(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Selasa, 4 Oktober 2016

Bab 9 Soalan 101 Lanjutan dari Soalan 99 & 100 1) Apakah makna *sebenar2 diri* @ *hakikat insan* menurut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. 2) Benarkan ROH itu sebenar2 diri pada syarak? Apa buktinya? 3) Kemana ROH setelah mati? Apa buktinya pada syarak?

Group
*laisakamitslihisyaiun*

Soalan 101
Lanjutan dari
 Soalan 99 & 100

1) Apakah makna *sebenar2 diri* @ *hakikat insan* menurut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak.

2) Benarkan ROH itu sebenar2 diri pada syarak? Apa buktinya?

3) Kemana ROH setelah mati? Apa buktinya pada syarak?

4) Apakah punca salah faham tentang roh?


PENCERAHAN

Sebelum kita kupas persoalan Ke-101, elok kita fikirkan perkara ini iaitu kisah FIRAUN. Firaun dah MATI. Mayatnya ada didalam muzium Mesir. Persoalan tentang Firaun akan menjawab Soalan 101 insya Allah.

Istilah ROH yg dibincang pada persoalan ini adalah khusus dari sudut syarak bukannya roh dari sudut bahasa.

Persoalan sekarang ialah

*Adakah Firaun yang sudah mati beribu tahun itu @ mayat Firaun yang kita lihat didalam muzium itu sedang disiksa atau tidak?* Jika "TIDAK" kenapa? Jika "YA", apakah yg sedang disiksa itu

a) roh Firaun semata2
b) jasad Firaun semata2.
c) roh dan jasad Firaun @  kesatuan jasad dan roh Firaun?

Mana satu yang betul? atau Adakah semuanya betul?

Cerahkan dari sudut hukum adat hukum akal dan hukum syarak.

PADA ADAT
Tidak ada Allah, tidak ada malaikat, tidak ada syurga, tidak ada neraka, tidak ada azab kubur, tidak ada halal atau haram. Allah, malaikat, syurga neraka, azab kubur, halal @ haram adalah dari sudut syarak, bukan dari sudut adat.

PADA ADAT
Apabila manusia mati, jasadnya akan hancur luluh dimakan bumi.

PADA ADAT
Iaitu setakat pendapat pancaindera yang lima, mayat Firaun TIDAK DISEKSA oleh sesiapapun kerana mayat itu tidak ada sebarang kesan siksaan malah mungkin akan kelihatan utuh sehingga hari kiamat.

Itulah pada adat.

PADA AKAL
Allah berkuasa MEMPERLIHATKAN siksaan yang sedang diterima oleh orang yang mati dalam keadaan kafir seperti Firaun, samada sedang disiksa didalam kubur atau didalam neraka.

PADA AKAL
Allah juga berkuasa MENYEMBUNYIKAN dari dilihat oleh mata manusia, siksaan yang sedang diterima oleh orang yang mati dalam keadaan kafir seperti Firaun samada sedang disiksa didalam kubur atau didalam neraka.

PADA AKAL
Allah berkuasa MEMBERI NIKMAT seperti dimasukkan-NYA orang yang mati dalam keadaan kafir seperti Firaun ke dalam syurga.

Itu pada akal. Apa pula pada syarak?

PADA SYARAK
Saat mati itulah permulaan SIKSA bagi orang kafir. Buktinya ialah 2 ayat berikut

وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذۡ يَتَوَفَّى ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ‌   ۙ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ يَضۡرِبُونَ وُجُوهَهُمۡ وَأَدۡبَـٰرَهُمۡ وَذُوقُواْ عَذَابَ ٱلۡحَرِيقِ

Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat, ketika malaikat mewafatkan (mematikan) orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): "Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".
(Al-Anfal : 50)

dan bukti kedua

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ قَالَ أُوحِىَ إِلَىَّ وَلَمۡ يُوحَ إِلَيۡهِ شَىۡءٌ وَمَن قَالَ سَأُنزِلُ مِثۡلَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ   ۗ   وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلظَّـٰلِمُونَ فِى غَمَرَٲتِ ٱلۡمَوۡتِ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ بَاسِطُوٓاْ أَيۡدِيهِمۡ أَخۡرِجُوٓاْ أَنفُسَڪُمُ‌   ۖ   ٱلۡيَوۡمَ تُجۡزَوۡنَ عَذَابَ ٱلۡهُونِ بِمَا كُنتُمۡ تَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ وَكُنتُمۡ عَنۡ ءَايَـٰتِهِۦ تَسۡتَكۡبِرُونَ

....... Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut", sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata : "Keluarkanlah nyawa kamu ; pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".

(Al-An'am : 93)

Makna ayat yang terjemahnya "keluarkanlah nyawa kamu" itu ialah "LARILAH KAMU @ HINDARKANLAH DIRI KAMU wahai manusia @ mayat daripada siksaan Allah yang kamu ingkarkan". Perkataan malaikat "MENYURUH LARI @ MENGHINDARKAN DIRI" itu adalah sebagai SINDIRAN @ EJEKAN kpd manusia yang mati dalam keadaan kafir dan mereka yang menafikan ADANYA AZAB KUBUR.

Makna mayat disini ialah kesatuan roh dan jasad yang sudah mati, sama2 mati.

Dua ayat itu menjadi BUKTI bahawa SAAT KEMATIAN itulah PERMULAAN AZAB SIKSA untuk orang kafir seperti Firaun atau NIKMAT utk org yg beriman. Pada saat kematian itu, tamatlah kehidupan dunia dan simati berpindah ke alam kubur @ alam barzah. Agar lebih mudah difahami, sekiranya ada orang kafir lain mati dilanggar lori ditengah jalan tepat pada jam 12.00 tengahari, maka alam kubur itu bermula TEPAT pada jam 12.00 tgh ditengah jalan raya. Bukannya pukul 12.01 tgh.

Ada satu persoalan.
Adakah kepercayaan org yg mengatakan bahawa azab kubur akan bermula setelah mayat dikebumikan @ selepas orang ramai beredar 7 langkah?

Begini. Kepercayaan itu sebenar2nya TIDAK BERASAS.

Kenapa tidak berasas?
Sebabnya, jika alam barzah @ alam kubur bermula setelah dikebumikan @ selepas orang ramai beredar 7 langkah, apa yg terjadi kpd org yg mati ditelan buaya? Apa yg terjadi kpd org yg mati hangus tanpa meninggalkan bekas dalam letupan kapal terbang? Apa yg terjadi kpd org yg mati tetapi mayatnya diawet? Jika kepercayaan itu diterima pakai, maka selamatlah org kafir yg mayatnya diawet. Jika kepercayaan itu diterima pakai, maka eloklah saudara mara kita yang mati fasik itu JANGAN DITANAM. Awetlah mayat mereka. Dengan cara itu, maka selamatlah dia dari azab kubur......

Tetapi, itu adalah kepercayaan yang JAUH TERSASAR dari agama Islam kerana BERCANGGAH dgn 2 ayat al Quran yg sudah disebutkan sebelum ini iaitu ayat ke-50 surah al-Anfal dan ayat ke-93 surah al-An'am.

Sekali lagi diulang
Pada adat, jika mayat orang kafir itu diawet dan disimpan dgn elok didalam kotak mayat selama sebulan atau bertahun2, mayatnya tetap TIDAK ADA KESAN SIKSAAN. Sebab itu, tidak ada azab kubur pada adat.

Saya pasti, mesti ada yang terdetik dalam hati, bagaimana Allah menyiksa makhluk yang mati? Macam mana tu?

Begini, sebenarnya persoalan ini, telah dicerahkan dalam persoalan sebelum ini. Tapi tidak mengapa, kita akan ulang semula secara ringkas.

Ingat semula, pada adat dan pada syarak, manusia hanya ada usaha dan ikhtiar ketika hidup didunia. Setelah mati, dialam barzakh, manusia TIDAK ADA lagi ikhtiar dan usaha. Segala2nya atas kudrat dan iradat Allah semata2. Segala2nya semata2 URUSAN ALLAH. Segala2nya semata2 PEKERJAAN ALLAH. URUSAN @ PEKERJAAN sama sekali TIDAK mampu difikirkan oleh akal manusia. Dalam perkara ini, manusia hanya disuruh PERCAYA @ BERIMAN tanpa sebarang persoalan.

Pada akal dan pada syarak, Allah berkuasa menyiksa semua makhluk tidak kira makhluk itu bernyawa atau tidak. Allah berkuasa menyiksa makhluk yang tubuhnya memiliki deria ataupun tidak. Allah berkuasa menyiksa makhluk yang tidak bernyawa dan tidak memiliki deria seperti batu dan angin. Saya ulang semula, Allah berkuasa menyiksa makhluk yang dirinya @ tubuhnya TIDAK memiliki deria seperti batu dan angin. Apalagilah makhluk manusia seperti Firaun samada hidup ataupun mati.

Oleh itu PADA SYARAK selama tempoh itulah mayat orang kafir yakni kesatuan roh dan jasad yg sudah mati tersebut sedang disiksa oleh malaikat. Selama itulah mayat itu menjerit siang dan malam, menahan AZAB akibat SIKSAAN malaikat. Tetapi siksaan itu TIDAK DIPERLIHATKAN oleh Allah kpd jin dan manusia. Maka sebenarnya Firaun yg sekarang sudah berada di alam kubur sedang DIAZAB OLEH ALLAH dalam keadaan MATI.

Kepercayaan sesetengah orang bahawa roh itu BEBAS kemana sahaja yang dia mahu adalah warisan kepercayaan agama HINDU, KRISTIAN, BUDDHA, PAGAN dan YAHUDI. Kepercayaan itu bercanggah dgn ayat al Quran.

Kenapa bercanggah dgn ayat al Quran?

Sebabnya ialah, kepercayaan itu membawa maksud *ada makhluk lain selain jin dan manusia iaitu ROH yang diberikan "usaha dan ikhtiar". Sedangkan hanya jin dan manusia shj yg ada usaha dan ikhtiar untuk taat @ ingkar kepada Allah. Roh semata2 bukannya manusia. Roh semata2 bukannya hakikat insan.*

Oleh sebab itu kepercayaan sesetengah orang bahawa roh orang mati boleh dipanggil semula adalah kepercayaan karut marut yang boleh membinasakan akidah. Roh yg mereka panggil itu @ roh yg mereka seru itu @ roh yg mereka puja itu sebenar2nya adalah JIN DAN SYAITAN SERTA IBLIS laknatullah. BUKANNYA ROH.

Sy pasti masih ada yang keliru dengan pencerahan ini. Takpa, kita akan cerahkan dahulu makna KUBUR @ PUSARA.

PADA ADAT
Kubur @ pusara ialah tempat manusia ditanam apabila mati. Jika ditanam di tepi sungai, maka kuburnya ditepi sungai. Jika seseorang itu mati didalam kapalterbang yang meletup di angkasa, maka seseorang itu telah mati tanpa kubur.

PADA SYARAK
Kubur ialah tempat terjadinya saat KEMATIAN. Jika seseorang itu mati didalam kapalterbang yang meletup diangkasa, maka kubur seseorang itu adalah DI ANGKASA. Dimana mayat itu kelihatan, disitulah kuburnya PADA SYARAK.

Buktinya adalah

أَلۡهَٮٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ
حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ

Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya.  Sehingga kamu masuk kubur (mati).
(At-Takathur : 1-2)

Jadi, apakah jawaban bagi persoalan diatas? Pada saat Firaun mati sehingga sekarang, siapakah yang disiksa?

Roh Firaun semata2?
Jasad Firaun semata2?
Jasad dan roh Firaun?

Apa jawabannya?

Jawabannya ialah roh dan jasad. PADA SYARAK
Kesatuan roh dan jasad Firaun itu sedang disiksa oleh Allah. SEDANG DIAZAB ALLAH tetapi TIDAK ZAHIR pada pancaindera manusia.  Raungan suara Firaun akibat KESAKITAN YANG TIDAK MAMPU DITANGGUNG OLEH DIRINYA kerana disiksa oleh malaikat siang dan malam sehingga hari kiamat, TIDAK DIDENGAR oleh manusia. Tubuh @ diri Firaun yang HANCUR LULUH @ tulang rusuk simati yang bersilang  atau bertemu kerana dihimpit oleh kubur dan kembali pulih seperti biasa dan dipukul semula oleh malaikat sehingga HANCUR LULUH semula TIDAK DILIHAT oleh mata manusia. Semua AZAB yang sedang ditanggung oleh Firaun @ org kafir itu adalah menurut hukum SYARAK. Bukan hukum adat.

Jika ada yang berkata, jasad Firaun TIDAK disiksa @ jasad jasad org mati fasik tidak disiksa, yang disiksa adalah ROH FIRAUN, yang disiksa adalah ROH si FASIK, sesungguhnya orang tersebut tanpa sedar telah menuduh Allah TIDAK ADIL @ ANIAYA dan tanpa sedar sudah INGKAR kepada 2 ayat al Quran yang tersebut diatas iaitu (Al-Anfal : 50) dan (An-An'am : 93)

Atau jika ada orang yang berkata, jasad manusia yang sudah mati TIDAK disiksa, kerana akan hancur dimakan cacing,  yang disiksa adalah ROH MANUSIA, jasad adalah SARUNG bagi roh @ roh menumpang pada jasad dan sebagainya, sesungguhnya orang tersebut tanpa sedar telah menuduh Allah Ta'ala *TIDAK ADIL @ ANIAYA* dan tanpa sedar sudah INGKAR kepada 2 ayat al Quran yang tersebut diatas iaitu (Al-Anfal : 50) dan (An-An'am : 93)

Kenapa pulak dikatakan tanpa sengaja menuduh Allah TIDAK ADIL @ ANIAYA dan INGKAR kepada 2 ayat al Quran?

Sebabnya ialah

1) Yang membuat dosa atau kebaikan semasa hidup adalah roh dan jasad, tetapi apabila mati, hanya ROH yang disiksa, jasad terlepas dgn alasan *"jasad umpama sarung."*

Adil ke Allah mcm tu? Mana adil. ROH teraniaya. Jasad terlepas dari kena azab. Jasad terselamat dari mendapat azab. Sedangkan kita tahu, roh semata2 TANPA JASAD tidak akan melakukan sebarang dosa @ kejahatan. ROH semata2 bukan dipanggil *manusia.* ROH semata2 bukannya *orang.* ROH semata2 bukannya *mukallaf.*

Jika ada yg memberi alasan, kerana jasad akan hancur ditelan bumi. Maka alasan itu sebenarnya *akibat dari TIDAK tahu perbezaan antara 3 hukum dan berpegang kepada hukum adat*.

Ya, memang, pada adat, jasad akan hancur luluh ditelan bumi. Tapi pegangan kita adalah hukum syarak, bukannya hukum adat. Pada syarak, roh dan jasad itulah yang sama2 menerima perintah taat kepada Allah. Dalam perkataan lain, kesatuan roh dan jasad itulah yang dinamakan sbg *mukallaf.* Kesatuan roh dan jasad itulah yang dinamakan sbg *manusia.*  Kesatuan roh dan jasad itulah yang dinamakan sebagai *orang.* Kesatuan roh dan jasad itulah yang dinamakan sebagai *diri.*

2) TIDAK ADA ayat al Quran atau hadith soheh yang mengatakan @ bermaksud ROH SAHAJA akan disiksa, JASAD TERLEPAS dari siksaan. Kepercayaan sesetengan orang yang berkata HANYA ROH YG MENERIMA PEMBALASAN adalah berpunca dari salah faham pada ayat al Quran yang dicerahkan pada Soalan 99 dan 100. Sesiapa yang belum semak, eloklah semak.

3) Maksud semua perkataan yang terjemahnya sebagai "orang kafir, kamu, manusia @ semua GANTI DIRI @ GANTI NAMA pada kedua2 ayat itu atau pada semua ayat yang ada di dalam al Quran samada semasa hidup atau mati, didalam syurga atau neraka, maksudnya KESEMUANYA itu adalah ROH & JASAD. Bukannya roh atau jasad semata2 tetapi KESATUAN ROH & JASAD. Itulah hakikat insan. *Itulah hakikat manusia. Itulah hakikat diri pada syarak.*

Kita wajib beriktikad bahawa

1⃣ Firaun yang sudah mati itu SEDANG DIAZAB oleh Allah sejak mati beribu tahun dahulu sehingga sekarang. Azab itu akan berterusan sehingga hari kiamat. BUKAN ROH FIRAUN YANG SEDANG DISIKSA ALLAH akan tetapi ROH DAN JASAD @ disebut juga sebagai DIRI. Makna "diri" sudah dicerahkan sebelum ini pada Soalan 55. Walaupun begitu, kita ulang semula secara ringkas.

DIRI ialah KESATUAN ZAT dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, luar dalam, zahir dan bathin. Dari sudut usuluddin, DIRI manusia pada ADAT dan pada SYARAK ialah KESATUAN 7 ZAT iaitu

1) ZAT PEKUASA dengan tulang urat darah daging otak benak.

2) ZAT PEKEHENDAK dengan hawa nafsu
3) ZAT PENGETAHUAN dengan hati dan proses perguruan.

4) ZAT PEHIDUP dengan nyawa
5) ZAT PENDENGAR dengan telinga.

6) ZAT PELIHAT dengan mata
7) ZAT PEKATA dengan lidah huruf suara

Kesatuan berbilang2 zat atau 7 zat itulah DIRI MANUSIA.

Diambil dari makna diri itu, maka PADA SYARAK, MAYAT FIRAUN @ DIRI FIRAUN SEDANG DIAZAB OLEH ALLAH DALAM KEADAAN MATI.

Ingat ya, ini adalah pada syarak, bukannya pada adat. Pada adat, mayat Firaun TIDAK DISEKSA. Antara syarak dan adat, mana lebih kuat? Jawabannya ialah SYARAK. Oleh sebab itulah, kita berpegang kepada iktikad MAYAT FIRAUN @ DIRI FIRAUN YG SUDAH MATI ITU SEDANG DIAZAB ALLAH SEHINGGA HARI KIAMAT tetapi Allah tidak memperlihatkannya kpd jin dan manusia.

2⃣ Kita wajib beriktikad Allah KUASA menyiksa orang kafir seperti Firaun bukan sahaja dalam keadaan HIDUP akan tetapi *menyiksanya dalam keadaan MATI* dialam kubur @ alam barzah. Manusia hidup 2x dan mati 2x.

Hidup 2x iaitu semasa didunia dan semasa dibangkitkan semula dipadang mahsyar.

Mati 2x iaitu sebelum lahir kedunia (dikira mati) dan saat habis umur ketika hidup didunia yakni berpindah ke alam kubur @ alam barzah.

Buktinya dari al Quran ialah

قَالُواْ رَبَّنَآ أَمَتَّنَا ٱثۡنَتَيۡنِ وَأَحۡيَيۡتَنَا ٱثۡنَتَيۡنِ فَٱعۡتَرَفۡنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلۡ إِلَىٰ خُرُوجٍ مِّن سَبِيلٍ

Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?"

(Al-Ghafir : 11)

Mungkin ada yg ingin bertanya tentang maksud ayat al Quran ini iaitu

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتَۢا  ۚ  بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Ali Imran : 169)

Ya, memang benar, itulah bukti bahawa orang yg mati syahid adalah HIDUP DI ALAM BARZAH. Itulah keistimewaan dan kemuliaan untuk mereka. Mereka hidup di alam barzah bersama para Nabi dan rosul, menerima NIKMAT anugerah daripada Allah.

3⃣ Kita wajib beriktikad Allah akan menyiksa Firaun dari keadaan MATI DI ALAM BARZAH kepada siksaan dalam keadaan HIDUP dipadang mahsyar.

Semasa *HIDUP* di alam NYATA, *roh dan jasad* Firaunlah yang *melakukan perbuatan SYIRIK*

Semasa *MATI* di alam KUBUR @ alam barzah, *roh dan jasad* Firaunlah yang  *menerima AZAB* Allah.

Semasa *HIDUP* di padang mahsyar, *roh dan jasad* Firaunlah yang *menerima AZAB* Allah.

4⃣ Kita wajib beriktikad bahawa perasaan manusia ketika menerima azab kubur *"walaupun dalam keadaan MATI"* adalah sama seperti perasaan manusia ketika menerima azab semasa hidup.

Saya pasti ada yang ingin bertanya soalan ini. Bukankah jika mati, roh itu akan melihat jasadnya dimandikan, jasadnya dikafankan dan lain2? Bukankan roh itu akan menunggu dikuburan pada setiap hari Jumaat atau pada setiap hari raya pertama? Bukankah roh itu akan naik kelangit hingga langit ke tujuh?

Begini
Itulah sebahagian dari kepercayaan umat Islam yang TIDAK ADA ASAS dan bida'ah semata2. Yang naik  kelangit itu adalah AMALAN simati bukannya roh simati. ROH tetap berada didalam jasad simati. Mati bersama jasad.

Persoalan seterusnya ialah, apabila mati, kemana perginya roh?

Jawabannya begini. Pada soalan ke-101 ini, roh ialah nyawa. Roh dalam bahasa Arab. Terjemahnya dalam Bahasa Melayu ialah NYAWA iaitu ALAT UNTUK HIDUP. Sekiranya ada pihak yang mentakrifkan ROH itu lain dari nyawa atau lain maksudnya dari alat untuk hidup, maka sudah pasti, mereka TIDAK BOLEH MENERIMA pencerahan ini.

Kembali semula kepada persoalan, apabila mati, kemana perginya roh?

Jawabannya begini.

Sekiranya kita percaya dengan pencerahan Soalan 99 dan 100, maka apabila mati, ROH TETAP BERADA DIDALAM JASAD. ROH MATI BERSAMA JASAD. Pada saat mati itu, roh dan jasad mula menerima PEMBALASAN samada baik ataupun buruk.

Ingat ya, pencerahan bahagian awal soalan ini, manusia hidup 2x dan mati 2x. Pembalasan kepada roh dan jasad pada 3 masa adalah seperti berikut :

1) *Semasa hidup dialam NYATA.*
Roh dan jasad sama2 melakukan kebaikan dan sama2 melakukan kejahatan. Roh dan jasad sama2 menerima azab dan nikmat dunia *dalam keadaan HIDUP.*

2) *Semasa mati di alam KUBUR @ BARZAH*
Roh dan jasad sama2 menerima azab atau nikmat *dalam keadaan MATI.* Roh dan jasad TIDAK pernah terpisah walau sedetik sekalipun.

3) Semasa dibangkitkan di *PADANG MAHSYAR*
Roh dan jasad sama2 menerima azab atau nikmat *dalam keadaan HIDUP.*

Persoalan terakhir ialah
Apakah punca salah faham ini?

Banyak punca umat salah faham. Antaranya ialah

1) Kurang faham perbezaan antara 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Akibatnya umat salah faham pada makna HAKIKAT menurut 3 hukum iaitu HAKIKAT ADAT, makna HAKIKAT AKAL & makna HAKIKAT SYARAK.

Contoh lain ialah tidak faham akan makna hakikat KUBUR menurut hukum adat dan hukum syarak.

2) Kurang faham akan makna URUSAN Allah @ PEKERJAAN Allah. Kurang faham akan perbezaan ayat mutasyabihat dan ayat muhkamat. Akibatnya umat telah memikirkan "CARA ALLAH MENGHIDUPKAN NABI ADAM".

3) Kurang faham akan makna ayat yg terjemahnya malaikat MEWAFATKAN @ MEMATIKAN. Akibatnya diterjemahkan sebagai "Malaikat MENCABUT ROH".

4) Kurang faham akan makna ayat al Wahid @ SATU, al Ahad @ ESA dan makna BANYAK. Akibatnya hampir semua perkataan "al Wahid" telah diterjemahkan sebagai MAHA ESA sedangkan makna keduanya sangat JELAS BERBEZA dan IKTIKAD ROH SEMATA2 YG MENERIMA PEMBALASAN DIALAM BARZAH sebenar2nya bercanggah dgn makna ESA & SATU kerana membawa makna DIRI KITA DUA.

5) Kurang faham akan makna diri @ makna manusia. Akibatnya ROH pun dianggap sebagai diri sedangkan roh adalah ALAT UNTUK HIDUP.

6) Kurang faham akan makna BENAR pada syarak dan makna TIDAK BENAR pada syarak. Akibatnya umat hanya membuta tuli ikut2kan.

7) Kurangnya golongan yang mahu menegur kesilapan ini. Akibatnya salah faham telah berleluasa dan sebati pada iktikad umat.

8) Salah faham pada makna perkataan yang terjemahnya *dicabut roh* @ *keluar roh*. Maksud perkataan itu sebenarnya ialah *dicabut sifat hidup @ dicabut kelakuan hidup* yang membawa maksud diri itu berubah daripada sifat @ kelakuan hidup kepada *kelakuan mati @ sifat mati*. BUKANNYA ROH ITU KELUAR.

Boleh ke kita sebut perkataan "dicabut roh si anu?"

Jawabannya boleh tetapi bermaksud *kelakuan hidup si anu telah dicabut @ telah TIDAK ADA* dan si anu sekarang sudah mati yakni roh dan jasadnya mati bersama, tidak pernah terpisah selama lamanya. ITULAH HAKIKAT INSAN @ HAKIKAT DIRI MANUSIA.

Semoga, pencerahan Soalan 99-101 ini akan dapat mencetuskan satu kesedaran kepada umat untuk memperbaiki kesilapan umat selama ini.


----------------------------------------------
Semua yang baik dan benar itu adalah anugerah Allah dan semua yg silap itu kerana kesalahan sy memperturutkan hawa nafsu.
(An Nisa' : 79)

PEMBERITAHUAN

Kepada
semua TEMAN2
& ahli group
 laisakamitslihisyaiun

Semua
PENCERAHAN
dan AUDIO mulai Soalan 1 - 100 boleh diperolehi PERCUMA @ GRATIS di
👇🏾
 1⃣ www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
👆skrip sahaja

2⃣ Telegram 👇

 @laisakamitslihisyaiunmp3
👆audio sahaja

3⃣ Telegram 👇

@laisakamitslihisyaiun
👆skrip & audio

Tiada ulasan:

Catat Ulasan