Isnin, 5 Jun 2017
Bab 10 Soalan.119.Apakah perbezaan antara makna : a) segala PUJI bagi Allah @ الحمدالله dengan memuji Allah? b) Apakah perkataan atau iktikad yang bercanggah dengan makna ayat الحمدالله dan membinasakan akidah?
*PENCERAHAN*
Soalan 119
Soalannya :Apakah perbezaan antara makna :
a) segala PUJI bagi Allah @ الحمدالله dengan memuji Allah?
b) Apakah perkataan atau iktikad yang bercanggah dengan makna ayat الحمدالله dan membinasakan akidah?
*PENCERAHAN*
Sebelum kita kupas persoalan itu, kita lihat dahulu akan makna PUJI pada syarak. Untuk memahami makna puji pada syarak, kita lihat maknanya pada adat. Apakah makna puji pada adat?
Makna puji atau pujian pada adat ialah perkataan yang bermaksud memuliakan, membersihkan, mengagungkan dan membesarkan seseorang.
Ada 4 jenis puji atau pujian pada adat @ pada manusia iaitu :
1) Pemimpin memuji dirinya sendiri.
2) Pemimpin memuji orang kebanyakkan.
3) Orang kebanyakkan memuji pemimpin.
4) Orang kebanyakkan memuji orang kebanyakkan.
Diambil dari itu, maka makna puji pada syarak ialah perkataan yang bermaksud memuliakan, menyucikan, mengagungkan dan membesarkan Allah atau seseorang selain Allah.
Justeru, ada 4 jenis puji atau pujian pada pada syarak iaitu :
1) Allah memuji diriNYA.
2) Allah memuji manusia.
3) Manusia memuji manusia.
4) Manusia memuji Allah.
⬇⬇⬇
_Jadi, apakah makna segala PUJI bagi Allah @ الحمدالله?_
Makna segala puji bagi Allah ialah Allah menerangkan diriNYA 4 perkara :
*1) ZatNYA* : Maha suci dari kekurangan.
Contohnya :
Allah Ta'ala mustahil lemah.
*2) SifatNYA* : Maha suci dari serupa dgn sifat makhluk.
Contohnya :
Allah Ta'ala mustahil memiliki tangan ataupun duduk di arash.
*3) NamaNYA* : Lengkap padaNYA segala nama yang baik2 seperti pada asma ul-Husna.
Contohnya :
Mustahil Allah Ta'ala menamakan diriNYA dengan gelaran yang buruk2 atau yang sabit pada makhkuk seperti "yang lemah" dan sebagainya.
*4) KelakuanNYA samada pada menghukum hambaNYA atau pada menjadikan makhluk* : Maha suci dari sebarang aniaya.
Contohnya :
Mustahil Allah Ta'ala menetapkan sebahagian manusia menjadi ahli neraka dan sebahagian menjadi ahli syurga.
⬇⬇⬇
_Apa pula makna memuji Allah?_
Makna memuji Allah pula 4 perkara juga iaitu kita diperintahkan oleh Allah supaya memujiNYA dalam apa jua keadaan samada yg disukai atau yang dibenci. Semua keadaan itu boleh dikategorikan kepada 4 iaitu :
⬇⬇⬇
*1) Khusus Untuk MUSUH ALLAH.*
*Atas Kebijaksanaan ALLAH Menghalang Bencana yang lebih BESAR dari berlaku.*
Memuji ALLAH Yang telah menghalang bencana yang lebih dahsyat dari kezaliman dan dosa teramat besar yang dilakukan manusia.
Contohnya : Apabila Firaun mati tenggelam ditengah badai laut Merah. Maka bencana yang dahsyat seperti itu, mencegah bencana yang lebih besar kepada kaum Bani Israil. Allah tetap dipuji atas kematian Firaun dan tenteranya.
⬇⬇⬇
*2) Khusus untuk hamba Allah yang sudah taubat nasuha.*
*Penghapus dosa untuk orang yang TAUBAT NASUHA.*
Memuji ALLAH kerana memberi ruang kepada hamba Allah yang memilih untuk bertaubat.
Contohnya : Apabila terjadi sesuatu bencana pada diri sendiri, bencana itu adalah untuk *menghapuskan DOSA manusia atas dosanya selama ini.* Allah tetap dipuji atas bencana itu.
⬇⬇⬇
*3) Khusus untuk hamba Allah yang LALAI.*
*Menjadi pengajaran kepada hamba-NYA yang LALAI supaya TAUBAT NASUHA SEGERA.*
Memuji ALLAH kerana mengingatkan hamba Allah yang lalai dan menjadi pengajaran supaya jangan cuai dan bertaubat segera.
Contohnya : Apabila terjadi kemalangan jalan raya pada diri sendiri kerana berwatsap sambil memandu, maka bencana itu adalah untuk menyedarkan kita *supaya SEGERA TAUBAT, JANGAN berwatsap sambil memandu.* Allah tetap dipuji atas bencana itu.
*4) Khusus untuk meninggikan martabat KEKASIH Allah*.
Contohnya : Apabila terjadi sesuatu keadaan yang amat sulit atau amat menyakitkan kepada diri para Nabi dan para wali Allah, bencana itu akan meninggikan martabat mereka disisi Allah. Contohnya Nabi Muhammad s.a.w. menahan lapar selama 3 hari 3 malam sambil mengikat batu diperut, Nabi Ayyub a.s. menderita penyakit kulit bertahun2, Nabi Zakaria dibunuh dengan digergaji, tubuh baginda terbelah dua dan leher Nabi Yahya a.s. yang dipenggal oleh orang kafir.
Allah tetap dipuji atas semua kesusahan dan kesulitan para kekasih Allah itu.
Ada ahli yang bertanya. Antara yang 4 itu, kita termasuk dalam golongan yang mana?
1) Kafir
2) Hamba Allah yang TAUBAT
3) Hamba Allah yang LALAI.
4) Kekasih Allah?
Yang mana satu? Jawabannya sudah tentulah BUKAN yang (1). Yang pasti kita tergolong dalam kategori ke-2 @ ke-3 @ ke-4. Saya secara peribadi adalah tergolong sebagai hamba Allah yang LALAI. Semua bencana dan kesusahan yang sy hadapi adalah PERINGATAN Allah supaya saya BERTAUBAT SEGERA sebelum mati. Orang lain, saya tidak tahu.
Persoalan seterusnya ialah, apakah perkataan dan iktikad yang bercanggah dengan ayat al-Quran yang berbunyi الحمدالله?
🔽🔽🔽
Pencerahannya begini.
Ada 1001 perkataan dan iktikad yang bercanggah dengan ayat الحمدالله. Kita sebutkan dua disini iaitu :
1⃣ beriktikad atau berkata bahawa semua perbuatannya sendiri yang jahat2 itu seperti membunuh, menipu, makan rasuah dan lain2 itu *"daripada Allah"*.
2⃣ beriktikad atau berkata perbuatannya sendiri yang jahat2 seperti merompak, minum arak dan lain2 dikata *"perbuatan Allah"* atau dikata *"sifat kebesaran Allah."*
Saya tahu, ada yang ingin bertanya, kenapa bercanggah dengan ayat al-Quran yakni ayat (الحمد الله) sedangkan ada menyebut
ۚ قُلۡ كُلٌّ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ
.....Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya adalah dari Allah".....
(An-Nisa' : 78)
Pencerahannya begini. Masalah ini sebenarnya sudah dicerahkan pada Soalan 106.
Sesiapa yang ingat2 lupa, eloklah semak semula.
Persoalan terakhir ialah, apakah perkataan dan iktikad yang bercanggah dengan ayat al-Quran yang berbunyi الحمدالله dan membinasakan akidah?
Perkataan dan iktikad yg membinasakan akidah itu sangat banyak. Kita sebutkan dua disini iaitu :
1⃣ Berkata atau beriktikad Allah *berada di arash* atau Allah memiliki tangan tetapi keberadaan Allah di arash itu atau tangan Allah itu laisakamitslihisyaiun.
Perkara ini sudah dicerahkan pd Soalan 83.
2⃣ beriktikad atau berkata perbuatannya sendiri yang jahat2 seperti merompak, minum arak dan lain2 dikata *"perbuatan Allah"* atau dikata *"sifat kebesaran Allah."*
Perkara ini sudah dicerahkan pd Soalan 106.
Sekali lagi kita tahu, mesti ada antara kita yang ingin bertanya, kenapa bercanggah dengan ayat al-Quran. Sila dengar dan lihat pencerahannya seperti pada Soalan 106.
Sesiapa yang ingat2 lupa, eloklah semak semula. Walaupun begitu, kita ulang sedikit secara ringkas.
Perkataan Allah *berada di arash* atau Allah memiliki tangan tetapi keberadaan Allah di arash itu atau tangan Allah itu laisakamitslihisyaiun sebenarnya adalah perkataan orang yang JAHIL MURAKKAB. Mereka tidak faham apa mereka sebut. Mereka tidak faham apa mereka lafazkan. Perkataan itu adalah umpama si JAHIL berkata, *"buku ini adalah jantan betina"*
Dia tidak faham makna jantan dan makna betina. Sebab itulah dia berkata sesuatu yang TIDAK PERLU DIULAS, TIDAK PERLU DIJAWAB melainkan untuk memperbetulkan kefahamannya.
Begitulah dgn perkataan Allah *berada di arash* atau Allah memiliki tangan tetapi keberadaan Allah di arash itu atau tangan Allah itu laisakamitslihisyaiun.
Sebenarnya, si jahil murakkab itu tidak faham perbezaan makna Allah, makna arash dan makna ayat "laisakamitslihisyaiun" pada akal dan pada syarak. Sebab itulah dia berkata sesuatu yang TIDAK PERLU DIULAS, TIDAK PERLU DIJAWAB melainkan untuk memperbetulkan kefahamannya.
Sebab itulah binasa akidahnya.
Begitulah dengan perkataan atau iktikad "perbuatannya sendiri yang jahat2 seperti menipu, merompak, minum arak dan lain2 dikata sebagai *"perbuatan Allah"* atau dikata *"sifat kebesaran Allah."*
Sebenarnya, si jahil murakkab itu tidak faham sempadan atau batas perbuatannya dengan perbuatan Allah pada adat, pada akal dan pada syarak. Sebab itulah dia berkata sesuatu yang sesat lagi menyesatkan.
Sedangkan dia sendiri TIDAK BERANI mengata perbuatan jahatnya seperti menipu orang dan merompak sebagai perbuatan PERDANA MENTERI @ perbuatan PRESIDEN @ perbuatan HAKIM, kenapa dia berani mendakwa perbuatan jahatnya itu sebagai perbuatan ALLAH?
Sebab itulah binasa akidahnya.
●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●
Segala yang baik2 itu anugerah Allah dan semua yg salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An-Nisa' : 79)
Maaf zahir dan batin.
Wallohua'lam
Selasa, 23 Mei 2017
Bab 10 Soalan 118.Persoalan ini adalah lanjutan dari Soalan 117. 1⃣ Apakah perbuatan bida'ah dalam solat yang boleh membinasakan akidah? 2⃣ Apakah prasyarat untuk khusyuk dalam solat?
Soalan 118
Persoalan ini adalah lanjutan dari Soalan 117.
1⃣ Apakah perbuatan bida'ah dalam solat yang boleh membinasakan akidah?
2⃣ Apakah prasyarat untuk khusyuk dalam solat?
*PENCERAHAN*
🌹🌹🌹🌹
Sebelum kita cerahkan persoalan ini, elok kita ingat semula maka BIDA'AH menurut 3 hukum seperti yang sudah diterangkan pada Soalan 89. Kita sebut semula secara ringkas iaitu, makna bida'ah pada syarak iaitu :
*suatu perbuatan @ amalan @ iktikad yang diada-adakan @ ditokok tambah atas nama Allah @ agama Islam sedangkan ianya BERCANGGAH DENGAN AL QURAN @ HADITH.*
Dalam istilah lain, makna bida'ah pada syarak ialah KAFIR PADA SYARAK.
Bukti @ dalilnya daripada al Quran dan hadith ialah
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ كَذَّبَ بِـَٔايَـٰتِهِۦۤ ۗ إِنَّهُ ۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
(Al-An'am : 21)
Oleh itu, menokok tambah suatu perbuatan @ amalan @ iktikad yang diada-adakan atas nama Allah @ Agama Islam ketika sedang solat, sedangkan ianya BERCANGGAH DENGAN AL- QURAN @ HADITH adalah suatu BIDA'AH.
Perbuatan bida'ah dalam solat itu boleh terjadi melalui 3 jenis perbuatan iaitu perbuatan hati, perbuatan lidah atau perbuatan anggota.
Persoalan sekarang, apakah contoh perbuatan yang dimaksudkan itu?
1⃣ Contoh perbuatan HATI :
a) Dibayang-bayangkannya Allah berada dihadapan samada sedang duduk atau sedang berdiri.
b) Digambar-gambarkannya Allah berada dihadapan dan diiktikadkannya keberadaan Allah dihadapannya itu sebagai "laisakamitslihisyaiun".
c) Dengan sengaja memikirkan sebarang pekerjaan diluar solat.
d) Melakukan solat atau rukunnya hanya sekadar BERNIAT.
e) menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad yang bersolat itu sebagai ROH, kerana menganggap ROH adalah sebenar2 diri dan jasadnya adalah sarung bagi roh.
f) membayang2kan gurunya berada dihadapan atau membayang2kan wajah gurunya ketika solat.
g) menganggap solatnya sudah sempurna sedangkan syarat, rukun serta perkara yang membatalkan solat TIDAK pernah dipelajari.
h) menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad bahawa "yang bersolat atau yang sedang solat itu adalah Allah"
i) menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad yg bersolat itu adalah muhammad atau nur muhammad.
2⃣ Contoh perbuatan LIDAH :
a) dengan sengaja menukar bacaan solat itu dengan bahasa ibunda seperti Bahasa Turki, Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
b) dengan sengaja mendahulukan membaca ayat yang sunat seperti membaca surah al-ikhlas baru membaca ayat wajib seperti al-Fatihah.
c) dengan sengaja mengubah kedudukan bacaan pada rukun yang lain seperti membaca fatihah ketika sujud dan sebagainya.
d) dengan sengaja menambah bacaan solat atau mengurangkan bacaannya yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat.
Contohnya ialah seperti bacaan ayat pertama al-ma'tsurat sebelum membaca surah al-fatihah.
اعو با لله السميع العليم من الشيطان الر جيم
Ayat itu boleh dibaca diluar solat tapi bukan ketika solat.
3⃣ Contoh perbuatan ANGGOTA :
a) dengan sengaja mengubah solat zohor menjadi 3 @ 5 rakaat.
b) dengan sengaja meninggalkan thomakninah antara 2 rukun.
c) dengan sengaja berkiblat selain ka'abah kerana beriktikad "kemana sahaja dihadapkan wajah, maka disitulah wajah Allah.
d) jemaah lelaki berimamkan perempuan atau perempuan dihadapan, lelaki di belakang.
e) dengan sengaja tidak menutup aurat sedangkan ia mampu.
f) dengan sengaja menambah rukun solat atau mengurangkan rukunnya yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat. Contohnya ialah meninggalkan thomakninah antara 2 rukun.
Persoalan seterusnya ialah, dalam banyak-banyak contoh perbuatan b
ida'ah ketika solat itu, yang manakah contoh perbuatan yang boleh membinasakan akidah?
Contoh perbuatan bida'ah yang boleh membinasakan akidah adalah seperti berikut :
1⃣ Perbuatan HATI :
a) Dibayang-bayangkannya Allah berada dihadapan samada sedang duduk atau sedang berdiri.
b) Digambar-gambarkannya Allah berada dihadapan dan diiktikadkannya keberadaan Allah dihadapannya itu sebagai "laisakamitslihisyaiun".
d) Melakukan solat atau rukunnya hanya sekadar BERNIAT.
e) Menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad yang bersolat itu sebagai ROH, kerana menganggap ROH adalah sebenar2 diri dan jasadnya adalah sarung bagi roh.
f) Membayang2kan gurunya berada dihadapan atau membayang2kan wajah gurunya ketika solat.
g) Menganggap solatnya sudah sempurna sedangkan syarat, rukun serta perkara yang membatalkan solat TIDAK pernah dipelajari.
h) Menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad bahawa "yang bersolat atau yang sedang solat itu adalah Allah"
i) Menafikan dirinya yang zahir batin itu bersolat sebaliknya beriktikad yg bersolat itu adalah muhammad atau nur muhammad @ nabi Muhammad.
2⃣ Perbuatan LIDAH :
a) Dengan sengaja menukar bacaan solat itu dengan bahasa ibunda seperti Bahasa Turki atau Bahasa Inggeris.
c) Dengan sengaja mengubah kedudukan bacaan pada rukun yang lain seperti membaca fatihah ketika sujud dan sebagainya.
d) Dengan sengaja menambah bacaan solat atau mengurangkan bacaannya yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat.
3⃣ Perbuatan ANGGOTA :
a) Dengan sengaja mengubah solat zohor menjadi 3 @ 5 rakaat.
c) Dengan sengaja berkiblat selain ka'abah kerana beriktikad "kemana sahaja dihadapkan wajah, maka disitulah wajah Allah.
d) Dengan sengaja lelaki berimamkan perempuan atau perempuan dihadapan, lelaki di belakang.
f) Dengan sengaja menambah rukun solat atau mengurangkan rukunnya yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan sahabat. Contohnya ialah meninggalkan thomakninah antara 2 rukun.
Persoalan seterusnya ialah, apakah prasyarat untuk khusyuk dalam solat?
Sebelum kita cerahkan persoalan ini, elok kita ingat semula pencerahan Soalan 117 dan kita fahamkan terlebih dahulu makna khusyuk pada syarak.
Untuk memahami maknanya pada syarak, kita perlu melihat maknanya pada adat. Itulah kaedah untuk memahami sesuatu istilah syarak. Jadi, apakah makna khusyuk pada adat?
Istilah paling hampir dengan perkataan *KHUSYUK* ialah *FOKUS 100%. TIDAK KHUSYUK* pula ialah *TIDAK FOKUS 100%*. Kita lihat contoh ini. Kita cari jawabannya dari sudut yang berbeza iaitu melalui maknanya yang bertentangan. Kita cuba fahami contoh TIDAK FOKUS 100%.
Katalah kita hendak menaiki bas ke suatu destinasi. Jika pemandunya seorang yang mabuk, adakah kita mahu menaiki bas berkenaan?
Jawabannya sangat mudah. Sudah tentu kita TIDAK MAHU menaiki bas itu. Kenapa? Sebabnya ialah pemandu MUSTAHIL FOKUS pada pemanduan. Pemandu itu sebenarnya akan memudaratkan dirinya sendiri dan penumpang.
Itulah contoh TIDAK KHUSYUK PADA ADAT yg mendatangkan MUDARAT pada adat.
Begitulah cara untuk memahami makna TIDAK KHUSYUK pada syarak. Orang yang tidak khusyuk solatnya akan mendapat MUDARAT PADA SYARAK iaitu DIAZAB DALAM API NERAKA.
Buktinya ialah ayat al Quran
(Al-Maun : 4-5)
فَوَيۡلٌ لِّلۡمُصَلِّينَ
ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ
Maka kecelakaan besar (neraka) bagi orang-orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada solatnya.
(Al-Maun : 4 - 5)
Jadi, untuk mencapai khusyuk pada adat itu AKAL @ HATI wajib dipelihara dari "kekotoran" melalui 5 pancaindera iaitu :
1⃣ mata
2⃣ telinga
3⃣ hidung
4⃣ lidah
5⃣ kulit dari hujung rambut hingga hujung kaki luar dan dalam.
*HATI* itu adalah umpama *AIR TASIK* yang berpunca dari 5 anak sungai. Air tasik itu akan BERSIH dengan 2 syarat iaitu :
1) semua 5 anak sungai itu WAJIB BERSIH 24 jam sepanjang tahun. Jika salah satu anak sungainya kotor, tasik itu TETAP KOTOR. Apa lagilah sekiranya lebih dari 1 anak sungai itu kotor, maka tasik akan menjadi semakin kotor.
2) Tebing sungai juga WAJIB BERSIH 24 jam sepanjang
tahun. Tujuannya ialah untuk MENCEGAH kekotoran dari tebing sungai masuk kedalam anak sungai ketika hujan lebat.
Itulah perumpamaan untuk membersihkan hati pada syarak. *Apabila hati sudah bersih, barulah KHUSYUK SOLAT itu akan hadir.* Hati itu akan BERSIH dengan 2 syarat iaitu :
1) semua 5 pancaindera itu WAJIB BERSIH 24 jam sepanjang tahun. Jika salah satu pancaindera kotor, hati itu TETAP KOTOR. Apa lagilah sekiranya lebih dari 1 pancaindera itu kotor, maka hati akan menjadi semakin kotor.
2) Persekitaran kita seperti rumah dan rakan2 juga WAJIB BERSIH 24 jam sepanjang tahun. Tujuannya ialah untuk MENCEGAH kekotoran dari persekitaran masuk kedalam hati dalam pergaulan sehari2.
Saya pasti ada yang ingin bertanya, macam mana hendak membersihkan hati melalui 5 pancaindera?
Pencerahannya begini.
1⃣ *MATA*
lihatlah semua yang halal, yg tidak mendatangkan dosa. Melihat yang haram diluar solat akan menyebabkan seseorang teringat perkara haram tersebut ketika solat. Inilah salah satu punca lalai solat.
2⃣ *TELINGA*
dengarlah dan berkatalah semua yang baik-baik, yg tidak mendatangkan dosa. Mendengar atau berkata2 yang haram diluar solat akan menyebabkan seseorang teringat perkara haram tersebut ketika solat. Inilah salah satu punca lalai solat.
begitulah sehingga pancaindera yang ke-5 iaitu
5⃣ *kulit dari hujung rambut @ kepala hingga hujung kaki luar dan dalam.*
sentuhlah semua yang halal, makan minumlah semua yang halal iaitu yg tidak mendatangkan dosa. Menyentuh atau memakan yang haram atau subhat diluar solat akan menyebabkan seseorang teringat perkara haram tersebut ketika solat. Inilah salah satu punca lalai solat.
Sekiranya salah satu pancaindera kita melakukan tegah Allah diluar solat, lebih2 lagi didalam solat, secara automatik, HATI kita akan KOTOR dan kita TIDAK mungkin khusyuk 100% sedangkan khusyuk 100% itu adalah WAJIB.
Pendek kata, untuk mendatangkan khusyuk dalam solat itu, kita WAJIB melakukan 5 perkara sebelum solat dan ketika solat :
1⃣ Sebelum solat, bersihkan HATI dari kekotoran melalui 5 pancaindera. Bawalah amalan dalam solat keluar solat.
1) Ketika solat, mata kita hanya memandang benda yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.
2) Ketika solat, telinga kita hanya mendengar suara yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.
3) Ketika solat, mulut kita hanya menyebut yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.
4) Ketika solat, kulit kita hanya menyentuh yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.
5) Ketika solat, hidung kita hanya menghidu yang halal. Begitulah hendaknya diluar solat.
Sekiranya kita dapat mengamalkan 5 perkara dalam solat diluar solat, hati kita akan BERSIH insya Allah.
2⃣ mengetahui, faham dan memenuhi 7 syarat solat.
3⃣ mengetahui, faham dan memenuhi 13 rukun solat.
4⃣ mengetahui, faham dan menjauhi 10 perkara yang membatalkan solat.
5⃣ mengetahui, faham dan beramal akan makna ihrom, tabdil, munajat dan mikraj.
Makna ihrom, tabdil, munajat dan mikraj sudah dicerahkan pada Soalan 117. Sesiapa yang ingat2 lupa tu, eloklah semak semula dan dengar audionya.
5 perkara yang disebutkan itu sebenarnya sangat ringkas tetapi membawa maksud yang SANGAT BESAR. Setiap satu perkara itu memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan. Pencerahannya setiap satu TIDAK dibuat disini kerana berada diluar skop perbincangan. Semua ahli dinasihatkan mencari penyelesaiannya dengan guru2 yang faham
Jika salah satu dari 5 perkara itu TIDAK disempurnakan, mustahil akan mendapat solat yang khusyuk.
Apa contohnya?
Contohnya ialah mengetahui dan memahami makna bacaan al-fatihah dan tahiyat akhir itu adalah WAJIB. Tetapi makna keduanya itu TIDAK pernah dipelajari, dia TIDAK tahu terjemah ayat "alhamdulillah" itu ialah "segala puji bagi Allah", bagaimana nak faham maksudnya? Terjemahnyapun tak tahu, maksudnya tentulah jauh sekali. Sebab itu mustahil khusyuk hadir pada sesuatu yang tidak diketahui. Mustahil khusyuk hadir pada sesuatu yang tidak difahami.
Allah akan menganugerahkan khusyuk kepada hamba-NYA yang berusaha bersungguh2 menyempurnakan solatnya. Insya Allah.
Ada a
hli yang bertanya, kenapa admin TIDAK menyebut rujukan semua pencerahan mulai soalan 1. Kenapa admin TIDAK menyebut nama2 kitab atau tuan guru untuk semua pencerahan mulai soalan 1.
Persoalan ini akan dicerahkan pada Soalan ke- 120 insya Allah.
Sebagai penutup, ada 2 amal yang sangat BERAT TIMBANGANNYA pada hari kiamat iaitu
1⃣ menuntut dan mengamalkan ilmu fardu ain.
2⃣ solat berjemaah yang khusuk.
🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾
Semua yang baik-baik itu anugerah Allah dan semua yang salah itu dari diri saya sendiri kerana saya menurutkan hawa nafsu.
(Surah An-Nisa ayat:79)
Wallohua'lam.
Bab 10 Soalan 117 Dalam solat kita akan membaca ayat ( *الله اكبر* ) yang ertinya *Allah Maha Besar.* Apakah perbezaan makna antara 2 ayat ini iaitu : a) Allah Maha Besar dan b) membesarkan Allah?
PENCERAHAN
┏━━━━❃❀❃🌹❃❀❃━━━━┓
*Soalan Ke-117*
┗━━━━❃❀❃🌹❃❀❃━━━━┛
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
Dalam solat kita akan membaca ayat ( *الله اكبر* ) yang ertinya *Allah Maha Besar.*
Apakah perbezaan makna antara 2 ayat ini iaitu :
a) Allah Maha Besar dan
b) membesarkan Allah?
*PENCERAHAN*
🌟🌟🌟🌟🌟
Sebelum kita bincang persoalan ini, elok kita kira, selama ini berapa kali kita sudah mengucapkan atau menyebut kalimah (الله أكبر) dalam 5 solat fardu sehari semalam. Sebenarnya setiap hari kita sudah mengucapkan kalimah (الله أكبر) sebanyak 107x iaitu seperti berikut :
Solat subuh : 13x (7+6)
Solat zohor : 25x (7+6+6+6)
Solat asar : 25x (7+6+6+6)
Solat maghrib : 19x (7+6+6)
Solat isya : 25x (7+6+6+6)
*Jumlahnya = 107 kali.*
Terjemah kalimah (الله أكبر) kita tahu iaitu Allah Maha Besar. Akan tetapi apakah makna kalimah Allah Maha Besar itu?
Pencerahan awalnya seperti ini. Allah Maha Besar menyatakan tentang Allah. Allah menyatakan diriNYA MAHA BESAR. Kita wajib memahami makna Maha Besar itu sama seperti yang diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran. Manakala, makna membesarkan Allah pula ialah perbuatan kita yakni perbuatan hamba yang MEMBESARKAN Allah.
Perintah Allah untuk membesarkanNYA ada didalam doa iftitah pada rakaat pertama semua solat fardu yang berbunyi :
*الله اكبر كبرا*
yang ertinya *"Allah Maha Besar lagi patut dibesarkan."*
Untuk mengetahui perbezaan makna keduanya, kita terlebih perlu mengetahui makna keduanya dari sudut hukum adat.
Apakah makna "maha besar" dan "membesarkan makhluk" pada adat? Memahami makna 2 kalimah itu pada adat akan menghampirkan faham kita akan makna keduanya pada syarak. Insya Allah.
Jadi, apakah makna maha besar pada adat?
Makna maha besar pada adat.
Perkataan yang paling hampir dan biasa digunakan ialah MAHARAJA @ RAJA dahulu kala yang mengistiharkan diri mereka MEMILIKI KEBESARAN dan mereka MEMILIKI ALAT2 KEBESARAN. RAJA @ SULTAN zaman moden ini pula MEMILIKI ALAT2 KEBESARAN.
Jadi, apakah maksud Maharaja @ raja dahulu kala bahawa mereka memiliki KEBESARAN? Rakyat pada masa itu wajib tahu dan faham makna MEMILIKI KEBESARAN sama seperti yang didakwa oleh maharaja keatas dirinya.
Jadi, apa maksudnya? Maksudnya sangat luas. Antaranya ialah 7 perkara iaitu :
1⃣ Maharaja memiliki kelebihan DIRI @ TUBUH yang TIDAK ADA pada rakyatnya seperti bertubuh sasa.
2⃣ Maharaja memiliki KUASA memerintah yang tidak terhingga. Raja bebas melakukan sekehendaknya.
3⃣ seluruh negara adalah MILIK Maharaja. rakyat tidak boleh bertindak sesuka hati melainkan dengan perkenan maharaja.
4⃣ PERINTAH dan KEHENDAK maharaja TIDAK boleh dibantah atau diingkari. Semua rakyat WAJIB TAAT kepada perintah dan kehendak maharaja.
5⃣ Maharaja memiliki tentera dan pengawal yang gagah perkasa untuk mentadbir dan mengawal negara.
6⃣ Maharaja memiliki alat2 sebagai BUKTI kebesaran dan kekuasaan seperti istana, pakaian diraja, keris dan lain2.
7⃣ Maharaja memiliki pesuruh dan undang2 yang wajib dipelajari dan ditaati.
Itulah makna MAHA BESAR pada adat iaitu khusus kepada Maharaja atau raja dahulu kala. Itulah kaedah untuk menghampirkan faham akan makna Allah Maha Besar atau (الله اكبر).
Maka makna MAHA BESAR pada syarak yg khusus kepada Allah itu TERLEBIH LUAS. Antaranya ialah 7 perkara juga iaitu :
1⃣ Allah atau diri Allah @ zat Allah tiada persamaan dengan diri makhluk iaitu "laisakamitslihisyaiun".
2⃣ Allah memiliki KUASA memerintah yang tidak terhingga. Allah bebas melakukan sekehendakNYA. Kuasa Allah itu "laisakamitslihisyaiun".
3⃣ seluruh alam semesta ini adalah MILIK Allah. Manusia tidak boleh bertindak sesuka hati melainkan yang diperintahkan oleh Allah.
4⃣ PERINTAH dan KEHENDAK Allah TIDAK boleh dibantah atau diingkari. Semua manusia WAJIB TAAT kepada perintah dan kehendak Allah.
5⃣ Allah memiliki tentera iaitu malaikat yang mencatit semua perbuatan @ amalan manusia diseluruh pelusuk alam.
6⃣ Sekalian alam ini adalah BUKTI kebesaran dan kekuasaa
n Allah.
7⃣ Allah memiliki pesuruh iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan undang2 iaitu al-Quran yang wajib dipelajari dan ditaati.
Itulah makna Allah Maha Besar atau (الله اكبر).
*Apa pula makna membesarkan Allah?*
Sama seperti makna Allah Maha Besar. Kita perlu mencari makna membesarkan makhluk PADA ADAT, barulah kita mudah memahami makna membesarkan Allah PADA SYARAK.
Apa contoh membesarkan makhluk? Contohnya terlalu banyak. Kita lihat 4 contohnya seperti berikut :
1) Contoh orang awam seperti kita.
Kita selalu membesarkan orang yang kita puja2. Kita sebut2 dan puji siang dan malam. Kita sama sekali TIDAK MELIHAT keburukan padanya. Melainkan 100% sempurna.
2) Contoh orang kaki muzik.
Orang yang kaki muzik, siang dan malam, menyebut penyanyi pujaan mereka. Mereka sama sekali TIDAK MELIHAT keburukan padanya. Melainkan 100% sempurna.
3) Contoh orang taksub politik. Pendukung gubernur Jakarta si Ahok @ Basuki Tjahaya Purnama membesarkan si kafir harbi itu 24 jam. Mereka sebut2 dan puji siang dan malam. Orang kafir dan munafik itu sama sekali TIDAK MELIHAT keburukan padanya. Melainkan 100% sempurna. Si munafik pula mendakwa, Allah telah menyebut nama si Ahok didalam Al-Quran dan diutus oleh Allah untuk memimpin bangsa Indonesia.
4) Contoh orang mabuk cinta. Orang yang sedang mabuk cinta, mereka menyebut2 dan memuji pasangan mereka itu siang dan malam. Mereka itu sama sekali TIDAK MELIHAT keburukan pada pasangannya. Melainkan 100% sempurna. Jika mereka berjanji bertemu jam 2.00 petang tanggal 1 Mac, mereka sanggup menunggu 24 jam awal walaupun menunggu itu satu bentuk penyiksaan. Tetapi, penyiksaan itu TIDAK dapat dirasai kerana KHUSYUK bercinta.
5) seorang HAMBA yang TAAT 100% kpd tuannya yang amat PENGASIH. Tidak ada yang keluar dari dalam mulutnya, tidak ada yg dilakukannya dan tidak ada yang didalam hatinya melainkan TUANNYA semata2. Penyerahan diri kepada tuannya adalah secara TOTAL 100%.
Itulah beberapa contoh membesarkan makhluk pada adat. Jadi, apakah makna membesarkan makhluk pada adat? Setelah kita faham makna membesarkan makhluk pada adat, kita akan mudah memahami makna dan contoh membesarkan Allah pada syarak, insya Allah.
Diambil dari itu, maka makna membesarkan makhluk pada adat ialah
1⃣ menyucikan makhluk.
2⃣ memuji makhluk.
3⃣ menyembah makhluk.
4⃣ secara total menyerahkan keperluan dirinya kepada makhluk.
Diambil dari makna membesarkan makhluk pada adat itu, maka makna membesarkan Allah pada syarak juga 4 perkara iaitu :
1⃣ menyucikan Allah.
2⃣ memuji Allah.
3⃣ mentauhidkan Allah.
4⃣ menyerahkan dirinya secara TOTAL kepada Allah semata2.
Maknanya setiap satu akan kita cerahkan insya Allah.
Makna 1⃣
Allah Maha Suci @ (سبحان الله) dan makna menyucikan Allah serta perbezaan makna antara keduanya sudah dicerahkan pada *Soalan 23 - 26.*
Makna 3⃣
Allah Maha Esa @ (قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ) dan makna mengesakan Allah (ﻻ اله ا ﻻ الله) serta perbezaan makna antara keduanya sudah dicerahkan pada *Soalan 66 dan Soalan 109.*
Sesiapa yang ingat2 lupa makna semua istilah itu, eloklah semak semula semua soalan itu.
Makna 2⃣
segala puji bagi Allah @ (الحمد لله) dan makna memuji Allah serta perbezaan makna antara keduanya akan dicerahkan pada Soalan 119 insya Allah.
Setelah kita melakukan 3 perkara diatas iaitu
1⃣ menyucikan Allah.
2⃣ memuji Allah.
3⃣ mentauhidkan Allah atau mengesakan Allah,
barulah kita mampu dan cukup syarat untuk membesarkan Allah iaitu perkara yang ke-4⃣.
Secara tersirat, kalimah
سبحان الله والحمد لله و لا إله إلا الله والله أكبر
sebenarnya menerangkan tertib beribadah kepada Allah iaitu
1⃣ menyucikan Allah.
iaitu setelah tahu syarat rukun dan perkara yang membatalkan makna menyucikan Allah, barulah naik ke tahap kedua iaitu :
2⃣ memuji Allah.
Setelah tahu syarat rukun dan perkara yang membatalkan makna memuji Allah, barulah naik ke tahap ketiga iaitu
3⃣ mentauhidkan Allah.
Setelah tahu syarat rukun dan perkara yang membatalkan makna mentauhidkan Allah, barulah naik ke tahap keempat iaitu :
4⃣ membesarkan Allah.
Ringkasnya :
1⃣ Hanya orang yang mengenal Allah sahaja, yang
dikatakan TAHU dan SAH menyucikan Allah, sempurna dengan syarat, rukun dan yang membatalkan makna SUCI.
2⃣ Hanya orang yang menyucikan Allah sahaja, yg dikatakan TAHU dan SAH memuji Allah, sempurna dengan syarat, rukun dan yang membatalkan makna PUJI.
3⃣ Hanya orang yang memuji Allah sahaja, yang dikatakan TAHU dan SAH mentauhidkan Allah, sempurna dengan syarat, rukun dan yang membatalkan makna ESA.
4⃣ Hanya orang yang mentauhidkan Allah sahaja, yang dikatakan TAHU dan SAH membesarkan Allah, sempurna dengan syarat, rukun dan yang membatalkan makna MAHA BESAR.
Barulah kalimah
سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله والله أكبر
yang diucapkan memberi manafaat kepada kita.
Sesungguhnya, orang yang masih belum mengenal Allah yakni belum dapat membezakan antara makhluk dan Allah yang QODIM, masih belum sempurna solatnya kerana masih belum mampu 4 perkara, kerana masih belum tahu syarat rukun dan yg membatalkan 4 perkara iaitu :
1⃣ menyucikan Allah,
2⃣ memuji Allah,
3⃣ mentauhidkan Allah,
4⃣ membesarkan Allah,
Kenapa pulak tidak sempurna solatnya? Apa kaitan membesarkan Allah dengan kesempurnaan solat?
Begini.
Ingat semula tuan2, Allah menyuruh kita membesarkanNYA semasa solat melalui doa iftitah iaitu ayat yang berbunyi :
*الله اكبر كبرا والحمد الله كثيرا ..............*
yang ertinya *"Allah Maha Besar lagi patut dibesarkan dan segala puji bagi Allah iaitu puji yang amat banyak."*
Mulai takbir yang pertama yang disebut sebagai "takbirotul ihrom" itu maka *HARAMLAH SEGALA YANG HALAL DILUAR SOLAT MELAINKAN BACAAN SOLAT DAN AYAT AL-QURAN.* Sama seperti saat bermulanya rukun haji yang pertama iaitu ihrom. Berniat dan berpakaian ihrom di miqot. Sebagaimana semasa ihrom, haramlah 10 perkara yang halal diluar ihrom itu. Maka mulai saat takbir yang pertama atau takbirotulihrom itu, hingga ucapan salam, kita WAJIB FAHAM dan beramal dengan 4 perkara iaitu :
1⃣ Ihram @ ihrom
2⃣ Munajat
3⃣ Mikraj
4⃣ Tabdil
Kita akan cerahkan secara ringkas makna 4 istilah yang tersebut di atas.
1⃣ Ihram @ ihrom.
Maknanya itu ialah, mulai saat dilafazkan takbir pertama sehingga salam maka *HARAMLAH SEGALA YANG HALAL DILUAR SOLAT MELAINKAN BACAAN SOLAT DAN AYAT AL-QURAN.*
Dengan sengaja mengingat selain makna bacaan solat adalah HARAM. Contohnya : Ketika kita membaca ayat ke-2 surah al-Fatihah
( الحمد الله رب العالمين )
maka hati kita WAJIB memahami paling kurang terjemahnya iaitu *"segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan sekalian alam".* Dengan sengaja mengingat SELAIN dari itu seperti mengingat anak2 atau kerja yang belum siap adalah HARAM. Orang yang mengingat SELAIN dari itu adalah orang yang LALAI dalam solat.
2⃣ Munajat.
Maknanya itu ialah, MENYERU @ MERAYU sambil MENGHINA DIRI, kepada Allah. Diambil dari itu, ketika munajat maka lengkaplah 4 perkara iaitu :
1) menyucikan Allah.
2) memuji Allah.
3) mentauhidkan Allah.
4) membesarkan Allah.
Contohnya : Ketika kita membaca ayat ke-3 dan ke-4 surah al-Fatihah
ملك يوم الدين
اياك نعبد وايا ك نستعين
maka hati kita WAJIB memahami paling kurang terjemahnya iaitu *"Engkau jua RAJA yang memerintah pada hari kiamat. Engkau jua Tuhan yang kami sembah dan kepada Engkau jua kami meminta pertolongan".* Dengan sengaja mengingat SELAIN dari itu adalah HARAM. Orang yang mengingat SELAIN dari itu adalah orang yang LALAI dalam solat.
3⃣ Mikraj
Maknanya itu ialah naik diri kita yakni lidah, anggota dan hati pada mengerjakan solat itu. Dalam perkataan lain, haram berpaling dari pekerjaan solat yakni perintah yang sangat kuat supaya JANGAN berpaling sama sekali kepada sebarang pekerjaan diluar solat walaupun ianya perintah Allah sekalipun seperti bersedekah, menolong ibubapa dan sebagainya. Orang yang berpaling SELAIN dari pekerjaan solat itu adalah orang yang LALAI dalam solat.
4⃣ Tabdil.
Maknanya itu ialah terganti yakni terganti 3 perbuatan kita iaitu perbuatan lidah, perbuatan anggota dan perbuatan hati semata-mata rukun solat itu. Dalam perkataan lain, WAJIB KHUSYUK zahir batin @ zahir batin WAJIB FOKUS 100% mulai takbir sehinggalah ucapan salam. Solat yang tidak khusyuk @ kurang fokus a
dalah solat orang yang lalai. Tidak berusaha untuk khusyuk atau tidak berusaha untuk fokus itu adalah HARAM. HARAM LALAI dalam solat walau sedetik sekalipun.
Dalilnya dari al-Quran ialah
فَوَيۡلٌ لِّلۡمُصَلِّينَ
ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ
Maka kecelakaan besar (neraka) bagi orang-orang yang solat. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya.
(Al-Ma'un : 4 - 5)
Itulah satu contoh membesarkan Allah iaitu ketika solat. Diambil dari itu, perbuatan seseorang yang sedang membesarkan Allah diluar solat, boleh "dilihat" melalui 3 jenis perbuatan iaitu
*1) PERBUATAN HATI.*
Tidak ada yang didalam hatinya atau yang sedang difikirkannya melainkan semua yang diperintahkan oleh Allah.
*2) PERBUATAN LIDAH.*
Tidak keluar dari mulutnya melainkan perintah Allah samada ia sedang memperkatakan suruh ataupun sedang memberi nasihat untuk menjauhi tegah.
*3) PERBUATAN ANGGOTA.*
Tidak ada yang sedang diperbuatnya atau sedang dilakukannya melainkan perintah Allah samada ia sedang mengerjakan suruh ataupun ia sedang menjauhi tegah.
Orang yang sentiasa membesarkan Allah ialah ulama pewaris Nabi dan para wali Allah. Tanda ulama pewaris Nabi dan wali Allah itu adalah semua perbuatan mereka hanya berkisar pada perkara yang FARDU ataupun SUNAT shj.
Memandangkan, persoalan ini telah mencetuskan pertanyaan daripada ahli atau anggota, persoalan itu akan dicerahkan pada Soalan 118 insya Allah.
Persoalan ahli itu ialah, merujuk kepada hakikat solat yang diajarkan oleh golongan hakikat,
1) benarkah penerangan mereka?
2) Apakah syarat khusyuk dalam solat?
3) Apakah perkara yang menyempurnakan solat? dan
4) Apakah perkara bida'ah ketika solat yang boleh membinasakan akidah?
Kita akan dicerahkan pada Soalan 118 insya Allah.
Sebagai kesimpulan kepada persoalan ini, hanya orang yang mengenal Allah sahaja yakni mereka yang dapat membezakan antara makhluk daripada Allah yang QODIM sahaja yang SAH MEMBESARKAN ALLAH, yang SAH mentauhidkan Allah, yang SAH memuji Allah dan yang SAH menyucikan Allah bahawa sanya Allah itu "laisakamitslihisyaiun".
Makna mengenal Allah sudah dicerahkan pada Soalan 1 dan soalan berikutnya iaitu membezakan antara makhluk dari Allah yang menjadikan makhluk. Kaedah yang kita gunakan ialah dengan SIFAT 20. Akhir kalam, semua ahli dinasihatkan menyemak dan membaiki semula semua 117 pencerahan seperti pada senarai soalan yang ditunjukkan.
═════ ❁🌹❁ ═════
Semua yang baik-baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
mafhum (an-Nisa' : 79)
Maaf zahir dan batin.
Wallohua'lam
Selasa, 14 Februari 2017
Bab 10 Soalan 116 Persoalan dari ahli Kenapa dalam pencerahan, admin selalu menyebut perkataan : a) jatuh kafir? b) menghukum orang yang berbeza pendapat sebagai KAFIR?
Soalan 116
Persoalan dari ahli
Kenapa dalam pencerahan, admin selalu menyebut perkataan :
a) jatuh kafir?
b) menghukum orang yang berbeza pendapat sebagai KAFIR?
Persoalannya ialah *benarkah kita (admin) menghukum orang yang berlainan pendapat sebagai KAFIR?*
*PENCERAHAN*
🌹🌹🌹🌹🌹
Sebelum kita cerahkan persoalan itu, kita perlu tahu bahawa kita semua adalah orang awam. Kita bukan ulama. Kita bukan orang alim. Kita bukan wali Allah. Kita hanya orang awam yang sedang mencari2 ilmu yang difardukan oleh Allah. Kita hanya orang awam yang ingin berkongsi ilmu2 fardu ain yang difardukan oleh Allah. Kita bukan menghukum sesiapa. Kita tidak layak menghukum orang lain melainkan menghukum diri sendiri.
Yang layak menghukum hanyalah ulama atau hakim. Kita semua hanyalah manusia biasa. Kita semua hanyalah orang awam yang tidak lepas dari dosa2 termasuklah dosa besar. Oleh itu, sekiranya ada perkataan yang digunakan disini seolah-olah "MENGHUKUM" atau "MENJATUHKAN HUKUMAN" maka saya bagi pihak barisan admin meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Itu semua berpunca dari kelemahan kami menyusun dan mengolah ayat. Kita hanya menyampaikan ilmu @ berkongsi sedikit ilmu untuk menimbulkan KETAKUTAN KEPADA ALLAH. Kita hanya menyampaikan ilmu @ berkongsi sedikit ilmu untuk menimbulkan KETAKUTAN MENSYIRIKKAN ALLAH.
Sesungguhnya orang yang hanya pandai berkata2 dan berhujjah BUKANLAH orang yang berilmu. Akan tetapi orang yang berilmu itu ialah mereka yang berjaya menimbulkan ketakutan dihati seseorang dari melakukan sebarang perbuatan SYIRIK @ yang MEMBINASAKAN AKIDAH.
Oleh itu, barisan admin tidak sunyi daripada melakukan sebarang perkara yang ditegah oleh Allah. Sebarang kesilapan, boleh ditegur secara terbuka, secara PM ataupun terus bersemuka dengan admin tanpa sebarang halangan. Untuk bertemu admin sangatlah mudah. Boleh hubungi melalui telefon atau datang sendiri ke Daerah Sik, Kedah. Tempat penginapan dan makan minum sebagai tetamu 3h3m disediakan. Insya Allah.
Satu perkara lagi, kita ingat semula makna KAFIR menurut tiga hukum. Maknanya itu sudah dicerahkan pada pencerahan Soalan 104. Sesiapa yang ingat2 lupa eloklah semak semula. Walaupun begitu, kita ulang semula pencerahan itu secara ringkas.
Makna kafir pada syarak ialah ingkar @ melakukan sebarang perbuatan @ sebarang amalan @ iktikad yang BERCANGGAH dengan perintah Allah yang disebut didalam Al Quran @ Hadith dan menyebabkan JATUH KAFIR @ BINASA AKIDAH. Semua orang kafir yang BINASA AKIDAH adalah pelaku SYIRIK ataupun disebut juga sebagai orang musyrik pada syarak.
Contohnya telah diberikan pada Soalan 83, 84 dan pd banyak pencerahan yang lain sebelum ini.
Pada umumnya, dari sudut akidah, ada 4 jenis kafir pada syarak. Jika kita faham 4 jenis kafir ini, kita akan mudah faham ciri2 kafir yang lain atau pecahan 4 jenis kafir itu. 4 jenis kafir itu ialah :
1) Kafir harbi
2) Kafir zimmi
3) Kafir murtad
4) Kafir munafik
Contoh dan tanda bagi setiap satu sudah diberikan pada pencerahan Soalan 104. Kita akan kupas lebih lanjut 4 jenis kafir itu.
1) Kafir harbi adalah KAFIR MUKTAMAD.
2) Kafir zimmi adalah KAFIR MUKTAMAD.
3) Kafir murtad adalah KAFIR MUKTAMAD.
Ketiganya disebut sebagai KAFIR MUKTAMAD iaitu kafir yang akan kekal menerima azab di dalam neraka selama2nya. Tempat mereka itu didalam neraka adalah antara neraka tingkat bawah hingga tingkat 6. Bukannya ditingkat 7 yang akhirnya akan dikosongkan juga iaitu setelah penghuninya menerima azab, mungkin beribu tahun, mungkin beratus tahun, mungkin juga sehari yang tempoh sehari itu sama dengan satu ribu tahun di dunia, sesuai dengan dosa BESAR yg mereka lakukan semasa hidup.
Orang kafir munafik itu pula terbahagi 2 iaitu
1⃣ umat Islam yang berperangai munafik tetapi SEGERA INSAF apabila sedar kesalahannya. Contoh sifat munafik yang sering dilakukan, sering diulang2 ialah :
1) merasa dirinya sudah cukup ilmu agama.
2) memandang rendah pada orang lain.
3) bercakap bohong dan 1001 contoh yang lain.
Mereka yang sedar kesalahan seperti ini segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Jika mereka ini mati dalam keadaan melakukan dosa BESAR tetapi masih MEMILIKI IMAN walaupun sedikit, mereka ini akan menerima azab NERAKA tingkat 7. Setelah dosa mereka HABIS dibalas didalam neraka, barulah dibawa oleh malaikat masuk ke dalam SYURGA. Golongan ini juga disebut sebagai orang KAFIR kerana MELANGGAR PERINTAH ALLAH sampai pada saat kematian. Tidak ada yang memasuki neraka untuk diazab melainkan orang kafir iaitu orang yang menzalimi diri sendiri atau menzalimi orang lain. Buktinya dari al- Quran ialah (Ali Imran : 192).
رَبَّنَآ إِنَّكَ مَن تُدۡخِلِ ٱلنَّارَ فَقَدۡ أَخۡزَيۡتَهُ ۥ ۖ وَمَا لِلظَّـٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ
Wahai Tuhan kami, sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim yakni kafir tidak akan beroleh seorang penolong pun.
(Ali Imran : 192)
2⃣ Umat yang zahirnya Islam akan tetapi mengekalkan perbuatan munafik sampai mati. Golongan ini disebut sebagai KAFIR MUKTAMAD iaitu yang KEKAL SELAMA-LAMANYA MENERIMA AZAB didalam neraka paling bawah. Buktinya adalah (An-Nisa' : 145).
إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ فِى ٱلدَّرۡكِ ٱلۡأَسۡفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمۡ نَصِيرًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.
(An-Nisa' : 145)
Contoh golongan munafik ini ialah :
1) orang yang mengekalkan perbuatan dosa besar melalui "body langguage" @ bahasa tubuh @ dalam bahasa Arab disebut sebagai "لسان الهال" bahawa " لسان الهال اءفصح من لسان المقال"
Contoh dosa besar yang dimaksudkan ialah seperti tahu kewajiban mengenal Allah akan tetapi sampai mati TIDAK BERUSAHA MENGENAL ALLAH @ TIDAK BERUSAHA menyelesaikan semua yang difardukan oleh Allah keatas dirinya sekurang2nya had FARDU AIN.
2) orang yang mengekalkan perbuatan menipu umat dengan ajaran sesat @ bida'ah sampai mati samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.
3) mereka yang mati dalam keadaan MENJADIKAN KAFIR HARBI sebagai pemimpin. Contoh kafir harbi adalah si Ahok atau Basuki Thahaya Purnama, Gubernor Jakarta yang JELAS MENGHINA AL-QURAN. Orang yang mengaku Islam tetapi memilih seorang kafir harbi sebagai pemimpin sebenar2nya adalah KAFIR MUNAFIK yang akan KEKAL menerima azab didalam neraka.
Buktinya dari al-Quran ialah
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih,
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
(iaitu) orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.
(An-Nisaa’ : 138–139)
Oleh itu secara ringkasnya, perkataan KAFIR yang disebutkan pada semua pencerahan didalam group ini adalah 2 jenis kafir iaitu :
1⃣ kafir yang akan KEKAL didalam neraka.
2⃣ kafir yang diazab di dalam neraka untuk SEMENTARA waktu sahaja.
Rasanya pencerahan setakat itu sudah boleh menjawab persoalan diatas. Walaupun begitu, kita akan cerahkan sedikit lagi.
Agar persoalan ini lebih mudah difahami, elok rasanya kita kembali semula kepada tajuk dan matlamat penubuhan group ini iaitu (As-Syura : 11)
*لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡء*
Tiada sesuatupun yang serupa dengan (ZatNya, sifatNya, kelakuanNya, nama-Nya dan hukumNya)
(As-Syura : 11)
Tujuan kita sebenarnya berkait rapat dengan ayat tersebut. Apa sebenarnya tujuan kita membuka group *laisakamitslihisyaiun"* ini mulai pada 11/11/2015? Pencerahannya sudah dibuat pada peringkat awal sebelum pencerahan Soalan 1. Group ini adalah satu2nya group alam maya yg berfokuskan ilmu AKIDAH. Iaitu ilmu2 yang mengajak ahli mengulangkaji dan berkongsi ilmu tentang perkara menyebabkan jatuh KAFIR @ MURTAD @ SYIRIK tanpa sedar melalui 3 perkara iaitu :
1⃣ perbuatan hati
2⃣ perbuatan lidah
3⃣ perbuatan anggota
Untuk pengetahuan kita semua, masalah AKIDAH @ IMAN umat akhir zaman ini amatlah KRONIK. Ada yang islam pada waktu pagi, kafir pada waktu petang. Ada yang kafir pada waktu petang, islam pada waktu petang. Ada yang islam pada waktu siang, kafir pada waktu malam. Ada yang imannya BINASA sekelip mata malah ada yang TANPA SEDAR sudah kafir dan mengekalkan perbuatan syirik yg membinasakan akidah itu sampai MATI. Buktinya dari hadith nabi adalah seperti berikut :
بَادِرُوا فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ
يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا وَيُمْسِي مُؤْمِنًا
وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang mafhumnya : “Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gelita, seorang laki-laki :
1) mukmin di waktu pagi tetapi telah kafir di waktu petang dan
2) beriman di waktu petang tetapi telah kafir pada paginya.
Ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia.”
(HR. Ahmad No. 8493)
Semua masalah akidah itu berpunca daripada kejahilan melampau dari peringkat anak hingga kepada datuk nenek. Dari peringkat orang kebanyakkan hingga kepada golongan terpelajar. Kejahilan melampau akibat TIDAK memahami perbezaan antara hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Kejahilan melampau akibat TIDAK memahami 3 jenis perbuatan yang menyebabkan JATUH MURTAD @ KAFIR tanpa sedar.
Kita juga elok tahu, dialam maya ini, group yg membincangkan ilmu2 selain akidah amatlah banyak. Tidak terhitung banyaknya. Akan tetapi group yg membincangkan sifat 20 dan akidah ASWJ boleh dihitung dengan jari. Justeru itu, kita kena faham bahawa dalam perkara akidah hanya ada 2 perkara iaitu :
1⃣ Islam
atau
2⃣ Kafir
tidak ada istilah 👇🏾
1⃣ mungkin masih Islam
atau
2⃣ mungkin sudah kafir.
Dari sudut akidah,
1⃣ kita WAJIB BELAJAR
2⃣ kita WAJIB BERAMAL
3⃣ kita WAJIB MEMELIHARA AKIDAH 24 jam sepanjang hayat supaya jauh daripada perbuatan SYIRIK melalui 3 perbuatan yg disebut diatas. Perkara yg menyebabkan jatuh kafir itu amat mudah malah lebih mudah dari menukar baju sendiri.
Oleh itu, dengan memahami perkara yg menyebabkan JATUH KAFIR itu "AMAT PENTING". Itulah yg dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. selama 13 tahun dan itulah juga yg dilakukan oleh Nabi Noh a.s. selama 700 tahun.
Hanya dengan cara itu akidah kita selamat insya Allah. Kita lihat contoh ini dan kita fikir bersama2.
Kita ulang semula bahawa perkara menyebabkan jatuh KAFIR @ MURTAD @ SYIRIK tanpa sedar itu 3 perkara iaitu :
1⃣ melalui perbuatan hati.
2⃣ melalui perbuatan lidah.
3⃣ melalui perbuatan anggota.
Kita lihat contohnya satu persatu.
Iktikad yang menyebabkan BINASA AKIDAH melalui perbuatan HATI.
1⃣ Yakin didalam HATI dengan dakwaan sesetengah golongan bahawa *"sifat 20 itu BIDAAH.* Keyakinan seperti itu menyebabkan *BINASA AKIDAH."* Kenapa pulak binasa akidah?
Sebabnya ialah mendakwa sifat 20 itu sebagai bida'ah bermakna
1) Allah wajib wujud itu BIDA'AH.
2) Allah wajib qidam itu BIDA'AH.
3) Allah wajib baqo itu BIDA'AH.
hinggalah
20) Allah wajib mutakallimun itu BIDA'AH.
Sesungguhnya barangsiapa berktikad seperti itu yakni sifat 20 itu BIDA'AH maka telah JATUH KAFIR @ BINASALAH AKIDAHNYA.
Adakah apabila kita menyebut *"Sesungguhnya barangsiapa berktikad seperti itu telah JATUH KAFIR @ BINASA AKIDAH"* maka kita sudah menghukum orang sebagai KAFIR?
Adakah apabila kita menyebut *"Sesungguhnya barangsiapa yang menjadikan kafir harbi itu sebagai pemimpin, adalah seorang MUNAFIK"* maka kita sudah menghukum orang sebagai KAFIR MUNAFIK?
Adakah apabila kita menyebut *"Sesungguhnya barangsiapa yang ditangkap kerana mencuri, akan dipotong tangannya"* maka kita sudah menghukum orang sebagai PENCURI?
Jawabannya YA @ TIDAK.
Adakah apabila kita menyebut *"Sesungguhnya barangsiapa yang mengiktikadkan dirinya adalah berasal dari juzuk diri Allah, telah jatuh KAFIR"* maka kita sudah menghukum orang tersebut sebagai KAFIR?
Agar lebih mudah faham, kita fikir contoh ini.
Hampir kebanyakkan kita mengetahui bahawa hukuman bagi seseorang yang membunuh orang lain dengan sengaja adalah HUKUMAN MATI MANDATORI atau PENJARA SEUMUR HIDUP. Mustahil pembunuh atau penjenayah dilepaskan begitu sahaja.
Katalah jiran sekampung kita dibunuh oleh seorang penjenayah. Pembunuh itu dapat ditangkap. Kita pun kata kepada si penjenayah yang ditangkap itu, *"orang yang membunuh akan menerima hukuman MATI".*
Adakah kita sudah menghukum penjenayah itu?
a) Ya kita sudah menjatuhkan hukuman.
b) Tidak. Kita tidak menghukum penjenayah itu.
c) Kedua2 jawaban diatas SALAH.
Antara yg tiga itu, mana satu yg benar?
Yang benar ialah (b) iaitu kita TIDAK menghukum mereka. Kita hanya menyampaikan ilmu agar diri kita dan orang lain TAKUT untuk melakukan JENAYAH pada adat.
Begitulah juga dengan perkataan *"Sesungguhnya barangsiapa berktikad seperti itu telah JATUH KAFIR @ BINASA AKIDAH"*.
Perkataan itu dan 2 contoh perkataan yang lain BUKAN menghukum sesiapa. Kita hanya menyampaikan ilmu atau meyampaikan ayat2 yg ada di dalam al-Quran agar diri kita dan orang lain TAKUT untuk melakukan JENAYAH AKIDAH pada syarak iaitu perbuatan SYIRIK yang membinasakan akidah.
Itulah contoh sifat sebaik2 manusia iaitu sentiasa memberi nasihat atau memberi ingat kepada saudara seagama agar menjauhkan diri dari perbuatan SYIRIK. Manusia yang terbaik adalah mereka yang memberi manafaat kepada orang lain. Membiarkan orang lain melakukan perbuatan syirik tanpa sebarang dakwah adalah perbuatan iblis dan syaitan yang menyebabkan kita dihumban ke dalam neraka bersama2 iblis dan syaitan.
Sebagai penutup kepada persoalan ini, kita sama2 fikirkan perumpamaan ini.
Sebenarnya, semua manusia sedang dalam perjalanan menuju PADANG MAHSYAR untuk melihat penghakiman atas semua perbuatan kita semasa hidup didunia. Kita semua adalah umpama orang yang sedang meniti jambatan kecil, yang merentasi 2 puncak gunung batu yang sangat tinggi dan sangat tajam. Kesilapan yang kecil sahaja seperti bermain2, bergurau2, tidak kyusuk atau tidak ada konsentrasi, boleh mengakibatkan kita jatuh langsung mati di dalam jurang yang sangat tajam dan dalam. Kematian yang fatal pasti terjadi. Hanya orang yang membuat persiapan sahaja akan selamat. Hanya orang yang kyusuk sahaja akan selamat. Hanya orang yang serius sahaja akan selamat. Mereka yang bermain2, mereka yang tidak membuat persiapan, mereka yang tidak kyusuk, mereka yang tidak kisah, PASTI AKAN JATUH DAN MATI DIDALAM JURANG. Itulah gambaran bahawa orang yang TIDAK TAHU PERBUATAN yg menyebabkan SYIRIK sudah PASTI AKAN MENERIMA AZAB YANG SANGAT FATAL DAN KEKAL DIDALAM JURANG API NERAKA. Nauzubillah..
Semoga akidah kita dan keluarga kita selamat daripada syirik sehingga mati.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Semua yang baik2 itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah itu adalah kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
Mafhum an-Nisa' : 79
Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam
Ahad, 5 Februari 2017
Bab 10 SOALAN 115 Lanjutan Soalan 93 Hukum atas perbuatan membantah, mengingkarkan dan berpaling dari ayat-ayat Allah adalah KAFIR pada syarak. Apakah makna dan contoh 3 perbuatan berikut iaitu : a) membantah ayat Allah. b) mengingkarkan ayat Allah. c) berpaling dari ayat Allah.
SOALAN 115
Lanjutan Soalan 93
Hukum atas perbuatan membantah, mengingkarkan dan berpaling dari ayat-ayat Allah adalah KAFIR pada syarak.
Apakah makna dan contoh 3 perbuatan berikut iaitu :
a) membantah ayat Allah.
b) mengingkarkan ayat Allah.
c) berpaling dari ayat Allah.
*PENCERAHAN*
Sebelum kita cerahkan persoalan itu, kita lihat dahulu 3 firman Allah berikut :
مَا يُجَـٰدِلُ فِىٓ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَا يَغۡرُرۡكَ تَقَلُّبُہُمۡ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ
Tidak ada yang *membantah mengenai ayat-ayat* Allah melainkan orang-orang yang *kafir.* Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.
(Al-Ghofir : 4)
Yang ke-2
وَلَمَّا جَآءَهُمۡ كِتَـٰبٌ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمۡ وَكَانُواْ مِن قَبۡلُ يَسۡتَفۡتِحُونَ عَلَى ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَمَّا جَآءَهُم مَّا عَرَفُواْ ڪَفَرُواْ بِهِۦ ۚ فَلَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ
Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka *mengingkarinya*; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang *kafir ingkar* itu.
(Al-Baqarah : 89)
Yang ke-3
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ رَأَيۡتَ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat *orang-orang munafik itu berpaling* serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
(An-Nisa' : 61)
Itulah 3 ayat Allah yang menjadi bukti bahawa perbuatan membantah, ingkar dan berpaling dari ayat2 Allah adalah dihukumkan sebagai KAFIR.
Makna ayat Allah sudah dicerahkan pd soalan 113. Persoalan sekarang, apakah makna dan contoh perbuatan membantah, mengingkarkan dan berpaling dari ayat Allah?
Sebenarnya soalan ini adalah lanjutan Soalan 93. Semua ahli dinasihatkan melihat semula pencerahan Soalan 93. Sebahagian dari pencerahannya adalah seperti berikut :
Apakah makna *membantah ayat Allah* dan 3 contoh perbuatan yang membinasakan akidah?
Makna ayat Allah ialah BUKTI ALLAH iaitu 3 perkara
1) Al Quran
2) Hadith Nabi
3) Sekalian alam
Sekalian alam itu pula terbahagi kepada 2 iaitu
1) alam nyata @ alam zahir
2) alam ghaib
Alam nyata dan alam ghaib pula terbahagi lagi kepada banyak alam. Cukuplah disebutkan setakat itu. Yang penting, kita semua tahu, pada akal dan pada syarak, semuanya itu dijadikan oleh Allah. Semua alam itulah yang disebut sebagai SEKALIAN ALAM.
3 jenis ayat Allah itu wajib kita beriman kepadanya. Beriman kepada ayat2 Allah bermakna beriman kepada Allah.
Persoalan sekarang, apakah makna membantah ayat Allah?
Membantah ayat Allah *LEBIH kepada perbuatan LISAN @ PERKATAAN* yang terbit dari perbuatan hati.
Untuk memahami makna membantah pada syarak ini, kita perlu memahami makna membantah pada adat.
Makna membantah pada adat ialah
1) *MEMPERSOALKAN* sesuatu &
2) *MENAFIKAN sesuatu perihal "dunia"*
Membantah pada adat ada 3 bahagi iaitu
1) membantah secara terang2an.
2) membantah secara sembunyi.
3) membantah secara tidak sedar.
Untuk contoh setiap satu pada adat, sila lihat pencerahan Soalan 93.
Apa pula makna *membantah pada syarak?*
Diambil dari makna membantah pada adat, maka makna membantah pada syarak ialah 3 jenis perbuatan membantah iaitu *membantah secara terang2an, membantah secara tersembunyi dan membantah tanpa sedar* yakni
1) *MEMPERSOALKAN* &
2) *MENAFIKAN salah satu dari 3 jenis ayat Allah.*
Untuk contoh setiap satu pada syarak, sila lihat pencerahan Soalan 93.
Persoalan seterusnya ialah
apakah makna dan contoh mengingkarkan ayat Allah?
Mengingkarkan ayat Allah *LEBIH kepada perbuatan LISAN* yang terbit dari perbuatan hati
Untuk memahami makna mengingkarkan pada syarak ini, kita perlu memahami makna mengingkarkan pada adat.
Makna mengingkarkan pada adat ialah *TIDAK MAHU MENGIKUT.* Perkataan *INGKAR* dalam bahasa Arab ialah *KAFIR*. Sama seperti membantah, mengingkarkan pada adat terbahagi 3 iaitu
1) ingkar secara terang2an.
@ kafir secara terang2an.
2) ingkar secara sembunyi.
@ kafir secara sembunyi.
3) ingkar secara tidak sedar.
@ kafir tanpa sedar.
Untuk contoh setiap satu pada syarak, sila lihat pencerahan Soalan 93.
Persoalan terakhir ialah, apakah makna dan contoh berpaling dari ayat Allah?
Untuk memahami makna berpaling dari ayat Allah pada syarak ini, kita perlu memahami makna berpaling pada adat.
Makna *berpaling* pada adat ialah *beralih atau berubah atau bertukar "ARAH"* dari sesuatu "ARAH" kepada "ARAH" yang lain.
Contohnya ialah "si Abdullah berpaling muka ketika musuh ketatnya memasuki dewan orang ramai".
Rasanya 1 contoh itu sudah cukup dan kita lihat maknanya pada syarak. Makna berpaling pada syarak pula terbahagi dua iaitu kepada
1⃣ orang Islam.
2⃣ orang bukan Islam.
Kepada orang bukan Islam ialah, *dia yakin dengan kebenaran Islam akan tetapi enggan memeluk Islam, dia terus berada dalam keadaan kafir sampai mati.*
Kepada orang Islam pula ialah *beralih atau berubah atau bertukar* dari meyakini ayat2 Allah kepada meyakini ayat2 makhluk iaitu selain dari ayat2 Allah melalui salah satu dari 3 perbuatan iaitu :
1) perbuatan hati.
2) perbuatan anggota
3) perbuatan lidah.
Contoh berpaling melalui perbuatan hati ialah, apabila ada orang menyeru *"mari kita kembali kepada al- Quran dan hadith"*, orang yang mendengar *menolak seruan itu di dalam HATI. Dia terus mengekalkan perbuatan lamanya, mempercayai ayat2 manusia yang bercanggah dgn ayat2 Allah"*. Perbuatan jenis ini TIDAK zahir pada manusia walau ibuayahnya sekalipun. Hanya Allah yang tahu.
Apa pula contoh perbuatan berpaling melalui perbuatan anggota?
Contohnya begini. Kita ambil contoh yg berkait dengan perbuatan hati yg baru disebutkan diatas itu. Perbuatan anggota ini lahir dari perbuatan hati yang tidak mampu dibendung. Contohnya ialah, orang yang mendengar seruan kembali kepada al Quran dan hadith itu akan :
1⃣ dengan sengaja mengalihkan mukanya dari orang yang menyeru. Atau
2⃣ dengan sengaja meninggalkan tempat itu sehingga seruan tersebut tidak kedengaran.
Itulah satu contoh yang mudah. Contoh perbuatan berpaling dari ayat2 Allah melalui perkataan ialah
1⃣ memilih cara hidup orang kafir, bersuka ria semata2 dan meninggalkan cara hidup bersyariat menurut al Quran dan hadith, samada dalam keadaan sedar ataupun dalam keadaan jahil.
2⃣ Mengambil hukum manusia dan meninggalkan hukum Allah samada dalam keadaan sedar ataupun dalam keadaan jahil.
3⃣ ridho kepada pemimpin yang memilih undang2 penjajah dan meninggalkan undang2 Islam, samada dalam keadaan sedar ataupun dalam keadaan jahil. 3 contoh perbuatan itu adalah menyebabkan jatuh kafir.
Buktinya dari dalam al Quran ialah (Al-Maidah : 49-50)
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka *berpaling* (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
*أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ*
Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki? Dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang yang yakin?
(Al-Maidah : 49-50)
Segala yang baik2 itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(mafhum An- Nisa : 79)
Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam
Sabtu, 14 Januari 2017
Bab 10 Soalan 114 Lanjutan dari Soalan 112 dan 113 Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?
GROUP
﷽ليس كمثله شيئ
LAISAKAMITSLIHISYAIUN
PENCERAHAN
Soalan 114
Lanjutan dari Soalan 112 dan 113
Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?
PENCERAHAN
Ada banyak ayat dari Al-Quran yg menjadi bukti Nabi Musa berkata2 dengan Allah. Antaranya ialah (Al-A'raf : 143)
وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَٰكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya *"berkata-kata"* dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).
(Al-A'raf : 143)
Ayat yang lain adalah ayat (Thoha : 11-12)
فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ يَا مُوسَىٰ
Maka apabila ia sampai ke tempat api it, ia diseru: "Wahai Musa! "
إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ ۖ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى
"Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.
Sebelum kita kupas persoalan ini, elok kita fikirkan ayat2 Allah seperti berikut :
Kita sama2 fikirkan perkataan @ firman Allah berikut kpd iblis di dalam surah (Al Hijr : 32-34)
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلَّا تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ
Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?"
قَالَ لَمْ أَكُنْ لِأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ
Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ
Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
Itulah contoh2 ayat yg membuktikan bahawa, selain "berkata2" dengan Nabi Musa, Allah juga "berkata2" dgn Iblis.
Apakah perbezaan makna Allah *"berkata2"* dengan Nabi Musa dan Allah *"berkata2"* dengan Iblis?
Adakah berbeza? Pencerajannya begini. Sebenarnya selain dengan Nabi Musa dan Iblis, Allah juga "berkata2" dengan Nabi Muhammad di sidratul muntaha dalam peristiwa isra' dan mikraj. Allah juga "berkata2" dengan manusia di padang mahsyar dan didalam syurga setelah kiamat. Ayat2nya didalam al-Quran dan hadith (Tidak ditunjukkan disini.)
Itulah bukti bahawa Allah *"berkata2"* dengan
1⃣ Nabi Musa a.s.
2⃣ Nabi Muhammad s.a.w.
3⃣ Ahli syurga.
4⃣ Iblis laknatullah.
5⃣ Orang kafir di padang mahsyar.
Persoalan sekarang ialah, adakah
1⃣ Nabi Musa, Nabi Muhammad dan manusia yg lain itu mendengar "perkataan Allah" @ kalam Allah itu dengan telinga? Ya atau tidak?
2⃣ Jika "TIDAK", apakah perbezaan mendengar mereka itu? Macam mana Nabi Musa mendengar kalam Allah itu? Macam mana Nabi Muhamad mendengar kalam Allah itu? Macam mana ahli syurga mendengar kalam Allah itu? Macam mana ahli neraka mendengar kalam Allah itu?
Dengan telinga atau tidak? Jika bukan dengan telinga, dengan apa?
Mari kita sama2 fikir.
Agar terpelihara dari SYIRIK, kita WAJIB MEMAHAMINYA dari sudut syarak. Akan tetapi kita MUSTAHIL faham maksudnya pada syarak melainkan terlebih dahulu kita memahami makna "berkata" dan makna "mendengar" pada adat dan pada akal. Itulah kaedah untuk menghampirkan akal kita memahami ayat tersebut pada syarak.
Sebelum kita lanjutkan pencerahan ini, kita kena tahu dan faham terlebih dahulu istilah "kalam" yang dimaksudkan disini. Kalam yang dimaksudkan ialah *kalam Allah yang qodim lagi azali, kalam Allah yang bukan dengan lidah huruf suara*, bukannya kalam Allah yg tertulis di luhmahfuz atau al-Quran yg kita baca iaitu kalam Allah yang dengan lidah huruf suara. Sesiapa yg lupa perbezaan makna ayat Allah dengan kalam Allah, eloklah semak semula pencerahan Soalan 112.
Mari kita sama2 cari jawabannya berdasarkan hukum syarak.
Dari sudut adat, apakah makna "berkata"? Dari sudut adat, makna "berkata" ialah mengkhabarkan sesuatu @ info yang difahami melalui alat. Apa alatnya? Apa contohnya? Kita ambil contoh yg paling dekat iaitu diri kita. Contoh alat yg kita gunakan ialah :
1) mulut menyampaikan secara lisan.
2) tangan menyampaikan dengan bahasa isyarat.
3) telefon menyampaikan dalam bentuk tulisan dan lain2.
Tanpa menggunakan alat, kita tidak akan mampu berkata dan berkata2. Mungkin ada yg ingin bertanya, apa perbezaan berkata dgn berkata2? Begini. Untuk pengetahuan tuan2, dalam banyak2 bangsa dan bahasa didunia ini, hanya bangsa rumpun Melayu di Nusantara sahaja yang memiliki bahasa yg berulang. Bangsa lain, selain rumpun Melayu spt Arab, Cina, India, Inggeris, Afrika dan lain2 tidak ada bahasa yg berulang. Contoh bahasa yg berulang ialah
1⃣ berkata dan berkata2.
2⃣ melihat dan melihat2.
3⃣ menulis dan menulis2.
Itulah 3 contohnya
Bahasa yg berulang2 itu menunjukkan perbuatan yg berulang2 yakni lebih dari satu kali. Perbuatan yg berulang2 adalah perbuatan makhluk. Pada akal dan pada hakikat, perbuatan Allah mustahil berulang2. Pada akal dan pada hakikat perbuatan Allah hanya SATU KALI. Buktinya dari al Quran ialah ayat "kun faya kun". Oleh itu, dalam ilmu usuluddin, kita WAJIB TAHU perkataan yg sesuai kepada Allah. Jangan kita gunakan perkataan yg bermaksud berulang2 secara sembarangan spt "Allah berkata2". Ada kalanya perkataan itu TIDAK SESUAI kpd Allah kerana membawa maksud Allah berkata berulang kali. Kefahaman seperti itu boleh MEROSAKKAN AKIDAH pada syarak.
Diambil daripada makna berkata pada adat itu, maka makna berkata pada akal ialah "mengkhabarkan sesuatu tanpa alat". Ingat ya sdr sdri, ini adalah dari sudut hukum akal, iaitu khusus kpd Allah, bukan berkait hukum adat, yg khusus kpd makhluk. Makhluk spt manusia berkata2 dgn alat, iaitu lidah, huruf dan suara. Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya Allah itu mustahil berkata dengan alat. Mustahil Allah berkata dengan lidah huruf suara.
Diambil daripada makna berkata pada akal itu, maka makna berkata Allah pada syarak atau hakikat syarak ialah "Allah berkata BUKAN dengan alat, BUKAN dengan lidah huruf suara". Apa buktinya dari alQuran? Buktinya ialah
﷽ليس كمثله شيئ
Oleh sebab itu mustahil Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah yang BUKAN dengan lidah huruf suara itu dengan telinga. Oleh sebab itu mustahil Nabi Muhammad s.a.w. dan makhluk lain mendengar kalam Allah yang BUKAN dengan lidah huruf suara itu dengan telinga.
Setiap suara yg sampai ke dalam telinga manusia itu sudah pasti BUKAN SUARA ALLAH. Setiap suara yg sampai ke dalam telinga manusia itu sudah pasti SUARA MAKHLUK.
Jadi apa sebenarnya makna ayat yg disebutkan pd awal pencerahan ini? Pencerahannya adalah sama seperti pencerahan Soalan 112. Ayat itu sebenarnya menerangkan QUDRAT dan IRADAT ALLAH yg tidak ada batas. Ayat itu sebenarnya menerangkan PEKERJAAN ALLAH @ URUSAN ALLAH yg tidak mampu difikirkan oleh akal. Cuba bayangkan, jumlah bulu mata sendiripun kita TAK TAHU. Kenapa bulu mata itu tumbuh pendek, tidak tumbuh panjang seperti rambutpun kita TAK MAMPU nak fikir. Inikan pula kita hendak memikirkan pekerjaan Allah yg menjadikan bulu mata itu. Tersangatlah mustahil. Kita hanya diperintahkan percaya @ beriman bahawa Nabi Musa berkata2 dengan Allah. Kita hanya diperintahkan beriman bahawa Nabi Musa telah "mendengar" kalam Allah yg tiada dengan lidah huruf suara itu. JANGAN sama sekali dibayang2kan Nabi Musa mendengar kalam Allah yg tiada dengan lidah huruf suara itu, dengan telinga. JANGAN sama sekali dibayang2kan Nabi Muhammad atau kita sendiri akan mendengar kalam Allah itu dengan telinga. JANGAN sama sekali dibayang2kan, ketika solat 5 waktu, Allah berada dihadapan sambil mendengar bacaan kita. JANGAN sama sekali dibayang2kan, ketika sujud dalam solat 5 waktu, Allah mengusap kepala kita. Itu semua menjisimkan Allah. Itu semua sebenarnya *TANPA SEDAR SUDAH MEMBINASAKAN AKIDAH.* Tidak ada perintah Allah dalam al Quran atau hadith yg menyuruh kita membayang2kan manusia akan mendengar kalam Allah yg tiada dgn lidah huruf suara itu, dengan telinga. Sebenar2nya yg mendengar kalam Allah yg tiada dengan lidah huruf suara itu ialah diri kita yang satu dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam TERMASUK TELINGA. Tiada usaha dan ikhtiar manusia disitu. Semuanya itu adalah semata2 atas QUDRAT & IRADAT ALLAH. Semuanya itu adalah semata2 atas ANUGERAH ALLAH kpd hamba-NYA yang layak.
Agar lebih tahkiq, elok kita sama2 ingat semula 5 perkara seperti yang dicerahkan pd Soalan 112 iaitu :
1⃣ Setiap yang DILIHAT oleh MATA itu dapat difikirkan dan dapat digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang DILIHAT oleh MATA itu contohnya pokok, rupa pokok itu ada persamaan dgn rupa makhluk lain.
2⃣ Setiap yang DIDENGAR oleh TELINGA itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang DIDENGAR oleh TELINGA itu contohnya suara kerbau ada persamaan dgn suara makhluk lain.
3⃣ Setiap yang DISENTUH oleh KULIT dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang DISENTUH oleh KULIT itu contohnya sifat batu yg keras ada persamaan dgn sifat keras makhluk lain.
4⃣ Setiap yang DIRASA oleh LIDAH itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang yang DIRASA oleh LIDAH itu seperti rasa manisnya gula ada persamaan dgn rasa manis benda lain.
5⃣ Setiap yang DIHIDU oleh HIDUNG itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang DIHIDU oleh HIDUNG itu seperti bau wangi ada persamaan dgn bau wangi benda lain.
Oleh itu, sekiranya kita berpegang kepada iktikad, kalam Allah boleh didengar dengan TELINGA, sudah tentu kalam Allah itu ada persamaan dgn kalam makhluk. Sudah tentu kalam Allah itu MAMPU DIFIKIRKAN OLEH AKAL. Sudah tentulah MUSTAHIL.....
Saya pasti, masih ada yg tidak puashati dgn pencerahan ini. Masih ada yg ingin tahu maksud ayat pertama di atas iaitu *seolah2 Nabi Musa ingin melihat ZAT ALLAH. Seolah2 Nabi Musa ingin melihat ALLAH menjelma dihadapan mata.*

Menurut zahir ayat itu *seolah2 Nabi Musa ingin melihat ZAT ALLAH.* Adakah begitu maksudnya?
Untuk memahaminya, elok kita fikirkan sama2 contoh ini. Mudah2an kita mudah faham. Contohnya begini....
Kita semua YAKIN 100% adanya makhluk ghaib seperti jin, iblis, syaitan dan malaikat. Barang sesiapa yg ragu salah satu yakni keyakinannya kurang dari 100%, maka BINASALAH AKIDAHNYA. Oleh kerana mereka itu adalah makhluk, walaupun kita tidak pernah melihatnya, namun TIDAK MUSTAHIL secara tiba2 mereka MENJELMA dihadapan mata. Andai kata mereka menjelma dihadapan kita, sudah tentulah keyakinan kita BERTAMBAH. Iman kita bertambah KUAT.
Kita lihat pula kisah Nabi Ibrahim ingin melihat Allah menghidupkan makhluk pada ayat (Al-Baqarah : 260)
وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ أَرِنِى ڪَيۡفَ تُحۡىِ ٱلۡمَوۡتَىٰ ۖ قَالَ أَوَلَمۡ تُؤۡمِن ۖ قَالَ بَلَىٰ وَلَـٰكِن لِّيَطۡمَٮِٕنَّ قَلۡبِى ۖ قَالَ فَخُذۡ أَرۡبَعَةً مِّنَ ٱلطَّيۡرِ فَصُرۡهُنَّ إِلَيۡكَ ثُمَّ ٱجۡعَلۡ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِّنۡہُنَّ جُزۡءًا ثُمَّ ٱدۡعُهُنَّ يَأۡتِينَكَ سَعۡيًا ۚ وَٱعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya *"tenteram"* hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqarah : 260)
Menurut zahir ayat, seolah2 Nabi Ibrahim TIDAK YAKIN dengan kekuasaan Allah. Sedangkan, sebenar2nya, bukan itu maksudnya. Nabi Ibrahim meminta sesuatu untuk MENINGKATKAN KEYAKINAN kepada kekuasaan Allah. Bukan kerana baginda TIDAK yakin kpd kekuasaan Allah.
Begitulah dengan Nabi Musa. Keyakinan Nabi Musa kepada Allah adalah 100%. Permintaan baginda untuk "melihat bukti" Allah BUKAN kerana tidak yakin, tetapi untuk menambahkan keyakinan baginda kepada Allah.
Sama seperti keyakinan kita akan kewujudan malaikat, jin, iblis dan syaitan. Sekiranya kita melihat mereka menjelma, keyakinan kita akan bertambah. Diambil dari itu, maka doa Nabi Musa yg terjemahnya "Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihat Mu", bermaksud "Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku (BUKTI zatMu tiada rupa dan warna) supaya keyakinanku BERTAMBAH".
Menganggap Allah boleh dilihat dengan MATA atau boleh *menjelma* dihadapan mata adalah AKIDAH ORANG KAFIR Yahudi. Buktinya dari al Quran ialah (Al-Baqaroh : 55)
وَإِذۡ قُلۡتُمۡ يَـٰمُوسَىٰ لَن نُّؤۡمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى ٱللَّهَ جَهۡرَةً فَأَخَذَتۡكُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ وَأَنتُمۡ تَنظُرُونَ
Dan (ingatlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang ( *menjelma* dihadapan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
(Al-Baqaroh : 55)
Oleh itu, mustahil seorang pesuruh Allah meminta sesuatu yang menyerupai iktikad orang kafir seperti kafir Yahudi.
Sekiranya seseorang itu beriktikad, Nabi Musa meminta supaya Allah menjelma dihadapan mata @ supaya Nabi Musa dapat melihat Allah dengan MATA KEPALA sendiri, sesungguhnya AKIDAH orang tersebut sudah BINASA kerana tanpa sedar sudah menganggap Allah itu ada persamaan dengan makhluk ghaib seperti jin, iblis dan syaitan. Binasalah akidahnya tanpa sedar. Nauzubillah.
Sebagai penutup, kita lihat ayat Allah ini sebagai bukti tambahan hujjah diatas.
(As Syura: 51)
وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
(As Syura: 51)
Segala yang baik2 itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.

Selasa, 10 Januari 2017
Bab 10 PENCERAHAN Soalan 113 Lanjutan dari Soalan 112 a) Apakah perbezaan antara ayat Allah dan kalam Allah? b) Apakah tujuan mengetahui makna ayat dan kalam Allah? c) *Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?*
PENCERAHAN
Soalan 113
Lanjutan dari Soalan 112
a) Apakah perbezaan antara ayat Allah dan kalam Allah?
b) Apakah tujuan mengetahui makna ayat dan kalam Allah?
c) *Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?*
YA @ TIDAK
Mohon pencerahan dan perkongsian ilmu.
*PENCERAHAN*
Sebelum kita cerahkan persoalan ini, kita lihat dahulu ayat2 al Quran berikut :
وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ فَتَكُونَ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ
Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang *mendustakan ayat-ayat Allah*, kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.
(Yunus : 95)
مَا يُجَـٰدِلُ فِىٓ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَا يَغۡرُرۡكَ تَقَلُّبُہُمۡ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ
Tidak ada yang *membantah mengenai ayat-ayat Allah* melainkan orang-orang yang kafir. Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.
(Ghofir : 4)
إِنَّا قَدۡ أُوحِىَ إِلَيۡنَآ أَنَّ ٱلۡعَذَابَ عَلَىٰ مَن ڪَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ
Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang *mendustakan ayat-ayat Allah* dan berpaling daripadanya
(Toha : 48)
Didalam Al Quran kalimah yg bermaksud "ayat Allah" telah disebut tidak kurang 20 kali. Diambil dari 20 ayat dalam al Quran itu, ayat Allah itu ada 3 kategori iaitu :
1⃣ Al-Quran
2⃣ Hadith
3⃣ Dalil akal @ sekalian alam @ sekalian makhluk
Apakah perbezaan antara ketiga2 perkara itu? Pencerahannya begini.
1) AL-QURAN.
Al-Quran ialah perkataan Allah @ kalam Allah. Apabila disebut perkataan "ayat Al-Quran" maksudnya itu ialah 3 perkara iaitu
1⃣ Ayat2 yg tertulis pada mushaf al-Quran yg kita pegang dan kita baca. Al-Quran kategori ini adalah makhluk.
2⃣ Ayat2 al-Quran yg tertulis di luh mahfuz. Ayat al-Quran yg kita sebut, yg kita dengar, yg kita baca adalah sama dengan ayat2 al-Quran yg tertulis di luh mahfuz. Al-Quran kategori ini adalah makhluk.
Sy pasti, ada yg ingin bertanya, sesetengah orang berkata, al-Quran itu BUKAN MAKHLUK. Macam mana tu?
Begini. Kedua2 pendapat itu BETUL. Pendapat yg berkata, al-Quran itu makhluk adalah BETUL. Pendapat yg berkata, al-Quran itu BUKAN makhluk pun adalah BETUL. Tetapi dari dua jalan yg berbeza. Agar lebih mudah difahami, kita fikirkan contoh ini. Semua perkataan dalam pencerahan soalan 113 ini, semua perkataan dalam audio soalan 113 ini adalah SAMA dengan perkataan saya (admin) yg ada tersimpan di dalam HATI. Perkataan yg ada didalam watsap @ telegram @ blog @ fb ini adalah umpama al-Quran yg kita baca, yg kita sentuh dan yg kita lihat. Perkataan yg ada didalam HATI itu adalah umpama perkataan yang ada di luh mahfuz.
3⃣ Ayat2 al-Quran yg tertulis di luh mahfuz itu "berasal" dari kalam Allah yang qodim lagi azali, kalam yang tiada dengan lidah huruf suara. Al-Quran @ kalam Allah yg qodim lagi azali itu adalah BUKAN makhluk.
Perkataan yg ada didalam watsap @ telegram @ blog @ fb ini adalah umpama al-Quran yg kita baca, yg kita sentuh dan yg kita lihat. Perkataan yg ada didalam HATI itu adalah umpama perkataan yang ada di luh mahfuz. Perkataan yg ada didalam HATI kita itu BUKAN dgn lidah huruf suara. Itulah kaedah untuk memahami kalam Allah yg bukan dengan lidah huruf suara atau kaedah yg menghampirkan akal kita untuk memahami makna kalam Allah yg BUKAN dengan lidah huruf suara.
Isi kandungan al-Quran itu menerangkan 3 perkara iaitu :
1⃣ Pengenal kepada Allah yakni diri Allah @ zat Allah @ sifat Allah @ nama2 Allah @ kelakuan Allah iaitu hakikat akal dan hakikat syarak.
2⃣ Pengenal kepada hukum Allah yang diperintahkan kepada sekalian jin dan manusia iaitu hukum syarak.
3⃣ Pengenal kepada alam semesta @ sekalian alam iaitu hukum adat (yg boleh dibuktikan melalui sains & teknologi).
2) HADITH
Hadith pula ialah 3 perkara iaitu
1⃣ semua perkataan Nabi
2⃣ semua perbuatan Nabi
3⃣ semua "diam" Nabi
Semua hadith Nabi itu MENERANGKAN 3 perkara yang terkandung dalam Al-Qu
ran. Hadith yg langsung dari Allah yakni tidak melalui malaikat Jibril disebut sebagai hadith QUDSI. Hadith qudsi ini khusus berhubung dgn Allah yakni diri Allah, zat Allah, sifat Allah, nama Allah, kelakuan Allah serta Qudrat dan Iradat Allah.
3) DALIL AKAL
Dalil akal pula ialah sekalian makhluk yang dijadikan oleh Allah untuk 3 perkara iaitu
1⃣ mentahkiqkan pengenal kepada Allah bahawasanya Allah itu (ليس كمثله شيئ) iaitu mentahkiqkan semua yg wajib, mustahil dan jaiz pd akal dan pada hakikat.
2⃣ mentahkiqkan pengenal kepada semua hukum Allah iaitu semua yg wajib, haram, sunat, mustahil dan harus pd syarak.
3⃣ mentahkiqkan pengenal kepada hukum adat termasuklah hukum2 dalam SAINS.
Ada sahabat kita yg bertanya, bagaimana dengan ilham, mimpi, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat? Adakah kelima2nya itu ayat Allah?
Sebelum kita cerahkan, kita fahami dahulu perbezaan antara mimpi, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat.
🍀Mimpi terbahagi kpd 2. Mimpi orang awam dan mimpi BUKAN orang awam. Mimpi orang awam terbahagi 2.
1⃣ dari syaitan iaitu mimpi yang sia2 @ menakutkan @ sekadar permainan tidor.
2⃣ dari malaikat iaitu perbuatan dalam mimpi yg tidak bercanggah dengan syarak. Untuk mengetahui samada mimpi itu benar atau tidak, kita perlu lihat perbuatan kita sebelum tidor. Jika perbuatan kita sebelum tidor itu adalah mengikut sunnah rosul, maka mimpi itu adalah BENAR insya Allah.
Mimpi BUKAN orang awam adalah dari malaikat. Perbuatan dalam mimpi itu tidak bercanggah dgn syarak dan terbahagi 2.
1⃣ dinamakan wahyu (iaitu kpd para Nabi dan Rosul).
2⃣ dinamakan ilham (kepada selain Nabi dan Rosul).
🍀Adakah ilham datang selain dari mimpi? Jawabannya YA, ADA. Ilham yang dianugerahkan Allah dalam keadaan JAGA. Orang yg menerima ilham ini FAHAM DI DALAM HATI akan anugerah Allah itu. Semua itu adalah URUSAN @ PEKERJAAN Allah yg tidak mampu difikirkan. Tidak mampu dibayangkan. Semua itu adalah atas Qudrat dan Iradat Allah semata2. Hanya orang yg berusaha siang dan malam untuk mendapat REDHO ALLAH @ org yg bertawakkal shj yg menerima anugerah itu.
Orang yg berpegang kpd HAKIKAT semata2, menyamakan perbuatan mereka dgn perbuatan Nabi Khidir dan mendakwa pegangan mereka itu adalah ilham dari Allah, sedangkan dakwaan mereka itu BERCANGGAH dengan SYARAK, adalah satu PEMBOHONGAN yg membinasakan akidah. Golongan itu sebenarnya bukan mendapat ilham dari Allah tetapi mendapat BISIKAN dari iblis dan syaitan. Bisikan dari iblis dan syaitan itu mereka anggap ilham dari Allah. Binasa akidah sebab TANPA SEDAR, mereka telah menganggap iblis dan syaitan itu sebagai Allah. Nauzubilllah.
Contoh orang yang menerima ilham dlm keadaan JAGA dari Allah ialah ibu Nabi Musa a.s. Lihat buktinya di dalam al Quran. (Surah Taha: ayat 38 dan 39)
إِذْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّكَ مَا يُوحَىٰ
"Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:
أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِي وَعَدُوٌّ لَهُ ۚ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي
"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
Surah Taha: ayat 38 dan 39
Contoh penerima anugerah ilham melalui mimpi pula ialah Nabi Yusof. Lihat buktinya (Yusuf: 4)
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
(Yusuf: 4)
🍀Apa pula makna kasyaf? Kasyaf ialah anugerah Allah kepada orang yg sudah terkeluar dari martabat orang awam. Contoh mereka itu ialah ulama pewaris nabi dan wali2 Allah. Mereka itu BUKAN orang awam. Seseorang yg dianugerahkan kasyaf a
kan melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain kerana penglihatan mereka "terhijab" akibat dosa2. Allah membuka hijab kepada hamba-Nya yg sentiasa berusaha menjauhi TEGAH ALLAH. Contoh penerima anugerah Allah itu ialah Saidina Umar al-Khattab ketika menghantar tentera Islam ke Parsi dibawah pimpinan Sariyah bin Zanim al Khilji untuk menyebarkan islam. Dlm peristiwa itu, ketika sedang meyampaikan kutbah jumaat, Saiyidina Umar Al Khatab ra melihat tentera Islam sedang dikepung oleh tentera kafir. Allah membuka hijab sehingga dengan mata kepala sendiri, Saiyidina Umar Al-Khatab r.a. melihat dengan JELAS, SEJELAS2NYA dihadapan mata, bahawa tentera Islam sedang dikepung oleh tentera kafir. Dari atas mimbar, beliau berteriak kpd tentera Islam yg sdg terkepung di medan tempur utk berlindung di balik bukit. Tentera islam mendengar teriakan itu dan berlindung disebalik bukit seperti yang diarahkan oleh Saidina Umar dan akhirnya tentera Islam menang dalam peperangan.
🍀Apa pula ilmu laduni?
🍀Apa pula mukjizat?
Memandangkan keterbatasan masa, ilmu laduni dan mukjizat tidak dicerahkan disini. Saudara saudari bolehlah rujuk ditempat lain. Kita hanya sebutkan secara ringkas iaitu, kedua2nya adalah ANUGERAH ALLAH kpd hamba-NYA yg layak menerima dan TIDAK BOLEH DIPELAJARI.
Persoalan sekarang, adakah mimpi, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat itu AYAT2 ALLAH? Jika ya, kategori yg mana?
Begini.
3 kategori ayat Allah yg disebutkan pd awal pencerahan ini adalah untuk semua mukallaf sejak Nabi Muhammad s.a.w. hingga hari kiamat. Untuk 2 kategori yg lain pula iaitu hadith dan dalil akal adalah untuk semua umat2 yg terdahulu sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Sedangkan mimpi yang benar, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat pula adalah ANUGERAH ALLAH sejak jin dan manusia dijadikan sehingga hari kiamat, khusus untuk hamba-Nya yang LAYAK, BUKAN untuk semua mukallaf. Semua itu adalah ayat2 Allah. Tidak dimasukkan sebagai kategori ke-4 kerana ianya adalah anugerah utk orang2 yg tertentu shj, sedangkan 3 kategori yg dimaksudkan di atas itu adalah untuk SEMUA MUKALLAF akhir zaman. Sama juga dgn kitab2 Allah yg lain spt zabur, injil, taurat dan suhuf. Semua itu adalah KALAM ALLAH tetapi tidak dimasukkan sebagai kategori ke-4 kerana ianya adalah untuk Nabi dan Rosul sebelum Nabi Muhammad s.a.w.
Jadi apakah perbezaan antara ayat Allah dan kalam Allah?
Yang dimaksudkan sebagai kalam Allah ialah PERKATAAN Allah @ KATA2 ALLAH iaitu Al-Quran dan Hadith Qudsi sahaja. Mimpi, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat TIDAK dikira sbg kalam Allah tetapi dikira sebagai ayat Allah.
Pendek kata, secara ringkasnya, semua kalam Allah adalah ayat Allah tetapi BUKAN semua ayat Allah itu kalam Allah. Kaedah memahaminya adalah seperti islam dan mukmin. Semua orang mukmin adalah islam tetapi BUKAN semua orang islam itu orang mukmin.
Persoalan seterusnya ialah, apakah tujuan mengetahui makna ayat dan kalam Allah?
Jawabannya sudah diterangkan oleh Allah pada 3 ayat yang disebutkan pada awal pencerahan ini iaitu :
1⃣ Barang siapa yang *mendustakan ayat Allah* walau satu ayat sekalipun adalah orang yang RUGI iaitulah orang KAFIR. (mafhum Yunus : 95)
2⃣ Barang siapa yang *membantah ayat Allah* walau satu ayat sekalipun adalah orang KAFIR. (mafhum Ghofir : 4)
3⃣ Barang siapa yang *mendustakan dan berpaling dari ayat Allah* walau satu ayat sekalipun akan disiksa di dalam NERAKA. (mafhum Toha : 48)
Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, tujuan memahami makna ayat dan kalam Allah ialah supaya kita dapat mengelakkan diri dan selamat dari dari 5 perkara iaitu :
1⃣ selamat dari mendustakan ayat Allah.
2⃣ selamat dari membantah ayat Allah.
3⃣ selamat dari berpaling
4⃣ selamat dari menerima azab Allah didalam neraka.
5⃣ selamat dari jatuh KAFIR TANPA SEDAR.
Sudah tentu ada yg ingin tahu, apakah makna dan contoh 3 perbuatan yang menyebabkan JATUH KAFIR tanpa sedar iaitu :
1⃣ membantah ayat Allah
2⃣ mendustakan ayat Allah
3⃣ berpaling dari ayat Allah
Ketiga2 jenis perbuatan itu sesungguhnya akan menyebabkan BINASA AKIDAH TANPA SEDAR. Ketiga2 jenis perb
uatan itu sesungguhnya akan menyebabkan JATUH KAFIR TANPA SEDAR.
Pencerahannya akan dibuat pd Soalan 115 insya Allah.
Persoalan terakhir ialah, adakah Nabi Musa mendengar kalam Allah dengan telinga? Ya @ Tidak?
Memandangkan pencerahannya agak panjang lebar, kita akan bawa persoalan itu kepada Soalan 114. Insya Allah.
--------------------------------------------------------------
Semua yang baik2 itu anugerah Allah dan semua yg salah itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(mafhum surah an-nisa' : 79)
Maaf zahir dan batin.
Wallahua'lam
Langgan:
Catatan (Atom)