(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Khamis, 22 Disember 2016

Bab 9 Soalan 112 Ahli syurga akan bertemu @ melihat Allah di dalam syurga. 1⃣ Ahli syurga akan melihat Allah dengan MATA. 2⃣ Ahli syurga akan melihat Allah. (Tidak ada tambahan perkataan *"dengan MATA"*) Antara 2 kefahaman itu, yang mana satukah akidah yang benar pada syarak? A) 1⃣ B) 2⃣ C) Kedua2nya BENAR. D) Kedua2nya TIDAK BENAR. E) Selain 4 yang di atas.


Group *laisakamitslihisyaiun*

PENCERAHAN
Soalan 112

-------------------------------------------
Ahli syurga akan bertemu @ melihat Allah di dalam syurga.

1⃣ Ahli syurga akan melihat Allah dengan MATA.

2⃣ Ahli syurga akan melihat Allah.
(Tidak ada tambahan perkataan *"dengan MATA"*)

Antara 2 kefahaman itu, yang mana satukah akidah yang benar pada syarak?

A) 1⃣
B) 2⃣
C) Kedua2nya BENAR.
D) Kedua2nya TIDAK BENAR.
E) Selain 4 yang di atas.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟


Pencerahannya

Sebelum kita cerahkan persoalan ini, semua ahli dinasihatkan untuk mengulangkaji semula pencerahan *Soalan 71* dan memahami semua makna

1) pekerjaan Allah S44, S63.
2) ayat mutasyabihat S84
3) makna mengetahui S92
4) makna tidak benar S90

*Sila dengar audio 71*

Pencerahan soalan terakhir Soalan 71 adalah seperti berikut :

Adakah manusia akan MELIHAT ALLAH? macam mana tu?

Ya BENAR. Setiap muslim wajib percaya perkara itu. Banyak buktinya dari al Quran dan hadith Nabi. Antaranya ialah [Al-Qiyamah : 22-23]

وُجُوهُُ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ . إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

Wajah-wajah (orang-orang mukmin) waktu itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.
[Al-Qiyamah : 22-23] dan [Al-Kahfi :110]

Itu bukti pertama. Ini bukti kedua dari al Quran.

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَلاَ يُشْرِكُ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah mengerjakan amal shalih dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya. [Al-Kahfi:110]

Ini pula bukti dari Hadis Nabi :

Jarir bin Abdullah berkata.

قَالَ جَرِيرُ بْنُ عَبْدِالهِi كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ إِذْ نَظَرَ إِلَى الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ فَقَالَ أَمَا إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا لاَ تُضَامُّونَ أَوْ لاَ تُضَاهُونَ فِي رُؤْيَتِهِ فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا فَافْعَلُوا ثُمَّ قَالَ فَ ( سَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا ) (كتاب :كتاب مواقيت الصلاة باب :باب فضل صلاة الفجر رقم الحديث
 :547 الجزء :1 الصفحة 209 ,صحيح البخاري

Jarir bin Abdullah berkata: “Kami duduk bersama Rasulullah, kemudian beliau memandang bulan yang sedang purnama, lalu beliau bersabda: ”Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhanmu sebagaimana engkau melihat bulan, tidak ada yang menghalangimu untuk melihat-Nya, kalau kamu mampu tidak meninggalkan shalat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya maka lakukanlah.
[HR.Bukhari Muslim

Setiap mukmin akan melihat Allah didalam syurga.

Tapi persoalan sekarang ialah "

1⃣ Adakah ahli syurga akan melihat Allah dengan MATA?

atau
2⃣ Adakah ahli syurga akan melihat Allah, tanpa ada tambahan perkataan *"dengan MATA"*)?

Itulah persoalan BESAR yang telah timbul sejak lebih 1000 dahulu. Sebelum kita kupas persoalan itu, elok kita fikirkan bersama kebenaran 5 perkara yang akan disebutkan ini.

1⃣ Setiap yang DILIHAT oleh MATA itu dapat difikirkan dan dapat digambarkan oleh HATI. Betul atau tidak?

2⃣ Setiap yang DIDENGAR oleh TELINGA itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Betul atau tidak?

3⃣ Setiap yang DISENTUH oleh KULIT itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Betul atau tidak?

4⃣ Setiap yang DIRASA oleh LIDAH itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Betul atau tidak?

5⃣ Setiap yang DIHIDU oleh HIDUNG itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Betul atau tidak?

Orang yg berfikiran waras sudah tentu mudah menjawab. Jawabannya ialah BETUL. Mustahil dia menjawab TIDAK melainkan dia kurang akal. Pendek kata, 5 perkara itu ialah pendapat 5 pancaindera. Setiap yg didapat @ dicapai oleh salah satu pancaindera itu MAMPU DIFIKIRKAN OLEH AKAL dan DAPAT DIGAMBARKAN OLEH HATI.

Persoalan sekarang :
Apakah yang MAMPU DIFIKIRKAN OLEH AKAL dan DAPAT DIGAMBARKAN OLEH HATI?

Jawabannya :
Tidak lain tidak bukan ialah MAKHLUK.

Jika begitu, apakah sebenarnya maksud 2 ayat al Quran dan hadith di atas?

Sekiranya kita berpegang kepada iktikad, Allah boleh dilihat dengan MATA, sudah tentu Allah MAMPU DIFIKIRKAN OLEH AKAL dan DAPAT DIGAMBARKAN OLEH HATI. Mustahil....... kerana semua yg dilihat oleh mata itu adalah MAKHLUK. Keyakinan seperti itu yakni menggambarkan Allah boleh dilihat dengan MATA sebenarnya BERCANGGAH dengan ayat al Quran dan tanpa sedar telah MENYERUPAKAN Allah dengan makhluk. Itulah punca BINASA AKIDAH.

Bukti terjemah ayat "melihat Allah" bukan bermaksud  "melihat Allah dengan MATA" ialah (Al-An'am : 103)

لَّا تُدۡرِڪُهُ ٱلۡأَبۡصَـٰرُ وَهُوَ يُدۡرِكُ ٱلۡأَبۡصَـٰرَ‌   ۖ   وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلۡخَبِيرُ

Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan MATA, sedang Ia dapat melihat, dan Dia lah Yang Maha Halus lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
(Al-An'am : 103)

Sebab itu
JANGAN DIIKTIKADKAN terjemah ayat "MELIHAT ALLAH" itu bermaksud MELIHAT Allah dengan DENGAN MATA. Kita sudah cerahkan sebelum ini bahawa semua yang dilihat oleh mata itu adalah MAKHLUK. Kita sudah cerahkan sebelum ini bahawa semua yang dilihat oleh mata itu adalah DALIL @ BUKTI sahaja. Kita sudah cerahkan sebelum ini bahawa DALIL itu yg Allah suruh fikir, bukannya MADLUL. Sekalian makhluk adalah DALIL, Allah itu adalah MADLUL.

Jika ada yg lupa makna dalil dan makna madlul, sila semak semula pencerahan Soalan ke-30.

Jika digambar2kan makna melihat Allah sama seperti melihat makhluk maka BINASA AKIDAH. WAJIB MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT. JIKA DITERANGKAN DGN BERLORI2 KITABPUN, SEMUANYA ITU *"PEMBOHONGAN SEMATA2"* & BIDAAH PADA AKAL

Sama seperti menerangkan MANISNYA GULA. Takda siapa dialam semesta ini yg mampu menerangkan MANISnya GULA walaupun dgn menulis BERIBU2 BUKU. Menerangkan rasa manis walau beribu buku adalah PEMBOHONGAN & BIDAAH PADA ADAT.

Tapi sebenarnya, cara menerangkan RASA MANIS itu SANGAT MUDAH. TAK PERLU MENULIS WALAU SEBUAH BUKU. TAK PERLU MENULIS WALAU SEBARIS AYAT.

Cukup dgn meletakkan  seketul gula kedalam mulut org yg BERTANYA. AUTOMATIK DIA AKAN FAHAM MAKNA MANIS tanpa buku.

Begitulah dgn MELIHAT ALLAH. Menerangkan keyakinan *"melihat Allah dengan MATA"* melalui TULISAN @ buku @ watsap itu hanya PEMBOHONGAN SEMATA2 dan BIDAAH PADA AKAL & BIDAAH PADA SYARAK.

Sedangkan menerangkan MANISNYA GULA pun tidak mampu diterangkan dgn tulisan sampai mati, macam mana hendak menerangkan ALLAH YANG MENJADIKAN MANISNYA GULA itu? Terlebihlah mustahilnya.....

Melihat Allah didalam syurga adalah atas PERBUATAN ALLAH semata2. Tidak ada usaha dan ikhtiar manusia disitu. Saya ulang semula. Melihat Allah didalam syurga adalah atas KEHENDAK ALLAH semata2. Melihat Allah didalam syurga adalah atas PERBUATAN ALLAH semata2. Melihat Allah didalam syurga adalah atas QUDRAT IRADAT ALLAH semata2. Tidak ada usaha dan ikhtiar manusia disitu. Semuanya itu TIDAK MAMPU DIFIKIRKAN oleh akal dan TIDAK MAMPU DIBAYANG2KAN oleh hati.

MEMANG WAJIB DIPERCAYAI, SETIAP YG BERIMAN AKN MELIHAT ALLAH DI DALAM SYURGA. SESIAPA YG TIDAK PERCAYA, maka BINASALAH AKIDAHNYA.

Jadi, macam mana cara nak faham terjemah ayat "melihat Allah"?

Secara ringkasnya begini. Macam manisnya gula tadilah. Letakkan dalam mulut yg bertanya. Automatik dia akan faham. Itulah kaedah bagi menghampirkan akal kita untuk memahami maksud "melihat Allah". Tunggulah masuk syurga dahulu, AUTOMATIK AKAN FAHAM.

TAK PERLULAH DITERANGKAN MELIHAT ALLAH DENGAN MATA MELALUI PENULISAN. TAK PERLULAH DIFIKIRKAN. JANGAN DIGAMBAR2KAN KERANA MENGGAMBAR2KAN PERTEMUAN DGN ALLAH ITU HANYA MEMBINASAKAN AKIDAH.
Tidak ada perintah Allah yg menyuruh MENGGAMBAR2KAN pertemuan itu. Tidak ada perintah Allah yg menyuruh iktikadkan terjemah ayat "melihat Allah" itu sebagai MELIHAT ALLAH DENGAN MATA. Cukuplah kita beriman bahawa ahli syurga akan MELIHAT ALLAH. JANGAN ditambah2 dgn perkataan MELIHAT ALLAH DENGAN MATA.

Jika kita sudah memahami makna Allah itu "laisakamitslihisyaiun" kita akan TERPELIHARA DARI MEMBAYANG2KAN PERTEMUAN DENGAN ALLAH

Org yg cuba membayang2kan pertemuan itu sebenar2nya org yg TIDAK MENGENAL ALLAH & PERBUATAN SYIRIK.

Saya pasti, dengan penerangan ringkas itu, ramai yang masih tidak puas hati. Tapi tak mengapa, kita akan kupas lagi insya Allah.

Ada orang yang bertanya, "adakah Nabi Muhammad bertemu Allah di sidratul muntaha?" Macam mana tu? Adakah Nabi melihat Allah dengan mata?

Pencerahannya begini.

Ya, memang benar, Nabi ada "melihat Allah" di sidratul muntaha pd peristiwa isra' dan mikraj. Makna yg sama dgn "melihat Allah" disini ialah "bertemu Allah" @ "mengadap Allah".

Itu semua adalah PEKERJAAN ALLAH. Itu semua adalah KEHENDAK ALLAH bukan kehendak Nabi.

Kehendak Allah adalah laisakamitslihisyaiun, TIDAK MAMPU difikirkan oleh akal.
TIDAK MAMPU dibayangkan oleh akal.

Membayang2kan Nabi bertemu Allah @ mengadap Allah itu *BINASA AKIDAH*

Kaedah memahami pertemuan Nabi Muhammad dengan Allah itu adalah sama dgn ahli syurga melihat Allah @ pertemuan ahli syurga dengan Allah. JANGAN DIGAMBAR2KAN MELIHAT ALLAH DENGAN MATA. Sebenarnya yang melihat Allah itu ialah DIRI kita yg satu @ semua zat yg berbilang2 iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin TERMASUK MATA. BUKAN MATA SAHAJA tetapi SEMUA ZAT @ DIRI yg satu.

Tentu ada yang ingin bertanya, semua zat melihat Allah? Kaki dan tanganpun melihat Allah?

Ya........Kaki dan tanganpun melihat Allah. Bukan kaki dan tangan sahaja tetapi semua zat yg berbilang2 iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin TERMASUK MATA.

Tapi ingat ya tuan2, semua itu adalah PERBUATAN Allah yg tidak mampu difikirkan atau dibayang2kan. Untuk memahaminya, kita fikirkan sama2 ayat Allah ini
(Al-Fusilat : 21)

.وَقَالُواْ لِجُلُودِهِمۡ لِمَ شَهِدتُّمۡ عَلَيۡنَا‌  ۖ   قَالُوٓاْ أَنطَقَنَا ٱللَّهُ ٱلَّذِىٓ أَنطَقَ كُلَّ شَىۡءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ

Dan, berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.

(Al-Fusilat : 21)

Dalam ayat itu, yang berkata2 dan menjadi saksi pd hari kiamat ialah kulit kita dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam TERMASUK MULUT. BUKANNYA MULUT sahaja yg berkata2, BUKANNYA MULUT sahaja yg menjadi saksi tetapi semua zat atau anggota yang lain. Itu semua adalah PEKERJAAN ALLAH semata2. Itu semua adalah atas QUDRAT & IRADAT ALLAH semata2. Tidak ada sedikitpun usaha dan ikhtiar manusia disitu.

Begitulah juga dengan ahli syurga "melihat Allah". Yang melihat itu ialah SEMUA ZAT dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin TERMASUK MATA. Semua itu adalah PEKERJAAN ALLAH semata2. Itu semua adalah atas QUDRAT & IRADAT ALLAH semata2. Tidak ada sedikitpun usaha dan ikhtiar manusia disitu.

Saya pasti, masih ramai yang inginkan pencerahan tentang maksud hadith yang disebutkan diatas itu.

Apa sebenarnya maksud ayat yang terjemahnya seperti berikut :

 *”Sesungguhnya kamu akan MELIHAT Tuhanmu sebagaimana engkau MELIHAT BULAN, tidak ada yang menghalangimu untuk melihat-Nya"???*

Pencerahannya begini...Ayat itu adalah ayat MAJAZI. Ayat yang mengandungi makna tersirat. Lawan bagi ayat2 majazi adalah ayat2 hakiki. Ayat2 MAJAZI tidak boleh diktikadkan menurut zahir ayat seperti ayat2 HAKIKI. Untuk memahami ayat itu, kita lihat contoh ayat majazi berikut.

"Abu Jahal seorang BUAYA." "Abu Jahal KEPALA BATU".
"Abu Jahal HIDUNG TINGGI".

Itu 3 contoh ayat majazi @ majaz. Tidak boleh dipegang berdasarkan zahir ayat. Tidak boleh diterjemahkan kedalam bahasa lain spt bahasa Arab berdasarkan zahir ayat. Begitu jugalah dgn ayat2 Al Quran. Ada ayat majazi, ada ayat hakiki. Ayat majazi dalam al Quran, tidak boleh dipegang berdasarkan zahir ayat. Tidak boleh diterjemahkan kedalam bahasa lain spt bahasa Melayu @ bahasa Indonesia berdasarkan zahir ayat. Oleh itu TIDAK BOLEH DIIKTIKADKAN menurut zahir ayat.

Jadi macam mana?
Ayat2 majazi ada memiliki maksud kedua. Dalam contoh diatas itu maksud kedua ialah

"Abu Jahal seorang yg JAHAT."
 "Abu Jahal DEGIL".
"Abu Jahal SOMBONG".

Begitulah dgn ayat pd hadith diatas.

 *”Sesungguhnya kamu akan MELIHAT Tuhanmu sebagaimana engkau MELIHAT BULAN, tidak ada yang menghalangimu untuk melihat-Nya"*

Ayat itu memiliki maksud kedua. Apa maksud yg kedua itu? Baik. Begini. Kita fikirkan dahulu perkara ini.

Katalah sekarang ini kita semua sedang berkumpul dihadapan masjid pada waktu malam 15 ramadhan. Malam ini sepatutnya BULAN PENUH dan suasana TERANG BENDERANG disinari CAHAYA BULAN. Malangnya cuaca malam ini GELAP GELITA kerana bulan purnama dilindungi awan hitam.

Jika ada seseorang yang tidak dikenali berkata kepada kita seperti berikut :

Bumi ini TERANG pada waktu malam adalah kerana cahaya bintang BUKAN kerana cahaya bulan.

Kita percaya atau tidak?

Jawabannya mudah. Orang yang MENGENAL bulan dan bintang akan menjawab *"TIDAK."* Seterusnya dia akan berkata *"Bumi ini TERANG pada waktu malam adalah kerana cahaya BULAN, BUKAN kerana cahaya bintang."* Walaupun cuaca SANGAT GELAP GELITA, dia TIDAK melihat bulan purnama, namun orang yg mengenal bulan, PASTI TAHU disebalik awan hitam pd malam 15 Ramadhan itu ada BULAN PURNAMA yg sedang bersinar.

Tapi sebaliknya orang yg TIDAK MENGENAL BULAN BINTANG yakni tidak tahu PERBEZAAN antara bulan dan bintang seperti anak2 kecil sudah tentu menjawab "Ya mungkin" @ "Ya betul tu".

Jadi apa sebenarnya maksud kita tentang contoh bulan dan bintang itu? Maksud yang tersirat disini ialah, hanya orang yg MENGENAL ALLAH sahaja yakni orang yg dapat MEMBEZAKAN antara ALLAH dan MAKHLUK sahaja yang akan FAHAM MAKNA SEBENAR hadith itu. Orang yang tidak tahu @ membida'ahkan 20 perbezaan antara Allah dan makhluk @ 20 sifat bagi makhluk dan 20 sifat bagi Allah yg sudah dicerahkan pada Soalan 107 sudah pasti TIDAK FAHAM @ menolak pencerahan ini.

Diambil dari itu, hadith berkenaan bermaksud,  *”Sesungguhnya kamu (yakni diri kamu dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin) akan MELIHAT Tuhanmu (yang tiada RUPA dan WARNA dengan TERANG, SETERANG2NYA) sebagaimana engkau MELIHAT BULAN (TERANG BENDERANG yakni dengan TERANG, SETERANG2NYA) tidak ada yang menghalangimu untuk melihat-Nya (yakni melihat zat Allah yang tiada RUPA dan WARNA)"*

Sebagai penutup kepada persoalan ini, saya yakin ada antara kira yang terfikir, didalam syurga nanti,  jika semua anggota dari hujung rambut hingga hujung kaki termasuk MATA akan melihat Allah, boleh atau tidak kita menyebut *"ahli syurga akan melihat Allah dengan MATA?*

Jika boleh, kenapa boleh? Jika tidak boleh, apa bentuk ayat yang dibolehkan?

Pencerahannya begini.

Ingat semula perkara pertama dari 5 perkara yg disebut pd awal pencerahan ini iaitu *setiap yg dilihat dengan MATA @ dengan biji MATA dapat difikirkan dan dapat digambarkan oleh HATI kerana ada persamaannya dgn makhluk lain.*

Oleh itu, perkataan "ahli syurga akan melihat Allah dengan MATA" sama sekali TIDAK dibolehkan kerana membawa maksud Allah ada memiliki persamaan dgn makhluk lain. Dalam perkataan lain, perkataan itu adalah bidaah pada akal dan bidaah pd syarak atau kafir pada akal dan kafir pd syarak. Bentuk ayat yang dibolehkan ialah :

1⃣ Ahli syurga akan melihat Allah.
2⃣ Ahli syurga akan melihat Allah @ zat Allah @ diri Allah yang TIADA RUPA dan WARNA.

3⃣ Didalam syurga, diri manusia dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, TERMASUK MATA akan melihat Allah @ zat Allah @ diri Allah yang TIADA RUPA dan WARNA.

Itulah 3 contoh bentuk ayat yang benar pada akal dan benar pada syarak. Ada banyak lagi contoh lain yg BENAR pada syarak.

Persoalan yang berkait dgn masalah ini ialah "Adakah Nabi Musa mendengar KALAM ALLAH dengan TELINGA?

Kita akan cerahkan persoalan itu pada Soalan 113 insya Allah.

---------------------------------------------
Segala yang baik2 itu anugerah Allah dan semua yang salah itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
An-Nisa' : 79

Maaf zahir dan batin.
Wallohua'lam.

Mari mengenal Allah supaya kita terpelihara daripada SYIRIK. 112 pencerahan dan audio boleh didapati di

https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan