(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Selasa, 10 Januari 2017

Bab 10 PENCERAHAN Soalan 113 Lanjutan dari Soalan 112 a) Apakah perbezaan antara ayat Allah dan kalam Allah? b) Apakah tujuan mengetahui makna ayat dan kalam Allah? c) *Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?*


PENCERAHAN
Soalan 113


Lanjutan dari Soalan 112

a) Apakah perbezaan antara ayat Allah dan kalam Allah?

b) Apakah tujuan mengetahui makna ayat dan kalam Allah?

c) *Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?*

YA @ TIDAK

Mohon pencerahan dan perkongsian ilmu.

*PENCERAHAN*

Sebelum kita cerahkan persoalan ini, kita lihat dahulu ayat2 al Quran berikut :

وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ فَتَكُونَ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ

Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang *mendustakan ayat-ayat Allah*, kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.
(Yunus : 95)

مَا يُجَـٰدِلُ فِىٓ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَا يَغۡرُرۡكَ تَقَلُّبُہُمۡ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ

Tidak ada yang *membantah mengenai ayat-ayat Allah* melainkan orang-orang yang kafir. Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.
(Ghofir : 4)

إِنَّا قَدۡ أُوحِىَ إِلَيۡنَآ أَنَّ ٱلۡعَذَابَ عَلَىٰ مَن ڪَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ

Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang *mendustakan ayat-ayat Allah* dan berpaling daripadanya
(Toha : 48)

Didalam Al Quran kalimah yg bermaksud "ayat Allah" telah disebut tidak kurang 20 kali. Diambil dari 20 ayat dalam al Quran itu, ayat Allah itu ada 3 kategori iaitu :

1⃣ Al-Quran
2⃣ Hadith
3⃣ Dalil akal @ sekalian alam @ sekalian makhluk

Apakah perbezaan antara ketiga2 perkara itu? Pencerahannya begini.

1) AL-QURAN.

Al-Quran ialah perkataan Allah @ kalam Allah. Apabila disebut perkataan "ayat Al-Quran" maksudnya itu ialah 3 perkara iaitu

1⃣ Ayat2 yg tertulis pada mushaf al-Quran yg kita pegang dan kita baca. Al-Quran kategori ini adalah makhluk.
2⃣ Ayat2 al-Quran yg tertulis di luh mahfuz. Ayat al-Quran yg kita sebut, yg kita dengar, yg kita baca adalah sama dengan ayat2 al-Quran yg tertulis di luh mahfuz. Al-Quran kategori ini adalah makhluk.

Sy pasti, ada yg ingin bertanya, sesetengah orang berkata, al-Quran itu BUKAN MAKHLUK. Macam mana tu?
Begini. Kedua2 pendapat itu BETUL. Pendapat yg berkata, al-Quran itu makhluk adalah BETUL. Pendapat yg berkata, al-Quran itu BUKAN makhluk pun adalah BETUL. Tetapi dari dua jalan yg berbeza. Agar lebih mudah difahami, kita fikirkan contoh ini. Semua perkataan dalam pencerahan soalan 113 ini, semua perkataan dalam audio soalan 113 ini adalah SAMA dengan perkataan saya (admin) yg ada tersimpan di dalam HATI. Perkataan yg ada didalam watsap @ telegram @ blog @ fb ini adalah umpama al-Quran yg kita baca, yg kita sentuh dan yg kita lihat. Perkataan yg ada didalam HATI itu adalah umpama perkataan yang ada di luh mahfuz.

3⃣ Ayat2 al-Quran yg tertulis di luh mahfuz itu "berasal" dari kalam Allah yang qodim lagi azali, kalam yang tiada dengan lidah huruf suara. Al-Quran @ kalam Allah yg qodim lagi azali itu adalah BUKAN makhluk.

Perkataan yg ada didalam watsap @ telegram @ blog @ fb ini adalah umpama al-Quran yg kita baca, yg kita sentuh dan yg kita lihat. Perkataan yg ada didalam HATI itu adalah umpama perkataan yang ada di luh mahfuz. Perkataan yg ada didalam HATI kita itu BUKAN dgn lidah huruf suara. Itulah kaedah untuk memahami kalam Allah yg bukan dengan lidah huruf suara atau kaedah yg menghampirkan akal kita untuk memahami makna kalam Allah yg BUKAN dengan lidah huruf suara.

Isi kandungan al-Quran itu menerangkan 3 perkara iaitu :

1⃣ Pengenal kepada Allah yakni diri Allah @ zat Allah @ sifat Allah @ nama2 Allah @ kelakuan Allah iaitu hakikat akal dan hakikat syarak.
2⃣ Pengenal kepada hukum Allah yang diperintahkan kepada sekalian jin dan manusia iaitu hukum syarak.
3⃣ Pengenal kepada alam semesta @ sekalian alam iaitu hukum adat (yg boleh dibuktikan melalui sains & teknologi).

2) HADITH

Hadith pula ialah 3 perkara iaitu

1⃣ semua perkataan Nabi
2⃣ semua perbuatan Nabi
3⃣ semua "diam" Nabi

Semua hadith Nabi itu MENERANGKAN 3 perkara yang terkandung dalam Al-Qu

ran. Hadith yg langsung dari Allah yakni tidak melalui malaikat Jibril disebut sebagai hadith QUDSI. Hadith qudsi ini khusus berhubung dgn Allah yakni diri Allah, zat Allah, sifat Allah, nama Allah, kelakuan Allah serta Qudrat dan Iradat Allah.

3) DALIL AKAL

Dalil akal pula ialah sekalian makhluk yang dijadikan oleh Allah untuk 3 perkara iaitu

1⃣ mentahkiqkan pengenal kepada Allah bahawasanya Allah itu (ليس كمثله شيئ) iaitu mentahkiqkan semua yg wajib, mustahil dan jaiz pd akal dan pada hakikat.
2⃣ mentahkiqkan pengenal kepada semua hukum Allah iaitu semua yg wajib, haram, sunat, mustahil dan harus pd syarak.
3⃣ mentahkiqkan pengenal kepada hukum adat termasuklah hukum2 dalam SAINS.

Ada sahabat kita yg bertanya, bagaimana dengan ilham, mimpi, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat? Adakah kelima2nya itu ayat Allah?

Sebelum kita cerahkan, kita fahami dahulu perbezaan antara mimpi, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat.

🍀Mimpi terbahagi kpd 2. Mimpi orang awam dan mimpi BUKAN orang awam. Mimpi orang awam terbahagi 2.
1⃣ dari syaitan iaitu mimpi yang sia2 @ menakutkan @ sekadar permainan tidor.
2⃣ dari malaikat iaitu perbuatan dalam mimpi yg tidak bercanggah dengan syarak. Untuk mengetahui samada mimpi itu benar atau tidak, kita perlu lihat  perbuatan kita sebelum tidor. Jika perbuatan kita sebelum tidor itu adalah mengikut sunnah rosul, maka mimpi itu adalah BENAR insya Allah.

Mimpi BUKAN orang awam adalah dari malaikat. Perbuatan dalam mimpi itu tidak bercanggah dgn syarak dan terbahagi 2.
1⃣ dinamakan wahyu (iaitu kpd para Nabi dan Rosul).
2⃣ dinamakan ilham (kepada selain Nabi dan Rosul).

🍀Adakah ilham datang selain dari mimpi? Jawabannya YA, ADA. Ilham yang dianugerahkan Allah dalam keadaan JAGA. Orang yg menerima ilham ini FAHAM DI DALAM HATI akan anugerah Allah itu. Semua itu adalah URUSAN @ PEKERJAAN Allah yg tidak mampu difikirkan. Tidak mampu dibayangkan. Semua itu adalah atas Qudrat dan Iradat Allah semata2. Hanya orang yg berusaha siang dan malam untuk mendapat REDHO ALLAH @ org yg bertawakkal shj yg menerima anugerah itu.

Orang yg berpegang kpd HAKIKAT semata2, menyamakan perbuatan mereka dgn perbuatan Nabi Khidir dan mendakwa pegangan mereka itu adalah ilham dari Allah, sedangkan dakwaan mereka itu BERCANGGAH dengan SYARAK, adalah satu PEMBOHONGAN yg membinasakan akidah. Golongan itu sebenarnya bukan mendapat ilham dari Allah tetapi mendapat BISIKAN dari iblis dan syaitan. Bisikan dari iblis dan syaitan itu mereka anggap ilham dari Allah. Binasa akidah sebab TANPA SEDAR, mereka telah menganggap iblis dan syaitan itu sebagai Allah. Nauzubilllah.

Contoh orang yang menerima ilham dlm keadaan JAGA dari Allah ialah ibu Nabi Musa a.s. Lihat buktinya di dalam al Quran. (Surah Taha: ayat 38 dan 39)

إِذْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّكَ مَا يُوحَىٰ

"Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:

أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِي وَعَدُوٌّ لَهُ ۚ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي

"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Surah Taha: ayat 38 dan 39

Contoh penerima anugerah ilham melalui mimpi pula ialah Nabi Yusof. Lihat buktinya (Yusuf: 4)

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
(Yusuf: 4)

🍀Apa pula makna kasyaf? Kasyaf ialah anugerah Allah kepada orang yg sudah terkeluar dari martabat orang awam. Contoh mereka itu ialah ulama pewaris nabi dan wali2 Allah. Mereka itu BUKAN orang awam. Seseorang yg dianugerahkan kasyaf a

kan melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain kerana penglihatan mereka "terhijab" akibat dosa2. Allah membuka hijab kepada hamba-Nya yg sentiasa berusaha menjauhi TEGAH ALLAH. Contoh penerima anugerah Allah itu ialah Saidina Umar al-Khattab ketika menghantar tentera Islam ke Parsi dibawah pimpinan Sariyah bin Zanim al Khilji untuk menyebarkan islam. Dlm peristiwa itu, ketika sedang meyampaikan kutbah jumaat, Saiyidina Umar Al Khatab ra melihat tentera Islam sedang dikepung oleh tentera kafir. Allah membuka hijab sehingga dengan mata kepala sendiri, Saiyidina Umar Al-Khatab r.a. melihat dengan JELAS, SEJELAS2NYA dihadapan mata, bahawa tentera Islam sedang dikepung oleh tentera kafir. Dari atas mimbar, beliau berteriak kpd tentera Islam yg sdg terkepung di medan tempur utk berlindung di balik bukit. Tentera islam mendengar teriakan itu dan berlindung disebalik bukit seperti yang diarahkan oleh Saidina Umar dan akhirnya tentera Islam menang dalam peperangan.

🍀Apa pula ilmu laduni?
🍀Apa pula mukjizat?

Memandangkan keterbatasan masa, ilmu laduni dan mukjizat tidak dicerahkan disini. Saudara saudari bolehlah rujuk ditempat lain. Kita hanya sebutkan secara ringkas iaitu, kedua2nya adalah ANUGERAH ALLAH kpd hamba-NYA yg layak menerima dan TIDAK BOLEH DIPELAJARI.

Persoalan sekarang, adakah mimpi, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat itu AYAT2 ALLAH? Jika ya, kategori yg mana?

Begini.
3 kategori ayat Allah yg disebutkan pd awal pencerahan ini adalah untuk semua mukallaf sejak Nabi Muhammad s.a.w. hingga hari kiamat. Untuk 2 kategori yg lain pula iaitu hadith dan dalil akal adalah untuk semua umat2 yg terdahulu sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Sedangkan mimpi yang benar, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat pula adalah ANUGERAH ALLAH sejak jin dan manusia dijadikan sehingga hari kiamat, khusus untuk hamba-Nya yang LAYAK, BUKAN untuk semua mukallaf. Semua itu adalah ayat2 Allah. Tidak dimasukkan sebagai kategori ke-4 kerana ianya adalah anugerah utk orang2 yg tertentu shj, sedangkan 3 kategori yg dimaksudkan di atas itu adalah untuk SEMUA MUKALLAF akhir zaman. Sama juga dgn kitab2 Allah yg lain spt zabur, injil, taurat dan suhuf. Semua itu adalah KALAM ALLAH tetapi tidak dimasukkan sebagai kategori ke-4 kerana ianya adalah untuk Nabi dan Rosul sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi apakah perbezaan antara ayat Allah dan kalam Allah?

Yang dimaksudkan sebagai kalam Allah ialah PERKATAAN Allah @ KATA2 ALLAH iaitu Al-Quran dan Hadith Qudsi sahaja. Mimpi, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat TIDAK dikira sbg kalam Allah tetapi dikira sebagai ayat Allah.

Pendek kata, secara ringkasnya, semua kalam Allah adalah ayat Allah tetapi BUKAN semua ayat Allah itu kalam Allah. Kaedah memahaminya adalah seperti islam dan mukmin. Semua orang mukmin adalah islam tetapi BUKAN semua orang islam itu orang mukmin.

Persoalan seterusnya ialah, apakah tujuan mengetahui makna ayat dan kalam Allah?

Jawabannya sudah diterangkan oleh Allah pada 3 ayat yang disebutkan pada awal pencerahan ini iaitu :

1⃣ Barang siapa yang *mendustakan ayat Allah* walau satu ayat sekalipun adalah orang yang RUGI iaitulah orang KAFIR. (mafhum Yunus : 95)

2⃣ Barang siapa yang *membantah ayat Allah* walau satu ayat sekalipun adalah orang KAFIR. (mafhum Ghofir : 4)

3⃣ Barang siapa yang *mendustakan dan berpaling dari ayat Allah* walau satu ayat sekalipun akan disiksa di dalam NERAKA. (mafhum Toha : 48)

Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, tujuan memahami makna ayat dan kalam Allah ialah supaya kita dapat mengelakkan diri dan selamat dari dari 5 perkara iaitu :

1⃣ selamat dari mendustakan ayat Allah.
2⃣ selamat dari membantah ayat Allah.
3⃣ selamat dari berpaling
4⃣ selamat dari menerima azab Allah didalam neraka.
5⃣ selamat dari jatuh KAFIR TANPA SEDAR.

Sudah tentu ada yg ingin tahu, apakah makna dan contoh 3 perbuatan yang menyebabkan JATUH KAFIR tanpa sedar iaitu :
1⃣ membantah ayat Allah
2⃣ mendustakan ayat Allah
3⃣ berpaling dari ayat Allah

Ketiga2 jenis perbuatan itu sesungguhnya akan menyebabkan BINASA AKIDAH TANPA SEDAR. Ketiga2 jenis perb

uatan itu sesungguhnya akan menyebabkan JATUH KAFIR TANPA SEDAR.

Pencerahannya akan dibuat pd Soalan 115 insya Allah.

Persoalan terakhir ialah, adakah Nabi Musa mendengar kalam Allah dengan telinga? Ya @ Tidak?

Memandangkan pencerahannya agak panjang lebar, kita akan bawa persoalan itu kepada Soalan 114. Insya Allah.

--------------------------------------------------------------

Semua yang baik2 itu anugerah Allah dan semua yg salah itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(mafhum surah an-nisa' : 79)

Maaf zahir dan batin.
Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan