(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Selasa, 23 Mei 2017

Bab 10 Soalan 118.Persoalan ini adalah lanjutan dari Soalan 117. 1⃣ Apakah perbuatan bida'ah dalam solat yang boleh membinasakan akidah? 2⃣ Apakah prasyarat untuk khusyuk dalam solat?



Soalan 118

Persoalan ini adalah lanjutan dari Soalan 117.

1⃣ Apakah perbuatan bida'ah dalam solat yang boleh membinasakan akidah?

2⃣ Apakah prasyarat untuk khusyuk dalam solat?


*PENCERAHAN*
🌹🌹🌹🌹

Sebelum kita cerahkan persoalan ini, elok kita ingat semula maka BIDA'AH menurut 3 hukum seperti yang sudah diterangkan pada Soalan 89. Kita sebut semula secara ringkas iaitu, makna bida'ah pada syarak iaitu :

*suatu perbuatan @ amalan @ iktikad yang diada-adakan @ ditokok tambah atas nama Allah @ agama Islam sedangkan ianya BERCANGGAH DENGAN AL QURAN @ HADITH.*

Dalam istilah lain, makna bida'ah pada syarak ialah KAFIR PADA SYARAK.

Bukti @ dalilnya daripada al Quran dan hadith ialah

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِـَٔايَـٰتِهِۦۤ   ۗ   إِنَّهُ  ۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
(Al-An'am : 21)

Oleh itu, menokok tambah suatu perbuatan @ amalan @ iktikad yang diada-adakan  atas nama Allah @ Agama Islam ketika sedang solat, sedangkan ianya BERCANGGAH DENGAN AL- QURAN @ HADITH adalah suatu BIDA'AH.

Perbuatan bida'ah dalam solat itu boleh terjadi melalui 3 jenis perbuatan iaitu perbuatan hati, perbuatan lidah atau perbuatan anggota.

Persoalan sekarang, apakah contoh perbuatan yang dimaksudkan itu?

1⃣ Contoh perbuatan HATI :

a) Dibayang-bayangkannya Allah berada dihadapan samada sedang duduk atau sedang berdiri.

b) Digambar-gambarkannya Allah berada dihadapan dan diiktikadkannya keberadaan Allah dihadapannya itu sebagai "laisakamitslihisyaiun".

c) Dengan sengaja memikirkan sebarang pekerjaan diluar solat.

d) Melakukan solat atau rukunnya hanya sekadar BERNIAT.

e) menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad yang bersolat itu sebagai ROH, kerana menganggap ROH adalah sebenar2 diri dan jasadnya adalah sarung bagi roh.

f) membayang2kan gurunya berada dihadapan atau membayang2kan wajah gurunya ketika solat.

g) menganggap solatnya sudah sempurna sedangkan syarat, rukun serta perkara yang membatalkan solat TIDAK pernah dipelajari.

h) menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad bahawa "yang bersolat atau yang sedang solat itu adalah Allah"

i) menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad yg bersolat itu adalah muhammad atau nur muhammad.

2⃣ Contoh perbuatan LIDAH :

a) dengan sengaja menukar bacaan solat itu dengan bahasa ibunda seperti Bahasa Turki, Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

b) dengan sengaja mendahulukan membaca ayat yang sunat seperti membaca surah al-ikhlas baru membaca ayat wajib seperti al-Fatihah.

c) dengan sengaja mengubah kedudukan bacaan pada rukun yang lain seperti membaca fatihah ketika sujud dan sebagainya.

d) dengan sengaja menambah bacaan solat atau mengurangkan bacaannya yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat.

Contohnya ialah seperti bacaan ayat pertama al-ma'tsurat sebelum membaca surah al-fatihah.

اعو با لله السميع العليم من الشيطان الر جيم

Ayat itu boleh dibaca diluar solat tapi bukan ketika solat.

3⃣ Contoh perbuatan ANGGOTA :

a) dengan sengaja mengubah solat zohor menjadi 3 @ 5 rakaat.

b) dengan sengaja meninggalkan thomakninah antara 2 rukun.

c) dengan sengaja berkiblat selain ka'abah kerana beriktikad "kemana sahaja dihadapkan wajah, maka disitulah wajah Allah.

d) jemaah lelaki berimamkan perempuan atau perempuan dihadapan, lelaki di belakang.

e) dengan sengaja tidak menutup aurat sedangkan ia mampu.

f) dengan sengaja menambah rukun solat atau mengurangkan rukunnya yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat. Contohnya ialah meninggalkan thomakninah antara 2 rukun.

Persoalan seterusnya ialah, dalam banyak-banyak contoh perbuatan b

ida'ah ketika solat itu, yang manakah contoh perbuatan yang boleh membinasakan akidah?

Contoh perbuatan bida'ah yang boleh membinasakan akidah adalah seperti berikut :

1⃣ Perbuatan HATI :

a) Dibayang-bayangkannya Allah berada dihadapan samada sedang duduk atau sedang berdiri.

b) Digambar-gambarkannya Allah berada dihadapan dan diiktikadkannya keberadaan Allah dihadapannya itu sebagai "laisakamitslihisyaiun".

d) Melakukan solat atau rukunnya hanya sekadar BERNIAT.

e) Menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad yang bersolat itu sebagai ROH, kerana menganggap ROH adalah sebenar2 diri dan jasadnya adalah sarung bagi roh.

f) Membayang2kan gurunya berada dihadapan atau membayang2kan wajah gurunya ketika solat.

g) Menganggap solatnya sudah sempurna sedangkan syarat, rukun serta perkara yang membatalkan solat TIDAK pernah dipelajari.

h) Menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad bahawa "yang bersolat atau yang sedang solat itu adalah Allah"

i) Menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad yg bersolat itu adalah muhammad atau nur muhammad @ nabi Muhammad.

2⃣ Perbuatan LIDAH :

a) Dengan sengaja menukar bacaan solat itu dengan bahasa ibunda seperti Bahasa Turki atau Bahasa Inggeris.

c) Dengan sengaja mengubah kedudukan bacaan pada rukun yang lain seperti membaca fatihah ketika sujud dan sebagainya.

d) Dengan sengaja menambah bacaan solat atau mengurangkan bacaannya yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat.

3⃣ Perbuatan ANGGOTA :

a) Dengan sengaja mengubah solat zohor menjadi 3 @ 5 rakaat.

c) Dengan sengaja berkiblat selain ka'abah kerana beriktikad "kemana sahaja dihadapkan wajah, maka disitulah wajah Allah.

d) Dengan sengaja lelaki berimamkan perempuan atau perempuan dihadapan, lelaki di belakang.

f) Dengan sengaja menambah rukun solat atau mengurangkan rukunnya yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat. Contohnya ialah meninggalkan thomakninah antara 2 rukun.

Persoalan seterusnya ialah, apakah prasyarat untuk khusyuk dalam solat?

Sebelum kita cerahkan persoalan ini, elok kita ingat semula pencerahan Soalan 117 dan kita fahamkan terlebih dahulu makna khusyuk pada syarak.

Untuk memahami maknanya pada syarak, kita perlu melihat maknanya pada adat. Itulah kaedah untuk memahami sesuatu istilah syarak. Jadi, apakah makna khusyuk pada adat?

Istilah paling hampir dengan perkataan *KHUSYUK* ialah *FOKUS 100%.  TIDAK KHUSYUK* pula ialah *TIDAK FOKUS 100%*. Kita lihat contoh ini. Kita cari jawabannya dari sudut yang berbeza iaitu melalui maknanya yang bertentangan. Kita cuba fahami contoh TIDAK FOKUS 100%.

Katalah kita hendak menaiki bas ke suatu destinasi. Jika pemandunya seorang yang mabuk, adakah kita mahu menaiki bas berkenaan?

Jawabannya sangat mudah. Sudah tentu kita TIDAK MAHU menaiki bas itu. Kenapa? Sebabnya ialah pemandu MUSTAHIL FOKUS pada pemanduan. Pemandu itu sebenarnya akan memudaratkan dirinya sendiri dan penumpang.

Itulah contoh TIDAK KHUSYUK PADA ADAT yg mendatangkan MUDARAT pada adat.

Begitulah cara untuk memahami makna TIDAK KHUSYUK pada syarak. Orang yang tidak khusyuk solatnya akan mendapat MUDARAT PADA SYARAK iaitu DIAZAB DALAM API NERAKA.

Buktinya ialah ayat al Quran
(Al-Maun : 4-5)

فَوَيۡلٌ لِّلۡمُصَلِّينَ
ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ

Maka kecelakaan besar (neraka) bagi orang-orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada solatnya.
(Al-Maun : 4 - 5)

Jadi, untuk mencapai khusyuk pada adat itu AKAL @ HATI wajib dipelihara dari "kekotoran" melalui 5 pancaindera iaitu :

1⃣ mata
2⃣ telinga
3⃣ hidung
4⃣ lidah
5⃣ kulit dari hujung rambut hingga hujung kaki luar dan dalam.

*HATI* itu adalah umpama *AIR TASIK* yang berpunca dari 5 anak sungai. Air tasik itu akan BERSIH dengan 2 syarat iaitu :

1) semua 5 anak sungai itu WAJIB BERSIH 24 jam sepanjang tahun. Jika salah satu anak sungainya kotor, tasik itu TETAP KOTOR. Apa lagilah sekiranya lebih dari 1 anak sungai itu kotor, maka tasik akan menjadi semakin kotor.

2) Tebing sungai juga WAJIB  BERSIH 24 jam sepanjang

tahun. Tujuannya ialah untuk MENCEGAH kekotoran dari tebing sungai masuk kedalam anak sungai ketika hujan lebat.

Itulah perumpamaan untuk membersihkan hati pada syarak. *Apabila hati sudah bersih, barulah KHUSYUK SOLAT itu akan hadir.* Hati itu akan BERSIH dengan 2 syarat iaitu :

1) semua 5 pancaindera itu WAJIB BERSIH 24 jam sepanjang tahun. Jika salah satu pancaindera kotor, hati itu TETAP KOTOR. Apa lagilah sekiranya lebih dari 1 pancaindera itu kotor, maka hati akan menjadi semakin kotor.

2) Persekitaran kita seperti rumah dan rakan2 juga WAJIB BERSIH 24 jam sepanjang tahun. Tujuannya ialah untuk MENCEGAH kekotoran dari persekitaran masuk kedalam hati dalam pergaulan sehari2.

Saya pasti ada yang ingin bertanya, macam mana hendak membersihkan hati melalui 5 pancaindera?

Pencerahannya begini.

1⃣ *MATA*
lihatlah semua yang halal, yg tidak mendatangkan dosa. Melihat yang haram diluar solat akan menyebabkan seseorang teringat perkara haram tersebut ketika solat. Inilah salah satu punca lalai solat.

2⃣ *TELINGA*
dengarlah dan berkatalah semua yang baik-baik,  yg tidak mendatangkan dosa. Mendengar atau berkata2 yang haram diluar solat akan menyebabkan seseorang teringat perkara haram tersebut ketika solat. Inilah salah satu punca lalai solat.

begitulah sehingga pancaindera yang ke-5 iaitu

5⃣ *kulit dari hujung rambut @ kepala hingga hujung kaki luar dan dalam.*

sentuhlah semua yang halal, makan minumlah semua yang halal iaitu yg tidak mendatangkan dosa. Menyentuh atau memakan yang haram atau subhat diluar solat akan menyebabkan seseorang teringat perkara haram tersebut ketika solat. Inilah salah satu punca lalai solat.

Sekiranya salah satu pancaindera kita melakukan tegah Allah diluar solat, lebih2 lagi didalam solat, secara automatik, HATI kita akan KOTOR dan kita TIDAK mungkin khusyuk 100% sedangkan khusyuk 100% itu adalah WAJIB.

Pendek kata, untuk mendatangkan khusyuk dalam solat itu, kita WAJIB melakukan 5 perkara sebelum solat dan ketika solat :

1⃣ Sebelum solat, bersihkan HATI dari kekotoran melalui 5 pancaindera. Bawalah amalan dalam solat keluar solat.

1) Ketika solat, mata kita hanya memandang benda yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.

2) Ketika solat, telinga kita hanya mendengar suara yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.

3) Ketika solat, mulut kita hanya menyebut yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.

4) Ketika solat, kulit kita hanya menyentuh yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.

5) Ketika solat, hidung kita hanya menghidu yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.

Sekiranya kita dapat mengamalkan 5 perkara dalam solat diluar solat, hati kita akan BERSIH insya Allah.

2⃣ mengetahui, faham dan memenuhi 7 syarat solat.
3⃣ mengetahui, faham dan memenuhi 13 rukun solat.
4⃣ mengetahui, faham dan menjauhi 10 perkara yang membatalkan solat.
5⃣ mengetahui, faham dan beramal akan makna ihrom, tabdil, munajat dan mikraj.

Makna ihrom, tabdil, munajat dan mikraj sudah dicerahkan pada Soalan 117. Sesiapa yang ingat2 lupa tu, eloklah semak semula dan dengar audionya.

5 perkara yang disebutkan itu sebenarnya sangat ringkas tetapi membawa maksud yang SANGAT BESAR. Setiap satu perkara itu memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan. Pencerahannya setiap satu TIDAK dibuat disini kerana berada diluar skop perbincangan. Semua ahli dinasihatkan mencari penyelesaiannya dengan guru2 yang faham

Jika salah satu dari 5 perkara itu TIDAK disempurnakan, mustahil akan mendapat solat yang khusyuk.

Apa contohnya?
Contohnya ialah mengetahui dan memahami makna bacaan al-fatihah dan tahiyat akhir itu adalah WAJIB. Tetapi makna keduanya itu TIDAK pernah dipelajari, dia TIDAK tahu terjemah ayat "alhamdulillah" itu ialah "segala puji bagi Allah", bagaimana nak faham maksudnya? Terjemahnyapun tak tahu, maksudnya tentulah jauh sekali. Sebab itu mustahil khusyuk hadir pada sesuatu yang tidak diketahui. Mustahil khusyuk hadir pada sesuatu yang tidak difahami.

Allah akan menganugerahkan khusyuk kepada hamba-NYA yang berusaha bersungguh2 menyempurnakan solatnya. Insya Allah.

Ada a

hli yang bertanya, kenapa admin TIDAK menyebut rujukan semua pencerahan mulai soalan 1. Kenapa admin TIDAK menyebut nama2 kitab atau tuan guru untuk semua pencerahan mulai soalan 1.

Persoalan ini akan dicerahkan pada Soalan ke- 120 insya Allah.

Sebagai penutup, ada 2 amal yang sangat BERAT TIMBANGANNYA pada hari kiamat iaitu

1⃣ menuntut dan mengamalkan ilmu fardu ain.
2⃣ solat berjemaah yang khusuk.

🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾

Semua yang baik-baik itu anugerah Allah dan semua yang salah itu dari diri saya sendiri kerana saya menurutkan hawa nafsu.
(Surah An-Nisa ayat:79)

Wallohua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan