(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Isnin, 2 Mei 2016

Bab 9 Soalan 80 Lanjutan Soalan 79 Rukun Iman yang ke-6 ialah percaya kepada Qada & Qadar Makna Qada telah dicerahkan pada Soalan 79. Persoalan selanjutnya ialah 1) Apakah yang dimaksudkan dengan Qadar? 2) Apa perhubungan Qada & Qada dengan TAKDIR? 3) Sebagai kesimpulan, apakah tujuan beriman kepada Qada & Qadar ? Berikan contoh

Soalan 80

Lanjutan Soalan 79

Rukun Iman yang ke-6 ialah percaya kepada Qada & Qadar

Makna
Qada telah dicerahkan pada Soalan 79. Persoalan selanjutnya ialah

1) Apakah yang dimaksudkan dengan Qadar?

2) Apa perhubungan Qada & Qada dengan TAKDIR?

3) Sebagai kesimpulan, apakah tujuan beriman kepada Qada & Qadar ?


Berikan contoh



Pencerahan
Soalan 80


Perkataan Qadar ada banyak makna. Antaranya ialah kepastian, peraturan dan ukuran.

Ayat Al Quran yang menerangkan QADAR ialah ayat 2 surah al Furqon seperti berikut :

ٱلَّذِى لَهُ  ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدًا وَلَمۡ يَكُن لَّهُ  ۥ شَرِيكٌ فِى ٱلۡمُلۡكِ وَخَلَقَ ڪُلَّ شَىۡءٍ فَقَدَّرَهُ  ۥ تَقۡدِيرًا
Ertinya :
yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan(Nya), dan dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.

(Al Furqon : 2)

Untuk memahami makna Qadar secara TERPISAH dari makna Qada & Taqdir SANGATLAH SULIT. Oleh itu, adalah lebih mudah memahaminya secara PENCERAHAN YANG TIDAK TERPISAH. Justeru, agar lebih mudah difahami, elok terlebih dahulu kita mengulangkaji semula makna qada pada syarak. Dengan cara itu, akan dapat menghampirkan kefahaman kita kepada makna sebenar Qadar pada syarak.

Agar lebih JELAS kita ingat semula makna QADA PADA ADAT seperti yang dicerahkan pada Soalan 79

Maknanya ialah KETETAPAN @ KETENTUAN Allah.

Apa yang sudah ditentukan oleh Allah?
Apa yang sudah ditetapkan oleh Allah?

Yang sudah DITENTUKAN & sudah DITETAPKAN oleh Allah itu TIDAK AKAN BERUBAH buat SELAMA LAMANYA iaitu

1) PADA SYARAK
Allah sudah tetapkan dan sudah tentukan bahawa setiap makhluk akan BINASA tidak ada yang terkecuali termasuk ROH. Setiap yang hidup pasti akan MATI. 100% BINASA 100 % MATI.

Berdoalah siang malam 24 jam supaya TIDAK MATI, namun Allah TIDAK AKAN TERIMA kerana MATI itu SUDAH DITETAPKAN & SUDAH DITENTUKAN.

Itulah contoh TAQDIR MUBRAM @ TAQDIR YANG TIDAK AKAN BERUBAH SELAMA LAMANYA. HAK ALLAH SEMATA MATA. Allah kata SEMUA MAKHLUK MESTI BINASA maka semua makhluk akan BINASA TERMASUK ROH. Tidak ada yang terkecuali.

Tetapi
CARA MATI BOLEH BERUBAH.
CARA BINASA BOLEH BERUBAH

Saya ulang semula
HANYA CARA MATI YANG BOLEH BERUBAH
HANYA CARA BINASA YANG BOLEH BERUBAH

MATI TETAP MATI. TIDAK BOLEH BERUBAH kepada TIDAK MATI MATI @ HIDUP SELAMA LAMANYA

BINASA TETAP BINASA. TIDAK BOLEH BERUBAH menjadi KEKAL SELAMA LAMANYA

Contohnya
Jika berniat hendak mati dengan cara yang BAIK maka berdoalah agar mati dalam keadaan yang BAIK. JANGAN BUAT BUAT MEREMPIT.

Jika bercadang hendak mati secara TIDAK BAIK, pergilah merempit selaju lajunya, pergilah ke lebuhraya PLUS dan baringlah ditengah tengah lebuhraya itu. Pada adat, orang seperti itu akan mati dalam keadaan yang TIDAK BAIK.

Itulah contoh TAQDIR MUALLAQ @ TAQDIR YANG BOLEH BERUBAH mengikut USAHA & IKHTIAR manusia.

Saya ulang semula, Allah SUDAH TETAPKAN & Allah SUDAH TENTUKAN SEKALIAN MAKHLUK AKAN MATI & BINASA. TIDAK AKAN BERUBAH SELAMA LAMANYA.

Buktinya telah disebutkan pada pencerahan Soalan 79 iaitu ayat ke-185 dalam surah Ali Imran

2) PADA SYARAK
Allah sudah tetapkan dan sudah tentukan bahawa setiap makhluk HIDUP pasti ada REZEKINYA. TETAP & KEKAL MENDAPAT REZEKI SEMASA HIDUP DIDUNIA. Walau manusia itu dalam keadaan MATI ketika dilahirkan, LAHIR KEDUNIA dalam keadaan MATI itupun adalah REZEKI. Rezkinya menunggu iaitu dapat masuk syurga. Apalagilah yang sempat hidup walau sedetik sekalipun, hidup sedetik itu adalah REZEKI. TIDAK ADA MANUSIA YANG TIDAK MENDAPAT REZKI KERANA REZKI MEREKA SUDAH ALLAH TENTUKAN & SUDAH ALLAH TETAPKAN "ADA".

Agar lebih mudah, saya beri contoh rezki yang mudah difahami iaitu BERNAFAS. Boleh bernafas itu REZEKI. Allah sudah tetapkan dan sudah tentukan BERNAFAS MESTI MENGGUNAKAN OKSIJEN. Berdoalah siang dan malam 24 jam meminta Allah izinkan bernafas menggunakan KARBON DIOKSIDA namun doa seperti itu TIDAK akan dimakbulkan oleh Allah.

Itulah contoh TAQDIR MUBRAM @ TAQDIR YANG TIDAK AKAN BERUBAH SELAMA LAMANYA. HAK ALLAH SEMATA MATA.

Tetapi JUMLAH REZKI BOLEH BERUBAH

HANYA JUMLAH REZKI YANG BERUBAH
saya ulang semula
HANYA JUMLAH REZKI YANG BERUBAH

Sesiapa yang rajin dan pandai cari rezki maka dia dapat rezki LEBIH. Sesiapa yang malas dan tak pandai cari rezki maka dia dapat KURANG.

Itulah contoh TAQDIR MUALLAQ @ TAQDIR YANG BOLEH BERUBAH mengikut USAHA & IKHTIAR manusia @ berubah mengikut DOA seseorang yakni berubah mengikut USAHA & IKHTIAR seseorang.

Buktinya telah disebutkan pada pencerahan Soalan 79 iaitu ayat ke-6 dalam surah Hud

3) PADA SYARAK
Allah sudah tetapkan dan sudah tentukan bahawa setiap makhluk ada PASANGANNYA.

Pasangan bagi lelaki adalah perempuan.

Pada syarak, contoh "pasangan" disini adalah "JODOH". JODOH LELAKI untuk melahirkan anak ADALAH PEREMPUAN. JODOH PEREMPUAN untuk melahirkan anak ADALAH LELAKI.

Allah sudah tetapkan dan Allah sudah tentukan untuk melahirkan keturunan, JODOH SETIAP LELAKI ADALAH PEREMPUAN. JODOH SETIAP PEREMPUAN ADALAH LELAKI.

Berdoalah siang dan malam 24 jam meminta Allah izinkan berkahwin dengan POKOK untuk melahirkan ANAK namun doa seperti itu TIDAK akan dimakbulkan oleh Allah.

Itulah contoh  TAQDIR MUBRAM @ TAQDIR YANG TIDAK AKAN BERUBAH SELAMA LAMANYA. HAK ALLAH SEMATA MATA.

HANYA JODOH YANG BERUBAH
Saya ulang semula
HANYA JODOH YANG BERUBAH

Berubah mengikut usaha & ikhtiar manusia

Buktinya telah disebutkan pada pencerahan Soalan 79 iaitu ayat ke-59 dalam surah Adz Dzariat

Jika dia hendakkan jodoh yang BAIK BAIK maka carilah PASANGAN YANG BAIK BAIK. JANGAN TERIMA SEBARANG PASANGAN TANPA PENILAIAN.

Carilah yang TERBAIK seperti yang Nabi suruh. PASANGAN YANG MEMILIKI AKIDAH YANG BENAR & KUKUH ITULAH YANG TERBAIK. Itulah pasangan yang WAJIB kita cari dan WAJIB kita pilih PADA SYARAK. Yang cantik, yang berharta dan keturunan yang baik baik itu HANYA SUNAT bukannya WAJIB. AKIDAH ITU YANG WAJIB. AGAMA ITU YANG WÀJIB.

Masalah umat zaman sekarang, SUKA MENTERBALIKKAN HUKUM ALLAH. yang SUNAT seolah olah WAJIB dan yang WAJIB seolah olah SUNAT. Sebab itulah keluarga menjadi porak peranda.

Jika tak kisah tentang JODOH maka kita mungkin akan dapat PASANGAN yang MENYUSAHKAN HIDUP kita kemudian hari.

Itulah contoh TAQDIR MUALLAQ @ TAQDIR YANG BOLEH BERUBAH mengikut USAHA & IKHTIAR manusia @ berubah mengikut DOA seseorang yakni berubah mengikut USAHA & IKHTIAR seseorang.

4) PADA SYARAK
Allah sudah tetapkan dan sudah tentukan bahawa setiap manusia yang MATI DALAM KEADAAN BERIMAN @ TIDAK MELAKUKAN SYIRIK AKAN DIMASUKKAN KEDALAM SYURGA. Sebaliknya Allah sudah tetapkan dan sudah tentukan bahawa setiap manusia yang MATI DALAM KEADAAN KAFIR @ SYIRIK AKAN DIMASUKKAN KEDALAM NERAKA

HANYA PILIHAN MANUSIA, USAHA MANUSIA & IKHTIAR MANUSIA YANG BERBEZA BEZA
Saya ulang semula
HANYA PILIHAN MANUSIA,  USAHA MANUSIA & IKHTIAR MANUSIA YANG BERBEZA BEZA

Sekiranya kita inginkan SYURGA maka kita WAJIB BERUSAHA, berusahalah bersungguh sungguh memahami perbezaan 3 hukum supaya dapat mengelakkan diri dari pada SYIRIK.

Sebaliknya jika kita memilih HIDUP TANPA BERUSAHA memahami PERINTAH ALLAH maka AZAB NERAKA MENUNGGU.

Itulah contoh TAQDIR MUALLAQ @ TAQDIR YANG BOLEH BERUBAH mengikut USAHA & IKHTIAR manusia @ berubah mengikut DOA seseorang yakni berubah mengikut USAHA & IKHTIAR seseorang.

Persoalan terakhir ialah apakah sebenarnya tujuan mempelajari Qada & Qadar ?

Secara ringkas, tujuannya terbahagi kepada 2 iaitu

1) supaya kita FAHAM bahawasanya HAK ALLAH itu MENJADIKAN sekalian MAKHLUK & menjadikan semua PERBUATAN MAKHLUK samada yang diingini oleh makhluk @ yang TIDAK diingini oleh makhluk.

MENJADIKAN ADALAH HAK ALLAH SEMATA MATA

Dalilnya ialah

(وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ)
[As-Soffat : 96]

Ertinya
Bahawasanya Allah Ta'ala yang menjadikan kamu dan semua perbuatan kamu

2) agar kita FAHAM bahawasanya HAK sekalian JIN DAN MANUSIA HANYALAH BERUSAHA & BERIKHTIAR. BERUSAHA & BERIKHTIAR itu adalah WAJIB PADA SYARAK. HARAM BERSERAH TANPA USAHA. Malah lebih parah lagi BINASA AKIDAH orang yang MENAFIKAN KEWAJIBAN USAHA & IKHTIAR keatas dirinya kerana MENGUBAH HUKUM ALLAH.

Itulah akidah ASWJ. Allah bukan sekadar menyuruh tetapi MEWAJIBKAN kita BERUSAHA & BERIKHTIAR UNTUK MASUK SYURGA dan MENJAUHI NERAKA.

Justeru
SYURGA NERAKA ITU adalah PILIHAN SENDIRI

Dalilnya bahawa baik, buruk, syurga @ neraka itu adalah atas PILIHAN SENDIRI bukannya sudah ditentukan Allah adalah ayat ke-40 & 42 dalam surah al- A'raf

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَٱسۡتَكۡبَرُواْ عَنۡہَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمۡ أَبۡوَٲبُ ٱلسَّمَآءِ وَلَا يَدۡخُلُونَ ٱلۡجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ ٱلۡجَمَلُ فِى سَمِّ ٱلۡخِيَاطِ‌ۚ وَڪَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُجۡرِمِينَ

Ertinya :
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.

(al-A'raf : 40)

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَا نُكَلِّفُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَآ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ

Ertinya :
dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekedar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni surga; mereka kekal di dalamnya.

(al A'raf : 42)

Sy pasti masih ada yang ingin bertanya, apa pula halnya dengan kepercayaan seseorang bahawa segala galanya SUDAH DITENTUKAN. Kita hidup ini hanya IKUT SKRIP YANG SUDAH ALLAH TENTUKAN? Ada yang berkata "manusia dah TAK BOLEH buat apa apa". Semuanya ikut skrip.

Jawabannya begini

Persoalan itu sudah dicerahkan diatas tadi dan kita ulang semula. Dengar baik baik.

Kepercayaan itu sebenarnya BERCANGGAH dengan ayat al Quran dan bukannya akidah ASWJ. Iktikad itu bercanggah dengan akidah ASWJ iaitu SETIAP MUKALLAF WAJIB BERIKHTIAR & BERUSAHA.

Semua kesilapan itu berpunca dari SALAH FAHAM akan makna QADA & QADAR PADA SYARAK dan KURANG FAHAM perbezaan 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Sesiapa yang mengiktikadkan dirinya SUDAH DITENTUKAN samada syuga @ neraka @ SUDAH DITENTUKAN samada melakukan perkara yang baik @ jahat dengan MENAFIKAN USAHA & IKHTIAR maka sesungguhnya TELAH BINASALAH AKIDAHNYA dan dia tergolong sebagai orang MUSYRIK yakni mensyirikkan Allah.

Dalilnya adalah ayat ke 148 dalam surah al-An'am

سَيَقُولُ ٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْ لَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ مَآ أَشۡرَڪۡنَا وَلَآ ءَابَآؤُنَا وَلَا حَرَّمۡنَا مِن شَىۡءٍ‌ۚ ڪَذَٲلِكَ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ حَتَّىٰ ذَاقُواْ بَأۡسَنَا‌ۗ قُلۡ هَلۡ عِندَڪُم مِّنۡ عِلۡمٍ فَتُخۡرِجُوهُ لَنَآ‌ۖ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا تَخۡرُصُونَ
Ertinya :
Orang-orang yang mempersekutukan Tuhan, akan mengatakan: "Jika Allah menghendaki, niscaya kami dan bapak-bapak kami tidak mempersekutukan-Nya dan tidak (pula) kami mengharamkan barang sesuatu apapun". Demikian pulalah orang-orang sebelum mereka telah mendustakan (para rasul) sampai mereka merasakan siksaan Kami. Katakanlah: "Adakah kamu mempunyai sesuatu pengetahuan sehingga dapat kamu mengemukakannya kepada Kami?" Kamu tidak mengikuti kecuali persangkaan belaka, dan kamu tidak lain hanyalah berdusta.

(Al-An'am : 148)

--------------------------------
Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu
(An Nisa' : 79)


Maaf zahir & batin
Walloua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan