(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Khamis, 28 Julai 2016

Bab 9 Soalan 93 Sambungan dari Soalan 92. Apakah makna dan contoh bagi 5 perkara yang membinasakan akidah yang disebut pada Soalan 92 iaitu : 1) menokok tambah perkara agama @ ibadah yang menyerupai perintah Allah. 2) membantah ayat Allah 3) mengingkarkan ayat Allah. 4) mempersendakan ayat Allah. 5) menyengutukan ayat Allah.

Bab 9
Soalan 93

Sambungan dari Soalan 92.

Apakah makna dan contoh bagi 5 perkara yang membinasakan akidah yang disebut pada Soalan 92 iaitu :

1) menokok tambah perkara agama @ ibadah yang menyerupai perintah Allah.
2) membantah ayat Allah
3) mengingkarkan ayat Allah.

-----------------------------------------
4) mempersendakan ayat Allah.
5) menyengutukan ayat Allah.
------------------------------------------

Akan dicerahkan dan dijadikan Soalan 94


PENCERAHAN



Sebelum kita kupas persoalan 93, elok kita ulangkaji dahulu pintu pintu yang menyebabkan BINASA AKIDAH @ BATAL SYAHADAT yakni jatuh KAFIR.

Akidah seseorang boleh binasa disebabkan salah satu dari 3 jenis perbuatan iaitu

1) perbuatan hati @ iktikad.
2) perbuatan lidah @ perkataan
3) perbuatan anggota @ tingkahlaku.

Perkataan dan tingkahlaku MUDAH DIKESAN kerana zahir pada orang ramai. 1 contoh yang menyebabkan binasa akidah dari sudut lisan ialah perkataan seseorang yang menyebut

"Allah memiliki kaki, tangan, wajah, tubuh tetapi tidak ada persamaan dengan kaki, tangan, wajah dan tubuh makhkuk."

Perkataan seperti itu bersama ayat2 mutasyabihat dalam al Quran dan hadith yang menyebut tangan dan kaki sudah dicerahkan pada Soalan 77. Sesiapa yang ingat ingat lupa, eloklah semak semula.

Sebab itu
BINASA AKIDAH.

1 contoh yang menyebabkan binasa akidah dari sudut tingkahlaku ialah meniru perbuatan orang kafir menyembah berhala.

BINASA AKIDAH

Itulah dua contoh perbuatan lisan dan anggota yang sangat JELAS SYIRIK, JELAS MEMBINASAKAN AKIDAH dan MUDAH DIKESAN. Akan tetapi bagaimana sekiranya perbuatan SYIRIK itu berlaku dalam HATI? Contohnya, seseorang itu BERIKTIKAD ALLAH BERADA DIHADAPANNYA KETIKA SOLAT?

Iktikad seperti itu sesungguhnya sangat MEMBINASAKAN AKIDAH. Sekiranya ada teman kita yang beriktikad sedemikan, adakah kita tahu?

Jawabannya TIDAK. Takda seorangpun manusia yang tahu si polan itu SUDAH KAFIR walau ibu ayahnya @ gurunya sekalipun. Hanya Allah tahu. Perkara yang menyebabkan syirik melalui perbuatan hati inilah yang PALING MERBAHAYA kerana ada kemungkinan seseorang itu akan SYIRIK SEHINGGA MATI disebabkan tidak ada yang menegur kesalahan besar seperti itu.
Nauzubillah.

Oleh sebab itu, antara 3 jenis perbuatan yang menyebabkan SYIRIK, perbuatan yang paling BAHAYA adalah PERBUATAN HATI @ IKTIKAD.

Oleh itu, agar AKIDAH kita SELAMAT dari 5 perkara yang membinasakan syahadat seperti yang disebut pada soalan 93 ini, tidak ada jalan lain melainkan memahami 3 JENIS PERBUATAN ITU. Persoalan ini sebenarnya sudah dicerahkan sepintas lalu pada Soalan 74 & 77 yang lepas. Sesiapa yang ingat2 lupa, eloklah semak semula.

Kita akan cerahkan satu persatu secara ringkas, insya Allah.

1) menokok tambah perkara agama @ ibadah yang menyerupai perintah Allah.

Makna menokok tambah disini ialah 2 perkara iaitu menambah atau mengurangi PERINTAH Allah samada SURUH @ TEGAH Allah.

Ingat semula ya. Hukum syarak itu atau perintah Allah itu 3 bahagi.
1) Suruh
2) tegah dan
3) harus.

Untuk memudahkan faham perkongsian ilmu ini, eloklah semak semula pencerahan Soalan 72 - 74.

Dalam ertikata lain, suruh @ tegah Allah itu wajib 100% sama seperti yang ditunjukkan oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.

Bukti dari al Quran ialah

فَوَيۡلٌ لِّلَّذِينَ يَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِأَيۡدِيہِمۡ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشۡتَرُواْ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلاً      ۖ   فَوَيۡلٌ لَّهُم مِّمَّا ڪَتَبَتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَوَيۡلٌ لَّهُم مِّمَّا يَكۡسِبُونَ

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

(Al-Baqaroh : 79)

Contoh menokok tambah ibadah melalui perkataan.

 mendakwa Nabi Muhammad s.a.w TIDAK TAHU sifat 20 Allah itu :

1) Wajib Wujud @ wajib ada
2) Wajib Kidam @ wajib sedia ada
3) Wajib Baqo @ wajib kekal

sehingga

20) Wajib Mutakallimun

BINASA AKIDAH.

Contoh menokok tambah ibadah melalui perbuatan anggota.

 Mendirikan solat zohor 3 rakkat @ 5 rakaat.

BINASA AKIDAH.

Contoh menokok tambah ibadah melalui hati @ iktikad.

 mendakwa Nabi Muhammad s.a.w
TIDAK PERNAH BERIKTIKAD Allah itu :

1) Wajib Wujud @ wajib ada
2) Wajib Kidam @ wajib sedia ada
3) Wajib Baqo @ wajib kekal

sehingga

20) Wajib Mutakallimun

BINASA AKIDAH

itulah makna dan 3 contoh perbuatan yang menyebabkan binasa akidah.

Persoalan seterusnya
Apakah makna membantah ayat Allah dan 3 contoh perbuatan yang membinasakan akidah?

Makna ayat Allah ialah BUKTI ALLAH iaitu 3 perkara

1) Al Quran
2) Hadith Nabi
3) Sekalian alam

Sekalian alam itu pula terbahagi kepada 2 iaitu

1) alam nyata @ alam zahir
2) alam ghaib

Alam nyata dan alam ghaib pula terbahagi lagi kepada banyak alam. Cukuplah disebutkan setakat itu. Yang penting, kita semua tahu, pada akal dan pada syarak, semuanya itu dijadikan oleh Allah. Semua alam itulah yang disebut sebagai SEKALIAN ALAM.

3 jenis ayat Allah itu wajib kita beriman kepadanya. Beriman kepada ayat ayat Allah bermakna beriman kepada Allah.

Persoalan sekarang, apakah makna membantah ayat Allah?

Membantah ayat Allah LEBIH kepada perbuatan LISAN @ PERKATAAN yang terbit dari perbuatan hati.

Untuk memahami makna membantah pada syarak ini, kita perlu memahami makna membantah pada adat.

Makna membantah pada adat ialah

1) MEMPERSOALKAN sesuatu &
2) MENAFIKAN sesuatu perihal "dunia"

Membantah pada adat ada 3 bahagi iaitu

1) membantah secara terang terangan.
2) membantah secara sembunyi.
3) membantah secara tidak sedar.

Contoh setiap satu ialah seperti berikut.

Membantah secara terang terangan :

Contohnya ialah, POLIS MENYURUH orang ramai JANGAN BERARAK DI LEBUH RAYA, tapi "PEMIMPIN" perarakan mempersoalkan arahan pihak polis dan menyuruh orang ramai "meneruskan perarakan" yang membawa maksud "tidak bersetuju".

Itulah contoh membantah secara TERANG TERANGAN pada adat.

Untuk contoh membantah secara tersembunyi, kita ambil contoh pertama diatas.

POLIS MENYURUH orang ramai JANGAN BERARAK DI LEBUH RAYA, tapi ada orang yang berkata "mereka berarak sebab perarakan itu tidak merugikan sesiapa"

Perkataan itu sebenarnya membantah arahan pihak polis tetapi dibantah dengan perkataan yang "berlapik".

Untuk contoh membantah secara tidak sedar pula ialah, kita ambil dari 2 contoh diatas.

Si Abdullah tahu POLIS MENYURUH orang ramai JANGAN BERARAK DI LEBUH RAYA, tapi si Abdullah membawa anaknya yang tidak tahu apa apa, berarak bersama sama dijalan raya.

Apabila pihak polis melepaskan gas pemedih mata, anaknya yang tidak tahu apa apa itupun turut terkena dan ditangkap bersama sama si Abdullah.

Anak si Abdullah itu dikatakan membantah "tanpa sedar". Itulah contohnya.

Apa pula makna membantah pada syarak?

Diambil dari makna membantah pada adat, maka makna membantah pada syarak ialah 3 jenis perbuatan membantah iaitu membantah secara terang terangan, membantah secara tersembunyi dan membantah tanpa sedar* yakni

1) MEMPERSOALKAN &
2) MENAFIKAN salah satu dari 3 jenis ayat Allah.

Contohnya bagi setiap satu ialah

Allah menetapkan lelaki dibolehkan berkahwin sehingga 4 tetapi ada golongan seperti pertubuhan Sister In Islam yang mempersoalkan ketetapan Allah itu dengan bermacam macam alasan seperti, "tidak adil" dan lain lain alasan yang membawa maksud "tidak bersetuju". Perkataan itu sudah tentu terbit dari dalam hati dan menggagahi LIDAH untuk berkata.

Itulah contoh membantah secara terang terangan.
Maka BINASA AKIDAH.

Dalilnya dari al Quran ialah

وَمَا نُرۡسِلُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ  ۚ  وَيُجَـٰدِلُ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ بِٱلۡبَـٰطِلِ لِيُدۡحِضُواْ بِهِ ٱلۡحَقَّ‌   ۖ   وَٱتَّخَذُوٓاْ ءَايَـٰتِى وَمَآ أُنذِرُواْ هُزُوًا

Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.

(Al-Kahfi : 56)

Itu adalah contoh dan bukti membantah secara terang terangan dengan memberi bermacam macam alasan. Untuk contoh alasan secara sembunyi pula, kita lanjutkan contoh pertama diatas.

Allah menetapkan lelaki dibolehkan berkahwin sehingga 4 tetapi ada golongan atau seseorang yang berkata "tindakan Sister In Islam menyokong perempuan yang membantah poligami sebenarnya tak merbahaya, tak perlu ditakutkan"

BINASA AKIDAH

Itu contoh pertama. Contoh kedua ialah

Apabila ditanya orang, "kenapa kamu ikut sama merayakan hari Krismas @ Depavali penganut Hindu?"

Dia menjawab, "kita masyarakat majmuk, Allah tak tegah kita merayakan hari Krismas @ Depavali"

BINASA AKIDAH.

Contoh ketiga ialah

Apabila seseorang dengan sukarela @ suka hati MELIHAT org kafir menyembah berhala @ merayakan upacara keagamaan mereka seperti hari Krismas atau perayaan agama Hindu

contoh seterusnya

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
(Al Ikhlas : 1)

"Allah perintahkan mengata ESA & mengata Allah SATU serta menjauhi perkataan yang membawa makna banyak melalui 3 perbuatan" akan tetapi dia berkata

"berguru kepada orang yang tidak tahu perbezaan makna satu, makna esa dan makna banyak menurut 3 hukum pun TAK MENGAPA.

BINASA AKIDAH

Ayat al Quran yang menjadi bukti perintah Allah yang dinyatakan itu sudah disebutkan pada Soalan 56, 58, 59, 60, 64 - 70. Sesiapa yg ingat ingat lupa, eloklah semak semula.

Itulah 2 contoh membantah secara tersembunyi tetapi menggunakan ayat berlapik. Tetap BINASA AKIDAH.

Apakah contoh membantah tanpa sedar?

Contohnya ialah Pertubuhan Sister In Islam melantik seseorang menjadi penasihat dan pemimpin yang dilantik itu BERSETUJU menjadi penasihat tanpa mengetahui perjuangan pertubuhan itu.

Maka BINASA AKIDAH.

Persoalan seterusnya ialah
apakah makna dan contoh mengingkarkan ayat Allah?

Mengingkarkan ayat Allah LEBIH kepada perbuatan LISAN yang terbit dari perbuatan hati

Untuk memahami makna mengingkarkan pada syarak ini, kita perlu memahami makna mengingkarkan pada adat.

Makna mengingkarkan pada adat ialah TIDAK MAHU MENGIKUT. Perkataan INGKAR dalam bahasa Arab ialah KAFIR. Sama seperti membantah, mengingkarkan pada adat terbahagi 3 iaitu

1) ingkar secara terang terangan.
@ kafir secara terang terangan.

2) ingkar secara sembunyi.
@ kafir secara sembunyi.

3) ingkar secara tidak sedar.
@ kafir tanpa sedar.

Contoh ingkar pada syarak secara terang terangan ialah Allah wajibkan puasa pada bulan Ramadhan dan haji di mekah tetapi ada yang berani berkata "saya TIDAK WAJIB berpuasa pada bulan ramadhan, saya TAK WAJIB haji ke mekah, Negara kita TIDAK WAJIB ikut undang undang Islam" dan sebagainya.

Itulah contoh perbuatan yang terang terang ingkar terang terang kafir maka BINASA AKIDAH. Nauzubillah

Dalilnya dari al Quran ialah

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ يَزۡعُمُونَ أَنَّهُمۡ ءَامَنُواْ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوٓاْ إِلَى ٱلطَّـٰغُوتِ وَقَدۡ أُمِرُوٓاْ أَن يَكۡفُرُواْ بِهِۦ وَيُرِيدُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَن يُضِلَّهُمۡ ضَلَـٰلاَۢ بَعِيدًا

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada toghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada toghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

(An-Nisa' : 60)

Contoh perbuatan yang ingkar secara tersembunyi pula ialah perkataan "saya TIDAK WAJIB berpuasa pada bulan ramadhan sebab saya gastrik , saya TAK WAJIB haji ke mekah sebab saya boleh haji di tempat lain, negara kita TIDAK WAJIB ikut undang undang Islam kerana kerana ramai rakyat negara kita yang bukan Islam" dan sebagainya

Tetap binasa akidah.

Contoh untuk perbuatan ingkar tanpa sedar ialah

1) berguru @ menuntut ilmu agama kepada orang yang jahil murakkab

2) menjadi pengikut kepada orang yang menentang Islam @ menyokong orang kafir sebagai pemimpin umat Islam.

Itulah 2 contoh perbuatan yang tanpa sedar menyebabkan binasa akidah.


Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An Nisa': 79)

Maaf zahir dan batin.
Wallohua'lam

---------------------------------------

Semua pencerahan Soalan 1 - 92 boleh diperolehi PERCUMA di..

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

atau
Telegram sila taip

@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@1Hari1Makna
@sifatAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan