(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Isnin, 5 Jun 2017

Bab 10 Soalan.119.Apakah perbezaan antara makna : a) segala PUJI bagi Allah @ الحمدالله dengan memuji Allah? b) Apakah perkataan atau iktikad yang bercanggah dengan makna ayat الحمدالله dan membinasakan akidah?


*PENCERAHAN*
Soalan 119


Soalannya :Apakah perbezaan antara makna :

a) segala PUJI bagi Allah @ الحمدالله dengan memuji Allah?
b) Apakah perkataan atau iktikad yang bercanggah dengan makna ayat الحمدالله dan membinasakan akidah?

*PENCERAHAN*


Sebelum kita kupas persoalan itu, kita lihat dahulu akan makna PUJI pada syarak. Untuk memahami makna puji pada syarak, kita lihat maknanya pada adat. Apakah makna puji pada adat?

Makna puji atau pujian pada adat ialah perkataan yang bermaksud memuliakan, membersihkan, mengagungkan dan membesarkan seseorang.

Ada 4 jenis puji atau pujian pada adat @ pada manusia iaitu :

1) Pemimpin memuji dirinya sendiri.
2) Pemimpin memuji orang kebanyakkan.
3) Orang  kebanyakkan memuji pemimpin.
4) Orang  kebanyakkan memuji orang kebanyakkan.

Diambil dari itu, maka makna puji pada syarak ialah perkataan yang bermaksud memuliakan, menyucikan, mengagungkan dan membesarkan Allah atau seseorang selain Allah.

Justeru, ada 4 jenis puji atau pujian pada pada syarak iaitu :

1) Allah memuji diriNYA.
2) Allah memuji manusia.
3) Manusia memuji manusia.
4) Manusia memuji Allah.

⬇⬇⬇

_Jadi, apakah makna segala PUJI bagi Allah @ الحمدالله?_

Makna segala puji bagi Allah ialah Allah menerangkan diriNYA 4 perkara :

*1) ZatNYA* : Maha suci dari kekurangan.

Contohnya :
Allah Ta'ala mustahil lemah.

*2) SifatNYA* : Maha suci dari serupa dgn sifat makhluk.

Contohnya :
Allah Ta'ala mustahil memiliki tangan ataupun duduk di arash.

*3) NamaNYA* : Lengkap padaNYA segala nama yang baik2 seperti pada asma ul-Husna.

Contohnya :
Mustahil Allah Ta'ala menamakan diriNYA dengan gelaran yang buruk2 atau yang sabit pada makhkuk seperti "yang lemah" dan sebagainya.

*4) KelakuanNYA samada pada menghukum hambaNYA atau pada menjadikan makhluk* : Maha suci dari sebarang aniaya.

Contohnya :
Mustahil Allah Ta'ala menetapkan sebahagian manusia menjadi ahli neraka dan sebahagian menjadi ahli syurga.

⬇⬇⬇

_Apa pula makna memuji Allah?_

Makna memuji Allah pula 4 perkara juga iaitu kita diperintahkan oleh Allah supaya memujiNYA dalam apa jua keadaan samada yg disukai atau yang dibenci. Semua keadaan itu boleh dikategorikan kepada 4  iaitu :

⬇⬇⬇

*1) Khusus Untuk MUSUH ALLAH.*

*Atas Kebijaksanaan ALLAH Menghalang Bencana yang lebih BESAR dari berlaku.*

Memuji ALLAH Yang telah menghalang bencana yang lebih dahsyat dari kezaliman dan dosa teramat besar yang dilakukan manusia.

Contohnya : Apabila Firaun mati tenggelam ditengah badai laut Merah. Maka bencana yang dahsyat seperti itu, mencegah bencana yang lebih besar kepada kaum Bani Israil. Allah tetap dipuji atas kematian Firaun dan tenteranya.

⬇⬇⬇


*2) Khusus untuk hamba Allah yang sudah taubat nasuha.*

*Penghapus dosa untuk orang yang TAUBAT NASUHA.*

Memuji ALLAH kerana memberi ruang kepada hamba Allah yang memilih untuk bertaubat.

Contohnya : Apabila terjadi sesuatu bencana pada diri sendiri, bencana itu adalah untuk *menghapuskan DOSA manusia atas dosanya selama ini.* Allah tetap dipuji atas bencana itu.

⬇⬇⬇

*3) Khusus untuk hamba Allah yang LALAI.*

*Menjadi pengajaran kepada hamba-NYA yang LALAI supaya TAUBAT NASUHA SEGERA.*

Memuji ALLAH kerana mengingatkan hamba Allah yang lalai dan menjadi pengajaran supaya jangan cuai dan bertaubat segera.

Contohnya : Apabila terjadi kemalangan jalan raya pada diri sendiri kerana berwatsap sambil memandu, maka bencana itu adalah untuk menyedarkan kita *supaya SEGERA TAUBAT, JANGAN berwatsap sambil memandu.* Allah tetap dipuji atas bencana itu.

*4) Khusus untuk meninggikan martabat  KEKASIH Allah*.

Contohnya : Apabila terjadi sesuatu keadaan yang amat sulit atau amat menyakitkan kepada diri para Nabi dan para wali Allah, bencana itu akan meninggikan martabat mereka disisi Allah. Contohnya Nabi Muhammad s.a.w. menahan lapar selama 3 hari 3 malam sambil mengikat batu diperut, Nabi Ayyub a.s. menderita penyakit kulit bertahun2, Nabi Zakaria dibunuh dengan digergaji, tubuh baginda terbelah dua dan leher Nabi Yahya a.s. yang dipenggal oleh orang kafir.

Allah tetap dipuji atas semua kesusahan dan kesulitan para kekasih Allah itu.

Ada ahli yang bertanya. Antara yang 4 itu, kita termasuk dalam golongan yang mana?

1) Kafir
2) Hamba Allah yang TAUBAT
3) Hamba Allah yang LALAI.
4) Kekasih Allah?

Yang mana satu? Jawabannya sudah tentulah BUKAN yang (1). Yang pasti kita tergolong dalam kategori ke-2 @ ke-3 @ ke-4. Saya secara peribadi adalah tergolong sebagai hamba Allah yang LALAI. Semua bencana dan kesusahan yang sy hadapi adalah PERINGATAN Allah supaya saya BERTAUBAT SEGERA sebelum mati. Orang lain, saya tidak tahu.

Persoalan seterusnya ialah, apakah perkataan dan iktikad yang bercanggah dengan ayat al-Quran yang berbunyi الحمدالله?

🔽🔽🔽
Pencerahannya begini.
Ada 1001 perkataan dan iktikad yang bercanggah dengan ayat الحمدالله. Kita sebutkan dua disini iaitu :

1⃣ beriktikad atau berkata bahawa semua perbuatannya sendiri yang jahat2 itu seperti membunuh, menipu, makan rasuah dan lain2 itu *"daripada Allah"*.

2⃣ beriktikad atau berkata perbuatannya sendiri yang jahat2 seperti merompak, minum arak dan lain2  dikata *"perbuatan Allah"* atau dikata *"sifat kebesaran Allah."*

Saya tahu, ada yang ingin bertanya, kenapa bercanggah dengan ayat al-Quran yakni ayat (الحمد الله) sedangkan ada menyebut

ۚ  قُلۡ كُلٌّ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌  

.....Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya adalah dari Allah".....
(An-Nisa' : 78)

Pencerahannya begini. Masalah ini sebenarnya sudah dicerahkan pada Soalan 106.

Sesiapa yang ingat2 lupa,  eloklah semak semula.

Persoalan terakhir ialah, apakah perkataan dan iktikad yang bercanggah dengan ayat al-Quran yang berbunyi الحمدالله dan membinasakan akidah?

Perkataan dan iktikad yg membinasakan akidah itu sangat banyak. Kita sebutkan dua disini iaitu :

1⃣ Berkata atau beriktikad Allah *berada di arash* atau Allah memiliki tangan tetapi keberadaan Allah di arash itu atau tangan Allah itu laisakamitslihisyaiun.

Perkara ini sudah dicerahkan pd Soalan 83.

2⃣ beriktikad atau berkata perbuatannya sendiri yang jahat2 seperti merompak, minum arak dan lain2  dikata *"perbuatan Allah"* atau dikata *"sifat kebesaran Allah."*

Perkara ini sudah dicerahkan pd Soalan 106.

Sekali lagi kita tahu, mesti ada antara kita yang ingin bertanya, kenapa bercanggah dengan ayat al-Quran. Sila dengar dan lihat pencerahannya seperti pada Soalan 106.

Sesiapa yang ingat2 lupa,  eloklah semak semula. Walaupun begitu, kita ulang sedikit secara ringkas.

Perkataan Allah *berada di arash* atau Allah memiliki tangan tetapi keberadaan Allah di arash itu atau tangan Allah itu laisakamitslihisyaiun sebenarnya adalah perkataan orang yang JAHIL MURAKKAB. Mereka tidak faham apa mereka sebut. Mereka tidak faham apa mereka lafazkan. Perkataan itu adalah umpama si JAHIL berkata, *"buku ini adalah jantan betina"*

Dia tidak faham makna jantan dan makna betina. Sebab itulah dia berkata sesuatu yang TIDAK PERLU DIULAS, TIDAK PERLU DIJAWAB melainkan untuk memperbetulkan kefahamannya.

Begitulah dgn perkataan Allah *berada di arash* atau Allah memiliki tangan tetapi keberadaan Allah di arash itu atau tangan Allah itu laisakamitslihisyaiun.

Sebenarnya, si jahil murakkab itu tidak faham perbezaan makna Allah, makna arash dan makna ayat "laisakamitslihisyaiun" pada akal dan pada syarak.  Sebab itulah dia berkata sesuatu yang TIDAK PERLU DIULAS, TIDAK PERLU DIJAWAB melainkan untuk memperbetulkan kefahamannya.

Sebab itulah binasa akidahnya.

Begitulah dengan perkataan atau iktikad "perbuatannya sendiri yang jahat2 seperti menipu, merompak, minum arak dan lain2  dikata sebagai *"perbuatan Allah"* atau dikata *"sifat kebesaran Allah."*

Sebenarnya, si jahil murakkab itu tidak faham sempadan atau batas perbuatannya dengan perbuatan Allah pada adat, pada akal dan pada syarak.  Sebab itulah dia berkata sesuatu yang sesat lagi menyesatkan.

Sedangkan dia sendiri TIDAK BERANI mengata perbuatan jahatnya seperti menipu orang dan merompak sebagai perbuatan PERDANA MENTERI @ perbuatan PRESIDEN @ perbuatan HAKIM, kenapa dia berani mendakwa perbuatan jahatnya itu sebagai perbuatan ALLAH?

Sebab itulah binasa akidahnya.

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●
Segala yang baik2 itu anugerah Allah dan semua yg salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An-Nisa' : 79)

Maaf zahir dan batin.
Wallohua'lam

1 ulasan:

  1. Wynn Hotel and Casino - MapYRO
    Wynn Hotel and Casino. Location: 8 mi (10 km) from 이천 출장마사지 McCarran International Airport. 오산 출장마사지 Hotel Description: Wynn Hotel and 안동 출장안마 Casino is set on the Las Vegas Strip and offers 포항 출장마사지 guests 경상남도 출장마사지 a

    BalasPadam