(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Ahad, 17 Julai 2016

Bab 9 Pencerahan Soalan 92 1) Apakah makna mengetahui @ berilmu menurut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? 2) Apakah makna tidak mengetahui @ tidak berilmu pada adat, pada akal dan pada syarak? 3) Apakah perbuatan tidak berilmu yang menyebabkan binasa akidah? 4) Apakah perbuatan yg berilmu yg pula boleh menyebabkan binasa aqidah? 5) Bagaimana caranya perbuatan yg berilmu yg menyebabkan binasa aqidah dapat kembali kpd aqidahnya yg benar dan diterima syarak? Berikan contoh


Pencerahan
Soalan 92


1) Apakah makna mengetahui @ berilmu menurut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak?

2) Apakah makna tidak mengetahui @ tidak berilmu pada adat, pada akal dan pada syarak?

3) Apakah perbuatan tidak berilmu yang menyebabkan binasa akidah?

4) Apakah perbuatan yg berilmu yg pula boleh menyebabkan binasa aqidah?

5) Bagaimana caranya perbuatan yang berilmu yang menyebabkan binasa aqidah dapat kembali kepada aqidahnya yang benar dan diterima syarak?

Berikan contoh


PENCERAHAN


Faham dan tahu adalah dua perkara yang berbeza. kedua-duanya beza mengikut tingkatan ilmu. Contohnya
Jika seseorang sudah tahu tentang ilmu tauhid, dia tidak semestinya sudah faham ilmu tauhid. Akan tetapi jika seseorang itu sudah faham ilmu tauhid, maka pastilah dia sudah tahu ilmu tauhid.

Jadi, apakah sebenarnya makna tahu berdasarkan 3 hukum?

Pada ADAT
Makna TAHU @ makna BERPENGETAHUAN @ makna BERILMU  itu 2 perkara iaitu

1) tanda @ dalil @ bukti akan sesuatu perkataan berkaitan MAKHLUK @ tentang SUNNAH ALAM itu dapat dicapai oleh salah satu dari 5 pancaindera dan

2) FAHAM HATI yakni faham akan maksud yang ditunjukkan oleh tanda @ dalil @ bukti itu.

Dalam istilah lama didalam kitab kitab kuning, perkara ke-2 ini disebut sebagai FAHAM AKAN MADLUL PADA ADAT.

Diambil dari itu, maka
Pada ADAT
makna TIDAK TAHU @ makna TIDAK BERPENGTAHUAN @ makna TIDAK BERILMU itu ada 2 perkara juga iaitu

1) tanda @ dalil @ bukti tentang perkataan MAKHLUK @ tentang SUNNAH ALAM itu TIDAK dicapai oleh salah satu pancaindera.

2) tanda @ dalil @ bukti tentang perkataan makhluk @ sunnah alam SUDAH dicapai oleh salah satu pancaindera akan tetapi TIDAK DIFAHAMI oleh HATI @ BERCANGGAH dgn bukti lain @ TIDAK DITERIMA OLEH AKAL yang sihat pada adat.

Dalam istilah lama didalam kitab kitab kuning, perkara ke-2 ini disebut sebagai BERSALAHAN AKAN MADLUL PADA ADAT

Contohnya ialah seperti ini

Pancaindera pertama.
*MATA*
Mata kita melihat TAPAK KAKI HARIMAU dikebun. Kita tahu itu adalah tapak kaki harimau, bukan tapak kaki lembu. Itulah contoh makna tahu pada adat.

Jika kita tidak tahu binatang yang memiliki tapak kaki tersebut, itulah contoh, makna TIDAK BERPENGETAHUAN @ TIDAK BERILMU PADA ADAT

Contoh pancaindera ke-2
*TELINGA*
Telinga kita mendengar suara nyaring dari langit. Kita tahu itu bunyi kapal terbang. Itu bukan bunyi kerbau. Itulah contoh makna tahu pada adat.
Jika kita tidak tahu suara @ bunyi yang kita dengar itu, itulah contoh, makna TIDAK BERPENGETAHUAN @ TIDAK BERILMU PADA ADAT

Itulah 2 contoh makna mengetahui dan makna tidak mengetahui pada adat. TERTENTU BERKAIT DENGAN MAKHLUK @ SUNNAH ALAM SAHAJA.

Apakah pula maknanya dari sudut hukum akal?

Pada AKAL
Makna TAHU @ makna BERPENGETAHUAN @ makna BERILMU  itu 2 perkara iaitu

1) tanda @ dalil @ bukti akan sesuatu tentang pencipta alam semesta bernama ALLAH itu dapat dicapai oleh salah satu dari 5 pancaindera dan

2) FAHAM HATI yakni faham akan maksud yang ditunjukkan oleh tanda @ dalil @ bukti itu.

Dalam istilah lama didalam kitab kitab kuning, perkara ke-2 ini disebut sebagai FAHAM AKAN MADLUL PADA AKAL

Apa pula makna TIDAK MENGETAHUI @ TIDAK BERPENGETAHUAN pada akal?

Diambil dari itu, maka
Pada AKAL
makna TIDAK TAHU @ makna TIDAK BERPENGTAHUAN @ makna TIDAK BERILMU itu ada 2 perkara juga iaitu

1) tanda @ dalil @ bukti tentang pencipta makhkuk bernama ALLAH itu TIDAK dicapai oleh salah satu pancaindera atau

2) tanda @ dalil @ bukti tentang ALLAH itu SUDAH dicapai oleh salah satu pancaindera akan tetapi TIDAK DIFAHAMI oleh HATI @ BERCANGGAH dengan bukti lain @ TIDAK DITERIMA OLEH AKAL yang sihat pada adat.

Dalam istilah lama didalam kitab kitab kuning, perkara ke-2 ini disebut sebagai BERSALAHAN AKAN MADLUL PADA AKAL

Apakah contohnya?
Contoh pertama ialah

Pada AKAL
Allah berkata @ berfirman BUKAN dengan alat seperti lidah, huruf & suara.

Dalil akalnya ialah
setiap yang berkata dengan alat seperti lidah, huruf dan suara itu pasti ada persamaannya dengan makhluk lain seperti manusia dan binatang. Pasti berubah kepada bisu, kelu, mati dan sebagainya.

Kita tahu, setiap yang sabit pada makhluk, mustahil sabit pada Allah. Maka maha suci Allah daripada memiliki alat seperti lidah, huruf dan suara, maha suci daripada bisu, kelu, mati dan sebagainya yang sabit pada sekalian makhluk.

DALIL
pada contoh ini ialah makhluk berkata dengan alat iaitu lidah, huruf dan suara.
MADLULNYA
ialah Allah berkata @ berfirman bukan dengan alat seperti lidah, huruf & suara.

Itulah contoh mengetahui @ berilmu pada akal. TERTENTU BERHUBUNG DENGAN PENGENAL KEPADA ALLAH.

Contoh kedua

Pada AKAL
Allah TAHU semua perbuatan HAMBA-NYA dengan SEKALI TAHU, BUKAN BERPERINGKAT PERINGKAT, tanpa ada masa walau sedetik atau kurang dari satu detik masa sekalipun.

Pada AKAL
semua yang sudah terjadi, semua yang sedang terjadi dan semua yang akan terjadi di alam nyata, di alam barzah, di alam ghaib, di dalam syurga neraka dan selama lamanya SUDAH DIKETAHUI OLEH ALLAH dengan SEKALI TAHU, BUKANNYA ALLAH TAHU BERPERINGKAT PERINGKAT. Bukannya semalam Allah tahu A, hari ini Allah tahu B.

Dalil akalnya ialah
pengetahuan makhluk seperti manusia. Pengetahuan kita berperingkat peringkat. Semalam kita tahu A, sekarang kita tahu B, besok kita mungkin tahu yang lain pulak dan mungkin juga tidak ada pertambahan ilmu.

Kita tahu, setiap yang sabit pada sekalian makhluk itu, mustahil sabit pada Allah. Maka maha suci pengetahuan Allah itu berperingkat peringkat.

DALIL
pada contoh ini ialah pengetahuan makhluk berperingkat peringkat.
MADLULNYA
ialah pengetahuan Allah itu BUKAN BERPERINGKAT PERINGKAT tetapi dengan SEKALI TAHU PADA AKAL.

Persoalan seterusnya ialah
apakah makna mengetahui @ berpengetahuan pada syarak?

Diambil dari makna berpengetahuan @ mengetahui pada adat dan pada akal, maka makna berpengetahuan @ mengetahui pada syarak adalah 2 perkara iaitu

1) tanda @ bukti perbuatan @ amalan @ iktikad dapat ditunjukkan dari dalam al Quran @ hadith

2) FAHAM HATI yakni faham akan maksud yang ditunjukkan oleh ayat Al Quran @ hadith.

Dalilnya daripada al Quran ialah

نَحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ أَحۡسَنَ ٱلۡقَصَصِ بِمَآ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ وَإِن ڪُنتَ مِن قَبۡلِهِۦ لَمِنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.

(Yusof : 3)

Itulah BUKTI makna berpengetahuan itu *TAHU & FAHAM HATI.*

Apa pulak makna tidak berpengetahuan @ tidak mengetahui pada syarak?

Diambil dari makna tidak berpengetahuan @ tidak mengetahui pada adat dan pada akal, maka makna tidak berpengetahuan @ tidak mengetahui pada syarak adalah 2 perkara juga iaitu

1) tanda @ bukti perbuatan @ amalan @ iktikad TIDAK dapat ditunjukkan dari dalam al Quran @ hadith

2) tanda @ bukti perbuatan @ amalan @ iktikad dapat ditunjukkan dari dalam al Quran @ hadith tetapi tidak difahami oleh hati @ bercanggah dengan ayat al Quran @ hadith yang lain.

buktinya dari al Quran ialah

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ  ۚ  إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

(Al-Isra' : 36)

Itulah buktinya JANGAN IKUT @ JANGAN BUAT @ JANGAN IKTIKADKAN sesuatu yg kita TIDAK TAHU @ TIDAK FAHAM.

Contohnya ialah

1) menunaikan solat fardu 5 waktu

Dalilnya ialah

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(Al-Baqarah : 43)

Itulah contoh berpengetahuan @ mengetahui pada syarak. Ada bukti bagi setiap perbuatan @ perkataan @ ibadah yang dilakukan.

Contoh kedua
Pada SYARAK,
*baik @ jahat, syurga @ neraka adalah pilihan sendiri*. Bukannya sudah ditetapkan oleh Allah.

Buktinya ialah ayat ke-72 surah al-Maidah

لَقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ‌   ۖ   وَقَالَ ٱلۡمَسِيحُ يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ رَبِّى وَرَبَّڪُمۡ‌   ۖ   إِنَّهُ ۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَٮٰهُ ٱلنَّارُ‌   ۖ   وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".

(Al-Maidah : 72)

Ayat itu menjadi bukti, mereka mempersekutukan Allah kerana memperturutkan hawa nafsu, BUKANNYA KERANA PERINTAH ALLAH, BUKANNYA KERANA SUDAH DITETAPKAN ALLAH MEREKA MELAKUKAN SYIRIK.

Persoalan terakhir ialah
Apakah perbuatan orang yang berilmu @ berpengetahuan yang boleh menyebabkan binasa akidah? Dan bagaimana cara untuk kembali kepada akidah yang diterima oleh syarak?

Untuk memahami persoalan terakhir itu,  elok kita lihat dahulu AKIBAT JAHIL PADA SYARAK. Kita lihat perumpamaan ini.

Katalah kita membeli sebotol racun rumput. Botol berisi racun itu berwarna kuning seolah olah sejenis minuman berperisa oren. Kita tersilap simpan dengan meletakkan botol berisi racun itu diatas meja dapur.

Apakah yang akan terjadi kepada

1) *seorang kanak kanak yang TIDAK TAHU* bahawa cecair dalam botol itu sebenarnya adalah RACUN. Kanak kanak itu meminumnya tanpa mengetahui risikonya pada adat.

2) *seorang lelaki tua yang TAHU* bahawa cecair dalam botol itu sebenarnya adalah RACUN. Dia dengan *SENGAJA* meminumnya dan tahu risikonya pada adat.

Persoalannya sekarang, apa yang akan terjadi kepada kanak kanak dan orang tua itu?

Jawabannya sangat mudah. Kita semua sudah tentu yakin, kedua duanya akan MATI PADA ADAT. kanak kanak itupun akan mati walaupun dia TIDAK TAHU cecair yang diminumnya itu adalah racun. Lelaki tua itupun sama. Orang tua itupun akan mati pada adat. Racun  itu tetap MEMBUNUH PADA ADAT tanpa pilih kasih.

Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya seseorang mukallaf samada ianya berpengetahuan atau tidak berpengetahuan akan tetap BINASA AKIDAHNYA sekiranya mereka melakukan perkara2 yang membinasakan akidah. Sekiranya seorang yang berpengetahuan @ tidak berpengetahuan melakukan salah satu dari 3 jenis perbuatan yang membinasakan akidah,  mereka TETAP BINASA AKIDAHNYA. Nauzubillah.

*Perbuatan yang  menyebabkan binasa akidah samada bagi orang yang berpengetahuan atau bagi yang tidak berpengetahuan ialah 5 perkara* iaitu :

1) menokok tambah perkara agama @ ibadah yang menyerupai perintah Allah.

2) membantah ayat Allah
3) mengingkarkan ayat Allah.
4) mempersendakan ayat Allah.
5) menyengutukan ayat Allah.

Maksud dan contoh bagi 5 perkara itu akan kita bincangkan pada Soalan 93 insya Allah.

Untuk kembali kepada akidah yang sebenar, tidak ada cara lain melainkan berakidah sama seperti akidah ASWJ iaitu memelihara diri dari melakukan perbuatan SYIRIK. Untuk mengelakkan syirik pula, tidak ada cara lain melainkan mengetahui dan mengelakkan diri dari melakukan 5 perkara yang membinasakan akidah yang disebut diatas. Kita akan cerahkan persoalan ini pada Soalan 93 insya Allah.

------------------------------------------
Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah itu kerana kesilapan saya memperturutkan hawa nafsu.

مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ ۚ

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah (anugerah) dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
(An Nisa : ayat 79)

Wallohua'lam
Maaf zahir & batin

---------------------------------------

Soalan dan pencerahan Soalan 1 - 92 boleh diperolehi PERCUMA di

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

atau
Telegram sila taip

@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@1Hari1Makna
@sifatAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan