(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Khamis, 6 Oktober 2016

Bab 9 Persoalan dari Awam *Soalan 103* lanjutan bagi Soalan 88 1)Apakah makna perkataan *"hakikat"* berdasarkan hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? 2) Adakah ilmu hakikat yang disebarkan oleh Hj Shaari it benar pada syarak? https://youtu.be/D2qDWR25dmA 3) Apakah punca salah faham ini?

*PENCERAHAN*
Soalan 103

Group
*laisakamitslihisyaiun*


*Soalan 103*
lanjutan bagi Soalan 88

1)Apakah makna perkataan *"hakikat"* berdasarkan hukum adat, hukum akal dan hukum syarak?

2) Adakah ilmu hakikat yang disebarkan oleh Hj Shaari it benar pada syarak?
https://youtu.be/D2qDWR25dmA

3) Apakah punca salah faham ini?


*PENCERAHAN*

Ilmu dan amal tentang syariat, makrifat, hakikat dan tarikat adalah wajib serentak dan tidak boleh dipisahkan walau satu detik sekalipun sampai bila2. Sesiapa yg meninggalkan salah satu daripadanya sehingga mati adalah BUKAN ISLAM yakni batal akidahnya pada syarak. Persoalan sekarang, apakah makna hakikat? Sebagai umat yg mengaku ahli sunnah waljamaah, kita wajib mengetahui makna hakikat menurut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Itulah caranya untuk mengelakkan diri dari melakukan perbuatan syirik @ yg membinasakan akidah. Dalilnya daripada al Quran ialah ayat ke-144 surah al-An'am

  ۚ  فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ ڪَذِبًا لِّيُضِلَّ ٱلنَّاسَ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ   ۗ   إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Ertinya
..... Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk *menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan?* Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
(al-An'am : 144)

Ayat itulah yang menjadi bukti setiap mukallaf wajib mengetahui benar @ tidak 3 jenis perbuatannya iaitu

1) perkataannya
2) perbuatan anggotanya
3) iktikadnya

Makna benar disini ialah dalil @ bukti bagi semua perbuatan itu wajib ADA, JELAS & BENAR YANG DIMAKSUDKANNYA. Sekiranya dalil yang diberikan menyalahi al Quran atau hadith @ dalil TIDAK dapat ditunjukkan maka perkataan @ iktikad itu adalah TIDAK BENAR @ BIDA'AH pada syarak. Oleh itu TIDAK BOLEH dijadikan pegangan.

Maksud perkataan makrifat sangat berkait rapat dengan maksud beberapa perkataan iaitu *diri, zat, sifat, nama, kelakuan, satu @ al wahid, esa @ al ahad dan banyak @ berbilang2,* justeru, ahli dinasihatkan mengulangkaji semula pencerahan tentang makna semua perkataan tersebut seperti pada pencerahan Soalan 5, 11, 44, 55, 56, 59 & 64 - 70.

Untuk memahami persoalan, makna hakikat pada syarak, kita terlebih dahulu perlu memahami makna hakikat menurut hukum adat dan hukum akal.

*Makna hakikat pada adat*
ialah pengenal @ pengetahuan seseorang kepada penjadi @ pencipta sesuatu benda yang tidak dikaitkan dengan Allah @ Agama. Pengenal @ pengetahuan kepada penjadi @ pencipta itu terbahagi kpd 4 iaitu tentang

1) *zat* pencipta
2) *sifat* pencipta
3) *kelakuan* pencipta
4) *nama* pencipta

Contoh hakikat zat pada adat sudah dicerahkan pd soalan 88. Sesiapa yg ingat2 lupa eloklah semak semula. Contoh hakikat adat pada 3 cabang ilmu yg lain akan kita bincgkan kemudian insya Allah. Skrg kita lihat contoh kedua dalam bentuk matematik iaitu

Jika A = B. B = C, maka
*pada hakikat adat A = C*

Rasanya satu contoh sudah memadai sebab sangat mudah. Skrg kita lihat makna hakikat pada akal.

Diambil dari makna hakikat pada adat, maka *makna hakikat pada akal* ialah pengenal @ pengetahuan seseorang tentang pencipta sekalian alam bernama Allah tanpa dikaitkan dengan Al Quran @ hadith. Pengenal @ pengetahuan kepada penjadi @ pencipta bernama Allah itu terbahagi kpd 4 iaitu tentang

1) *zat* pencipta alam bernama Allah
2) *sifat* pencipta alam bernama Allah
3) *kelakuan* pencipta alam bernama Allah
4) *nama* pencipta alam bernama Allah

Pengenal kepada pencipta alam pada akal bernama Allah itu tidak dikaitkan dgn al Quran @ hadith melainkan semata2 penerimaan oleh akal. Pengenal itu wajib DITAHKIQKAN DENGAN DALIL AKAL dari sekalian alam @ pada diri sendiri.

Contoh hakikat zat pada akal sudah dicerahkan pd soalan 88. Sesiapa yg ingat2 lupa eloklah semak semula. Contoh hakikat akal pada 3 cabang ilmu yg lain akan kita bincgkan kemudian insya Allah. Skrg kita lihat contoh kedua iaitu hakikat kelakuan Allah. Contoh ini sudah dicerahkan pd Soalan 91 iaitu seperti kisah Nabi Allah Musa a.s. berguru kepada Nabi Allah Khidir a.s. Sesiapa yg ingat2 lupa, sila semak dan dengar audio pencerahannya.

Contoh ke-3 ialah wujudnya sekalian alam. Pada hakikat akal @ hakikat kelakuan Allah, sekalian alam wujud sekali jadi tanpa masa walau kurang dari sedetik masa sekalipun.

Contoh seterusnya sudah diberikan dalam pencerahan Soalan 70. Eloklah semak.

Itu contoh2 hakikat pada akal. Skrg, apa pula makna hakikat menurut syarak?

Diambil dari makna hakikat pada adat dan pada akal maka *makna hakikat pada syarak* ialah pengenal @ pengetahuan seseorang tentang Allah yang diambil daripada Al Quran @ hadith. Pengenal @ pengetahuan kepada Allah itu terbahagi kpd 4 iaitu tentang

1) *zat* Allah
2) *sifat* Allah
3) *kelakuan* Allah
4) *nama* Allah

Contoh hakikat zat pada syarak sudah dicerahkan pd soalan 88. Sesiapa yg ingat2 lupa eloklah semak semula. Contoh hakikat syarak pada 3 cabang ilmu yg lain akan kita bincgkan kemudian insya Allah. Skrg kita lihat contoh yang tersebut di dalam al Quran iaitu ayat ke- 80 hingga 81 surah an-Nahl seperti berikut

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۢ بُيُوتِڪُمۡ سَكَنًا وَجَعَلَ لَكُم مِّن جُلُودِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ بُيُوتًا تَسۡتَخِفُّونَهَا يَوۡمَ ظَعۡنِكُمۡ وَيَوۡمَ إِقَامَتِڪُمۡ‌   ۙ وَمِنۡ أَصۡوَافِهَا وَأَوۡبَارِهَا وَأَشۡعَارِهَآ أَثَـٰثًا وَمَتَـٰعًا إِلَىٰ حِينٍ

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِلَـٰلاً وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلۡجِبَالِ أَڪۡنَـٰنًا وَجَعَلَ لَكُمۡ سَرَٲبِيلَ تَقِيڪُمُ ٱلۡحَرَّ وَسَرَٲبِيلَ تَقِيكُم بَأۡسَڪُمۡ  ۚ  كَذَٲلِكَ يُتِمُّ نِعۡمَتَهُ  ۥ عَلَيۡڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تُسۡلِمُونَ

Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah yang kamu mendapatinya ringan semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.

Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya.

(An-Nahl : 80-81)

Dua ayat itu menjadi bukti dari al Quran bahawa pada hakikat akal dan hakikat syarak, Allah itulah yang menjadikan sekalian alam. Pada ayat itu, Allah menerangkan, pada hakikat akal dan hakikat syarak Dialah yg menjadikan

1) rumah tempat tinggal
2) khemah-khemah
3) perkakas rumah
4) perhiasan
5) tempat berteduh
6) gunung-ganang
7) pakaian-pakaian

Ingat ya, pada hakikat adat

1) rumah tempat tinggal
2) khemah-khemah
3) perkakas rumah
4) barang perhiasan
5) tempat berteduh
6) pakaian-pakaian

adalah ciptaan manusia atau dijadikan oleh manusia. Tetapi itu dari sudut ADAT.  Pegangan kita adalah HUKUM SYARAK BUKAN HUKUM ADAT. Oleh itu pada hakikat syarak sekalian alam ini termasuk sekalian makhluk iaitu makhluk wujudi dan makhluk bukan wujudi adalah DIJADIKAN OLEH ALLAH dengan SEKALI JADI.

Untuk menghampirkan faham, kita lihat contoh dalil akal ini. Katalah kita membeli rumah melalui pinjaman bank. Pada zahir adat,  rumah itu milik kita. Tetapi pada hakikat adat,  rumah itu milik bank.

Itulah cara memahami pemilikan pada hakikat syarak. Pada zahir syarak,  rumah yg kita beli itu milik kita. Tetapi pada hakikat syarak dan pada hakikat akal, rumah itu milik Allah.

Persoalan seterusnya ialah adakah ilmu hakikat yang disebarkan oleh Hj Shaari itu benar pada syarak? Jika BENAR PADA SYARAK, apa buktinya dari al Quran?

Sebelum kita bincang fahaman Hj Shaari, perlu diketahui bahawasanya hakikat akal SAMA SEKALI TIDAK BERCANGGAH DENGAN hakikat syarak. Wajib diketahui, apabila kita menyebut perkataan "hakikat", hakikat apakah yg kita maksudkan? Hakikat adat, hakikat akal atau hakikat syarak? Jika kita *tidak tahu* itu bermakna kita masih tidak faham apa yg kita sebut, kita hanya takliq, kita hanya ikut2an. Ikut2an dalam perkara akidah adalah MEMBAHAYAKAN AKIDAH. Boleh membinasakan akidah. Buktinya dari al Quran ialah

وَإِن تُطِعۡ أَڪۡثَرَ مَن فِى ٱلۡأَرۡضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ  ۚ  إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنۡ هُمۡ إِلَّا يَخۡرُصُونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan *sangkaan semata-mata*, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

(Al-An'am : 116)

Perlu diketahui
Pada hakikat akal dan hakikat syarak HANYA Allah

1) HANYA Allah yang wujud
2) HANYA Allah yang qidam
3) HANYA Allah yang baqo
hingga
20) HANYA Allah yang mutakallimun.

Hakikat akal dan hakikat syarak, menerangkan tentang

1) diriNYA @ diri Allah
2) hukumNYA dan
3) ayat2NYA

iaitu Allah menerangkan kepada manusia bahawa SAMA SEKALI TIDAK ADA YG MENYERUPAI

1⃣ zatNYA
2⃣ sifatNYA
3⃣ kelakuanNYA
4⃣ namaNYA
5⃣ hukumNYA
6⃣ ayatNYA

Mustahil Allah menafikan atau membandingkan

1⃣ zatNYA
2⃣ sifatNYA
3⃣ kelakuanNYA
4⃣ namaNYA
5⃣ hukumNYA
6⃣ ayatNYA

dengan

1⃣ zat makhluk
2⃣ sifat makhluk
3⃣ kelakuan makhluk
4⃣ nama makhluk
5⃣ hukum makhluk
6⃣ ayat makhluk

MUSTAHIL......

Kenapa mustahil?

Kerana menafikan dan membandingan itu sebenar2nya bermakna ada DUA @ BANYAK yang menyerupai Allah.

Kenapa pulak bermakna ada DUA @ BANYAK yang menyerupai Allah?

Begini. Kita lihat dalil akalnya. Katalah seorang MAHARAJA menerangkan tentang

1) dirinya,
2) hukumnya dan
3) perintahnya.

maka sesungguhnya pada hakikat adat, perbuatan itu membawa maksud ada sekurang2nya DUA @ lebih dari dua maharaja. Kenapa pulak? Sebabnya ialah :

1) pasti maharaja itu pernah melihat atau mengetahui akan maharaja lain yang memiliki persamaan dengan dirinya.

2) pasti maharaja itu pernah melihat atau mengetahui akan maharaja lain yang memiliki persamaan dengan hukumnya.

3) pasti maharaja itu pernah melihat atau mengetahui akan maharaja lain yang memiliki persamaan dengan perintahnya.

Kita tahu setiap yang sabit pada makhluk, mustahil sabit pada Allah.
Maka pada hakikat akal dan pada hakikat syarak,  MUSTAHIL Allah menafikan @ membandingkan diriNYA dengan tuhan yang lain kerana perbuatan menafikan dan membandingkan itu sebenar2nya membawa makna Allah BANYAK dan bercanggah dengan makna ALLAH ESA dan ALLAH SATU. Sebenarnya, ilmu hakikat ini sangat penting difahami. Insya Allah kita akan kupas ilmu hakikat pada Bab 17 berkaitan kalimah NAFI ISBAT. Skrg baru Bab 9 (Hukum syarak)

Kita lihat 14 contoh hakikat akal dan hakikat syarak yg tersebut didalam al Quran yang BUKAN menafikan makhluk dan BUKAN membandingkannya dgn makhluk iaitu :

1⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg mengajar Nabi
Allah yg menjaga keselamatan. *BUKAN menafikan manusia yg mengajar dan manusia yg menjaga keselamatan pada adat.*
Buktinya (Al-Anbiyak : 80)

2⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg mengangkut manusia dalam bahtera Nabi Nuh. *BUKAN menafikan bahtera Nabi Noh yg mengangkut manusia pada adat.*
Buktinya (Al-Haqqah : 11)

3⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg mengajarkan Al Quran. *BUKAN menafikan ustaz2 yg mengajar al Quran pada adat.*
Buktinya (Ar-Rohman : 2)

4⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menumbuhkan pokok. *BUKAN menafikan manusia yg menanam pokok pada adat.*
Buktinya (Al-Waqiah : 72)

5⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menurunkan hujan. *BUKAN menafikan manusia yg melakukan pembenihan hujan pada adat.*
Buktinya (Al-Waqiah : 69)

6⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menentukan masa mati. *BUKAN menafikan saat kematian seseorang ditali gantung pada adat.*
Buktinya (Al-Waqiah : 60)

7⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menjadikan manusia. *BUKAN menafikan kaum ibu yg melahirkan manusia pada adat.*
Buktinya (As-Soffat : 96)

8⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menjadikan perbuatan manusia. *BUKAN menafikan perbuatan manusia menjadikan makhluk pada adat.*
Buktinya (As-Soffat : 96)

9⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menjadikan tanpa masa. *BUKAN menafikan zahirnya makhluk secara berperingkat2 pada adat.*
Buktinya (Yasin : 82)

🔟 *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg memiliki langit dan bumi. *BUKAN menafikan hak milik manusia pada adat.*
Buktinya (As-Syuro : 4)

1⃣1⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menguasai langit dan bumi. BUKAN MENAFIKAN manusia menguasai langit dan bumi. *BUKAN menafikan penguasaan manusia pada adat.*
Buktinya (As-Syuro : 34)

1⃣2⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg memberi rezki. *BUKAN menafikan majikan yg membayar gaji pekerja pada adat.*
Buktinya (As-Saba : 36)

1⃣3⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menghantar angin. *BUKAN menafikan perbuatan manusia yang menimbulkan gelombang udara pada adat.*
Buktinya (Ar-Rum : 46)

1⃣4⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menahan burung dari jatuh ketika terbang. *BUKAN menafikan kepandaian burung mengelakkan diri dari jatuh pada adat.*
Buktinya (An-Nahl : 79)

Itulah 14 contoh daripada beratus2 ayat hakikat yang bersumberkan al Quran. Setiap pegangan tentang hakikat akal atau hakikat syarak WAJIB ada sumbernya dari al Quran atau hadith soheh. Jika tidak ada buktinya dari al Quran @ hadith atau bukti yg ditunjukkan BERCANGGAH dgn ayat al Quran maka perkataan itu sesungguhnya adalah BIDA'AH PADA SYARAK.

Kembali kpd persoalan asal,
Apakah dalilnya dari al Quran tentang hakikat yg disebutkan oleh Hj Shaari?

Banyak perkataan beliau yang benar pada syarak dan benar pada hakikat syarak tetapi sy tidak nyatakan disini. Kita hanya bincangkan perkataannya yang bercanggah dgn syarak dan hakikat. Kita sudah mengesan, ada lebih 30 perkataan beliau yang boleh menyebabkan binasa akidah kerana bercanggah dengan ayat Al Quran dan bercanggah dgn makna hakikat akal dan hakikat syarak. Memandangkan keterbatasan ruang dan masa, sy hanya tunjukkan DUA shj iaitu

1⃣ Roh manusia dijadikan dari juzuk diri Allah. JELAS SESAT kerana MENJISIMKAN ALLAH.

2⃣ Segalanya2 adalah ALLAH. Yang solat itu adalah Allah. Yang makan itu adalah Allah. Yang berbuat baik itu adalah Allah. Yang berbuat jahat itupun adalah Allah. Yang cantik dan indah itupun Allah. Yang buruk dan hodoh itupun Allah. Tahi @ najis dan babi itupun Allah. Tapi jika kita tanya, adakah tahi @ najis dan babi itupun Allah, mereka pasti menjawab "TIDAK", mereka pasti MENAFIKAN. Tapi itulah maksud ayat2 mereka. Itulah sedikit dari akidah Hj Shaari yg sempat kita sebutkan disini.

Bukti yg mereka pegang adalah ayat al Quran berikut

وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعُ عَلِيمُ

”Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap maka disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Al-Baqarah: 115)

Hj Shaari telah salah faham dengan ayat tersebut? Apa salah beliau? Salah beliau adalah berpegang kepada zahir ayat MUTASYABIHAT. Kita tahu, ayat MUTASYABIHAT tidak boleh dijadikan pegangan berdasarkan zahir ayat. Jika ayat al Quran itu dipegang berdasarkan zahir ayat, itulah akibatnya, SEGALA2NYA ADALAH ALLAH. Tahi dan najis itupun Allah. Nauzubillah.

Fahaman SEGALA2NYA ADALAH ALLAH adalah sangat bercanggah dengan ayat al Quran. Saya tunjukkan 4 sahaja sudah lebih dari cukup utk membuktikan bahawa fahaman Hj Shaari itu sangat MEMBINASAKAN AKIDAH. Nauzubillah. 4 ayat yg dimaksudkan ialah

1) Menafikan satu nama Allah iaitu  (الخالق) yg bermaksud "yg menjadikan sekalian makhluk". Tanpa sedar,  Hj Shaari telah menafikan zat Allah itu SEMPURNA @ *الصمد*(As-Somad). Menafikan walau 1 huruf al-Quran sekalipun, seperti menafikan alif (ا) pada ayat (الم), pada hakikat syarak,  sebenar2nya adalah menafikan sebuah al-Quran. Binasa akidah. Apatah lagi menafikan 1 nama Allah @ 1ayat Allah spt  (الخالق) . Terlebih binasa akidah. Nauzubillah.

2) Menafikan Allah ada menjadikan makhluk seperti langit dan bumi. Tanpa sedar telah menafikan ayat al Quran

بَدِيعُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌  ۖ  وَإِذَا قَضَىٰٓ أَمۡرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan apabila Ia berkehendak (menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
(Al-Baqarah : 117)

3) Menafikan hukum adat iaitu *hak makhluk.* Menafikan hukum adat sebenarnya menafikan ayat al Quran iaitu

وَعَلَّمۡنَـٰهُ صَنۡعَةَ لَبُوسٍ لَّڪُمۡ لِتُحۡصِنَكُم مِّنۢ بَأۡسِكُمۡ‌   ۖ   فَهَلۡ أَنتُمۡ شَـٰكِرُونَ

Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?
(Al-Anbiyak : 80)

Ayat itu menjadi bukti bahawa :
a) *PADA ADAT* baju besi melindungi tubuh orang yang memakainya. Itulah contoh hak makhluk spt baju besi pd adat.

b) *PADA AKAL*, Allah yg memberikan hak kpd baju besi untuk melindungi orang yg memakai baju besi.

c) *Pada hakikat akal dan pada hakikat syarak*, hanya Allah yg melindungi orang yg memakai baju besi dari sebarang kecederaan.

Itulah bukti Hj Shaari tanpa sedar telah menafikan ayat ke-80 surah al-Anbiak.

4) Tanpa sedar telah menafikan ayat al Quran yg berbunyi لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْء
yg maksudnya "Allah Taala tidak serupa dengan sesuatu". (As-Syuro : 11)

Rasanya cukuplah sy tunjukkan bahawasanya fahaman Hj Shaari itu BERCANGGAH dengan 4 ayat al Quran dan sesungguhnya sangat membinasakan akidah.

Persoalan terakhir ialah,  Apa punca masalah akidah seperti itu?

Puncanya sangat banyak,  kita sebutkan 2 daripadanya iaitu :

1) beliau TIDAK FAHAM perbezaan antara 3 hukum yang menyebabkan beliau TIDAK FAHAM perbezaan makna perkataan "hakikat" menurut hukum adat,  hukum akal dan hukum syarak.

2) beliau berpegang kepada ayat mutasyabihat yg ada di dalam al Quran, berdasarkan makna zahir ayat.

Sebagai penutup : Kepercayaan Hj Shaari itu sebenar2nya adalah sama dengan kepercayaan penulis kitab Hakikat Insan oleh Hj Ahmad Laksamana yang telah diharamkan oleh Kerajaan Malaysia. Mereka menyebarkan fahaman sesat mereka dgn cara yg berbeza. Tanpa sedar, mereka sebenarnya mengajak orang untuk "mengaku Allah". Fahaman itu adalah BIDA'AH PADA SYARAK yakni SYIRIK YG MEMBINASAKAN AKIDAH.

Kita bukan menghukum sesiapa, kita hanya sekadar membantu sdr seagama agar agar mudah mengesan dan mudah menjauhkan diri dari ilmu2 yang sesat lagi menyesatkan. Semoga  akidah kita dan keluarga kita terselamat dari SYIRIK @ perkara yang MEMBINASAKAN AKIDAH sampai mati.
-----------------------------------------

Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah itu kerana kesilapan saya memperturutkan hawa nafsu.
(An-Nisa' : 79)


Maaf zahir batin
Wallohua'lam


PEMBERITAHUAN

Kepada
semua TEMAN2
& ahli group
 laisakamitslihisyaiun

Semua
PENCERAHAN
dan AUDIO mulai Soalan 1 - 103 boleh diperolehi PERCUMA @ GRATIS di
👇🏾
 1⃣ www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
👆skrip sahaja
2⃣ Telegram 👇
 @laisakamitslihisyaiunmp3
👆audio sahaja
3⃣ Telegram 👇
@laisakamitslihisyaiun
👆skrip & audio

Tiada ulasan:

Catat Ulasan