(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Khamis, 10 November 2016

Bab 9 Soalan 107 1) Apakah ringkasan 20 sifat yang wajib bagi Allah? 2) Apakah ringkasan 20 sifat yang wajib bagi manusia? 3) Apakah kaitan sifat 20 bagi manusia dan sifat 20 bagi Allah? 4) Apakah takrif atau maksud 7 perkataan berikut iaiti sifat, zat, diri, kelakuan, nama, satu dan esa?

PENCERAHAN SOALAN KE-107

Group *laisakamitslihisyaiun*

Untuk pengetahuan kita semua, banyak istilah yang digunakan dalam soalan ini akan diulang semula pada Soalan 108. Pencerahan Soalan 108 akan mudah difahami apabila kita sudah faham pencerahan Soalan 107 dan beberapa soalan yang berkaitan sebelum ini.

Soalan 107

1) Apakah ringkasan 20 sifat yang wajib bagi Allah?

2) Apakah ringkasan 20 sifat yang wajib bagi manusia?

3) Apakah kaitan sifat 20 bagi manusia dan sifat 20 bagi Allah?

4) Apakah takrif atau maksud 7 perkataan berikut iaiti sifat, zat, diri, kelakuan, nama, satu dan esa?

*PENCERAHAN*

Sebelum kita bincang Soalan 107 ini, elok kita ingat semula makna ayat "laisakamitslihisyaiun" yg sudah dicerahkan pada Soalan 1. Maknanya itu ialah "Allah itu tidak ada persamaan dengan sekalian makhluk". Makna mengenal Allah @ makrifatullah pula ialah MEMBEZA ANTARA ALLAH DENGAN SEKALIAN MAKHLUK. Soalan 107 ini bertujuan untuk memudahkan kita memahami makna MENGENAL ALLAH melalui kaedah SIFAT 20.

Untuk tujuan tersebut,  beberapa istilah perlu kita fahami iaitu makna diri, sifat, zat, kelakuan, nama, satu dan esa menurut hukum adat dan hukum akal. Dengan cara itu, akan memudahkan kita memahami makna 7 istilah itu pada syarak.

Mengenal ALLAH dengan kaedah sifat 20. 20 sifat itu adalah seperti berikut :

Untuk memudahkan perkongsian ilmu, kita gunakan istilah yg digunakan oleh Tn Guru Sheikh Abdul Kosim Al Mandili dalam kitab beliau bertajuk, did dul bathil wahujjatul baligh. 6 sifat yang pertama dari 20 sifat itu dinamakan sebagai *BANGSA DIRI ALLAH* iaitu :

1) Wajib wujud @ Wajib ada
2) Qidam @ Sedia ada
3) Baqo @ Kekal
4) Mukholafatuhu lilhawadith @ Bersalahan dgn sekalian yang baharu
5) Qiyamuhu binafsih @ Berdiri dgn sendiriNya
6) Wahdaniat @ Esa DiriNYA @ Esa ZatNYA

Maksud bagi 7 sifat yang kedua ini ialah *ZAT ALLAH @ DIRI ALLAH* iaitu :

1@7) Qudrat @ Pekuasa
2@8) Iradat @ Pekehendak
3@9) Ilmu @ Pengetahuan
4@10) Hayat @ Pehidup
5@11) Sami' @ Pendengar
6@12) Basir @ Pelihat
7@13) Kalam @ Pekata

Maksud bagi 7 sifat yang ketiga ini  ialah *KELAKUAN ZAT ALLAH*

1@14) Qodirun @ Kelakuan Pekuasa
2@15) Muridun @ Kelakuan Pekehendak
3@16) Ilmun @ Kelakuan Pengetahuan
4@17) Haiyun @ Kelakuan Pehidup
5@18) Sami'un @ Kelakuan Pendengar
6@19) Basirun @ Kelakuan Pelihat
7@20) Mutakallimun @ Kelakuan Berkata

Apabila disebut *"sifat" pada akal* maka maksudnya itu ialah semua *20 sifat Allah* yg disebutkan diatas iaitu Wujud,  Qidam, Baqo hingga Mutakallimun.

Dalil akal untuk mentahkiqkan 20 sifat bagi Allah itu adalah 20 sifat bagi makhluk seperti berikut :

6 sifat yang pertama ini adalah PERSAMAAN bagi SEKALIAN MAKHLUK samada ianya makhluk wujudi atau makhluk bukan wujudi, tiada yg terkecuali yakni sabit pada sekalian makhluk dan dinamakan sebagai *BANGSA DIRI MAKHLUK.*

1) Harus ada
2) Ada permulaan
3) Berubah
4) Ada yg seumpamanya
5) Ada kekurangan
6) Zatnya berbilang2

*Itulah 6 PERSAMAAN pada SEKALIAN MAKHLUK, tiada makhluk yg terkecuali*.

Seterusnya 7 sifat yang kedua ini hanya sabit pada semua manusia TIDAK sabit pada sekalian makhluk, tidak sabit pd pokok, syurga neraka dan lain2 makhluk. Hanya sabit pd manusia.  7 sifat ini dinamakan *ZAT MANUSIA*

1@7) Qudratnya @ Pekuasanya dengan tulang urat darah daging otak benak.

2@8) Iradatnya @ Pekehendaknya dengan hawa nafsu.

3@9) Ilmunya @ Pengetahuannya dengan hati dan perguruan.

4@10) Hayatnya @ Pehidupnya dengan nyawa @ roh.

5@11) Sami'nya @ Pendengarnya dengan lubang telinga.

6@12) Basirnya @ Pelihatnya dengan biji mata.

7@13) Kalamnya @ Pekatanya dengan lidah huruf suara.

Seterusnya 7 sifat yang ketiga ini juga hanya sabit pada semua manusia TIDAK sabit pada sekalian makhluk. 7 sifat ini dinamakan *KELAKUAN ZAT MANUSIA*

1@14) Kelakuan Pekuasa dapat  berkuasa.

2@15) Kelakuan Pekehendak dapat  berkehendak.

3@16) Kelakuan Pengetahuan dapat  mengetahui.

4@17) Kelakuan Pehidup dapat  memelihara diri.

5@18) Kelakuan Pendengar dapat  mendengar.

6@19) Kelakuan Pelihat dapat  melihat.

7@20) Kelakuan Pekata dapat  berkata.

Apabila disebut *"sifat" pada adat* maka maksudnya itu ialah semua *20 sifat manusia* yang disebutkan diatas iaitu harus ada, ada permulaan, berubah sehinggalah yang ke-20 kelakuan perkata dapat berkata kata.

Persoalan ketiga yang seterusnya ialah, apakah kaitan sifat 20 pagi manusia dengan sifat 20 bagi Allah?

Kita tahu, setiap yang sabit pd makhluk maka MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH. Sifat 20 bg manusia itu adalah DALIL AKAL untuk mentahkiqkan Sifat 20 bagi Allah.  Yakni,  sifat 20 bagi manusia itu akan menghampirkan faham kita kepada makna sebenar Sifat 20 bagi Allah. Dalilnya 20 sifat manusia itu akan menghampirkan faham kita kepada makna Sifat 20 bagi Allah adalah ayat al Quran berikut (Adz-Zariyat : 20 - 21)

وَفِى ٱلۡأَرۡضِ ءَايَـٰتٌ لِّلۡمُوقِنِينَ
وَفِىٓ أَنفُسِكُمۡ  ۚ  أَفَلَا تُبۡصِرُون

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

(Adz-Zariat : 20 - 21)

Oleh itu sifat 20 bagi Allah yang lebih mudah difahami adalah didahului dengan sifat 20 bagi manusia iaitu seperti berikut :

1) Sekalian makhluk harus ada maka Allah MUSTAHIL  harus ada. Allah WAJIB ADA.

2) Sekalian makhluk ada permulaan maka Allah mustahil ada permulaan. Allah WAJIB SEDIA ADA.

3) Sekalian makhluk berubah maka Allah mustahil berubah. Allah WAJIB KEKAL.

4) Sekalian makhluk ada yang seumpamanya maka Allah mustahil ada yang seumpamaNYA. Allah WAJIB MUKHOLAFAH.

5) Sekalian makhluk ada kekurangan maka Allah mustahil ada kekurangan. Allah WAJIB QIYAMUHU BINAFSIH.

6) Diri sekalian makhluk berbilang2, berbilang2 zat pd zat yg satu maka diri Allah mustahil berbilang2. Diri @ zat Allah WAJIB WAHDANIAT.

7) Qudrat manusia dengan alat iaitu tulang urat darah daging otak benak. Maka Qudrat Allah mustahil dengan alat, mustahil dengan tulang urat darah daging otak benak.

8) Iradat manusia dengan alat iaitu hawa nafsu. Maka Iradat Allah mustahil dengan alat, mustahil dgn hawa nafsu.

9) Ilmu manusia dengan alat iaitu hati dan perguruan. Maka Ilmu Allah mustahil dengan alat, mustahil dengan hati dan perguruan.

10) Hayat manusia dengan alat iaitu nyawa @ roh. Maka Hayat Allah mustahil dengan alat, mustahil dengan roh @ nyawa.

11) Sami' manusia dengan alat iaitu lubang telinga. Maka Sami' Allah mustahil dengan alat, mustahil dengan lubang telinga.

12) Basir manusia dengan alat iaitu biji mata. Maka Basir Allah mustahil dengan alat, mustahil dengan biji mata.

13) Kalam manusia dengan alat iaitu lidah huruf suara. Maka Kalam Allah mustahil dengan alat, mustahil dengan lidah huruf suara.

Begitulah kaedahnya sehingga 20. Cuba tn2 teruskan sebagai latihan dan tanda FAHAM.

Oleh kerana Allah itu "laisakamitslihisyaiun", maka Allah @ DIRI Allah itu TIDAK MAMPU DIFIKIRKAN oleh akal. Perkataan "Allah @ Diri Allah TIDAK mampu difikirkan" membawa maksud 4 perkara iaitu :

1⃣ Zat Allah itu sebenarnya "laisakamitslihisyaiun" dan TIDAK mampu difikirkan.

2⃣ Sifat Allah itu sebenarnya "laisakamitslihisyaiun" dan TIDAK mampu difikirkan.

3⃣ Kelakuan Allah itu sebenarnya "laisakamitslihisyaiun" dan TIDAK mampu difikirkan.

4⃣ Nama Allah yg 99 mulai (الرحمن) (الرحيم) hingga (الصبور) @ tiada had itu sebenarnya "laisakamitslihisyaiun" dan TIDAK mampu difikirkan.

Saya pasti ada yang ingin bertanya, jika semuanya tentang DIRI Allah itu TIDAK mampu difikirkan, macam mana hendak memahami sifat Allah, zat Allah, kelakuan Allah dan nama Allah? Macam mana tu?

Begini
Semua yang fikirkan, semua yang disebutkan, semua yang dituliskan, semua yang terlintas dalam hati adalah MAKHLUK. Kalimah (الله) yang kita lihat, kalimah (الله) yang kita sentuh, kalimah (الله)  yang kita sebut, kalimah (الله) yang mampu dibayang bayangkan itupun adalah MAKHLUK. Sebutan kalimah (الله) itupun adalah MAKHLUK.

Oleh kerana itu, apa yang dikehendaki ketika seseorang mukallaf menyebut kalimah Allah @ untuk membezakan iktikad orang yang beriman dengan iktikad orang kafir seperti Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu ketika menyebut nama Allah ialah *MAKSUD @ MAKNA BAGI KALIMAH (الله) itu.* Maksud KALIMAH (الله) itulah yang TIDAK ADA PERSAMAAN DENGAN SEKALIAN MAKHLUK yakni maksud itulah yg (ليس كمثله شيئ) @ "laisakamitslihisyaiun".

 Bukannya lafaz kalimah (الله) itu yg (ليس كمثله شيئ ). Bukannya tulisan kalimah (الله) itu yg (ليس كمثله شيئ ).

Akan tetapi MAKNA @ MAKSUD bagi lafaz kalimah (الله) itu yg (ليس كمثله شيئ ).  MAKNA @ MAKSUD tulisan kalimah (الله) itu yg (ليس كمثله شيئ )

Persoalan terakhir ialah
Apakah takrif atau maksud 7 perkataan berikut iaitu sifat, zat, diri, kelakuan dan nama, satu dan esa?

Makna bagi 7 istilah berikut sudah dicerahkan pada pencerahan soalan yang lalu. Sesiapa ingat rujuk semula pencerahan berkenaan iaitu :

Makna "sifat" pada Soalan 5.
Maknanya "zat"  pada Soalan 11 & 55.
Maknanya "diri" pada  Soalan 55
Maknanya "kelakuan" pada  Soalan 44 & 46
Maknanya "nama" pada  Soalan 67
Makna "satu" pada Soalan 56
Makna "esa" pada Soalan 58, 59, 64, 66-70

Yang ingat ingat lupa tu, eloklah rujuk pencerahan berkenaan atau dengar audionya dalam Channel Telegram.

Apabila disebut sifat, maka maksud bagi perkataan "sifat" itu ialah 20 sifat yang sudah dicerahkan di atas. Jika disebut "sifat manusia pada adat", maka maksud bagi perkataan "sifat" itu ialah 20 sifat yang sudah dicerahkan di atas iaitu

1) harus ada
2) ada permulaan
3) berubah
sehinggalah
20) kelakuan pekata dapat berkata.

Jika disebut sifat Allah, maka maksud bagi perkataan "sifat" itu ialah 20 sifat yang sudah dicerahkan di atas iaitu

1) Wujud
2) Qidam
3) Baqo
sehinggalah
20) Mutakallimun

Jika disebut zat manusia @ diri manusia pada adat, maka maksud bagi perkataan "zat @ diri" itu ialah 7 sifat yang sudah dicerahkan di atas iaitu

1) Qudrat @ Pekuasa dengan alat iaitu tulang urat darah daging otak benak.

sehinggalah yang ke :

7) Kalam @ Pekata dengan alat iaitu lidah huruf suara.

Jika disebut zat Allah @ diri Allah pada akal, maka maksud bagi perkataan "zat @ diri" itu ialah 7 sifat yang sudah dicerahkan di atas iaitu

1) Qudrat @ Pekuasa yang bukan dengan alat, bukan dgn tulang urat darah daging otak benak.

sehinggalah yang ke :

7) Kalam @ Pekata yg bukan dengan alat, bukan dengan lidah huruf suara.

Jika disebut kelakuan Allah pada akal, maka maksud bagi perkataan "kelakuan" itu ialah 7 sifat yang sudah dicerahkan di atas iaitu

1) Qodirun
2) Muridun

sehinggalah yang ke :

7) Mutakallimun

Tapi ingat ya, dibilang bilangkan sifat bagi Allah itu 1 - 6 @ 7 - 13 @ 14 - 20 @ 1 - 20 BUKAN KERANA SIFAT ITU BERBILANG2.
BUKAN KERANA MAKSUD SIFAT ITU LAIN DARI ZAT.
BUKAN KERANA MAKSUD KELAKUAN ITU LAIN DARI ZAT.
BUKAN KERANA MAKSUD NAMA ITU LAIN DARI ZAT melainkan semuanya itu hanya sekadar untuk menghampirkan faham kita kepada MAKSUD DAN MAKNA ALLAH ESA.

Semuanya itu adalah untuk menghampirkan faham kita kepada :

1) maksud dan makna ESA sifat dgn zat @ diri yakni jika TIADA DIRI maka tiadalah sifat diri.

Semuanya itu adalah untuk menghampirkan faham kita kepada :
2) maksud dan makna ESA kelakuan dengan zat @ diri yakni jika TIADA DIRI maka tiadalah kelakuan diri.

Semuanya itu adalah untuk menghampirkan faham kita kepada :
3) maksud dan makna ESA nama dengan zat @ diri yakni jika TIADA DIRI maka tiadalah nama diri.

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(Mafhum An-Nisa' : 79)

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

*Semua 107 audio dan skrip pencerahan ilmu mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 boleh diperolehi secara gratis @ percuma*👇🏾
______________________________
📽☎️Channel telegram
sila taip 👇🏿
@laisakamitslihisyaiunmp3
👆 audio sahaja
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
👆 audio dan skrip
@1⃣Hari1⃣Makna
@SifatAllah
Youtube (sila taip)👇🏾
Laisakamitslihisyaiun J1
Laisakamitslihisyaiun J2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan