(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Rabu, 7 September 2016

Bab 9 PENCERAHAN Soalan 99 Soalan ini adalah berhubung dengan "Ceramah" oleh Hj. Hussien Abd Latiff dalam Seminar Makrifatullah Di Semarang, Indonesia pada Tahun 2013.

PENCERAHAN
Soalan 99

Soalan ini adalah berhubung dengan "Ceramah" oleh Hj. Hussien Abd Latiff dalam Seminar Makrifatullah Di Semarang, Indonesia pada Tahun 2013.

Persoalannya

1) Adakah perkataan "Diri manusia dijadikan dari ZAT ALLAH" benar pada syarak?

2) Adakah keyakinan Hj Hussien Abd Latiff mempunyai asas dari al Quran?

3)Apakah sebenarnya Nur Muhammad? Tak percaya boleh ke?

4) Apakah punca semua silap faham itu?


PENCERAHAN

Untuk mengetahui sesuatu perkara itu benar atau tidak pada syarak, kita perlu terlebih dahulu mengetahui 2 makna iaitu

1⃣ makna benar menurut hukum syarak.

2⃣ makna tidak benar menurut hukum syarak.

Kedua-dua makna itu sudah dicerahkan pada Soalan 89 dan 90. Walaupun begitu, kita ulangkaji semula secara ringkas. Yang terlebih baik, semua ahli diminta menyemak semula pencerahan Soalan 89 dan 90.

Apakah *makna benar* pada syarak? Makna benar pada syarak ialah

1) bukti perbuatan @ perkataan @ kepercayaan  itu dapat ditunjukkan samada bersumberkan al Quran @ hadith.

2) bukti yang ditunjukkan adalah berkaitan dan tidak bercanggah dengan ayat al Quran @ hadith.

Dalilnya ialah

وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya
(Al Baqaroh : 42)

Apakah pula makna *tidak benar* pada syarak? Makna tidak benar pada syarak ialah

1) bukti perbuatan itu tidak dapat ditunjukkan samada dari al Quran @ hadith.

2) bukti daripada al Quran @ hadith dapat ditunjukkan akan tetapi salah faham pada makna ayat al Quran @ hadith yang ditunjukkan. Dalam perkataan lain, ayat yang ditunjukkan ada percanggahan dengan ayat al Quran @ hadith yang lain.

Dalilnya daripada al Quran @ hadith ialah ayat ke-175 surah al-A'raf

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيۡنَـٰهُ ءَايَـٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang SESAT.
(Al-A'raf : 175)

Sekarang kita lihat perkataan Sdr Hussien Abd Latif seperti dalam video.

Perkataan yang benar oleh Hj Hussien Abd Latif ialah

1) Maujud yang terang ialah Allah
2) Diri Allah tidak boleh dibayangkan
3) Zat Allah tidak boleh dihurufkan
4) Zat Allah tidak boleh dilihat
5) Setiap suatu ada zat
6) Zat Allah wajib wujud
7) Disebalik semua diri adalah bukti wujud zat Allah

*Semua itu adalah benar dan memang dapat dibuktikan*

Perkataan yang tidak benar pula ialah

1) Berpegang kepada zahir ayat 2 ayat mutasyabihat dan salah faham pada 2 ayat al Quran yang lain iaitu

1⃣
فَإِذَا سَوَّيۡتُهُ  ۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُواْ لَهُ  ۥ سَـٰجِدِينَ

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya *ROH* dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
(Al-Hijr : 29)

Ini adalah *ayat mutasyabihat*

2⃣
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ *ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌   ۖ   قَالُواْ بَلَىٰ‌  ۛ شَهِدۡنَا*ٓ‌  ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan *zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi"*. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(al A'raf : 172)

Ini adalah *ayat mutasyabihat*

3⃣
الَّذِيْنَ اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ  ۙ  قَالُوْٓا *اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْن*َ  ؕ

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: *"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."*
[Al-Baqarah : 156]

4⃣
وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ  ۚ  *وَڪَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ مُّحِيطًا*

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan *Allah sentiasa meliputi* (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu.
(an Nisa' : 126)

Salah faham pada 4 ayat ini dan maksud ayat yang sebenarnya akan dicerahkan pada *Soalan ke-100* insya Allah.

Itu kesilapan pertama.

2) Sesiapapun boleh melihat neraka semasa hidup.

*tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* Hanya Nabi sahaja yang sudah diperlihatkan neraka ketika peristiwa israk dan mikraj.

3) Sekalian makhluk berasal dari sedikit zat Allah.

 *tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* bukti yang beliau berikan iaitu 4 ayat yang disebutkan diatas sebenarnya bercanggah dengan ayat al Quran dan hadith yang lain.

4) Dalam diri setiap makhluk ADA ZAT ALLAH
5) Dalam botol arak ADA ZAT ALLAH
6) Dalam rambut ADA ZAT ALLAH
*tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* bukti yang beliau berikan iaitu iaitu 4 ayat yang disebutkan diatas  sebenarnya bercanggah dengan ayat al Quran dan hadith yang lain.

7) Allah tahu semua yang manusia fikir sebab dalam diri manusia ADA ZAT ALLAH
 *tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* bukti yang beliau berikan iaitu 4 ayat yang disebutkan diatas sebenarnya bercanggah dengan ayat al Quran dan hadith yang lain.

8) Allah tahu semua yg manusia buat sebab dalam diri manusia ADA ZAT ALLAH
 *tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* bukti yang beliau berikan iaitu 4 ayat yang disebutkan diatas sebenarnya bercanggah dengan ayat al Quran dan hadith yang lain.

9) Makna Allah Maha Besar ialah Allah itu memiliki saiz yang TERLALU BESAR hingga tidak mampu dibayangkan.
 *tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* bukti yang beliau berikan iaitu 4 ayat yang disebutkan diatas sebenarnya bercanggah dengan ayat al Quran dan hadith yang lain.

10) Makna Allah Maha Tinggi ialah Allah itu saiz zat Allah itu TERLALU TINGGI hingga tidak mampu dibayangkan.
👆 *tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.* bukti yang beliau berikan iaitu 4 ayat yang disebutkan diatas sebenarnya bercanggah dengan ayat al Quran dan hadith yang lain.

11) Mendakwa Nabi Isa ada berkata alam semesta ini dijadikan dari DIRI ALLAH sebesar tidak lebih dari sebiji pasir.
 *tidak ada bukti dari al Quran @ hadith.*

Apa yang Hj Husien salah faham? Lihat dan dengar videonya di
https://youtu.be/RLf5-lVnakc

Hj Hussien berkata, keempat empat ayat itu menjadi bukti *"sekalian alam ini dijadikan dari SEDIKIT ZAT ALLAH dan pada setiap DIRI makhluk ADA ZAT ALLAH"*

Apakah persamaan pegangan Hj Hussien dengan wahdatul wujud serta fahaman salah pada Nur Muhammad?

Begini...
PERSAMAAN fahamannya dengan wahdatul wujud dan Nur Muhammad ialah *SEMUA MAKHLUK BERASAL DARI DIRI ALLAH @ ZAT ALLAH*

PERBEZAAN fahamannya dengan wahdatul wujud dan Nur Muhammad ialah

wahdatul wujud
*pada hakikatnya : SEMUA MAKHLUK ADALAH JELMAAN DIRI ALLAH,  SEMUA MAKHLUK ADALAH ALLAH*

fahaman Nur Muhammad
*pada hakikatnya : DIDALAM DIRI SEMUA MANUSIA ADA MUHAMMAD @ ADA NUR MUHAMMAD @ ADA DIRI ALLAH*

Hussien Abd Latif
pada hakikatnya : MAKHLUK BUKAN ALLAH tetapi DIDALAM DIRI SEMUA MAKHLUK ADA DIRI ALLAH*

Semua itu *MENJISIMKAN ALLAH DAN BINASA AKIDAH*

Apa sebenarnya nur muhammad?

Nur Muhammad ialah *SEMUA "CAHAYA" YANG MENERANGI JIN DAN MANUSIA UTK MENTAUHIDKAN ALLAH* iaitu :

1) Semua para Nabi
2) Semua para Rosul
3) Semua ulama pewaris Nabi
4) Semua wali Allah
5) Semua *Kitab Allah*

*Kitab Allah* yang dimaksudkan termasuklah :

1) Kalam Allah & Luh mahfuz
2) Al Quran
3) Injil
4) Taurat
5) Zabur
6) Suhuf
7) Firman Allah yang diterima oleh semua Nabi dan Rosul. Jumlahnya hanya Allah yang tahu.

Semuanya itu adalah *NUR MUHAMMAD* yakni *CAHAYA @ PENYULUH @ PENERANG* yang *MENUNJUKKAN JALAN MENTAUHIDKAN ALLAH kepada semua hamba-Nya yang MEMILIH TAAT dan menjauhi KEKUFURAN.*

Persoalan seterusnya ialah,  apakah sebenarnya Nur Muhammad? Adakah kita wajib percaya adanya Nur Muhammad?

Ruangan ini sebenarnya tidak dapat menghuraikan tentang dengan lengkap tentang Nur muhammad. Walaupun begitu, kita cerahkan secara ringkas. Mudah2an Allah menganugerahkan kita kefahaman yang benar.
Hadith yang menyebut nur muhammad akan ditunjukkan pada pencerahan Soalan 100 insya Allah.

Pada asalnya, perkara ini sebenarnya BUKANLAH perkara pokok. Tak percayapun TAKDA MASALAH. Akan tetapi, akibat dari salah faham umat, perkara ini telah menjadi *MASALAH AKIDAH YANG KRONIK di NUSANTARA iaitu BINASA AKIDAH TANPA SEDAR.* Tentu ada yang ingin tahu, apa masalahnya yang menyebabkan BINASA AKIDAH.

Masalahnya begini.

Golongan ini beriktikad bahawa Nur Muhammad dijadikan dari sebahagian *ROH ALLAH @ ZAT ALLAH.* Itulah punca keyakinan yang menyebabkan BINASA AKIDAH. Sebarang kepercayaan yang menganggap makhluk dijadikan dari ROH ALLAH @ ZAT ALLAH samada roh @ zat Allah itu SEDIKIT @ SEPARUH @ BANYAK apatah lagi keseluruhan ROH @ ZAT ALLAH maka kepercayaan itu adalah *MENJISIMKAN ALLAH yang menyebabkan BINASA AKIDAH.*

Apa sebabnya iktikad itu menyebabkan BINASA AKIDAH?

Sebabnya sangat banyak. Antaranya ialah

1) kepercayaan itu membawa maksud Allah menjadikan makhluk dengan ALAT iaitu ROH ALLAH @ ZAT ALLAH. Ingat semula sebelum ini pada soalan??  kita sudah bincangkan bahawa manusia menjadikan @ mencipta sesuatu DENGAN ALAT. Kita tahu, setiap yang sabit pada makhluk,  mustahil sabit pada Allah. Oleh itu pada akal, Allah itu menjadikan sekalian alam TANPA ALAT. Buktinya dari al Quran ialah ayat *"kun fa ya kun".*

2) kepercayaan itu bercanggah dengan ayat al Quran ayat ke-11 surah as-syura
﷽ليس كمثله شيئ

Kenapa pula bercanggah?

Bercanggah kerana kepercayaan *"makhluk dijadikan dari ROH ALLAH @ ZAT ALLAH"* adalah menyerupai kepercayaan HINDU, KRISTIAN dan YAHUDI.

Sudah tentu ada yang ingin bertanya, apakah kepercayaan umat hindu, kristian dan yahudi yang dimaksudkan?

Kepercayaan mereka begini.
*Umat Hindu*
percaya makhluk adalah jelmaan tuhan. Tuhan yang TIDAK NAMPAK dengan mata bertukar bentuk menjadi makhluk yang nampak dengan mata.

*Umat Kristian & Yahudi*
percaya manusia adalah ANAK ANAK TUHAN. ANAK ANAK ALLAH. Mereka percaya manusia dijadikan dari ROH ALLAH.

Cukuplah kita sebutkan dua punca yang menyebabkan orang yang beriktikad seperti itu BINASA AKIDAH.

Persoalan terakhir ialah, apakah punca masalah ini terjadi?

Sebenarnya puncanya sangat banyak. Tetapi kita sebutkan 3 puncanya iaitu

1) mereka tidak faham perbezaan antara hukum adat, hukum akal dan hukum syarak.

2) mereka tidak faham perbezaan takrif @ makna perkataan hakikat menurut 3 hukum.

3) mereka berpegang 100% kepada ayat2 mutasyabihat di dalam al Quran @ hadith *menurut zahit ayat.*

Moga Allah menyelamatkan akidah kita sehingga mati

Akhir kalam, pencerahan ini BUKAN BERTUJUAN untuk menghukum sesiapa. Tujuan pencerahan hanya satu iaitu mudah2an kita dapat membezakan antara akidah yg benar dan yang salah pada syarak. Dengan itu, mudah mudahan kita dan saudara seagama kita terperlihara daripada SYIRIK kerana MENJISIMKAN ALLAH @ YANG MEMBINASAKAN AKIDAH.

---------------------------------------------
Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An Nisa' : 79)


wallohua'lam
Maaf zahir dan batin.


Semua pencerahan dan audio mulai Soalan 1 boleh diperolehi FREE @ GRATIS di

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

telegram

@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@sifatAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan