(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Selasa, 22 November 2016

Bab 9 Soalan 109 Kita sudah membincangkan makna Allah ESA pd syarak seperti dalam pencerahan Soalan 108. Sekarang 1) Apakah makna MENGESAKAN ALLAH pada akal? 2) Apakah makna MENGESAKAN ALLAH pada syarak? 3) Apakah perbezaan makna Allah ESA dan makna MENGESAKAN ALLAH pada syarak? Berikan contohnya.

PENCERAHAN
SOALAN 109


Group laisakamitslihisyaiun

Kita sudah membincangkan makna Allah ESA pd syarak  seperti dalam pencerahan Soalan 108.

Sekarang

1) Apakah makna MENGESAKAN ALLAH pada akal?

2) Apakah makna MENGESAKAN ALLAH pada syarak?

3) Apakah perbezaan makna Allah ESA dan makna MENGESAKAN ALLAH pada syarak?

Berikan contohnya.


*PENCERAHAN*


Pencerahan Soalan (1).
Makna mengesakan Allah pada akal sudah dicerahkan pada Soalan 56, 58, 59, 64, 65-70. Sila semak dan semula. Walaupun begitu, kita cerahkan semula maknanya seperti berikut :

Makna mengesakan Allah pada akal ialah 2 perkara iaitu

1) memperkatakan @ mengiktikadkan sesuatu tentang Allah yg diterima oleh akal atau disebut sbg ISLAM PADA AKAL.

2) meninggalkan suatu perkataan @ iktikad tentang Allah yg tidak diterima oleh akal atau disebut sbg KAFIR PADA AKAL

Apakah contoh islam pada akal dan kafir pada akal?

Persoalan ini sebenarnya sudah dicerahkan pada Soalan 41, 42, 84, 85, 89, 90, 97 dan 104. Sesiapa yg ingat2 lupa eloklah semak semula di 👇🏾
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun

Walaupun begitu, kita cerahkan semula makna dan contohnya seperti berikut :

Islam pada akal.
Istilah lain bagi Islam pada akal ialah BENAR PADA AKAL @ DITERIMA OLEH AKAL tentang

1⃣ yg wajib bg Allah
2⃣ yg mustahil dan
3⃣ yg harus bg Allah.

Bukan tentang makhluk ya, tapi tentang Allah. Jika ada yg lupa makna makna makhluk, makhluk ialah SEGALA2NYA SELAIN ALLAH. Lihat pencerahan Soalan 3.

Contoh yg wajib pd akal ialah

Pada akal : Allah wajib
1⃣ Wajib wujud,
2⃣Wajib Qidam
3⃣ Wajib Baqo
sehingga yg ke-20
2⃣0⃣ Wajib Mutakallimun.

Itulah 20 sifat Allah atau sifat 20 bagi Allah. Barangsiapa beriktikad @ berkata seperti 20 perkara yg baru disebut itu, maka orang itu dikatakan telah MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL.

Pada akal : Allah mustahil ada persamaan dgn 20 sifat makhluk iaitu

1⃣ harus ada
2⃣ ada permulaan
3⃣ berubah
sehinggalah sifat ke 20
2⃣0⃣ kelakuan perkata dapat berkata2

itulah 20 sifat makhluk. Perkara ini sudah dicerahkan pd Soalan 107.

Itulah 20 sifat Allah atau sifat 20 bagi manusia yang mustahil sabit bg Allah. Barangsiapa beriktikad @ berkata seperti 20 perkara yg baru disebut itu MUSTAHIL SABIT BAGI ALLAH, maka orang itu dikatakan telah MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL.

Setiap yang TIDAK diterima oleh akal tentang Allah kerana ianya MUSTAHIL PADA ALLAH maka perkara itu disebut sebagai KAFIR PADA AKAL @ BIDA'AH PADA AKAL.

Semua perbuatan yg DITERIMA oleh akal itu samada

1⃣ perkara yg wajib @
2⃣ perkara yg mustahil @
3⃣ perkara yg harus pd akal itu disebut sebagai disebut sebagai ISLAM PADA AKAL.

Ringkasnya orang yg
1)  *menolak* perkara yg kafir pada akal itu dan
2)  *menerima* yg islam pd akal, mereka itulah yg dikatakan MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL.

Contoh2 tambahan perkara yg wajib, mustahil atau harus pada akal yakni yg diterima dan yg tidak diterima oleh akal akan diberikan selepas ini.

Tapi ingat ya tuan2, BUKAN SEMUA yg islam pd akal itu ISLAM PADA SYARAK. Begitu juga dengan kafir pd akal. BUKAN SEMUA yg kafir pd akal itu KAFIR PADA SYARAK.

Ada kalanya setengah perkara yg KAFIR PADA AKAL ITU, ISLAM PADA SYARAK.
dan
Ada kalanya setengah perkara yg ISLAM PADA AKAL ITU, KAFIR PADA SYARAK.

Apa contohnya? Contohnya sudah diberikan pd pencerahan sebelum ini. Cuba semak semula.

Walaupun begitu, kita berikan sedikit contohnya selepas ini.

Diambil dari makna mengesakan Allah pada akal, maka makna mengesakan Allah pada syarak ialah 2 perkara iaitu

1) mengerjakan SURUH Allah.
2) menjauhi @ meninggalkan TEGAH Allah.

Dalilnya dari al Quran ialah

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Ali Imran: 104)

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Luqman : 17)

Dalam perkataan lain, makna mengesakan Allah pada syarak ialah *melaksanakan PERINTAH ALLAH sekurang2nya FARDU AIN sempurna* dengan :

1) *syarat dan rukun.*
2) *terpelihara dari perkara yang membinasakan ibadah dan terpelihara dari perkara yang membinasakan akidah.*

Apa pula "perintah" Allah?

Perintah Allah ada 2 perkara iaitu

1) SURUH Allah dan
2) TEGAH Allah

Apa pula suruh dan tegah Allah?

Suruh dan tegah Allah SUDAH DICERAHKAN pada Soalan 73 dan 74. Sesiapa yg ingat2 lupa eloklah ulangkaji semula.

Secara ringkasnya :

SURUH ALLAH 3 bahagi iaitu

1) Jatuh kafir @ binasa akidah jika suruh Allah itu DITINGGALKAN. Contohnya : Allah suruh KENAL ALLAH, tetapi suruh itu DITINGGALKAN maka BINASA AKIDAH.

2) TIDAK jatuh kafir @ hanya  BERDOSA BESAR jika suruh Allah itu DITINGGALKAN.  Contohnya : Allah suruh tunaikan solat 5 waktu, tetapi suruh itu DITINGGALKAN maka BERDOSA BESAR.

3) Semua yang SUNAT iaitu TIDAK berdosa jika suruh Allah itu ditinggalkan sebaliknya diberikan PAHALA jika ditunaikan. Contohnya bersedekah setiap hari DAPAT PAHALA.

Itulah suruh Allah 3 bahagi. TEGAH juga 3 bahagi iaitu

1) Jatuh kafir @ binasa akidah jika tegah Allah itu DILANGGAR. Contohnya : Allah tegah MELAKUKAN SYIRIK, tetapi tegah itu DILANGGAR maka BINASA AKIDAH.

2) TIDAK jatuh kafir @ hanya  BERDOSA BESAR jika tegah Allah itu DILANGGAR.  Contohnya : Allah tegah minum arak, tetapi tegah itu DILANGGAR maka BERDOSA BESAR.

3) Semua yang MAKRUH iaitu TIDAK berdosa jika tegah Allah itu dilanggar sebaliknya diberikan PAHALA jika tidak jadi dilakukan. Contohnya ialah TIDAK JADI MEROKOK, DAPAT PAHALA.

Dalam perkataan lain, orang yang MENGESAKAN ALLAH pada syarak ialah

1⃣ org yg menjauhi perkara yg MEMBINASAKAN akidah dari 3 jenis perbuatan iaitu perbuatan hati, perkataan dan tingkahlaku.

2⃣ org yg menjauhi DOSA BESAR dari 3 jenis perbuatan iaitu perbuatan hati, perkataan dan tingkahlaku.

3⃣ org yg menjauhi perkara yg Allah TIDAK SUKA walaupun makruh @ sia2 dari 3 jenis perbuatan iaitu perbuatan hati, perkataan dan tingkahlaku.

Ingat semula pencerahan diatas itu bahawa BUKAN SEMUA yg islam pd akal itu ISLAM PADA SYARAK. Begitu juga dengan kafir pd akal. BUKAN SEMUA yg kafir pd akal itu KAFIR PADA SYARAK.

Ada kalanya perkara yg KAFIR PADA AKAL ITU, ISLAM PADA SYARAK.
dan
Ada kalanya perkara yg ISLAM PADA AKAL ITU, KAFIR PADA SYARAK.

Perkataan dan iktikad orang yg mengesakan Allah pd syarak ialah sesuatu yg dihukumkan :

1⃣ Islam pada akal & Islam pada syarak.
2⃣ Kafir pd akal tp Islam pada syarak

Contoh Islam pada akal & Islam pada syarak ialah :

1) Allah berkuasa atas segala2nya. Tidak ada yg Allah tidak kuasa. Buktinya ialah (Al-Baqaroh : 109).

ۗ   إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ قَدِيرٌ

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-Baqaroh : 109)

2) Allah melihat segala2nya. Tidak ada yg Allah tidak lihat. Buktinya (Al Hajj : 75)

اللَّهُ يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا وَمِنَ النَّاسِ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

Allah memilih utusan-utusan-Nya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al Hajj : 75)

Contoh Kafir pd akal tp Islam pada syarak ialah

1) Allah menjadikan bumi dalam 6 masa. Buktinya ialah (Al-A'raf : 54).

إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa

(Al-A'raf : 54)

Kenapa pula ayat itu kafir pada akal?

Kerana pada akal, perbuatan menjadikan sesuatu secara peringkat itu adalah perbuatan makhluk. Pada akal sekalian alam ini jadi dengan SEKALI JADI tanpa sedetik masa sekalipun. Dalilnya Kun faya kun. Yang menjadikan sesuatu dalam tempoh masa tertentu adalah sifat MAKHLUK.

2) Allah berkata2 dengan Nabi Adam pada awal baginda dijadikan. Beribu tahun kemudian Allah berkata2 pula dengan dengan Nabi Musa a.s di bukit Thur Sina, Allah berkata2 pula dengan dengan Nabi Muhamad s.a.w. di sidratul muntaha semasa peristiwa isra' dan mikraj.

Kenapa pula perkataan itu kafir pada akal?

Kerana pada akal, berkata2 pada masa dan tempat yg berbeza itu adalah PERBUATAN MAKHLUK.

Itulah contoh2 perkataan @ iktikad yang kafir pada akal tetapi ISLAM PADA SYARAK dan itulah iktikad dan perkataan yg mengesakan Allah pada syarak.

Perkataan dan iktikad yg TIDAK mengesakan Allah pada syarak pula ialah perkataan yg dihukumkan :

1⃣ Islam pada akal tapi kafir pada syarak

Contohnya ialah

1) Kita ini umpama boneka.
2) Jangan sampai terlihat ADANYA diri.

3) Allah tak perlukan kita. Tak solat tak puasapun, Allah boleh masukkan seseorang itu kedalam syurga.

4) Kita ni hamba Allah. Kesudahan hidup kita samada masuk syurga @ neraka sudah ditentukan oleh Allah. Serah sahajalah nasib kita kpd Allah. Tak payah susah2 ibadat.

Keempat2 contoh perkataan itu atau iktikad itu memang benar pada akal, benar pd hakikat akal akan tetapi  bercanggah dengan al Quran yakni bercanggah dgn hakikat syarak dan KAFIR pada syarak. BINASA AKIDAH. NAUZUBILLAH. Apabila akal bercanggah dgn syarak, maka SYARAK ITULAH IKUTAN. Barulah selamat akidah.

Dalilnya ialah (An-Nisa' : 50)

ٱنظُرۡ كَيۡفَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ‌   ۖ   وَكَفَىٰ بِهِۦۤ إِثۡمًا مُّبِينًا

Lihatlah (wahai Muhammad) betapa beraninya mereka mengada-adakan perkara-perkara dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang terang nyata.
(An-Nisa' : 50)

Perkataan dan iktikad yg TIDAK mengesakan Allah pada syarak

2⃣ Kafir pd akal & kafir pada syarak

Contohnya ialah

1) Mengata, menganggap atau beriktikad Allah itu memiliki tangan, memiliki mata, memiliki kaki, memiliki tubuh, turun ke langit dunia, berada dihadapan seseorang ketika solat, diri Allah boleh dilihat oleh mata didalam syurga, Allah berkata2 dengan Nabi Musa seperti suara manusia, Nabi Muhammad melihat Allah di sidratul muntaha seperti makhluk, Allah duduk di arash sambil dikelilingi oleh para malaikat dsb.

2) Mengata, menganggap atau beriktikad Allah itu memiliki tangan, memiliki mata, memiliki kaki, memiliki tubuh tetapi tangan Allah mata Allah, kaki Allah, tubuh Allah tidak ada persamaan dgn tangan, mata, kaki dan tubuh makhluk.

Dalil atau bukti menunjukkan orang yg menganggap Allah itu memiliki TANGAN telah JATUH KAFIR ialah ayat (Al-Maidah : 64)

وَقَالَتِ ٱلۡيَہُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌ  ۚ  غُلَّتۡ أَيۡدِيہِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْ‌  ۢ  بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُ  ۚ  .......

Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah)......

(Al-Maidah : 64)

Dalam ayat itu, orang kafir Yahudi menganggap Allah memiliki tangan.

3) Roh manusia berasal dari juzuk diri Allah @ Allah menjelma dalam bentuk makluk dsb.

4) Ada lagi sebenar2 al Quran didalam diri. Ada lagi sebenar2 Muhammad didalam diri. Ada lagi sebenar2 diri didalam diri selain diri dari hujung rambut hingga hujung kaki luar dan dalam.

Semua contoh perkataan atau iktikad itu adalah kafir pada akal dan kafir pada syarak. BINASA AKIDAH. NAUZUBILLAH.

Dalilnya daripada al Quran ialah (An-Najm : 23)

إِنۡ هِىَ إِلَّآ أَسۡمَآءٌ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِہَا مِن سُلۡطَـٰنٍ  ۚ  إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهۡوَى ٱلۡأَنفُسُ‌   ۖ   وَلَقَدۡ جَآءَهُم مِّن رَّبِّہِمُ ٱلۡهُدَىٰٓ

Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.

(An-Najm : 23)

Jadi, apa pegangan kita?
Pegangan kita adalah hukum yg lebih KUAT iaitu HUKUM SYARAK. Oleh itu  PEGANGAN org yg mengesakan Allah pd syarak mestilah 2 yang berikut iaitu :

1⃣ ISLAM PADA SYARAK  DAN ISLAM PADA AKAL.

2⃣ ISLAM PADA SYARAK walau kafir pada akal.

Yang tidak boleh dijadikan pegangan @ tidak mengesakan pd syarak yakni MEMBINASAKAN AKIDAH ialah 2 perkara yang dihukumkan spt berikut :

1⃣ KAFIR PADA AKAL dan KAFIR PADA SYARAK.

2⃣ ISLAM PADA AKAL dan   KAFIR PD SYARAK.

Persoalan terakhir, apakah perbezaan antara ESA ALLAH dengan MENGESAKAN ALLAH?

Perbezaannya ialah :

Perkataan Allah ESA @ ESA Allah adalah umpama perkataan *dari pihak ATASAN ke pihak BAWAHAN*. Allah menyatakan tentang diriNYA, di dalam al Quran @  hadith Qudsi bahawa diriNYA adalah ESA yakni makna @ maksud bagi semua 4 perkataan iaitu sifatNYA, zatNYA, kelakuanNYA dan namaNYA adalah sama iaitu ALLAH itu sendiri, bukannya berlainan.

Makna bagi MENGESAKAN ALLAH pula adalah umpama perkataan *dari pihak BAWAHAN ke pihak ATASAN.* Maknanya itu terbahagi kpd 3 perkara iaitu :

1⃣ disebut sebagai FARDU AIN PERTAMA iaitu berkait PENGENAL MANUSIA KEPADA ALLAH iaitu ilmu akidah. Manusia wajib kenal, wajib FAHAM 100%  bahawasanya DIRI Allah itu ESA @ ESA ALLAH itu "laisakamitslihisyaiun" yakni manusia memahami makna Allah ESA sama seperti yang disebutkan oleh Allah didalam al Quran @ hadith. TIDAK BERBEZA walau sedikit juapun. Jika berbeza walaupun sedikit maka orang tersebut TIDAK AKAN TERLEPAS SAMA SEKALI dari bahaya dosa SYIRIK @ JATUH KAFIR TANPA SEDAR.

Dalam perkataan lain, bahagian 1⃣ ini wajib difahami oleh setiap mukallaf untuk mengelakkan perkara yg menyebabkan BINASA AKIDAH @ JATUH KAFIR kerana melakukan perbuatan SYIRIK.

Orang yg dapat mengelakkan dirinya dari perbuatan syirik itulah yg dikatakan sbg MENGESAKAN ALLAH @ MENTAUHIDKAN ALLAH PADA SYARAK.

2⃣ disebut sebagai FARDU AIN KEDUA iaitu suruh atau tegah Allah selain PENGENAL KEPADA ALLAH. Perkara fardu ain pertama dan fardu ain kedua sudah dicerahkan pada Soalan 72 - 74. Sesiapa yang ingat ingat lupa, eloklah semak semula pencerahannya.

Orang yg dapat mengelakkan dirinya dari melakukan perkara yg HARAM @ BERDOSA terutama dosa BESAR, mereka itulah yang dikatakan sbg MENGESAKAN ALLAH @ MENTAUHIDKAN ALLAH PADA SYARAK.

3⃣ menjauhi semua yang sia sia @ makruh.

Orang yg dapat mengelakkan dirinya dari melakukan perkara yang sia sia @ makruh, mereka itulah yang dikatakan sebagai MENGESAKAN ALLAH @ MENTAUHIDKAN ALLAH PADA SYARAK.

--------------------------------------------
Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana sy memperturutkan hawa nafsu.
(An- Nisa' : 79)

Wallohua'lam.
Maaf zahir dan batin.

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Silibus group ada 21 Bab. Sekarang baru Bab 9. Barisan admin mengajak tn/pn untuk join group @ menyemak dan memperbaiki *semua 109 audio dan skrip pencerahan ilmu mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 boleh diperolehi secara gratis @ percuma*👇🏾
______________________________
www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

📽☎️Channel telegram
sila taip 👇🏿
@laisakamitslihisyaiunmp3
👆 audio sahaja
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
👆 audio dan skrip
@1⃣Hari1⃣Makna
@SifatAllah
*Youtube* (sila taip)👇🏾
Laisakamitslihisyaiun J1
Laisakamitslihisyaiun J2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan