laisakamitslihiayaiunmp3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan