(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Rabu, 2 November 2016

Bab 9 Soalan 105 1) Apakah makna dajjal pada syarak? 2) Apakah makhluk yang kejahatannya hampir menyerupai kejahatan dajjal?? 3) Apakah perbezaan dan persamaan antara orang munafik, murtad dan jahil murakkab?

Group
Laisakamitslihisyaiun


Soalan 105

1) Apakah makna dajjal pada syarak?

2) Apakah makhluk yang kejahatannya hampir menyerupai kejahatan dajjal??

3) Apakah perbezaan dan persamaan antara orang munafik, murtad dan jahil murakkab?

☀☀☀☀
PENCERAHAN


Sebelum kita membincangkan makna dajjal, sbg pembuka kata, elok kiranya diketahui  bahawa, kita semua sudah ditakdirkan oleh Allah, hidup dizaman yang penuh dengan fitnah. 24 jam fitnah. Fitnah didalam rumah fitnah diluar rumah. Fitnah di dalam masjid, fitnah diluar masjid. Fitnah yang membinasakan akidah. Umat Islam walau tinggal dihujung dunia sekalipun, sangat mudah dimurtadkan, tanpa sedar sudah murtad dialam maya, murtad dalam sekelip mata akibat KETANDUSAN ASAS-ASAS ILMU YG MEMBINASAKAN AKIDAH. Impak ilmu2 yg membinasakan akidah itu menyerupai impak kedatangan dajjal. Ilmu2 yg membinasakan akidah itu datang dari golongan yang menyerupai dajjal.

Sebelum kita bincangkan makna dajjal, kita sebutkan dahulu perkataan yang serupa maknanya melalui lidah rumpun Melayu di Nusantara. Dajjal biasa disebut sebagai "dajal" @ "dojal" dan lain2 sebutan yg membawa maksud yg sama iaitu "dajjal".

Untuk memahami makna dajjal pada syarak, elok terlebih dahulu kita memahami makna dajjal pada adat.

Makna "dajjal" pada adat ialah *TERLAMPAU JAHAT* @ *TERAMAT2 JAHAT*. Dajjal pada adat ini dirujuk kepada orang yang hidupnya sentiasa mendatangkan mudharat kepada orang ramai seperti menipu, membunuh dan sebagainya. Dalam erti kata lain, dajjal pd adat ini memiliki KELEBIHAN seperti kekayaan, pengaruh dan pangkat. Dia mampu mempengaruhi orang lain supaya berpihak kepadanya dan mampu menutup kejahatannya walaupun tindakannya itu SANGAT JELAS MENIMBULKAN KEROSAKAN KEPADA MASYARAKAT, RAKYAT @ NEGARA PADA ADAT.

Contoh dajjal pada adat ialah kerajaan Amerika dan Hafiz Al Assad Pemimpin Syiria. Hafiz Al Assad  hanya menimbulkan KEROSAKAN pd adat dgn menghancurkan bangunan2 serta membunuh beratus ribu rakyatnya tanpa belas kasihan. Kerajaan Amerika pula melakukan sekehendaknya tanpa ada yg berani menghalang. Itulah dua contoh dajjal pada adat.

Pada akal dan pada syarak, "dajjal" ialah makhluk yg dijadikan oleh Allah.

Diambil dari makna "dajjal" pada adat, maka makna "dajjal" pada syarak ialah *"makhluk BERMATA SATU yang TERLAMPAU JAHAT yang akan muncul menjelang kiamat"*. Jahat disini adalah jahat pada syarak, bukan jahat pada adat. Dalam perkataan lain, dari sudut syarak, dajjal yg akan muncul pada akhir zaman ini SANGAT JELAS MENIMBULKAN KEROSAKAN PADA SYARAK.

Buktinya pada syarak ialah hadith nabi berikut

Dari Anas, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا بُعِثَ نَبِىٌّ إِلاَّ أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الأَعْوَرَ الْكَذَّابَ ، أَلاَ إِنَّهُ أَعْوَرُ ، وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ ، وَإِنَّ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مَكْتُوبٌ كَافِرٌ

“Tidaklah seorang Nabi pun diutus selain telah memperingatkan kaumnya terhadap yang buta sebelah lagi pendusta. Ketahuilah bahwasanya dajjal itu buta sebelah, sedangkan Rabb kalian tidak buta sebelah. Tertulis di antara kedua matanya “KAAFIR”.”
(HR. Bukhari no. 7131)

Dajjal pada syarak ini sangat merosakkan AKIDAH manusia. Dalam masa yang SANGAT SINGKAT, HAMPIR SEMUA MANUSIA dimuka bumi ini akan menjadi KAFIR @ MURTAD iaitu orang yg tidak mengenal Allah, orang yang gila hiburan terutama perempuan seperti penyanyi dan orang yang berserah kepada takdir semata2 tanpa berusaha memahami suruh dan tegah Allah.

Contoh kerosakan secara lebih terperinci yang ditimbulkan oleh dajjal pada syarak ialah

1) manusia yg mengaku Islam tetapi ILMU AKIDAHNYA LEMAH akan terpengaruh sehingga murtad. Hampir keseluruhan umat Islam dimuka bumi akan murtad kecuali sedikit iaitu orang yang mengenal Allah dan amalannya hanya berkisar pada perkara yang fardu atau sunat sahaja.

2)  manusia yg bukan Islam keseluruhannya akan percaya, akan terpengaruh menjadi pengikutnya atau menjadi tentera dajjal.

3) memiliki suatu kekuasaan yang sangat luar biasa iaitu SIHIR sehingga boleh menyebabkan orang ramai BERIMAN KEPADA DAJJAL. Apa sahaja permintaan orang boleh ditunaikan termasuk "menghentikan pergerakan matahari", "menghidupkan" orang mati dan lain2. Yang tidak boleh ditunaikan hanya satu iaitu menyembuhkan matanya yang BUTA SEBELAH.

Apa dalilnya tentang dajjal?

Dalilnya adalah dari hadith berikut :

مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ

“Tidak ada satu pun makhluk sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang fitnahnya lebih besar dari Dajjal.”
(HR. Muslim no. 2946)

Persoalan seterusnya ialah, apakah makhluk yang kejahatannya hampir menyerupai kejahatan dajjal?

Makhluk yang kejahatannya menyerupai kejahatan dajjal yang sebenar ialah

1⃣ ulamak suk @ ulamak jahat dan
2⃣ jahil murakkab.

Sheikh Abdul Kosim al Mandili
(للشيخ عبد القاسم المنديلي)
 dalam kitab beliau bernama
 ضد الباطل و حجة البالغ
menyebut,  ulamak suk ini sebagai Dajjal Buta Sebelah.  Bukan Dajjal Buta Mata Sebelah tetapi Dajjal Buta Sebelah.

Mereka itu disebut sebagai ulamak kerana faham al Quran dan hadith.

Mereka itu disebut BUTA SEBELAH kerana mendiamkan maksiat dihadapan mata.

Mereka itu disebut sebagai dajjal kerana perbuatan mereka TIDAK BERAMAL dgn ilmu yg dianugerahkan Allah itu sangatlah dimurkai Allah. Dalilnya adalah hadith ke-2 dibawah ini.

Bukti wujudnya ulamak suk sangat banyak. Cukuplah kita lihat 2 hadith nabi sbg buktinya seperti berikut :

Hadith yang pertama :

: عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ " . ابن حبان

Maksudnya, daripada Anas
 r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: “Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik.”
(Riwayat ibnu Hibban)

Hadith yang kedua :

وعن أَبي زيدٍ أُسامة بْنِ حَارثَةَ ، رضي اللَّه عنهما ، قال : سَمِعْتُ رسولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَقُولُ : « يُؤْتَـى بالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيامةِ فَيُلْقَى في النَّار ، فَتَنْدلِقُ أَقْتَابُ بَطْنِهِ ، فيَدُورُ بِهَا كَمَا يَدُورُ الحِمَارُ في الرَّحا ، فَيجْتَمِعُ إِلَيْهِ أَهْلُ النَّار فَيَقُولُونَ : يَا فُلانُ مَالَكَ ؟ أَلَمْ تَكُن تَأْمُرُ بالمَعْرُوفِ وَتَنْهَى عَنِ المُنْكَرِ ؟ فَيَقُولُ : بَلَى ، كُنْتُ آمُرُ بالمَعْرُوفِ وَلاَ آتِيه ، وَأَنْهَى عَنِ المُنْكَرِ وَآَتِيهِ » متفق عليه .

Dari Abu Zaid iaitu Usamah bin Zaid bin Haritsah radhi-allahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Akan didatangkan seseorang lelaki pada hari kiamat, kemudian ia dilemparkan ke dalam neraka, lalu keluarlah isi perutnya – usus-ususnya, terus berputarlah orang tadi pada isi perutnya sebagaimana seekor keledai mengelilingi gilingan. Para ahli neraka berkumpul di sekelilingnya lalu bertanya: “Mengapa engkau ini hai Fulan? Bukankah engkau dahulu suka memerintahkan kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran?” Orang tersebut menjawab: “Benar, saya dahulu memerintahkan kepada kebaikan, tetapi saya sendiri tidak melakukannya, dan saya melarang dari kemungkaran, tetapi saya sendiri mengerjakannya.”
(Bukhori No. 3027 , Muslim No. 7674, Musnad Ahmad No. 20801, Riyadhus Shalihin No. 198 Bab 24)

Itu bukti bg wujudnya ulamak suk. Manusia yang sangat ditakuti oleh Nabi selepas dajjal kerana sukar dikenali, pandai menutup kejahatan mereka.

Apa pula bukti wujudnya jahil murakkab?

Bukti wujudnya jahil murakkab dan golongan itu sangat merbahaya ialah

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ  ۚ  إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al-Isra' : 36)

Mungkin ada yang ingin bertanya. Apa kaitannya ayat itu dengan jahil murakkab?

Pencerahannya begini.
Ayat itu menyatakan Allah MELARANG KERAS hamba-NYA mempersia2kan AKAL. Ayat itu menyatakan Allah MELARANG KERAS hamba-NYA mempersia2kan 5 PANCAINDERA. Ayat itu sebenarnya adalah PERINTAH YANG SANGAT KUAT menyuruh BERFIKIR menggunakan AKAL dan memikirkan semua yang dicapai oleh pancaindera sekurang2nya HAD FARDU AIN.

Ayat itu menjadi bukti bahawa MENGIKUT sesuatu yg tidak ada bg kita pengetahuan itu adalah DILARANG KERAS oleh Allah. Jika "mengikut yg tidak diketahuipun" Allah TEGAH, apatah lagi MEMPERKATAKAN sesuatu tentang Allah @ tentang hukum Allah yg tidak diketahui, ianya TERLEBIH DITEGAH ALLAH. Sesungguhnya memperkatakan sesuatu TANPA ILMU tentang Allah atau hukum Allah TANPA SEDAR, PADA HAKIKATNYA SUDAH MENGAKU DIRINYA ALLAH. Sebab itu BINASA AKIDAH.

Kenapa pulak?

Sebabnya ialah, perbuatan "mengikut sesuatu yg tidak diketahui" hanya merosakkan diri sendiri. Hanya seorang yang rosak binasa. Tetapi perbuatan "memperkatakan sesuatu yg tidak diketahui" boleh merosakkan orang awam yang mendengar, boleh merosakkan AKIDAH orang ramai terutama pada zaman ulama jahat mendiamkan diri. Seseorang yang sedar dirinya "tidak mengetahui @ tidak ada baginya pengetahuan, maka dinamakan ia sebagai orang jahil". Manakala, seseorang yang tidak sedar dirinya jahil, tetapi merasa dirinya berilmu sehingga berani mengeluarkan perkataan yg bercanggah dengan syarak,  maka dinamakanlah ia sebagai JAHIL MURAKKAB iaitu JAHIL BERGANDA @ 2X JAHIL. Istilah orang kampung adalah BODOL LAGI TOLOL.
Jahil yg pertama : tidak memiliki ilmu pengetahuan.
Jahil yg kedua : dia tidak sedar bahawa dirinya tidak memiliki ilmu pengetahuan. Sebab itulah memperkatakan sesuatu yg tidak ada bg kita pengetahuan tentang Allah atau hukumNYA adalah ciri2 JAHIL MURAKKAB yg wajib kita jauhi. SANGAT MERBAHAYA SANGAT MEMBINASAKAN AKIDAH.

Kenapa pula ulamak suk @ ulamak jahat dan orang yang jahil murakkab itu sangat merbahaya?

Begini..
Ulama jahat itu merbahaya kerana :

dia tidak beramal dengan ilmu yang dimilikinya. Dia tahu, mendiamkan diri melihat maksiat berluasa dikalangan orang awam itu BERDOSA BESAR, tetapi dia mendiamkan diri. Dia tahu, mendiamkan diri melihat penguasa sesukahati membazikan atau memakan harta rakyat itu BERDOSA BESAR, tetapi dia mendiamkan diri. Pendek kata, ulamak suk ini mendiamkan diri kerana ada kepentingan. Mereka kuatir nikmat dunia yang mereka dapat itu "hilang" daripada mereka. Mereka memilih redho manusia dari memilih redho Allah. Sebab itulah mereka mendiamkan diri kecuali pada perkara2 yang menyebabkan mereka rugi didunia. Jika mereka rugi didunia, barulah mereka akan bersuara.

Itulah sedikit tanda ulama suk @ ulama jahat.

Orang awam yang jahil pula akan menganggap ulamak suk ini sebagai contoh dan tauladan kerana mereka berilmu dan ada kedudukan dalam masyarakat. Orang awam seperti itulah yang akan terpengaruh dan disesatkan oleh ulamak jahat tanpa sedar.

Bagaimana pula dengan orang yang jahil murakkab? Apa bahaya yang mereka timbulkan? Apa tanda jahil murakkab ini?

Ciri2 jahil murakkab yang wajib kita tahu supaya akidah kita selamat ialah....

1) Mereka tidak faham ILMU ALAT yang sangat asas menurut ASWJ untuk memahami ayat2 Allah iaitu memahami perbezaan 3 hukum yakni hukum adat, hukum akal dan hukum syarak tetapi mereka mengajar orang ramai tentang Allah dan hukum Allah.

2) Mereka tidak faham perbezaan makna diri, makna zat, makna sifat, makna kelakuan, makna esa, makna mengesakan, makna satu, makna banyak, makna benar, makna tidak benar, makna islam dan makna kafir menurut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak tetapi mereka mengajar orang ramai tentang Allah dan hukum Allah.

3) Mereka berpegang kpd makna ZAHIR ayat2 mutasyabihat sedangkan mereka tidak faham maksud sebenar dan perbezaan ayat mutasyabihat dgn ayat muhkamat, tetapi mereka mengajar orang ramai tentang Allah dan hukum Allah.

4) Mereka berani menyanggah perintah Allah spt pd firmanNYA

فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُ  ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ ......ۡ

Ketahui olehmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah
(Muhammad : 19)

Melalui ayat itu, Allah perintahkan manusia supaya menggunakan AKAL untuk mengenal Allah,
tetapi si jahil murakkab berani berkata TIDAK PAYAH MENGGUNAKAN AKAL @ TIDAK PERLU BERFIKIR untuk mengenal Allah.

Cuba kita sama2 fikirkan,  bahawa perintah berfikir menggunakan AKAL telah disebut oleh Allah berulang2 sebanyak tidak kurang 49x didalam al Quran.

Cuba kita sama2 fikirkan,  bahawa Allah juga telah menyebut NUR (نور)  berulang2 sebanyak tidak kurang 49x didalam al Quran. Itulah BUKTI YG SANGAT KUAT bahawa untuk mendapatkan anugerah NUR daripada Allah, kita WAJIB MENGGUNAKAN AKAL.

Bayangkan pula,  jika anak kita enggan mendengar perintah sebanyak 49x,  sudah tentu kita MARAH yang teramat2. Kita bukan suruh 3x, kita bukan suruh 13x tetapi kita suruh 49x.  Itulah gambaran @ dalil akal menunjukkan BETAPA MURKANYA ALLAH kpd si jahil murakkab yg berani menyanggah perintah Allah dan mengajar manusia supaya "JANGAN MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MENGENAL ALLAH".

Salah satu daripada 49 ayat itu ialah

وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلاًّ كَثِيرًا‌   ۖ   أَفَلَمۡ تَكُونُواْ تَعۡقِلُونَ

Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu, maka apakah kamu tidak mahu berfikir?
(Yasin : 62)

5) Mereka mendakwa semua PERBUATAN JAHAT dan KEJI manusia seperti membunuh, menipu,  menyiksa, melakukan perbuatan SYIRIK dan sebagainya adalah atas KEHENDAK Allah semata2.
Mereka menafikan ikhtiar dan usaha. Mereka mendakwa semua PERBUATAN JAHAT dan KEJI manusia seperti itu sudah terjadi di luh mahfuz. Mereka mendakwa semua PERBUATAN JAHAT dan KEJI manusia seperti itu hanya MENGULANG SKRIP yang tertulis di luh mahfuz.

6) Mereka mendakwa kesudahan semua manusia samada di syurga atau neraka SUDAH DITETAPKAN oleh Allah. Semua perbuatan manusia samada baik @ jahat adalah kehendak Allah semata2. Perkataan dan akidah sesat mereka disulam penuh keindahan dgn perkataan *"manusia  disuruh berserah kepada Allah."*

Apa buktinya perkataan mereka seperti itu?

Buktinya ada seperti audio yg disertakan.

Dengar sahaja ya, *JANGAN IKUT kerana ilmu yg disampaikan itu BERCANGGAH DENGAN AL QURAN dan MEMBINASAKAN AKIDAH.*

7) Mereka mendakwa Iblis INGKAR kpd perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai BENAR PADA HAKIKAT. Mereka mendakwa Iblis itu ingkar atas kehendak Allah semata2.

8) Mendakwa roh manusia dijadikan dari juzuk diri Allah yang TIDAK akan binasa selama2nya.

dan banyak lagi ciri2 orang yang tergolong sebagai jahil murakkab, tidak terhingga banyaknya.

Sesungguhnya akidah si jahil murakkab itu SUDAH BINASA dan sukar dipulihkan kerana TIDAK SEDAR dirinya jahil dan kerana ada pengikutnya yang tersendiri.

Persoalan terakhir ialah, apakah persamaan dan perbezaan antara orang munafik, murtad dan jahil murakkab ?

Persamaan mereka ialah, *PADA SYARAK DAN PADA HAKIKAT SYARAK* ketiga2nya telah melakukan perbuatan SYIRIK atau disebut juga sebagai orang MUSYRIK dan ketiga2nya adalah orang KAFIR MUKTAMAD yang akan diazab didalam neraka, kekal selama2nya. 3 golongan itu akan kekal mendapat AZAB di neraka paling bawah.

Perbezaan antara 3 golongan ini hanya, cara mereka TERKELUAR DARI ISLAM. *PADA ZAHIR SYARAK,* cara si murtad, cara si munafik, cara si jahil murakkab JATUH KAFIR adalah berbeza dan sudah dicerahkan mulai Soalan 85 - 104. Sesiapa yg ingat2 lupa, eloklah dengar dan semak semula audionya.

Sebagai rumusan, kita semua yang sudah ditakdirkan oleh Allah, hidup dizaman yang penuh dengan fitnah dajjal ini, marilah kita bersama2 berusaha membaiki ilmu dan amal, terutama ilmu AKIDAH agar kita jauh dari bahaya JATUH KAFIR TANPA SEDAR. Kita sama2 ulangkaji perbezaan 3 hukum. Kita JANGAN BERHENTI MEMPELAJARI ILMU2 AKIDAH. Kita jadikan MATI itu sebagai penutup kpd usaha kita mencari ilmu yang diredhoi Allah. Kita sama2 ingat mengingatkan.  Semoga kita semua dipelihara Allah dari menjadi munafik, murtad atau jahil murakkab. Amin. ....

Sebarang kesilapan yg dikesan pd pencerahan ini, tolong perbetulkan dan maklumkan SEGERA kpd barisan admin @ pd no (+60132329897 Lukman Hakim @ Cikgu Halim). Hanya Allah yg mampu membalas.

Semoga akidah kita selamat sehingga mati.

---------------------------------------------

Semua yang baik2 itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah itu adalah kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An-Nisa ' : 79)

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Semua *105 pencerahan dan audionya* boleh diperolehi secara percuma @ gratis di👇🏾

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@youtube, sila taip
*laisakamitslihisyaiun j1*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan