(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Isnin, 5 Jun 2017

Bab 10 Soalan 120.Soalan berulang-ulang dari ahli. Sekarang kita sudah berkongsi 119 pencerahan. Kenapa admin tidak menyebut nama kitab atau ulama yang dijadikan rujukan mulai pencerahan Soalan 1 hingga sekarang?


SOALAN KE-120

Soalan berulang-ulang dari ahli.

Sekarang kita sudah berkongsi 119 pencerahan. Kenapa admin tidak menyebut nama kitab atau ulama yang dijadikan rujukan mulai pencerahan Soalan 1 hingga sekarang?

PENCERAHAN

Untuk menjawab persoalan ini, sy hendak mengajak saudara saudari untuk berfikir perkara berikut :

Katalah kita adalah seorang ketua keluarga. Kita menyuruh anak kita yang bernama Abdullah untuk melakukan suatu kerja. Arahannya berbunyi, "Abdullah, tolong pergi beli beras di kedai." Setelah si Abdullah mendengar arahan kita itu, diapun pergi. Dia TIDAK melakukan apa yang disuruh sebaliknya dia menyuruh adiknya dengan arahan yang berbunyi "Adik, ayah suruh pergi beli beras di kedai". Apa perasaan kita kepada si Abdullah?

Jawabannya sangat mudah. Kita sudah pasti MARAH dan akan menghukum si Abdullah.

Itu contoh perkara pertama. Ini perkara kedua. Kita fikir bersama2. Katalah kita seorang bos, pemilik kilang yang menggaji 100 orang pekerja. Masa bekerja sudah ditetapkan mulai pukul 8.00 pagi - 5.00 petang. Tiba2 ada seorang pekerja bernama Abdullah yang mempamerkan satu pernyataan bahawa waktu bekerja adalah mulai pukul 10.00 pagi - 4.00 petang. Jam 4.00 petang semua diminta balik. Pada akhir kalimat yg dipamerkan itu, si Abdullah mendakwa, ini adalah ARAHAN TIMBALAN BOS .

Persoalannya skrg, apakah perasaan dan tindakan kita kepada si Abdullah?

Jawabannyapun sangat mudah. Kita sudah pasti marah dan menghukum si Abdullah. Hukumannya pecat serta merta.

Kenapa pulak mesti dihukum? Tidak dihukum tidak boleh ke?

Kita menghukum si Abdullah sesuai dengan peraturan. Hukuman bagi seseorang pekerja yang didapati melakukan kesalahan sedemikian adalah DITAMATKAN KERJA SERTA MERTA.

Kenapa agaknya hukuman atas kesalahan itu sangat KERAS?

Sebabnya ialah

1) Si Abdullah sudah mencampuri urusan orang lain iaitu bos dan timbalannya.

2) Tanpa sedar, apabila si Abdullah menulis masa bekerja ialah "10 pagi - 4.00 petang", sebenar2nya si Abdullah sudah MENGUBAH dan MENOKOK TAMBAH peraturan.

3) Tanpa sedar, apabila si Abdullah menulis, "INI ARAHAN TIMBALAN BOS" sebenar2nya si Abdullah sudah mengaku sebagai Timbalan Bos.

4) Tanpa sedar, apabila si Abdullah menulis, "INI ARAHAN TIMBALAN BOS" sebenar2nya si Abdullah sudah MEMFITNAH Timbalan Bos.

Rasanya 2 contoh persoalan itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa BESARNYA KESALAHAN orang yang mengubah atau menokok tambah sesuatu perkara dan perkara itu disandarkan kepada orang lain.

Cuba bayangkan, betapa BESARNYA KESALAHAN sesorang yang membuat kesalahan seperti itu dan disandarkan atas nama PRESIDEN @ RAJA @ PERDANA MENTERI @ HAKIM @ KETUA POLIS NEGARA dan sebagainya.

Semakin tinggi pangkat seseorang, tempat disandarkan kesalahan seperti itu, maka semakin BESARLAH KESALAHANNYA PADA ADAT. Jika kesalahan itu disandarkan kepada Perdana Menteri, insya Allah pesalah berkenaan akan ditangkap dan dipenjarakan dalam tempoh 24 jam. Jika kesalahan  itu disandarkan kepada Ketua Kampung sahaja, tunggulah proses mahkamah setahun dua.

Itulah contoh kesalahan dunia. Begitulah cara untuk memahami KESAN sesuatu kesalahan dan hukumannya PADA SYARAK.

Bayangkan kesalahan yang serupa dari sudut agama @ syarak.

Apa contohnya?

Kita lihat 4 contohnya seperti berikut.

1) Golongan wahhabi berkata bahawa Imam Syafie adalah berfahaman seperti mereka. Mereka mendakwa Imam Syafie membidaahkan azan 2x sebelum solat jumaat dan doa qunut semasa solat subuh. Sedangkan Imam Syafie tidak pernah berkata sedemikian. Itulah penipuan atas nama Imam Syafie.

Itulah satu fitnah keatas Imam Syafie oleh golongan wahhabi.

2) Haji Shaari yang mendakwa ilmu dan ajaran sesatnya itu adalah dari ajaran Tok Kenali.

Itulah satu fitnah keatas Tok Kenali oleh Hj Shaari dan pengikutnya.

3) Pengikut Syiah yang mendakwa Nabi menyembunyikan ayat al Quran tentang Saidina Ali.

Itulah satu fitnah keatas Nabi Muhammad s.a.w. oleh Syiah laknatullah.

*Binasa a

kidah.*

4) Manusia yang mendakwa Allah dan rosulNYA berkata begitu begini, mendakwa Allah dan rosulNYA menyuruh begitu begini, mendakwa Allah dan rosulNYA menegah begitu begini sedangkan dakwaan itu BERCANGGAH dengan al-Quran atau hadith, maka itulah adalah satu fitnah keatas Allah dan rosul. Tanpa sedar orang tersebut sudah mengaku Allah dan rosul. BINASA AKIDAHNYA.

Itulah 4 contoh perbuatan FITNAH yang dosanya lebih besar dari membunuh. Malah setengahnya menyebabkan JATUH KAFIR tanpa sedar.

Memandangkan beratnya akibat fitnah itu, barisan admin TIDAK menyebut nama ulamak dan kitab yang dijadikan rujukan. Dari sudut negatif, menyebut2 nama kitab dan ulamak sebenarnya adalah satu bentuk tipu daya untuk mempengaruhi orang lain agar percaya dengan percakapannya atau tulisannya.

Dari sudut negatif, penulis sebenarnya TIDAK yakin dengan ilmunya dan terpaksa menjual nama alim ulamak atau nama2 kitab yg muktabar untuk meyakinan orang lain akan tulisannya.

Dari sudut negatif, penulis sebenarnya takut untuk berhadapan dengan orang lain yg menyanggah pendapatnya. Penulis terpaksa berselindung disebalik nama alim ulamak dan kitab2 muktabar untuk menutup ketakutan dan kelemahannya.

Dari sudut negatif, penulis sebenarnya ingin mengambil kesempatan atas kejahilan umat. Dengan menjual nama alim ulamak dan nama2 kitab muktabar, penulis mendapat keuntungan dunia seperti duit hasil jualan kitab sesat tulisannya dan pujian pengikutnya yang jahil.

Tapi ingat ya tuan2. Itu dari sudut yang negatif. Dari sudut yang positif pula, memang banyak kebaikkannya. Tetapi barisan admin memilih untuk TIDAK menyebut nama ulamak dan kitab yang dijadikan rujukan kerana beberapa sebab tambahan yang lain. Antaranya ialah :

1⃣ ingin mengajak orang ramai sama2 berfikir akan perkara disampaikan. Perkara yg disampaikan adalah ilmu fardu ain yg sangat2 asas. Ilmu yg wajib difahami ketika sudah akil baligh.

2⃣ ilmu yang disampaikan sebenar2nya adalah pengetahuan asas fardu ain yang benar2 sangat asas tetapi sudah lama dipandang sepi. Dipandang sebelah mata. Sebenar2nya ilmu yang sangat mudah difahami kecuali orang yang TIDAK memahami perbezaan 3 hukum iaitu hukum adat, akal dan syarak. Bukannya ilmu aras tinggi yang hanya difahami oleh orang2 yg tertentu seperti alim ulamak dan cerdik pandai Islam.

3⃣ Jika barisan admin menyebut2 nama ulamak dan kitab rujukan, sudah tentulah pembaca segan @ malu untuk memperbetulkan kesilapan yang dikesan kerana menganggapnya TEPAT 100%. Sebaliknya, dengan mengelakkan menyebut kitab2 muktabar dan nama alim ulama, pembaca tidak keberatan untuk memperbetulkan semua kesilapan yang dilihat. Semua pencerahan tidak semestinya BENAR 100%. Banyak kesilapan yang dikesan walaupun  kadangkala sudah disemak dan diedit sehingga 7x.

4⃣ Barisan admin dapat mengelakkan diri dari bahaya fitnah dan bahaya BINASA AKIDAH TANPA SEDAR. Itulah pesan guru. Guru saya berpesan "Jika mahu selamat dari FITNAH, JANGAN SEKALI2 MENJUAL NAMA BELIAU atau kitab2 rujukan. Berdakwahlah dialam maya menurut kemampuan sendiri tanpa menjual nama orang lain"

5⃣ Sesiapa yang ingin lebih faham, bawalah pencerahan ini kepada pihak yang berwajib. Sebarang kesilapan, mohon dimaklumkan kepada barisan admin. Kesilapan akan diperbaiki segera. Alhamdulillah. Hanya Allah yg mampu membalah.

6⃣ Admin bertanggungjawab atas semua pencerahan dan sedia bersemuka atau dipanggil oleh pihak berwajib untuk pencerahan lanjut.

Ada ahli yang bertanya, tentang kewajiban ilmu atau amalan. Adakah wajib bersanad hingga kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. Adakah wajib atau sunat?

Pencerahannya begini.

Untuk menjawab persoalan itu, kita sama2 fikir perkara berikut. Katalah kita ditawarkan bekerja di suatu syarikat ABC. Untuk kepastian tempat kerja iaitu syarikat ABC itu dan senarai tugas, kita wajib pada adat untuk mendapatkan info yang TEPAT dari pihak syarikat ABC. Jika ada info dari syarikat DEF tentang syarikat ABC, kita sudah tentu TIDAK BOLEH menerimanya. Menerima info syarikat ABC dari syarikat DEF dgn mengenepikan info dari syarikat ABC sesungguhnya adalah satu kesilapan yg

total. Sudah tentu kita tidak akan diterima bekerja di syarikat ABC melalui info2 dari syarikat DEF.

Itulah kaedah memahami perintah Allah pada syarak. Allah sudah menurunkan Nabi Muhammad s.a.w. dan al-Quran yg mulia sebagai panduan, maka kedua2nya itu WAJIB DIIKUT supaya selamat dari neraka. Oleh kerana Nabi sudah wafat, maka ulamak pewaris nabi yang menjadikan al-Quran sbg panduan hidup, wajib dijadikan ikutan. Dalam perkataan lain, ilmu dan amal kita WAJIB bersanad hingga kpd ulama pewaris nabi. Bukannya sunat tetapi wajib. Ilmu merekalah yang sanadnya tidak pernah putus sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Masalahnya sekarang, siapakah sebenarnya ulama pewaris Nabi? Persoalan ini akan dikupas pada Soalan ke-121 insya Allah.

Persoalan yang berkaitan adalah, adakah semua ilmu dan amal kita itu wajib bersanad hingga kepada Nabi @ ulama? Ilmu2 yg sunat pun wajib bersanad ke?

Pencerahannya seperti ini. Kita sama2 fikirkan contoh persoalan ini. Adakah khusyuk dalam solat itu wajib? Jawabannya *"ya"*, wajib untuk semua mukallaf.  Tidak ada yg terkecuali. Kita semua *"wajib berusaha"* untuk khusyuk. Hasil usaha itu samada khusyuk @ tidak khusyuk adalah perkara kedua. Yang penting, kita wajib *"berusaha siang dan malam untuk khusyuk dalam solat".* Mudah2an Allah terima usaha kita itu walaupun solat kita itu kurang khusyuknya atau tidak khusyuk sama sekali.

Begitulah dengan sanad ilmu yang tidak pernah putus kepada Nabi. Berguru kepada ulama pewaris nabi itu WAJIB supaya sanad ilmu dan amal kita itu tidak pernah putus sehingga kepada Nabi. Oleh itu,  mencari ulama pewaris nabi itu adalah WAJIB. Hasil usaha mencari ulama pewaris nabi itu samada berhasil @ tidak berhasil adalah perkara kedua. Yang penting, kita wajib *"berusaha siang dan malam untuk mencari ulama pewaris nabi.* Mudah2an Allah terima usaha kita, walaupun ilmu dan amal kita itu tidak bersanad kepada nabi.

Kita ingat semula kisah para sahabat Nabi yang tidak pernah bertemu untuk berguru kepada nabi. Siapa nama sahabat nabi itu?  Salah seorang sahabat nabi yang dimaksudkan ialah Uwais Al Qorni.

Walaupun tidak bersama sahabat2 lain yg dekat dengan Rasulullah dlm merujuk hal @ perkara secara langsung ketika hayatnya, namun pegangan Tauhid Uwais Al-Qorni dan amalannya, ternyata benar dan diterima Allah dan Rasulullah, sehingga Rasulullah berpesan kpd sahabat agar pergi mencarinya utk didoakan sesuatu yg mereka tidak ketahui. Sesungguhnya doa2 dr Uwais itu adalah sangat mustajab.

Sebagai penutup kepada Soalan 120 ini, ilmu dan amal kita wajib BENAR 100% terutama ilmu akidah. TIDAK boleh BERCANGGAH dengan al Quran atau sunnah Rosul. Untuk itu, kita wajib berusaha mencari dan berguru kepada ulama pewaris Nabi. Bukan ulama suk jauh sekali berguru kepada si jahil murakkab.

Segala yang baik2 itu anugerah Allah dan yg salah dan silap itu kerana sy memperturut hawa nafsu.
Mafhum surah an-Nisa' : 79

Maaf zahir batin
Wallohua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan