(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Isnin, 8 Ogos 2016

Bab 9 PENCERAHAN Soalan 94 Sambungan Soalan 92 & 93 Apakah makna dan contoh 2 dari 5 perkara yang membinasakan akidah iaitu 4) mempersendakan ayat Allah 5) menyengutukan ayat Allah

Bab 9 PENCERAHAN
Soalan 94*

Sambungan Soalan 92 & 93


Apakah makna dan contoh 2 dari 5 perkara yang membinasakan akidah iaitu

4) mempersendakan ayat Allah

5) menyengutukan ayat Allah


Pencerahan


Untuk memudahkan faham makna menyenda nyendakan ayat Allah pada syarak, elok kita fahami terlebih dahulu makna menyenda-nyendakan pada adat.

Makna menyenda-nyendakan @ mempersendakan pada adat ialah

1) menjadikan sesuatu yang dilihat @ didengar @ dirasa @ disentuh @ dibau itu sebagai olok olokkan @ senda gurau. *Dalam perkataan lain, menjadikan sesuatu yang dicapai oleh pancaindera itu sebagai permainan.*

2) "mencari jalan lepas".

Contohnya ialah

Ketika harga barang yang naik mendadak ini, seorang menteri mengeluarkan perkataan berikut *"jika sayur mahal @ ayam mahal, janganlah makan sayur, janganlah makan ayam"*

Ada orang yang mengulangi perkataan menteri itu kepada orang lain *bertujuan supaya orang tersebut @ orang yang mendengar perkataan menteri tersebut KETAWA.*

Contoh kedua

Si Abu mendapat arahan bertugas diluar kawasan pada hari Ahad. Tapi Si Abu keberatan untuk pergi. Lalu dia *mencari idea @ mencari jalan dengan mengambil CUTI SAKIT untuk tidak bertugas diluar kawasan pada hari Ahad*. Dengan idea @ alasan itu, dia tidak jadi bertugas diluar kawasan.

Jadi apa pula takrif @ makna menyenda nyendakan pada syarak?

Diambil dari itu, makna menyenda nyendakan pada syarak ialah

1) *menjadikan salah satu dari 3 jenis ayat Allah yang dicapai oleh pancaindera itu sebagai senda gurau @ olok olokkan*

3 jenis ayat Allah sudah dicerahkan sebelum ini iaitu *al Quran, hadith dan sekalian alam.*

2) *mencari jalan lepas daripada menunaikan perintah yang diwajibkan oleh Allah.*

Dalilnya daripada al Quran ialah

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُمۡ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا ڪُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُ  ۚ  قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَايَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَہۡزِءُونَ

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: " *Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main*". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu *memperolok-olok* dan mengejeknya?"

(At Taubah :65)

Apa contohnya?

Contohnya ialah

Membaca mana mana ayat al Quran @ hadith dengan cara yang sengaja melucukan supaya pendengar KETAWA

*BINASA AKIDAH*

contoh kedua

*Meniru perbuatan orang Yahudi pada zaman Nabi Musa yang DITEGAH OLEH ALLAH MENANGKAP IKAN PADA HARI SABTU*. mereka membuat helah pd hari Sabtu dan menangkap ikan pd hari Ahad.

Dalilnya ialah ayat al Quran Ayat 163-166

وَسۡـَٔلۡهُمۡ عَنِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلَّتِى ڪَانَتۡ حَاضِرَةَ ٱلۡبَحۡرِ إِذۡ يَعۡدُونَ فِى ٱلسَّبۡتِ إِذۡ تَأۡتِيهِمۡ حِيتَانُهُمۡ يَوۡمَ سَبۡتِهِمۡ شُرَّعًا وَيَوۡمَ لَا يَسۡبِتُونَ‌   ۙ لَا تَأۡتِيهِمۡ  ۚ  ڪَذَٲلِكَ نَبۡلُوهُم بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ

Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari *Sabtu* itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka kerana mereka sentiasa berlaku fasik.

(Al A'raf  : 163)

Contoh kedua ialah

*Membuka aurat* seperti berseluar pendek bagi lelaki atau membuka rambut bagi perempuan dikhalayak ramai di negara orang kafir yang zahirnya hidup selamat tetapi membuka aurat bertujuan *agar orang kafir MENGANGGAP DIRINYA BUKAN BERAGAMA ISLAM.*

*BINASA AKIDAH*

contoh seterusnya ialah
apakah makna menyengutukan ayat Allah?

Pencerahannya begini.

Untuk memahami makna menyengutukan pd syarak, eloklah kita lihat dahulu makna menyengutukan pada adat.

Makna menyengutukan pada adat ialah

1) menduakan @ lebih
2) menjadikan 2 @ lebih ikutan dari hal dunia.

Contohnya ialah
Seorang isteri mempunyai lelaki simpanan selain suami. Dalam perkataan lain, isteri menduakan suami.

Itulah contoh menduakan pada adat.

*BINASA PADA ADAT*

contoh kedua

Seorang guru mengikut  arahan orang kedua MELEBIHI arahan guru besar @ pengetuanya. Sudah tentu guru besar @ pengetuanya MARAH.

*BINASA PADA ADAT*

Diambil dari makna menyengutukan pada adat itu, maka makna menyengutukan pada syarak ialah

1) menduakan @ lebih dari satu Allah.
2) menjadikan 2 @ lebih ikutan dari hal akhirat iaitu menjadikan 2 @ lebih ikutan selain al HUKUM ALLAH

Buktinya dari al Quran ialah

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٲلِكَ لِمَن يَشَآءُ  ۚ  وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

(An Nisa':48)

contohnya yang pertama ialah

Mengikut perintah makhluk seperti pemimpin yang fasik lagi munafik @ ketua yang kafir lagi zalim melebihi perintah Allah sehingga mati.

*BINASA PADA SYARAK @ BINASA AKIDAH.*

Contoh kedua ialah

Redho hati mengikut undang undang penjajah dengan meninggalkan undang undang Allah sehingga mati.

*BINASA PADA SYARAK @ BINASA AKIDAH*

Buktinya ialah

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌   ۖ   فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡ   ۗ   وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

(Al Maidah :49)

Apa contoh yang lain?

Ragu @ tidak yakin dengan perkataan bahawa *"Allah sama sekali tidak ada persamaan dengan makhluk selama lamanya".*

Dalam perkataan lain, *dia percaya Allah itu memiliki persamaan dgn makhluk tetapi katanya pula "tidak dapat digambar gambarkan"* kerana kaki dan tangan Allah itu "laisakamitslihisyaiun"

*TETAP BINASA AKIDAH*

Contoh seterusnya ialah membelakangkan kuasa Allah dengan berpegang kepada kuasa makhluk seperti jin dan syaitan yakni mengamalkan *SIHIR.*

*BINASA AKIDAH*

Dalilnya ialah

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ      ۖ    وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ  ۚ  وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ فَلَا تَكۡفُر      ۖ    فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌  ۚ  وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ ‌ ۚ  وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌  ۚ  وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ ۚ  وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌  ۚ  لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

(Al Baqaroh :102)

-------------------------------
Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu adalah kerana saya memperturut hawa nafsu.

(An Nisa: 79)

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam




Semua skrip pencerahan & audio boleh diperolehi FREE di
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Telegram
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan