(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Rabu, 2 November 2016

Bab 9 Soalan 106 1) Semua perbuatan jahat dan keji manusia seperti merogol.......dan perbuatan orang Yahudi membunuh umat Islam Palestin itu adalah bukti.. *SIFAT KEBESARAN & KESEMPURNAAN ALLAH*. Adakah dakwaan itu benar pada hakikat..? Jika *TIDAK BENAR*, bagaimana pula yang benar?


PENCERAHAN
SOALAN 106


Group laisakamitslihisyaiun

Atas permintaan ahli dari group2, soalan ini adalah lanjutan dari Soalan 105.
Sila dengar audio Soalan 105 yg dibawa kepada👇🏾
 Soalan 106

Dalam audio soalan 106 itu, guru tersebut berkata : pada hakikat @ *MENURUT HAKIKAT*....

1) Semua perbuatan jahat dan keji manusia seperti merogol.......dan perbuatan orang Yahudi membunuh umat Islam Palestin itu adalah bukti..
*SIFAT KEBESARAN & KESEMPURNAAN ALLAH*.

Adakah dakwaan itu benar pada hakikat..? Jika *TIDAK BENAR*, bagaimana pula yang benar?

2) Menurut hakikat @ pada hakikat, bagaimanakah *adab* seorang hamba kepada Khaliqnya..?

*Sila dengar audio S106*

3) Semua manusia samada Islam atau kafir adalah *Boneka ALLAH*.
Adakah dakwaan itu benar pada hakikat..? Jika *TIDAK BENAR*, bagaimana pula cara yang benar?

☀☀☀☀☀
*PENCERAHAN*

Setiap kita wajib mengetahui bahawa semua perbuatan kita samada percakapan, tingkahlaku atau iktikad akan ditanyai pada hari kiamat, samada benar atau tidak pada syarak. Buktinya dari al Quran ialah (Al-Isra' : 36)

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ  ۚ  إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al-Isra' : 36)

Ayat itu menjadi bukti bahawa ilmu hakikat yang BENAR itupun TIDAK BERCANGGAH dgn al Quran. Sekiranya bercanggah, ianya bukan ilmu hakikat, itu adalah ilmu iblis, itu adalah  perkataan IBLIS dan SYAITAN. buktinya dari al Quran ialah (Al Baqaroh : 169)

إِنَّمَا يَأۡمُرُكُم بِٱلسُّوٓءِ وَٱلۡفَحۡشَآءِ وَأَن تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Ia (yakni iblis dan syaitan)  hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).
(Al Baqaroh : 169)

Dikira BENAR PADA SYARAK jika perbuatan itu tidak bercanggah dengan al Quran @ hadith. Itu adalah anugerah daripada Allah. Sebaliknya dikira TIDAK BENAR PADA SYARAK jika BERCANGGAH dgn al Quran @ hadith. Itu adalah akibat kesilapan diri sendiri. Dalilnya ialah

مَّآ أَصَابَكَ مِنۡ حَسَنَةٍ فَمِنَ ٱللَّهِ‌  ۖ  وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفۡسِكَ  ۚ  وَأَرۡسَلۡنَـٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً  ۚ  وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدًا

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah (anugerah) dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).

(An-Nisa': 79)

Persoalan sekarang, untuk mengetahui benar atau tidak perkataan didalam audio S105 itu, mesti ada bukti dari al Quran @ hadith. Bukti itu pula TIDAK boleh bercanggah dgn ayat al Quran yang lain walau 1 ayat. Apa bukti yg mereka tunjukkan?

Bukti yg mereka tunjukkan ialah
  ۚ  قُلۡ كُلٌّ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌   ۖ  

.....Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya  (yang baik dan buruk) adalah dari Allah".....
(An-Nisa' : 78)

Timbul persoalan, apakah makna sebenar perkataan *"daripada Allah"* @ (من عند الله) ? Setelah kita tahu maknanya, barulah mudah kita fahami maksud sebenar ayat berkenaan. Jadi apa maknanya yg diberikan oleh al Quran? Makna ayat itu dari al Quran ada pada ayat (As-Soffat : 96).

وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ

Padahal Allah YANG MENJADIKAN kamu dan semua perbuatan kamu.
(As-Soffat : 96)

Yakni makna bagi ayat
*"daripada ALLAH"* @ (من عند الله) ialah *"jadi dengan izin ALLAH @ dijadikan oleh ALLAH"*

Dalam perkataan lain,
maksud ayat   ۚ  قُلۡ كُلٌّ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌   ۖ  
dan وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ
adalah SAMA. *JADI dengan IZIN @ dijadikan oleh ALLAH"*
iaitu menerangkan bahawasanya PADA HAKIKAT (yakni HAKIKAT AKAL dan HAKIKAT SYARAK) semua 3 jenis perbuatan manusia iaitu perbuatan hati spt iktikad, perbuatan lidah @ lisan dan tingkahlaku adalah *JADI dengan IZIN @ DIJADIKAN Oleh ALLAH.*

Dengan izin ALLAH terjadi segala2nya samada perkara baik ataupun jahat. Pada syarak dan pada hakikat,
Allahlah YG Mengizinkan terjadi segala perbuatan yg dipilih dan dikehendaki oleh manusia itu samada, baik buruk, cantik ataupun hodoh.

Mustahil berlainan ALLAH yg menjadikan yang baik dan yang buruk.
Keyakinan berlainan ALLAH menjadikan spt itu, bercanggah dgn makna ALLAH Maha Esa. Bercanggah dgn makna ALLAH Satu.

*Pada syarak*. Manusialah yang melakukan semua perbuatan itu samada baik ataupun jahat.

*Pada hakikat* ALLAH lah yg menjadikannya. *BUKAN ALLAH YG MELAKUKANNYA.*

*Pada hakikat* ALLAH lah yg menjadikan pilihan kita itu. *BUKAN ALLAH YG MELAKUKANNYA.*

Makna *Yang melakukan lain daripada makna yang menjadikan.*
Yang melakukan adalah manusia.
Yang menjadikan adalah ALLAH.
Itulah BUKTI YANG ADA DIDALAM AL QURAN akan maksud ayat
  ۚ
      *قُلۡ كُلٌّ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌*

Itulah jawaban bagi persoalan 1. Tapi jawaban itu masih belum mencukupi sebab TIDAK ADA DALIL AKAL untuk mentahkiqkannya.

Dalil akalnya spt ini, kita ambil contoh diri kita sendiri. Katalah kita adalah seorang RAJA YG SANGAT BERKUASA, BIJAKSANA LAGI ADIL.

Kita memiliki hamba sahaya lelaki dan perempuan yang ramai di istana. Seorang hamba lelaki itu telah didapati membunuh seorang hamba perempuan.
Apabila ditangkap, dan ditanya "kenapa kamu membunuh?". Hamba lelaki itu menjawab "saya hanya seorang hamba, saya tak tahu, tuanku adalah raja pemilik saya. Saya hanya boneka". Kita sebagai raja, apa perasaan kita? Kita sudah tentu MURKA. Seandainya hamba tadi menjawab "perbuatan membunuh saya itu adalah BUKTI KEBESARAN DAN KEADILAN TUANKU". Apa pula perasaan kita? Kita sbg raja, pasti akan TERLEBIH MURKA dan akan menjatuhkan hukuman BUNUH @ hukuman MATI kerana hamba itu sebenarnya sudah MENGHINA RAJA. Mustahil perbuatan jahat dan keji seperti membunuh itu disabitkan kpd raja. Terlebih mustahil menjadi BUKTI KEBESARAN RAJA. TERLEBIH2 MUSTAHIL perbuatan jahat dan keji seperti membunuh itu BUKTI KEBESARAN ALLAH.

Itulah gambaran jawaban bg soalan 1. Sesiapa yg berkata "perbuatan merogol atau membunuh itu sbg BUKTI KEBESARAN DAN KEADILAN ALLAH" sesunguhnya dia TELAH MENGHINA ALLAH dan TELAH BINASALAH akidahnya. Nauzubillahi min dzalik.

💫
Jadi, jika ayat itu tidak benar pada hakikat, macam mana ayat yang benar pada hakikat?

Ayat yang benar pada hakikat ialah 👇🏾
"Semua perbuatan jahat dan keji manusia seperti merogol..... dan perbuatan orang Yahudi membunuh umat Islam Palestin itu DIJADIKAN OLEH ALLAH".. Orang yg melakukan pembunuhan itu pula JELAS bertentangan dengan Firman ALLAH dan menjadi bukti manusia  MEMILIH MURKA ALLAH dgn melakukan KEROSAKAN dimuka bumi. Buktinya ialah (Al Araf: 56)

وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

Dan *janganlah* kamu berbuat KEROSAKAN di bumi sesudah ALLAH menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat ALLAH itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
(Al Araf: 56)

Oleh sebab itu perkataan "perbuatan jahat dan keji seperti membunuh itu adalah *BUKTI SIFAT KEBESARAN & KESEMPURNAAN ALLAH*  adalah BIDA'AH PADA AKAL DAN BIDA'AH PD SYARAK yakni *SALAH pada hakikat*.

Perkataan yang BENAR pada hakikat ialah segala perbuatan buruk @ jahat yang terjadi itu samada kita suka atau tidak adalah *BUKTI ALLAH ITU ESA @ BUKTI ALLAH SATU*.

Itulah pencerahan bg soalan 1.

🍀
Apa pula jawaban bagi persoalan ke-2 iaitu bagaimana adab yg sebenar kepada al-Kholiq ?

Adab yang ALLAH perintahkan ialah

1⃣ *"JANGAN BERKATA SESUATU YG TIADA BG KITA PENGETAHUAN"*. Yakni JANGAN ikut @ JANGAN bercakap sesuatu yg BERCANGGAH dgn al Quran @ Hadith. Buktinya ialah (Al-Isra': 36)

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ  ۚ  إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

(Al-Isra': 36)

2⃣ *BERKATALAH YG BAIK2 SAHAJA TENTANG ALLAH*. Buktinya ialah

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menjadikan sekalian alam.
(Al-Fatihah : 2)

Perkataan yg jahat2 atau yg buruk2 itu *sudah ditentukan oleh Allah untuk dilakukan oleh manusia* adalah TIDAK BERADAB KEPADA ALLAH dan MEMBATALKAN makna ayat
  ( ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ )

Lanjutan dari itu dari dalil Adat..
Apabila manusia bina bangunan 12 tingkat hingga berjaya..
Maka itu satu perbuatan (atau kelakuan) manusia yang diizinkan jadi oleh ALLAH untuk berjaya menurut adat.

Apabila manusia mengebom bangunan, perbuatan (atau kelakuan) mengebom manusia itu, JADI dengan izin ALLAH
sehingga musnah..
Maka itu satu perbuatan (atau kelakuan) manusia yang diizinkan jadi oleh ALLAH untuk musnah menurut adat.

Merosak dan mengebom dilakukan oleh manusia hingga musnah adalah dengan izin ALLAH untuk Terjadi.

Apabila Adab dan Adat berkata-kata tidak dijaga diperingkat awal, maka dikhuatiri adab yang lebih teruk boleh dilakukan oleh orang awam dan anak2 yang tidak faham..akan terus berleluasa.
Nauzubillahi min dzalik.

Itulah pencerahan soalan kedua.

Persoalan terakhir ialah, benarkah manusia ini BONEKA bagi Allah?

Pencerahannya begini.

Boneka sama sekali tidak ada usaha dan ikhtiar. Boneka tidak ada akal. Akal itulah yg membezakan manusia dgn makhluk yg lain. Allah telah menyuruh manusia BERFIKIR untuk mengenaliNYA dan semua perintahNYA, menggunakan akal tidak kurang 49x didalam al Quran. Kerana dianugerahkan akal itulah maka manusia dapat memilih SYURGA ALLAH @ REDHO ALLAH dan menjauhi NERAKA ALLAH @ MURKA ALLAH. Fahaman yg mendakwa manusia ini boneka sebenarnya menolak *usaha dan ikhtiar* dan perbuatan (atau kelakuan) manusia yang diizinkan jadi oleh ALLAH.

Buktinya ialah (Al Araf: 56)

وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

Dan janganlah kamu berbuat KEROSAKAN di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
(Al Araf: 56)

Orang yg mendakwa manusia itu boneka sesungguhnya TANPA SEDAR telah menyerupakan ALLAH dgn dalang wayang kulit. Bukan sekadar menyerupakan ALLAH tetapi TANPA SEDAR SUDAH MENAFIKAN ayat2 al Quran.
Nauzubillahi min dzalik.

Semua yg baik2 itu adalah anugerah Allah dan yg salah dan silap itu kerana sy memperturutkan hawa nafsu.
(An-Nisa' : 79)

Maaf zahir & batin
Wallahua'lam

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Silibus group ada 21 Bab. Sekarang baru Bab 9. Barisan admin mengajak tn/pn untuk join group @ menyemak dan memperbaiki *semua 105 audio dan skrip pencerahan ilmu mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 boleh diperolehi secara gratis @ percuma*👇🏾
www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●
📽☎️Channel telegram
sila taip 👇🏿
@laisakamitslihisyaiunmp3
👆 audio sahaja
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
👆 audio dan skrip
@1⃣Hari1⃣Makna
@SifatAllah
*Youtube* (sila taip)👇🏾
Laisakamitslihisyaiun J1

Bab 9 Soalan 105 1) Apakah makna dajjal pada syarak? 2) Apakah makhluk yang kejahatannya hampir menyerupai kejahatan dajjal?? 3) Apakah perbezaan dan persamaan antara orang munafik, murtad dan jahil murakkab?

Group
Laisakamitslihisyaiun


Soalan 105

1) Apakah makna dajjal pada syarak?

2) Apakah makhluk yang kejahatannya hampir menyerupai kejahatan dajjal??

3) Apakah perbezaan dan persamaan antara orang munafik, murtad dan jahil murakkab?

☀☀☀☀
PENCERAHAN


Sebelum kita membincangkan makna dajjal, sbg pembuka kata, elok kiranya diketahui  bahawa, kita semua sudah ditakdirkan oleh Allah, hidup dizaman yang penuh dengan fitnah. 24 jam fitnah. Fitnah didalam rumah fitnah diluar rumah. Fitnah di dalam masjid, fitnah diluar masjid. Fitnah yang membinasakan akidah. Umat Islam walau tinggal dihujung dunia sekalipun, sangat mudah dimurtadkan, tanpa sedar sudah murtad dialam maya, murtad dalam sekelip mata akibat KETANDUSAN ASAS-ASAS ILMU YG MEMBINASAKAN AKIDAH. Impak ilmu2 yg membinasakan akidah itu menyerupai impak kedatangan dajjal. Ilmu2 yg membinasakan akidah itu datang dari golongan yang menyerupai dajjal.

Sebelum kita bincangkan makna dajjal, kita sebutkan dahulu perkataan yang serupa maknanya melalui lidah rumpun Melayu di Nusantara. Dajjal biasa disebut sebagai "dajal" @ "dojal" dan lain2 sebutan yg membawa maksud yg sama iaitu "dajjal".

Untuk memahami makna dajjal pada syarak, elok terlebih dahulu kita memahami makna dajjal pada adat.

Makna "dajjal" pada adat ialah *TERLAMPAU JAHAT* @ *TERAMAT2 JAHAT*. Dajjal pada adat ini dirujuk kepada orang yang hidupnya sentiasa mendatangkan mudharat kepada orang ramai seperti menipu, membunuh dan sebagainya. Dalam erti kata lain, dajjal pd adat ini memiliki KELEBIHAN seperti kekayaan, pengaruh dan pangkat. Dia mampu mempengaruhi orang lain supaya berpihak kepadanya dan mampu menutup kejahatannya walaupun tindakannya itu SANGAT JELAS MENIMBULKAN KEROSAKAN KEPADA MASYARAKAT, RAKYAT @ NEGARA PADA ADAT.

Contoh dajjal pada adat ialah kerajaan Amerika dan Hafiz Al Assad Pemimpin Syiria. Hafiz Al Assad  hanya menimbulkan KEROSAKAN pd adat dgn menghancurkan bangunan2 serta membunuh beratus ribu rakyatnya tanpa belas kasihan. Kerajaan Amerika pula melakukan sekehendaknya tanpa ada yg berani menghalang. Itulah dua contoh dajjal pada adat.

Pada akal dan pada syarak, "dajjal" ialah makhluk yg dijadikan oleh Allah.

Diambil dari makna "dajjal" pada adat, maka makna "dajjal" pada syarak ialah *"makhluk BERMATA SATU yang TERLAMPAU JAHAT yang akan muncul menjelang kiamat"*. Jahat disini adalah jahat pada syarak, bukan jahat pada adat. Dalam perkataan lain, dari sudut syarak, dajjal yg akan muncul pada akhir zaman ini SANGAT JELAS MENIMBULKAN KEROSAKAN PADA SYARAK.

Buktinya pada syarak ialah hadith nabi berikut

Dari Anas, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا بُعِثَ نَبِىٌّ إِلاَّ أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الأَعْوَرَ الْكَذَّابَ ، أَلاَ إِنَّهُ أَعْوَرُ ، وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ ، وَإِنَّ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مَكْتُوبٌ كَافِرٌ

“Tidaklah seorang Nabi pun diutus selain telah memperingatkan kaumnya terhadap yang buta sebelah lagi pendusta. Ketahuilah bahwasanya dajjal itu buta sebelah, sedangkan Rabb kalian tidak buta sebelah. Tertulis di antara kedua matanya “KAAFIR”.”
(HR. Bukhari no. 7131)

Dajjal pada syarak ini sangat merosakkan AKIDAH manusia. Dalam masa yang SANGAT SINGKAT, HAMPIR SEMUA MANUSIA dimuka bumi ini akan menjadi KAFIR @ MURTAD iaitu orang yg tidak mengenal Allah, orang yang gila hiburan terutama perempuan seperti penyanyi dan orang yang berserah kepada takdir semata2 tanpa berusaha memahami suruh dan tegah Allah.

Contoh kerosakan secara lebih terperinci yang ditimbulkan oleh dajjal pada syarak ialah

1) manusia yg mengaku Islam tetapi ILMU AKIDAHNYA LEMAH akan terpengaruh sehingga murtad. Hampir keseluruhan umat Islam dimuka bumi akan murtad kecuali sedikit iaitu orang yang mengenal Allah dan amalannya hanya berkisar pada perkara yang fardu atau sunat sahaja.

2)  manusia yg bukan Islam keseluruhannya akan percaya, akan terpengaruh menjadi pengikutnya atau menjadi tentera dajjal.

3) memiliki suatu kekuasaan yang sangat luar biasa iaitu SIHIR sehingga boleh menyebabkan orang ramai BERIMAN KEPADA DAJJAL. Apa sahaja permintaan orang boleh ditunaikan termasuk "menghentikan pergerakan matahari", "menghidupkan" orang mati dan lain2. Yang tidak boleh ditunaikan hanya satu iaitu menyembuhkan matanya yang BUTA SEBELAH.

Apa dalilnya tentang dajjal?

Dalilnya adalah dari hadith berikut :

مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ

“Tidak ada satu pun makhluk sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang fitnahnya lebih besar dari Dajjal.”
(HR. Muslim no. 2946)

Persoalan seterusnya ialah, apakah makhluk yang kejahatannya hampir menyerupai kejahatan dajjal?

Makhluk yang kejahatannya menyerupai kejahatan dajjal yang sebenar ialah

1⃣ ulamak suk @ ulamak jahat dan
2⃣ jahil murakkab.

Sheikh Abdul Kosim al Mandili
(للشيخ عبد القاسم المنديلي)
 dalam kitab beliau bernama
 ضد الباطل و حجة البالغ
menyebut,  ulamak suk ini sebagai Dajjal Buta Sebelah.  Bukan Dajjal Buta Mata Sebelah tetapi Dajjal Buta Sebelah.

Mereka itu disebut sebagai ulamak kerana faham al Quran dan hadith.

Mereka itu disebut BUTA SEBELAH kerana mendiamkan maksiat dihadapan mata.

Mereka itu disebut sebagai dajjal kerana perbuatan mereka TIDAK BERAMAL dgn ilmu yg dianugerahkan Allah itu sangatlah dimurkai Allah. Dalilnya adalah hadith ke-2 dibawah ini.

Bukti wujudnya ulamak suk sangat banyak. Cukuplah kita lihat 2 hadith nabi sbg buktinya seperti berikut :

Hadith yang pertama :

: عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ " . ابن حبان

Maksudnya, daripada Anas
 r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: “Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik.”
(Riwayat ibnu Hibban)

Hadith yang kedua :

وعن أَبي زيدٍ أُسامة بْنِ حَارثَةَ ، رضي اللَّه عنهما ، قال : سَمِعْتُ رسولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَقُولُ : « يُؤْتَـى بالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيامةِ فَيُلْقَى في النَّار ، فَتَنْدلِقُ أَقْتَابُ بَطْنِهِ ، فيَدُورُ بِهَا كَمَا يَدُورُ الحِمَارُ في الرَّحا ، فَيجْتَمِعُ إِلَيْهِ أَهْلُ النَّار فَيَقُولُونَ : يَا فُلانُ مَالَكَ ؟ أَلَمْ تَكُن تَأْمُرُ بالمَعْرُوفِ وَتَنْهَى عَنِ المُنْكَرِ ؟ فَيَقُولُ : بَلَى ، كُنْتُ آمُرُ بالمَعْرُوفِ وَلاَ آتِيه ، وَأَنْهَى عَنِ المُنْكَرِ وَآَتِيهِ » متفق عليه .

Dari Abu Zaid iaitu Usamah bin Zaid bin Haritsah radhi-allahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Akan didatangkan seseorang lelaki pada hari kiamat, kemudian ia dilemparkan ke dalam neraka, lalu keluarlah isi perutnya – usus-ususnya, terus berputarlah orang tadi pada isi perutnya sebagaimana seekor keledai mengelilingi gilingan. Para ahli neraka berkumpul di sekelilingnya lalu bertanya: “Mengapa engkau ini hai Fulan? Bukankah engkau dahulu suka memerintahkan kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran?” Orang tersebut menjawab: “Benar, saya dahulu memerintahkan kepada kebaikan, tetapi saya sendiri tidak melakukannya, dan saya melarang dari kemungkaran, tetapi saya sendiri mengerjakannya.”
(Bukhori No. 3027 , Muslim No. 7674, Musnad Ahmad No. 20801, Riyadhus Shalihin No. 198 Bab 24)

Itu bukti bg wujudnya ulamak suk. Manusia yang sangat ditakuti oleh Nabi selepas dajjal kerana sukar dikenali, pandai menutup kejahatan mereka.

Apa pula bukti wujudnya jahil murakkab?

Bukti wujudnya jahil murakkab dan golongan itu sangat merbahaya ialah

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ  ۚ  إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al-Isra' : 36)

Mungkin ada yang ingin bertanya. Apa kaitannya ayat itu dengan jahil murakkab?

Pencerahannya begini.
Ayat itu menyatakan Allah MELARANG KERAS hamba-NYA mempersia2kan AKAL. Ayat itu menyatakan Allah MELARANG KERAS hamba-NYA mempersia2kan 5 PANCAINDERA. Ayat itu sebenarnya adalah PERINTAH YANG SANGAT KUAT menyuruh BERFIKIR menggunakan AKAL dan memikirkan semua yang dicapai oleh pancaindera sekurang2nya HAD FARDU AIN.

Ayat itu menjadi bukti bahawa MENGIKUT sesuatu yg tidak ada bg kita pengetahuan itu adalah DILARANG KERAS oleh Allah. Jika "mengikut yg tidak diketahuipun" Allah TEGAH, apatah lagi MEMPERKATAKAN sesuatu tentang Allah @ tentang hukum Allah yg tidak diketahui, ianya TERLEBIH DITEGAH ALLAH. Sesungguhnya memperkatakan sesuatu TANPA ILMU tentang Allah atau hukum Allah TANPA SEDAR, PADA HAKIKATNYA SUDAH MENGAKU DIRINYA ALLAH. Sebab itu BINASA AKIDAH.

Kenapa pulak?

Sebabnya ialah, perbuatan "mengikut sesuatu yg tidak diketahui" hanya merosakkan diri sendiri. Hanya seorang yang rosak binasa. Tetapi perbuatan "memperkatakan sesuatu yg tidak diketahui" boleh merosakkan orang awam yang mendengar, boleh merosakkan AKIDAH orang ramai terutama pada zaman ulama jahat mendiamkan diri. Seseorang yang sedar dirinya "tidak mengetahui @ tidak ada baginya pengetahuan, maka dinamakan ia sebagai orang jahil". Manakala, seseorang yang tidak sedar dirinya jahil, tetapi merasa dirinya berilmu sehingga berani mengeluarkan perkataan yg bercanggah dengan syarak,  maka dinamakanlah ia sebagai JAHIL MURAKKAB iaitu JAHIL BERGANDA @ 2X JAHIL. Istilah orang kampung adalah BODOL LAGI TOLOL.
Jahil yg pertama : tidak memiliki ilmu pengetahuan.
Jahil yg kedua : dia tidak sedar bahawa dirinya tidak memiliki ilmu pengetahuan. Sebab itulah memperkatakan sesuatu yg tidak ada bg kita pengetahuan tentang Allah atau hukumNYA adalah ciri2 JAHIL MURAKKAB yg wajib kita jauhi. SANGAT MERBAHAYA SANGAT MEMBINASAKAN AKIDAH.

Kenapa pula ulamak suk @ ulamak jahat dan orang yang jahil murakkab itu sangat merbahaya?

Begini..
Ulama jahat itu merbahaya kerana :

dia tidak beramal dengan ilmu yang dimilikinya. Dia tahu, mendiamkan diri melihat maksiat berluasa dikalangan orang awam itu BERDOSA BESAR, tetapi dia mendiamkan diri. Dia tahu, mendiamkan diri melihat penguasa sesukahati membazikan atau memakan harta rakyat itu BERDOSA BESAR, tetapi dia mendiamkan diri. Pendek kata, ulamak suk ini mendiamkan diri kerana ada kepentingan. Mereka kuatir nikmat dunia yang mereka dapat itu "hilang" daripada mereka. Mereka memilih redho manusia dari memilih redho Allah. Sebab itulah mereka mendiamkan diri kecuali pada perkara2 yang menyebabkan mereka rugi didunia. Jika mereka rugi didunia, barulah mereka akan bersuara.

Itulah sedikit tanda ulama suk @ ulama jahat.

Orang awam yang jahil pula akan menganggap ulamak suk ini sebagai contoh dan tauladan kerana mereka berilmu dan ada kedudukan dalam masyarakat. Orang awam seperti itulah yang akan terpengaruh dan disesatkan oleh ulamak jahat tanpa sedar.

Bagaimana pula dengan orang yang jahil murakkab? Apa bahaya yang mereka timbulkan? Apa tanda jahil murakkab ini?

Ciri2 jahil murakkab yang wajib kita tahu supaya akidah kita selamat ialah....

1) Mereka tidak faham ILMU ALAT yang sangat asas menurut ASWJ untuk memahami ayat2 Allah iaitu memahami perbezaan 3 hukum yakni hukum adat, hukum akal dan hukum syarak tetapi mereka mengajar orang ramai tentang Allah dan hukum Allah.

2) Mereka tidak faham perbezaan makna diri, makna zat, makna sifat, makna kelakuan, makna esa, makna mengesakan, makna satu, makna banyak, makna benar, makna tidak benar, makna islam dan makna kafir menurut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak tetapi mereka mengajar orang ramai tentang Allah dan hukum Allah.

3) Mereka berpegang kpd makna ZAHIR ayat2 mutasyabihat sedangkan mereka tidak faham maksud sebenar dan perbezaan ayat mutasyabihat dgn ayat muhkamat, tetapi mereka mengajar orang ramai tentang Allah dan hukum Allah.

4) Mereka berani menyanggah perintah Allah spt pd firmanNYA

فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُ  ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ ......ۡ

Ketahui olehmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah
(Muhammad : 19)

Melalui ayat itu, Allah perintahkan manusia supaya menggunakan AKAL untuk mengenal Allah,
tetapi si jahil murakkab berani berkata TIDAK PAYAH MENGGUNAKAN AKAL @ TIDAK PERLU BERFIKIR untuk mengenal Allah.

Cuba kita sama2 fikirkan,  bahawa perintah berfikir menggunakan AKAL telah disebut oleh Allah berulang2 sebanyak tidak kurang 49x didalam al Quran.

Cuba kita sama2 fikirkan,  bahawa Allah juga telah menyebut NUR (نور)  berulang2 sebanyak tidak kurang 49x didalam al Quran. Itulah BUKTI YG SANGAT KUAT bahawa untuk mendapatkan anugerah NUR daripada Allah, kita WAJIB MENGGUNAKAN AKAL.

Bayangkan pula,  jika anak kita enggan mendengar perintah sebanyak 49x,  sudah tentu kita MARAH yang teramat2. Kita bukan suruh 3x, kita bukan suruh 13x tetapi kita suruh 49x.  Itulah gambaran @ dalil akal menunjukkan BETAPA MURKANYA ALLAH kpd si jahil murakkab yg berani menyanggah perintah Allah dan mengajar manusia supaya "JANGAN MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MENGENAL ALLAH".

Salah satu daripada 49 ayat itu ialah

وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلاًّ كَثِيرًا‌   ۖ   أَفَلَمۡ تَكُونُواْ تَعۡقِلُونَ

Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu, maka apakah kamu tidak mahu berfikir?
(Yasin : 62)

5) Mereka mendakwa semua PERBUATAN JAHAT dan KEJI manusia seperti membunuh, menipu,  menyiksa, melakukan perbuatan SYIRIK dan sebagainya adalah atas KEHENDAK Allah semata2.
Mereka menafikan ikhtiar dan usaha. Mereka mendakwa semua PERBUATAN JAHAT dan KEJI manusia seperti itu sudah terjadi di luh mahfuz. Mereka mendakwa semua PERBUATAN JAHAT dan KEJI manusia seperti itu hanya MENGULANG SKRIP yang tertulis di luh mahfuz.

6) Mereka mendakwa kesudahan semua manusia samada di syurga atau neraka SUDAH DITETAPKAN oleh Allah. Semua perbuatan manusia samada baik @ jahat adalah kehendak Allah semata2. Perkataan dan akidah sesat mereka disulam penuh keindahan dgn perkataan *"manusia  disuruh berserah kepada Allah."*

Apa buktinya perkataan mereka seperti itu?

Buktinya ada seperti audio yg disertakan.

Dengar sahaja ya, *JANGAN IKUT kerana ilmu yg disampaikan itu BERCANGGAH DENGAN AL QURAN dan MEMBINASAKAN AKIDAH.*

7) Mereka mendakwa Iblis INGKAR kpd perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai BENAR PADA HAKIKAT. Mereka mendakwa Iblis itu ingkar atas kehendak Allah semata2.

8) Mendakwa roh manusia dijadikan dari juzuk diri Allah yang TIDAK akan binasa selama2nya.

dan banyak lagi ciri2 orang yang tergolong sebagai jahil murakkab, tidak terhingga banyaknya.

Sesungguhnya akidah si jahil murakkab itu SUDAH BINASA dan sukar dipulihkan kerana TIDAK SEDAR dirinya jahil dan kerana ada pengikutnya yang tersendiri.

Persoalan terakhir ialah, apakah persamaan dan perbezaan antara orang munafik, murtad dan jahil murakkab ?

Persamaan mereka ialah, *PADA SYARAK DAN PADA HAKIKAT SYARAK* ketiga2nya telah melakukan perbuatan SYIRIK atau disebut juga sebagai orang MUSYRIK dan ketiga2nya adalah orang KAFIR MUKTAMAD yang akan diazab didalam neraka, kekal selama2nya. 3 golongan itu akan kekal mendapat AZAB di neraka paling bawah.

Perbezaan antara 3 golongan ini hanya, cara mereka TERKELUAR DARI ISLAM. *PADA ZAHIR SYARAK,* cara si murtad, cara si munafik, cara si jahil murakkab JATUH KAFIR adalah berbeza dan sudah dicerahkan mulai Soalan 85 - 104. Sesiapa yg ingat2 lupa, eloklah dengar dan semak semula audionya.

Sebagai rumusan, kita semua yang sudah ditakdirkan oleh Allah, hidup dizaman yang penuh dengan fitnah dajjal ini, marilah kita bersama2 berusaha membaiki ilmu dan amal, terutama ilmu AKIDAH agar kita jauh dari bahaya JATUH KAFIR TANPA SEDAR. Kita sama2 ulangkaji perbezaan 3 hukum. Kita JANGAN BERHENTI MEMPELAJARI ILMU2 AKIDAH. Kita jadikan MATI itu sebagai penutup kpd usaha kita mencari ilmu yang diredhoi Allah. Kita sama2 ingat mengingatkan.  Semoga kita semua dipelihara Allah dari menjadi munafik, murtad atau jahil murakkab. Amin. ....

Sebarang kesilapan yg dikesan pd pencerahan ini, tolong perbetulkan dan maklumkan SEGERA kpd barisan admin @ pd no (+60132329897 Lukman Hakim @ Cikgu Halim). Hanya Allah yg mampu membalas.

Semoga akidah kita selamat sehingga mati.

---------------------------------------------

Semua yang baik2 itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah itu adalah kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An-Nisa ' : 79)

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Semua *105 pencerahan dan audionya* boleh diperolehi secara percuma @ gratis di👇🏾

www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@youtube, sila taip
*laisakamitslihisyaiun j1*

Ahad, 23 Oktober 2016

Bab 9 Soalan Ke-104 Lanjutan Soalan 83-84 1) Apakah makna perkataan *"kafir"* menurut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? 2) Ada berapa jenis kafir pada syarak? 3) Bagaimana supaya kita terselamat dari bahaya jatuh kafir?

Group *laisakamitslihisyaiun*

Soalan Ke-104


Lanjutan Soalan 83-84

Kita sudah bincgkan makna Islam menurut 3 hukum pada Soalan 97. Sekarang kita bincangkan :

1) Apakah makna perkataan *"kafir"* menurut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak?

2) Ada berapa jenis kafir pada syarak?

3) Bagaimana supaya kita terselamat dari bahaya jatuh kafir?

*PENCERAHANNYA*

Untuk memudahkan faham pencerahan Soalan 104 ini, barisan admin menasihatkan supaya ahli dapat kiranya mengulangkaji semula serta pencerahan tentang hukum adat, hukum akal dan hukum syarak seperti pada senarai POKOK PERBINCANGAN yang sudah dihantar sebelum ini.

Persoalan pertama, ialah
Apakah makna kafir menurut 3 hukum?  Makna kafir pada adat dan pada akal sudah dicerahkan pd Soalan 83 & 84. Sila semak semula. Sekarang, kita bincang, apakah makna kafir pada syarak?

Makna kafir pada syarak ialah ingkar @ melakukan sebarang perbuatan @ sebarang amalan @ iktikad yang BERCANGGAH dengan perintah Allah yang disebut didalam Al Quran @ Hadith dan menyebabkan JATUH KAFIR @ BINASA AKIDAH. Semua orang kafir yang BINASA AKIDAH adalah pelaku SYIRIK ataupun disebut juga sebagai orang musyrik pada syarak.

Contohnya telah diberikan pada Soalan 83, 84 dan pd banyak pencerahan yang lain sebelum ini.

Persoalan seterusnya ialah, ada berapa jenis kafir pada syarak?

Pd umumnya, ada 4 jenis kafir pada syarak. Jika kita faham 4 jenis kafir ini, kita akan mudah faham ciri2 orang kafir yang lain. 4 jenis kafir itu ialah :

1) Kafir harbi
2) Kafir zimmi
3) Kafir murtad
4) Kafir munafik

Contoh dan tanda bagi setiap satu akan dicerahkan satu persatu insya Allah.

1⃣ Kafir Harbi iaitu orang yg kafir yang :

1) memusuhi dan menghina Islam
2) memusuhi dan menghina negara Islam
3) memusuhi dan menghina undang2 Islam
4) menghalau umat Islam dari tanah air.

Contoh kafir harbi ialah si Ahok @ Basuki Tjahaya Purnama Gubernur Jakarta yang menghina Al Quran. Buktinya, lihat dalam youtube @ video yg disertakan. 👇🏾

https://www.youtube.com/watch?v=Eka3WM3zsDA)

Bolehkan kafir harbi dipilih menjadi pemimpin?

Jawabannya TIDAK BOLEH SAMA SEKALI. Allah melarang KERAS memilih org kafir sebagai pemimpin. Sedangkan memilih orang fasikpun Allah tegah, memilih kafir zimmi pun Allah tegah, memilih kafir murtad dan munafikpun Allah tegah, lebih2 lagilah Allah tegah memilih kafir harbi sebagai pemimpin.  Pengharaman babi hanya disebut 4x didalam al Quran. Akan tetapi pengharaman memilih org kafir diulang2 oleh Allah di dalam al Quran sebanyak tidak kurang 20  kali.

Buktinya dibawah ini.

*Larangan memakan BABI dalam Al Qur'an hanya ada 4 ayat. Yg pertama :*

“Bahwasanya Allah telah mengharamkan atas kamu bangkai, darah, daging babi,”
(Al-Baqarah 2:173)

dan 3 ayat lain ialah :
(Al-Maidah : 3)
(Al-An'am : 145)
(An-Nahl : 115)

Sedangkan ayat yang melarang

*MEMILIH PEMIMPIN KAFIR TIDAK KURANG 20 AYAT. Yang pertama :*

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara  diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu)."
(Ali 'Imran : 28)

dan 19 ayat yg lain ialah

(An-Nisaa' : 141)
(An-Nisaa' : 144)
(An-Nisaa' : 138-139)
(At-Taubah : 16)
(At-Taubah : 23)
(Ali 'Imraan : 118)
(Ali 'Imraan : 149-150)
(Al-Qashash : 86)
(Al-Maa-idah : 51)
(Al-Maa-idah : 80-81)
(Al-Mumtahanah : 1)
(Al-Mumtahanah : 5)
(Al-Mumtahanah : 13)
(Al-Mujaadilah : 22)
(Al-Mujaadilah : 14-15)

Larangan berulang kali itulah yg menjadi bukti menunjukkan MURKA Allah yang *"teramat sangat"* kpd org yg memilih atau bersubahat memilih MUSUH ALLAH sbg pemimpin samada secara terang2 atau tersembunyi.

Bayangkanlah BANGSAT dan HINANYA kita *pada adat* sekiranya kita memilih org yg MENGHINA KITA sebagai pemimpin. Sedangkan memilih kafir sebagai *teman rapat* ditegah oleh Allah. Terlebih ditegah lagi menjadikan mereka sbg *pemimpin* Itulah gambaran TERLEBIH BANGSATNYA, TERLEBIH HINA @ TERLEBIH KAFIRNYA PADA SYARAK seseorang yg mengaku mengaku Islam, mengaku hamba Allah akan tetapi memilih KAFIR HARBI @ MUSUH ALLAH sebagai pemimpin hanya kerana mengharapkan redho orang kafir dan kerana mengharapkan redho orang fasik.
Nauzubillah..

2. Kafir zimmi ialah orang kafir yang tinggal dalam negara Islam yang boleh dijadikan teman. Mereka

1) tidak memusuhi dan tidak menghina Islam
2) tidak memusuhi dan tidak menghina negara Islam
3) tidak memusuhi dan tidak menghina undang2 Islam
4) tidak bersubahat menghalau umat Islam dari tanah air.

Apakah dalilnya dari al Quran @ hadith?

لَّا يَنْهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمْ يُقَٰتِلُوكُمْ فِى ٱلدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوٓا۟ إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُقْسِطِينَ

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

(Al-Mumtahanah : 8)

Bolehkah kafir zimmi dijadikan teman?

Jawabannya : Boleh dan itulah peluang untuk kita berdakwah.

3⃣ Kafir murtad ialah orang yang asalnya beragama Islam akan tetapi terkeluar dari Islam samada :

1) secara sengaja @ sukarela dan

2) tanpa sengaja *KERANA JAHIL.*

Apakah dalilnya dari al Quran @ hadith?

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi
(Ali-‘Imrân : 85)

Contoh perbuatan yang disengajakan menyebabkan murtad ialah

A) sengaja mengaku keluar dari agama Islam @ mengaku bukan Islam. *Jatuh murtad*

B) sengaja memohon kepada mahkamah untuk keluar dari agama Islam  *Jatuh murtad*

Contoh perbuatan yang tidak disengajakan kerana *JAHIL* tetapi  menyebabkan jatuh murtad ialah

A) berkata agama Islam @ undang2 Islam seperti *HUDUD TIDAK SESUAI* dilaksanakan kerana rakyat negara ini berbagai agama dan bangsa atau suku kaum. *jatuh murtad tanpa sedar* Nauzubillah.

B) bersubahat dengan seseorang terlebih2 lagi jika bersubahat dengan orang kafir untuk menghalang perlaksanaan sebarang perintah Allah yg tersebut didalam al Quran seperti menghalang orang menutup aurat, menghalang orang mengajar al Quran atau menghalang pelaksanaan undang2 hudud.  *jatuh murtad tanpa sedar* Nauzubillah.

C) mendakwa sifat 20 bg Allah itu BIDA'AH @ sifat "WUJUD" Allah itu sudah cukup, 19 sifat yg lain, tak payah pakai, boleh buang @ buang sahaja jauh2 dan lain. *jatuh murtad tanpa sedar* Nauzubillah.

Kenapa pula jatuh murtad tanpa sedar?

Kerana perkataan itu membawa maksud

a) membawa maksud Allah MUNGKIN WUJUD @ MUNGKIN ADA. membawa maksud Allah Bukan wajib wujud. Kita semua tahu, semua yang mungkin wujud itu adalah makhluk. Sebab itu, mendakwa sifat 20 itu bida'ah bermakna tanpa sedar menyamakan Allah dgn makhluk. Sebab itu binasa akidah.

b) Allah MUNGKIN QIDAM @ MUNGKIN ADA PERMULAAN. Allah Bukan wajib kidam. Kira tahu, semua yang mungkin ada permulaan itu adalah makhluk. Sebab itu, perkataan boleh buang sifat Qidam @ mendakwa sifat 20 itu bida'ah bermakna tanpa sedar menyamakan Allah dgn makhluk. Binasa akidah.

c) Allah MUNGKIN BAQO @ MUNGKIN BERUBAH. Allah Bukan wajib kekal. Kita tahu semua yang mungkin berubah itu adalah makhluk. Sebab itu, perkataan boleh buang sifat Qidam @ mendakwa sifat 20 itu bida'ah bermakna tanpa sedar menyamakan Allah dgn makhluk. Binasa akidah.

Begitulah kaedah memahami sifat 20 sehingalah sifat ke-13 @ 20. Rasanya tak perlu dicerahkan lagi kerana sudah dicerahkan beberapa kali pd soalan2 yang lalu dan sangat mudah difahami.

Membida'ahkan sifat 20 @ 19 @ salah satu dari 20 sifat Allah, sesungguhnya telah murtadlah ia tanpa sedar.

4⃣ Kafir munafik ialah orang yang pada zahirnya Islam tetapi *TIDAK MENGENAL ALLAH.* Orang munafik itu dua keadaan :

1) Orang yg berpura2 memeluk Islam @ berpura2 Islam atau berpura2 menunaikan perintah Allah.

2) mengaku Islam akan tetapi DENGAN SENGAJA MENGEKALKAN DOSA BESAR SEHINGGA MATI.

Contoh orang yg berpura2 Islam ialah seperti Mustafa Kamal Attartuk di Turkey yang meruntuhkan Kerajaan Islam Othmaniah.

Contoh perbuatan munafik yang menyebabkan kekal didalam neraka akibat kekal *JAHIL* sehingga mati ialah

1) "Sampai mati" TIDAK mempelajari ilmu makrifat @ ilmu usuluddin @ ilmu mengenal Allah yg ada di dalam al Quran sekurang2nya HAD FARDU AIN kerana merasa ilmu dan amalnya sudah memadai, sedangkan perkara yg MEMBATALKAN SYAHADAT tidak pernah dituntutnya dari guru yg BENAR2 faham melainkan merasa cukup sekadar menuntut ilmu kepada orang yg TIDAK MENGETAHUI PERBEZAAN 3 HUKUM iaitu HUKUM ADAT, HUKUM AKAL DAN HUKUM SYARAK.

2) "Sampai mati" terus berguru @ menuntut ilmu kepada orang jahil sedangkan dia sudah mengetahui gurunya itu memang JAHIL PADA SYARAK.

Makna jahil menurut 3 hukum dan jahil menurut hukum syarak sudah dicerahkan pd Soalan 96. Sesiapa yg ingat2 lupa, eloklah semak semula.

3) "Sampai mati" berkata fahamannya yg bercanggah dgn syariat sebagai ilham dari Allah dan beriktikad, ilham yg diterimanya itu sbg ilmu laduni sama seperti yg diterima oleh Nabi Khidir a.s. dan para wali Allah.

Siapa golongan seperti itu?
Contoh golongan itu ialah orang yang suaranya ada didalam audio ini yg disertakan. Orang tersebut sedang mengajar muridnya JANGAN BERZIKIR dgn kalimah
️سُبْحَانَ اللّهِ
اَلْحَمْدُلِلّهِ
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ
اَللّهُ اَكْبَرُ
"Sebaliknya dia mengajar umatnya @ pengikutnya dgn kalimah "Allah Muhammad, Muhammad Allah"

Orang tersebut sebenarnya ingin mengajar pengikutnya fahaman yang salah pada kalimah ( وَجۡهُ ٱللَّهِ‌ @ wajah Allah) pada ayat ke-115 surah al-Baqaroh iaitu

وَلِلَّهِ ٱلۡمَشۡرِقُ وَٱلۡمَغۡرِبُ‌ ۚ  فَأَيۡنَمَا تُوَلُّواْ فَثَمَّ *وَجۡهُ ٱللَّهِ‌* ۚ  إِنَّ ٱللَّهَ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah WAJAH Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

(Al-Baqaroh : 115)

Menurut golongan itu maksud ( وَجۡهُ ٱللَّهِ‌ @ wajah Allah) ialah Allah menzahirkan DIRINYA dalam bentuk makhluk yg boleh dilihat oleh mata dan dicapai oleh pancaindera. Dalam ertikata lain,  segala2nya adalah Allah. Muhammad itu Allah. Allah itu tidak lain dari muhammad.  Sebab itulah mereka berzikir dgn perkataan
 (الله محمد) (محمد الله )
Mereka telah melakukan bida'ah dolalah dgn mengadakan zikir baru yang menyerupai zikir (الله الله الله الله). Orang seperti itu sebenarnya  sangat jahil tapi tidak sedar dirinya jahil. Itulah contoh manusia yg dinamakan sbg jahil MURAKKAB. BINASA AKIDAH jika berkekalan sehingga mati.

*Audio ajarannya itu disertakan. Sila dengar. DENGAR SAHAJA TAU, JANGAN AMALKAN*

Tentu ada yg ingin bertanya, kenapa ajaran yang melarang umat berzikir dengan kalimah tauhid dan bertasbih menyebabkan BINASA AKIDAH?

Sebabnya ialah, larangan itu secara JELAS MENGINGKARI, MENYANGGAH DAN MEMBANTAH PERINTAH ALLAH DAN ROSUL.

Apa buktinya?
Buktinya ialah ayat al Quran dan hadith berikut :

فَاعْلَمْ أَنَّهُ *لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ* وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada *Tuhan  melainkan Allah,* dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).

(Muhammad : ayat 19)

Ayat itu adalah BUKTI PERINTAH Allah yang SANGAT KUAT supaya

1) mengenal Allah
2) setelah kenal Allah,  berzikirlah dgn kalimah *لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ* akan tetapi ada manusia yang BERANI MENYANGGAH PERINTAH ALLAH itu.

*Allah perintahkan sekalian makhluk bertasbih, Allah perintahkan burung bertasbih. Allah perintahkan manusia bertasbih, tup tup musuh Allah itu MENYANGGAH PERINTAH ALLAH, dia kata TAK PAYAH, zikir itu makam rendah.*

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
(An Nur: 41)

فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ

(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.

وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ

Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.

(Ar Rum: 17 - 18)

*Bukti perintah Nabi pula adalah hadith berikut, tapi ada orang yg berani MENYANGGAH perintah Nabi, dia kata TAK PAYAH, zikir spt itu zikir orang makam rendah .*

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

“Barang siapa yang bertasbih (سَبَّحَ اللَّه) sebanyak 33x, bertahmid (الحمد اللَّه) sebanyak 33x, dan bertakbir (الله اكبر) sebanyak 33x setelah melaksanakan shalat fardhu sehingga berjumlah 99, kemudian menggenapkannya untuk yang keseratus dengan ucapan

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku walalhul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qodiir)

maka kesalahannya akan diampuni meskipun sebanyak buih di lautan.”
(HR. Muslim no. 597).

Tapi ingat ya tn2, dosa yang disebutkan oleh hadith itu bukannya DOSA SYIRIK. *Pelaku DOSA SYIRIK walaupun sudah kembali taubat, akan tetap diazab didalam neraka* tetapi bukan selama2nya didalam neraka sebab dia sudah bertaubat. Yang kekal didalam neraka adalah orang yang mati dalam keadaan SYIRIK.

Kita kembali semula kepada pokok perbincangan :
*DENGAN JELAS ORANG TERSEBUT MENGHINA PERINTAH ALLAH, MERENDAH2KAN AYAT AL QURAN, SEBAB ITU BINASA AKIDAH ORANG YG MENYANGGAH PERINTAH ALLAH DAN ROSUL PADA SYARAK*

Ringkasnya
Perkara yg menyebabkan jatuh kepada KAFIR MUNAFIK PADA SYARAK, TANPA SEDAR, AKIBAT JAHIL adalah 2 perkara

1) Sampai mati TIDAK merasa berdosa meninggalkan SURUH Allah kategori FARDU AIN seperti enggan belajar mengenal Allah @ enggan solat 5 waktu.

2) Sampai mati TIDAK merasa berdosa melanggar TEGAH Allah kategori FARDU AIN seperti melakukan perbuatan syirik @ memakan harta rakyat @ memakan riba.

3 kategori suruh dan 3 kategori tegah Allah pada syarak sudah dicerahkan pd soalan 73 dan 74. Sesiapa yg ingat2 lupa, eloklah semak semula.

Apakah dalilnya dari al Quran @ hadith?

وَٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ مَسۡجِدًا ضِرَارًا وَڪُفۡرًا وَتَفۡرِيقَۢا بَيۡنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَإِرۡصَادًا لِّمَنۡ حَارَبَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ  ۥ مِن قَبۡلُ  ۚ  وَلَيَحۡلِفُنَّ إِنۡ أَرَدۡنَآ إِلَّا ٱلۡحُسۡنَىٰ‌   ۖ   وَٱللَّهُ يَشۡہَدُ إِنَّہُمۡ لَكَـٰذِبُونَ

Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.

(At-Taubah : 109)

Persoalan terakhir,  bagaimanakah untuk selamat dari bahaya jatuh kafir?

Untuk selamat dari jatuh kafir, tidak ada cara lain melainkan MENGENAL ALLAH iaitu mengetahui perbezaan antara Allah dengan sekalian makhluk iaitu 20 perkara. Kita ulang semula 6 persamaan pada sekalian makhluk yg sudah dicerahkan pada Soalan 4 iaitu

1) sekalian makhluk harus wujud. Allah wajib WUJUD @ wajib ADA.

2) sekalian makhluk ada permulaan. Allah mustahil ada permulaan. Allah wajib QIDAM @ SEDIA ADA.

3) sekalian makhluk berubah. Allah mustahil berubah. Allah wajib BAQO @ KEKAL selama2nya.

4) sekalian makhluk ada persamaan dgn makhluk lain. Allah mustahil ada persamaan. Allah wajib MUKHOLAFAH @ BERSALAHAN DGN SEKALIAN MAKHLUK.

5) sekalian makhluk ada kelemahan @ kekurangan. Allah mustahil ada kekurangan. Allah wajib QIYAMUHU BINAFSIH @ BERDIRI SENDIRINYA.

6) zat @ diri sekalian makhluk harus berbilang2 pd zat yg satu. Allah mustahil berbilang2. Allah itu wajib WAHDANIAT @ ZATNYA TIDAK BERBILANG2.

Sebagai penutup persoalan ke-104 ini, barisan admin memaklumkan kali kedua bahawa, kita akan mengkupas ilmu2 hakikat pada Bab 17. Insya Allah. Semua ahli diminta bersabar. Kita masih berada dalam Bab 9 (membicarakan hukum syarak). Walaupun begitu, mulai Bab 9 ini, pd pencerahan soalan 104 ini, ilmu hakikat sudahpun dibincangkan secara berperingkat-peringkat. Istilah yg kita gunakan ialah *pada hakikat akal dan pada hakikat syarak @ pada hakikat. Bukannya hakikat adat.* Agar lebih mudah difahami, kita perlu terlebih dahulu memahami perbezaan 3 hukum. Dengan itu, kita akan mudah memahami perbezaan makna

1) makna hakikat adat
2) makna hakikat akal
3) makna hakikat syarak
4) makna satu dan banyak.
5) makna esa dan mengesakan.
6) makna diri, zat, sifat, nama dan kelakuan.
6) makna benar &  tidak benar.
7) makna islam dan kafir

Untuk tujuan tersebut, ahli dinasihatkan mendengar semula semua audio berulang2. Mana yang salah tolong maklumkan semula SEGERA kpd barisan admin @ pd no (+60132329897-Lukman Hakim @ Cikgu Halim). Hanya Allah yang mampu membalas. Semoga akidah kita selamat sehingga mati.

Sekadar selingan
Barisan admin berharap, mudah mudahan pencerahan Soalan 104 ini akan *MEMBERSIHKAN NAMA TOK KENALI* daripada  terus difitnah dgn kepercayaan yg membawa maksud "MENJISIMKAN ALLAH" oleh orang yang sebenar benarnya jahil murakkab tetapi mengambil kesempatan, mengaut keuntungan dunia atas kejahilan orang lain.

Kita sama sama berdoa, semoga mereka yang memfitnah Tok Kenali sedar kesalahan mereka dan kita semua bersama ahli keluarga serta umat Islam seluruhnya selamat dari azab Allah dipadang mahsyar.

Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An-Nisa' : 79)


●─✸🌷✸☘🌹☘✸🌷✸─●

Semua
PENCERAHAN
dan AUDIO mulai Soalan 1 - 104 boleh diperolehi PERCUMA @ GRATIS di

 1.www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
👆 skrip sahaja
2. Telegram 👇
 @laisakamitslihisyaiunmp3
👆 audio sahaja
3. Telegram 👇
@laisakamitslihisyaiun
👆 skrip & audio
4. Youtube taip
*Laisakamitslihisyaiun J1*

Khamis, 6 Oktober 2016

Bab 9 Persoalan dari Awam *Soalan 103* lanjutan bagi Soalan 88 1)Apakah makna perkataan *"hakikat"* berdasarkan hukum adat, hukum akal dan hukum syarak? 2) Adakah ilmu hakikat yang disebarkan oleh Hj Shaari it benar pada syarak? https://youtu.be/D2qDWR25dmA 3) Apakah punca salah faham ini?

*PENCERAHAN*
Soalan 103

Group
*laisakamitslihisyaiun*


*Soalan 103*
lanjutan bagi Soalan 88

1)Apakah makna perkataan *"hakikat"* berdasarkan hukum adat, hukum akal dan hukum syarak?

2) Adakah ilmu hakikat yang disebarkan oleh Hj Shaari it benar pada syarak?
https://youtu.be/D2qDWR25dmA

3) Apakah punca salah faham ini?


*PENCERAHAN*

Ilmu dan amal tentang syariat, makrifat, hakikat dan tarikat adalah wajib serentak dan tidak boleh dipisahkan walau satu detik sekalipun sampai bila2. Sesiapa yg meninggalkan salah satu daripadanya sehingga mati adalah BUKAN ISLAM yakni batal akidahnya pada syarak. Persoalan sekarang, apakah makna hakikat? Sebagai umat yg mengaku ahli sunnah waljamaah, kita wajib mengetahui makna hakikat menurut 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Itulah caranya untuk mengelakkan diri dari melakukan perbuatan syirik @ yg membinasakan akidah. Dalilnya daripada al Quran ialah ayat ke-144 surah al-An'am

  ۚ  فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ ڪَذِبًا لِّيُضِلَّ ٱلنَّاسَ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ   ۗ   إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Ertinya
..... Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk *menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan?* Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
(al-An'am : 144)

Ayat itulah yang menjadi bukti setiap mukallaf wajib mengetahui benar @ tidak 3 jenis perbuatannya iaitu

1) perkataannya
2) perbuatan anggotanya
3) iktikadnya

Makna benar disini ialah dalil @ bukti bagi semua perbuatan itu wajib ADA, JELAS & BENAR YANG DIMAKSUDKANNYA. Sekiranya dalil yang diberikan menyalahi al Quran atau hadith @ dalil TIDAK dapat ditunjukkan maka perkataan @ iktikad itu adalah TIDAK BENAR @ BIDA'AH pada syarak. Oleh itu TIDAK BOLEH dijadikan pegangan.

Maksud perkataan makrifat sangat berkait rapat dengan maksud beberapa perkataan iaitu *diri, zat, sifat, nama, kelakuan, satu @ al wahid, esa @ al ahad dan banyak @ berbilang2,* justeru, ahli dinasihatkan mengulangkaji semula pencerahan tentang makna semua perkataan tersebut seperti pada pencerahan Soalan 5, 11, 44, 55, 56, 59 & 64 - 70.

Untuk memahami persoalan, makna hakikat pada syarak, kita terlebih dahulu perlu memahami makna hakikat menurut hukum adat dan hukum akal.

*Makna hakikat pada adat*
ialah pengenal @ pengetahuan seseorang kepada penjadi @ pencipta sesuatu benda yang tidak dikaitkan dengan Allah @ Agama. Pengenal @ pengetahuan kepada penjadi @ pencipta itu terbahagi kpd 4 iaitu tentang

1) *zat* pencipta
2) *sifat* pencipta
3) *kelakuan* pencipta
4) *nama* pencipta

Contoh hakikat zat pada adat sudah dicerahkan pd soalan 88. Sesiapa yg ingat2 lupa eloklah semak semula. Contoh hakikat adat pada 3 cabang ilmu yg lain akan kita bincgkan kemudian insya Allah. Skrg kita lihat contoh kedua dalam bentuk matematik iaitu

Jika A = B. B = C, maka
*pada hakikat adat A = C*

Rasanya satu contoh sudah memadai sebab sangat mudah. Skrg kita lihat makna hakikat pada akal.

Diambil dari makna hakikat pada adat, maka *makna hakikat pada akal* ialah pengenal @ pengetahuan seseorang tentang pencipta sekalian alam bernama Allah tanpa dikaitkan dengan Al Quran @ hadith. Pengenal @ pengetahuan kepada penjadi @ pencipta bernama Allah itu terbahagi kpd 4 iaitu tentang

1) *zat* pencipta alam bernama Allah
2) *sifat* pencipta alam bernama Allah
3) *kelakuan* pencipta alam bernama Allah
4) *nama* pencipta alam bernama Allah

Pengenal kepada pencipta alam pada akal bernama Allah itu tidak dikaitkan dgn al Quran @ hadith melainkan semata2 penerimaan oleh akal. Pengenal itu wajib DITAHKIQKAN DENGAN DALIL AKAL dari sekalian alam @ pada diri sendiri.

Contoh hakikat zat pada akal sudah dicerahkan pd soalan 88. Sesiapa yg ingat2 lupa eloklah semak semula. Contoh hakikat akal pada 3 cabang ilmu yg lain akan kita bincgkan kemudian insya Allah. Skrg kita lihat contoh kedua iaitu hakikat kelakuan Allah. Contoh ini sudah dicerahkan pd Soalan 91 iaitu seperti kisah Nabi Allah Musa a.s. berguru kepada Nabi Allah Khidir a.s. Sesiapa yg ingat2 lupa, sila semak dan dengar audio pencerahannya.

Contoh ke-3 ialah wujudnya sekalian alam. Pada hakikat akal @ hakikat kelakuan Allah, sekalian alam wujud sekali jadi tanpa masa walau kurang dari sedetik masa sekalipun.

Contoh seterusnya sudah diberikan dalam pencerahan Soalan 70. Eloklah semak.

Itu contoh2 hakikat pada akal. Skrg, apa pula makna hakikat menurut syarak?

Diambil dari makna hakikat pada adat dan pada akal maka *makna hakikat pada syarak* ialah pengenal @ pengetahuan seseorang tentang Allah yang diambil daripada Al Quran @ hadith. Pengenal @ pengetahuan kepada Allah itu terbahagi kpd 4 iaitu tentang

1) *zat* Allah
2) *sifat* Allah
3) *kelakuan* Allah
4) *nama* Allah

Contoh hakikat zat pada syarak sudah dicerahkan pd soalan 88. Sesiapa yg ingat2 lupa eloklah semak semula. Contoh hakikat syarak pada 3 cabang ilmu yg lain akan kita bincgkan kemudian insya Allah. Skrg kita lihat contoh yang tersebut di dalam al Quran iaitu ayat ke- 80 hingga 81 surah an-Nahl seperti berikut

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۢ بُيُوتِڪُمۡ سَكَنًا وَجَعَلَ لَكُم مِّن جُلُودِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ بُيُوتًا تَسۡتَخِفُّونَهَا يَوۡمَ ظَعۡنِكُمۡ وَيَوۡمَ إِقَامَتِڪُمۡ‌   ۙ وَمِنۡ أَصۡوَافِهَا وَأَوۡبَارِهَا وَأَشۡعَارِهَآ أَثَـٰثًا وَمَتَـٰعًا إِلَىٰ حِينٍ

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِلَـٰلاً وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلۡجِبَالِ أَڪۡنَـٰنًا وَجَعَلَ لَكُمۡ سَرَٲبِيلَ تَقِيڪُمُ ٱلۡحَرَّ وَسَرَٲبِيلَ تَقِيكُم بَأۡسَڪُمۡ  ۚ  كَذَٲلِكَ يُتِمُّ نِعۡمَتَهُ  ۥ عَلَيۡڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تُسۡلِمُونَ

Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah yang kamu mendapatinya ringan semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.

Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya.

(An-Nahl : 80-81)

Dua ayat itu menjadi bukti dari al Quran bahawa pada hakikat akal dan hakikat syarak, Allah itulah yang menjadikan sekalian alam. Pada ayat itu, Allah menerangkan, pada hakikat akal dan hakikat syarak Dialah yg menjadikan

1) rumah tempat tinggal
2) khemah-khemah
3) perkakas rumah
4) perhiasan
5) tempat berteduh
6) gunung-ganang
7) pakaian-pakaian

Ingat ya, pada hakikat adat

1) rumah tempat tinggal
2) khemah-khemah
3) perkakas rumah
4) barang perhiasan
5) tempat berteduh
6) pakaian-pakaian

adalah ciptaan manusia atau dijadikan oleh manusia. Tetapi itu dari sudut ADAT.  Pegangan kita adalah HUKUM SYARAK BUKAN HUKUM ADAT. Oleh itu pada hakikat syarak sekalian alam ini termasuk sekalian makhluk iaitu makhluk wujudi dan makhluk bukan wujudi adalah DIJADIKAN OLEH ALLAH dengan SEKALI JADI.

Untuk menghampirkan faham, kita lihat contoh dalil akal ini. Katalah kita membeli rumah melalui pinjaman bank. Pada zahir adat,  rumah itu milik kita. Tetapi pada hakikat adat,  rumah itu milik bank.

Itulah cara memahami pemilikan pada hakikat syarak. Pada zahir syarak,  rumah yg kita beli itu milik kita. Tetapi pada hakikat syarak dan pada hakikat akal, rumah itu milik Allah.

Persoalan seterusnya ialah adakah ilmu hakikat yang disebarkan oleh Hj Shaari itu benar pada syarak? Jika BENAR PADA SYARAK, apa buktinya dari al Quran?

Sebelum kita bincang fahaman Hj Shaari, perlu diketahui bahawasanya hakikat akal SAMA SEKALI TIDAK BERCANGGAH DENGAN hakikat syarak. Wajib diketahui, apabila kita menyebut perkataan "hakikat", hakikat apakah yg kita maksudkan? Hakikat adat, hakikat akal atau hakikat syarak? Jika kita *tidak tahu* itu bermakna kita masih tidak faham apa yg kita sebut, kita hanya takliq, kita hanya ikut2an. Ikut2an dalam perkara akidah adalah MEMBAHAYAKAN AKIDAH. Boleh membinasakan akidah. Buktinya dari al Quran ialah

وَإِن تُطِعۡ أَڪۡثَرَ مَن فِى ٱلۡأَرۡضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ  ۚ  إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنۡ هُمۡ إِلَّا يَخۡرُصُونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan *sangkaan semata-mata*, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

(Al-An'am : 116)

Perlu diketahui
Pada hakikat akal dan hakikat syarak HANYA Allah

1) HANYA Allah yang wujud
2) HANYA Allah yang qidam
3) HANYA Allah yang baqo
hingga
20) HANYA Allah yang mutakallimun.

Hakikat akal dan hakikat syarak, menerangkan tentang

1) diriNYA @ diri Allah
2) hukumNYA dan
3) ayat2NYA

iaitu Allah menerangkan kepada manusia bahawa SAMA SEKALI TIDAK ADA YG MENYERUPAI

1⃣ zatNYA
2⃣ sifatNYA
3⃣ kelakuanNYA
4⃣ namaNYA
5⃣ hukumNYA
6⃣ ayatNYA

Mustahil Allah menafikan atau membandingkan

1⃣ zatNYA
2⃣ sifatNYA
3⃣ kelakuanNYA
4⃣ namaNYA
5⃣ hukumNYA
6⃣ ayatNYA

dengan

1⃣ zat makhluk
2⃣ sifat makhluk
3⃣ kelakuan makhluk
4⃣ nama makhluk
5⃣ hukum makhluk
6⃣ ayat makhluk

MUSTAHIL......

Kenapa mustahil?

Kerana menafikan dan membandingan itu sebenar2nya bermakna ada DUA @ BANYAK yang menyerupai Allah.

Kenapa pulak bermakna ada DUA @ BANYAK yang menyerupai Allah?

Begini. Kita lihat dalil akalnya. Katalah seorang MAHARAJA menerangkan tentang

1) dirinya,
2) hukumnya dan
3) perintahnya.

maka sesungguhnya pada hakikat adat, perbuatan itu membawa maksud ada sekurang2nya DUA @ lebih dari dua maharaja. Kenapa pulak? Sebabnya ialah :

1) pasti maharaja itu pernah melihat atau mengetahui akan maharaja lain yang memiliki persamaan dengan dirinya.

2) pasti maharaja itu pernah melihat atau mengetahui akan maharaja lain yang memiliki persamaan dengan hukumnya.

3) pasti maharaja itu pernah melihat atau mengetahui akan maharaja lain yang memiliki persamaan dengan perintahnya.

Kita tahu setiap yang sabit pada makhluk, mustahil sabit pada Allah.
Maka pada hakikat akal dan pada hakikat syarak,  MUSTAHIL Allah menafikan @ membandingkan diriNYA dengan tuhan yang lain kerana perbuatan menafikan dan membandingkan itu sebenar2nya membawa makna Allah BANYAK dan bercanggah dengan makna ALLAH ESA dan ALLAH SATU. Sebenarnya, ilmu hakikat ini sangat penting difahami. Insya Allah kita akan kupas ilmu hakikat pada Bab 17 berkaitan kalimah NAFI ISBAT. Skrg baru Bab 9 (Hukum syarak)

Kita lihat 14 contoh hakikat akal dan hakikat syarak yg tersebut didalam al Quran yang BUKAN menafikan makhluk dan BUKAN membandingkannya dgn makhluk iaitu :

1⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg mengajar Nabi
Allah yg menjaga keselamatan. *BUKAN menafikan manusia yg mengajar dan manusia yg menjaga keselamatan pada adat.*
Buktinya (Al-Anbiyak : 80)

2⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg mengangkut manusia dalam bahtera Nabi Nuh. *BUKAN menafikan bahtera Nabi Noh yg mengangkut manusia pada adat.*
Buktinya (Al-Haqqah : 11)

3⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg mengajarkan Al Quran. *BUKAN menafikan ustaz2 yg mengajar al Quran pada adat.*
Buktinya (Ar-Rohman : 2)

4⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menumbuhkan pokok. *BUKAN menafikan manusia yg menanam pokok pada adat.*
Buktinya (Al-Waqiah : 72)

5⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menurunkan hujan. *BUKAN menafikan manusia yg melakukan pembenihan hujan pada adat.*
Buktinya (Al-Waqiah : 69)

6⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menentukan masa mati. *BUKAN menafikan saat kematian seseorang ditali gantung pada adat.*
Buktinya (Al-Waqiah : 60)

7⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menjadikan manusia. *BUKAN menafikan kaum ibu yg melahirkan manusia pada adat.*
Buktinya (As-Soffat : 96)

8⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menjadikan perbuatan manusia. *BUKAN menafikan perbuatan manusia menjadikan makhluk pada adat.*
Buktinya (As-Soffat : 96)

9⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menjadikan tanpa masa. *BUKAN menafikan zahirnya makhluk secara berperingkat2 pada adat.*
Buktinya (Yasin : 82)

🔟 *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg memiliki langit dan bumi. *BUKAN menafikan hak milik manusia pada adat.*
Buktinya (As-Syuro : 4)

1⃣1⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menguasai langit dan bumi. BUKAN MENAFIKAN manusia menguasai langit dan bumi. *BUKAN menafikan penguasaan manusia pada adat.*
Buktinya (As-Syuro : 34)

1⃣2⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg memberi rezki. *BUKAN menafikan majikan yg membayar gaji pekerja pada adat.*
Buktinya (As-Saba : 36)

1⃣3⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menghantar angin. *BUKAN menafikan perbuatan manusia yang menimbulkan gelombang udara pada adat.*
Buktinya (Ar-Rum : 46)

1⃣4⃣ *PADA HAKIKAT AKAL DAN HAKIKAT SYARAK*

Allah yg menahan burung dari jatuh ketika terbang. *BUKAN menafikan kepandaian burung mengelakkan diri dari jatuh pada adat.*
Buktinya (An-Nahl : 79)

Itulah 14 contoh daripada beratus2 ayat hakikat yang bersumberkan al Quran. Setiap pegangan tentang hakikat akal atau hakikat syarak WAJIB ada sumbernya dari al Quran atau hadith soheh. Jika tidak ada buktinya dari al Quran @ hadith atau bukti yg ditunjukkan BERCANGGAH dgn ayat al Quran maka perkataan itu sesungguhnya adalah BIDA'AH PADA SYARAK.

Kembali kpd persoalan asal,
Apakah dalilnya dari al Quran tentang hakikat yg disebutkan oleh Hj Shaari?

Banyak perkataan beliau yang benar pada syarak dan benar pada hakikat syarak tetapi sy tidak nyatakan disini. Kita hanya bincangkan perkataannya yang bercanggah dgn syarak dan hakikat. Kita sudah mengesan, ada lebih 30 perkataan beliau yang boleh menyebabkan binasa akidah kerana bercanggah dengan ayat Al Quran dan bercanggah dgn makna hakikat akal dan hakikat syarak. Memandangkan keterbatasan ruang dan masa, sy hanya tunjukkan DUA shj iaitu

1⃣ Roh manusia dijadikan dari juzuk diri Allah. JELAS SESAT kerana MENJISIMKAN ALLAH.

2⃣ Segalanya2 adalah ALLAH. Yang solat itu adalah Allah. Yang makan itu adalah Allah. Yang berbuat baik itu adalah Allah. Yang berbuat jahat itupun adalah Allah. Yang cantik dan indah itupun Allah. Yang buruk dan hodoh itupun Allah. Tahi @ najis dan babi itupun Allah. Tapi jika kita tanya, adakah tahi @ najis dan babi itupun Allah, mereka pasti menjawab "TIDAK", mereka pasti MENAFIKAN. Tapi itulah maksud ayat2 mereka. Itulah sedikit dari akidah Hj Shaari yg sempat kita sebutkan disini.

Bukti yg mereka pegang adalah ayat al Quran berikut

وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعُ عَلِيمُ

”Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap maka disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Al-Baqarah: 115)

Hj Shaari telah salah faham dengan ayat tersebut? Apa salah beliau? Salah beliau adalah berpegang kepada zahir ayat MUTASYABIHAT. Kita tahu, ayat MUTASYABIHAT tidak boleh dijadikan pegangan berdasarkan zahir ayat. Jika ayat al Quran itu dipegang berdasarkan zahir ayat, itulah akibatnya, SEGALA2NYA ADALAH ALLAH. Tahi dan najis itupun Allah. Nauzubillah.

Fahaman SEGALA2NYA ADALAH ALLAH adalah sangat bercanggah dengan ayat al Quran. Saya tunjukkan 4 sahaja sudah lebih dari cukup utk membuktikan bahawa fahaman Hj Shaari itu sangat MEMBINASAKAN AKIDAH. Nauzubillah. 4 ayat yg dimaksudkan ialah

1) Menafikan satu nama Allah iaitu  (الخالق) yg bermaksud "yg menjadikan sekalian makhluk". Tanpa sedar,  Hj Shaari telah menafikan zat Allah itu SEMPURNA @ *الصمد*(As-Somad). Menafikan walau 1 huruf al-Quran sekalipun, seperti menafikan alif (ا) pada ayat (الم), pada hakikat syarak,  sebenar2nya adalah menafikan sebuah al-Quran. Binasa akidah. Apatah lagi menafikan 1 nama Allah @ 1ayat Allah spt  (الخالق) . Terlebih binasa akidah. Nauzubillah.

2) Menafikan Allah ada menjadikan makhluk seperti langit dan bumi. Tanpa sedar telah menafikan ayat al Quran

بَدِيعُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌  ۖ  وَإِذَا قَضَىٰٓ أَمۡرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan apabila Ia berkehendak (menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
(Al-Baqarah : 117)

3) Menafikan hukum adat iaitu *hak makhluk.* Menafikan hukum adat sebenarnya menafikan ayat al Quran iaitu

وَعَلَّمۡنَـٰهُ صَنۡعَةَ لَبُوسٍ لَّڪُمۡ لِتُحۡصِنَكُم مِّنۢ بَأۡسِكُمۡ‌   ۖ   فَهَلۡ أَنتُمۡ شَـٰكِرُونَ

Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?
(Al-Anbiyak : 80)

Ayat itu menjadi bukti bahawa :
a) *PADA ADAT* baju besi melindungi tubuh orang yang memakainya. Itulah contoh hak makhluk spt baju besi pd adat.

b) *PADA AKAL*, Allah yg memberikan hak kpd baju besi untuk melindungi orang yg memakai baju besi.

c) *Pada hakikat akal dan pada hakikat syarak*, hanya Allah yg melindungi orang yg memakai baju besi dari sebarang kecederaan.

Itulah bukti Hj Shaari tanpa sedar telah menafikan ayat ke-80 surah al-Anbiak.

4) Tanpa sedar telah menafikan ayat al Quran yg berbunyi لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْء
yg maksudnya "Allah Taala tidak serupa dengan sesuatu". (As-Syuro : 11)

Rasanya cukuplah sy tunjukkan bahawasanya fahaman Hj Shaari itu BERCANGGAH dengan 4 ayat al Quran dan sesungguhnya sangat membinasakan akidah.

Persoalan terakhir ialah,  Apa punca masalah akidah seperti itu?

Puncanya sangat banyak,  kita sebutkan 2 daripadanya iaitu :

1) beliau TIDAK FAHAM perbezaan antara 3 hukum yang menyebabkan beliau TIDAK FAHAM perbezaan makna perkataan "hakikat" menurut hukum adat,  hukum akal dan hukum syarak.

2) beliau berpegang kepada ayat mutasyabihat yg ada di dalam al Quran, berdasarkan makna zahir ayat.

Sebagai penutup : Kepercayaan Hj Shaari itu sebenar2nya adalah sama dengan kepercayaan penulis kitab Hakikat Insan oleh Hj Ahmad Laksamana yang telah diharamkan oleh Kerajaan Malaysia. Mereka menyebarkan fahaman sesat mereka dgn cara yg berbeza. Tanpa sedar, mereka sebenarnya mengajak orang untuk "mengaku Allah". Fahaman itu adalah BIDA'AH PADA SYARAK yakni SYIRIK YG MEMBINASAKAN AKIDAH.

Kita bukan menghukum sesiapa, kita hanya sekadar membantu sdr seagama agar agar mudah mengesan dan mudah menjauhkan diri dari ilmu2 yang sesat lagi menyesatkan. Semoga  akidah kita dan keluarga kita terselamat dari SYIRIK @ perkara yang MEMBINASAKAN AKIDAH sampai mati.
-----------------------------------------

Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah itu kerana kesilapan saya memperturutkan hawa nafsu.
(An-Nisa' : 79)


Maaf zahir batin
Wallohua'lam


PEMBERITAHUAN

Kepada
semua TEMAN2
& ahli group
 laisakamitslihisyaiun

Semua
PENCERAHAN
dan AUDIO mulai Soalan 1 - 103 boleh diperolehi PERCUMA @ GRATIS di
👇🏾
 1⃣ www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
👆skrip sahaja
2⃣ Telegram 👇
 @laisakamitslihisyaiunmp3
👆audio sahaja
3⃣ Telegram 👇
@laisakamitslihisyaiun
👆skrip & audio

Bab 9 Pencerahan Soalan 102 Persoalan ini adalah dari ahli yang dirujuk kpd pencerahan *Soalan 91 - Kisah Nabi Musa berguru kpd Nabi Khidir dan berkait dengan Soalan 88 dan 103

PENCERAHAN
Soalan 102

Group
*laisakamitslihisyaiun*

Persoalan ini adalah dari ahli yang dirujuk kpd pencerahan *Soalan 91 - Kisah Nabi Musa berguru kpd Nabi Khidir dan berkait dengan Soalan 88 dan 103*

Persoalannya ialah

1) Apakah benar 3 perbuatan Nabi Khidir itu perintah Allah?

2) Bagaimana dgn 4 sifat para Nabi sedangkan Nabi Adam telah melanggar perintah Allah?

2 soalan tambahan dari 2 yg pertama

3) Nabi Musa adalah Rosul sedangkan Nabi Khidir bukan rosul. Kenapa Nabi Khidir tidak dianugerahkan ilmu Laduni?

4) Adakah benar para Nabi di bersihkan dari sifat lupa?


Pencerahan

Soalan 1⃣

Syariat 2 bahagi

1) syariat zahir spt semua rukun Islam

2) syariat batin spt mempelajari ilmu mengenal Allah, ilmu hakikat, ilmu tasauf dan lain2.

Istilah lain bg ilmu hakikat bersumberkan al Quran dan hadith disebut sebagai hakikat syarak.

Allah menganugerahkan ilmu LADUNI kpd Nabi Khidir  a.s. tetapi tidak kpd Nabi Musa a.s.

Nabi Musa dianugerahkan ilmu syariat zahir sahaja.

Nabi Khidir tahu dgn ilmu yg dianugerahkan Allah bahawa

1) jika anak itu dewasa, dia akan menyebabkan ibubapanya "LALAI" kpd Allah. Ayhnya akan DERHAKA kpd Allah. Kedua2nya akan masuk NERAKA. Maka baginda membunuhnya supaya kedua2nya selamat dari murka Allah.

2) Baginda tahu disitu ada raja yg zalim suka merampas kapal yg elok dan baru. Maka dgn melobang kapal itu, raja yg zalim tidak merampasnya. Maka selamatlah kapal org miskin itu.

3) Baginda tahu dibawah rumah yg buruk itu ada harta anak yatim yg perlu dijaga. Maka dgn membaiki rumah itu, selamatlah harta anak yatim itu.

Oleh kerana 3 perbuatan Nabi Khidir itu menyalahi syariat Nabi Musa, maka Nabi bertanya kepada Nabi Khidir, apakah sebabnya baginda membunuh anak kecil, melobang kapal nelayan dan membaiki pondok buruk?

Ilmu laduni itu TIDAK diketahui oleh Nabi Musa. Makanya baginda bertanya kpd Nabi Khidir.

Semua yg dilakukan oleh Nabi Khidir itu BENAR MENURUT HAKIKAT SYARAK. Tetapi tidak benar menurut ZAHIR SYARAK yakni bercanggah dengan syariat Nabi Musa. Itulah perintah Allah dari sudut hakikat syarak.

2⃣ PENCERAHAN Soalan 2

Kisah Nabi Adam melanggar perintah Allah itu sama dgn kisah Nabi Muhammad mengalih muka baginda dari sahabat yg BUTA ketika pembesar dari Yaman datang mengadap. Allah menegur Nabi Muhammad supaya "JANGAN BUAT BEGITU".

Nabi Muhammad "TIDAK SENGAJA" melakukan larangan Allah. Melakukan kesalahan yg tidak disengajakan itu TIDAK JATUH KEPADA HARAM. TIDAK JATUH KEPADA DOSA.

Begitulah dgn Nabi Adam a.s. Baginda melakukannya dengan TIDAK SENGAJA. Maka perbuatan itu TIDAK JATUH KEPADA HARAM. TIDAK JATUH KEPADA DOSA.

Itulah bukti pada syarak, seseorang seperti kita yang melanggar perintah Allah TANPA DISENGAJAKAN itu tidak dikira BERDOSA. Perbuatan itu hanya jatuh HARAM sekiranya disengajakan.

3⃣ PENCERAHAN Soalan 3

Persoalannya

Nabi Musa dilantik Allah sebagai Nabi dan Rosul sedangkan Nabi Khidir hanya seorang Nabi bukannya rosul. Bahkan Nabi Musa adalah salah seorang dari Nabi yg tergolong sebagai ulul azmi.

Persoalannya, kenapa Nabi Musa tidak dinugerahkan Allah ilmu laduni?

Pencerahannya

Itu semua adalah urusan Allah. Itu semua adalah pekerjaan Allah. Manusia tidak mampu memikirkan urusan Allah. Manusia ditegah memikirkan urusan Allah. Allah tidak menerangkan sebab2nya. Oleh kerana itu, kita tidak ada pengetahuan dalam persoalan itu. Hanya Allah yg tahu.


4⃣ PENCERAHAN Soalan 4

Maksiat pada syarak atau perkara yang ditegah oleh Allah itu terbahagi kepada 4. Perkara ini sudah dicerahkan pada Soalan 74. Sesiapa yg ingat2 lupa, eloklah semak.

1⃣ semua yg menyebabksn BATAL SYAHADAT

2⃣ semua yg menyebabksn DOSA BESAR tp tidak batal syahadat.

3⃣ semua yg menyebabkan DOSA KECIL

4⃣ Semua yg MAKRUH

Semua para Nabi DIBERSIHKAN dari maksiat no 1⃣ dan 2⃣

Mereka mungkin TERLUPA @ TIDAK SENGAJA melakukan 3⃣ & 4⃣

Sebagai penutup

Sebenar2nya

Pada hakikat syarak

1⃣PERTEMUAN itu sebenarnya bukan atas kehendak Nabi Musa dan Nabi Khidir. Akan tetapi atas PERINTAH ALLAH UNTUK MENGAJAR MANUSIA.

2⃣Nabi Musa ingin berguru kpd Nabi Khidir atas perintah Allah.

3⃣Nabi Khidir membawa Nabi Musa atas perintah Allah.

4⃣Nabi Musa tidak jadi berguru kpd Nabi Khidir atas perintah Allah.

5⃣Nabi Khidir membunuh kanak2, merosakkan kapal dan membaiki pondok buruk atas perintah Allah.

6⃣Nabi Musa bertanya kpd Nabi Khidir kenapa melakukan 3 perbuatan yg melanggar syariat itupun atas perintah Allah.

7⃣Nabi Khidir tidak jadi mengajar Nabi Musapun atas perintah Allah.

Akhir peristiwa itu Allah MENEGAH Nabi Musa mempelajari ilmu2 @ amalan yang dilakukan oleh Nabi Khidir kerana 3  perbuatan Nabi khidir itu sebenar2nya MELANGGAR SYARIAT YANG TERTULIS DIDALAM KITAB TAURAT.

Allah perintahkan IKUT KITAB TAURAT. JANGAN IKUT ILMU @ PERBUATAN YG BERTENTANGAN DGN KITAB TAURAT WALAUPUN IANYA DILAKUKAN OLEH PESURUH ALLAH iaitu Nabi Khidir.

PENGAJARAN dari kisah itu sebenarnya ialah Allah mahu mengajar manusia supaya KITA UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W MENGIKUT KITAB AL QURAN. JANGAN MENGIKUT PERBUATAN @ ILMU YG BERCANGGAH DGN SYARIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sedangkan mengikut perbuatan Nabi Khidir ditegah oleh Allah apalagilah mengikut perbuatan orang yang BUKAN NABI terlebih2 lagi DITEGAH MENGIKUT PERBUATAN JAHIL MURAKKAB seperti golongan wahdatul wujud zaman sekarang.

Orang yg bukan nabi yg melakukan perbuatan yg bercanggah dgn al Quran seperti golongan wahdatul wujud dgn anggapan dirinya sudah mencapai ilmu LADUNI sebenar2nya adalah seorang yg SANGAT SESAT LAGI MENYESATKAN

----------------------------------------------

Semua yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An Nisa' : 79)

Maaf zahir & batin
Wallohua'lam



www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

Telegram👇🏾
@laisakamitslihisyaiun
@laisakamitslihisyaiunmp3
@1Hari1Makna
@sifatAllah

Selasa, 4 Oktober 2016

Bab 9 Soalan 101 Lanjutan dari Soalan 99 & 100 1) Apakah makna *sebenar2 diri* @ *hakikat insan* menurut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. 2) Benarkan ROH itu sebenar2 diri pada syarak? Apa buktinya? 3) Kemana ROH setelah mati? Apa buktinya pada syarak?

Group
*laisakamitslihisyaiun*

Soalan 101
Lanjutan dari
 Soalan 99 & 100

1) Apakah makna *sebenar2 diri* @ *hakikat insan* menurut hukum adat, hukum akal dan hukum syarak.

2) Benarkan ROH itu sebenar2 diri pada syarak? Apa buktinya?

3) Kemana ROH setelah mati? Apa buktinya pada syarak?

4) Apakah punca salah faham tentang roh?


PENCERAHAN

Sebelum kita kupas persoalan Ke-101, elok kita fikirkan perkara ini iaitu kisah FIRAUN. Firaun dah MATI. Mayatnya ada didalam muzium Mesir. Persoalan tentang Firaun akan menjawab Soalan 101 insya Allah.

Istilah ROH yg dibincang pada persoalan ini adalah khusus dari sudut syarak bukannya roh dari sudut bahasa.

Persoalan sekarang ialah

*Adakah Firaun yang sudah mati beribu tahun itu @ mayat Firaun yang kita lihat didalam muzium itu sedang disiksa atau tidak?* Jika "TIDAK" kenapa? Jika "YA", apakah yg sedang disiksa itu

a) roh Firaun semata2
b) jasad Firaun semata2.
c) roh dan jasad Firaun @  kesatuan jasad dan roh Firaun?

Mana satu yang betul? atau Adakah semuanya betul?

Cerahkan dari sudut hukum adat hukum akal dan hukum syarak.

PADA ADAT
Tidak ada Allah, tidak ada malaikat, tidak ada syurga, tidak ada neraka, tidak ada azab kubur, tidak ada halal atau haram. Allah, malaikat, syurga neraka, azab kubur, halal @ haram adalah dari sudut syarak, bukan dari sudut adat.

PADA ADAT
Apabila manusia mati, jasadnya akan hancur luluh dimakan bumi.

PADA ADAT
Iaitu setakat pendapat pancaindera yang lima, mayat Firaun TIDAK DISEKSA oleh sesiapapun kerana mayat itu tidak ada sebarang kesan siksaan malah mungkin akan kelihatan utuh sehingga hari kiamat.

Itulah pada adat.

PADA AKAL
Allah berkuasa MEMPERLIHATKAN siksaan yang sedang diterima oleh orang yang mati dalam keadaan kafir seperti Firaun, samada sedang disiksa didalam kubur atau didalam neraka.

PADA AKAL
Allah juga berkuasa MENYEMBUNYIKAN dari dilihat oleh mata manusia, siksaan yang sedang diterima oleh orang yang mati dalam keadaan kafir seperti Firaun samada sedang disiksa didalam kubur atau didalam neraka.

PADA AKAL
Allah berkuasa MEMBERI NIKMAT seperti dimasukkan-NYA orang yang mati dalam keadaan kafir seperti Firaun ke dalam syurga.

Itu pada akal. Apa pula pada syarak?

PADA SYARAK
Saat mati itulah permulaan SIKSA bagi orang kafir. Buktinya ialah 2 ayat berikut

وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذۡ يَتَوَفَّى ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ‌   ۙ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ يَضۡرِبُونَ وُجُوهَهُمۡ وَأَدۡبَـٰرَهُمۡ وَذُوقُواْ عَذَابَ ٱلۡحَرِيقِ

Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat, ketika malaikat mewafatkan (mematikan) orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): "Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".
(Al-Anfal : 50)

dan bukti kedua

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ قَالَ أُوحِىَ إِلَىَّ وَلَمۡ يُوحَ إِلَيۡهِ شَىۡءٌ وَمَن قَالَ سَأُنزِلُ مِثۡلَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ   ۗ   وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلظَّـٰلِمُونَ فِى غَمَرَٲتِ ٱلۡمَوۡتِ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ بَاسِطُوٓاْ أَيۡدِيهِمۡ أَخۡرِجُوٓاْ أَنفُسَڪُمُ‌   ۖ   ٱلۡيَوۡمَ تُجۡزَوۡنَ عَذَابَ ٱلۡهُونِ بِمَا كُنتُمۡ تَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ وَكُنتُمۡ عَنۡ ءَايَـٰتِهِۦ تَسۡتَكۡبِرُونَ

....... Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut", sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata : "Keluarkanlah nyawa kamu ; pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".

(Al-An'am : 93)

Makna ayat yang terjemahnya "keluarkanlah nyawa kamu" itu ialah "LARILAH KAMU @ HINDARKANLAH DIRI KAMU wahai manusia @ mayat daripada siksaan Allah yang kamu ingkarkan". Perkataan malaikat "MENYURUH LARI @ MENGHINDARKAN DIRI" itu adalah sebagai SINDIRAN @ EJEKAN kpd manusia yang mati dalam keadaan kafir dan mereka yang menafikan ADANYA AZAB KUBUR.

Makna mayat disini ialah kesatuan roh dan jasad yang sudah mati, sama2 mati.

Dua ayat itu menjadi BUKTI bahawa SAAT KEMATIAN itulah PERMULAAN AZAB SIKSA untuk orang kafir seperti Firaun atau NIKMAT utk org yg beriman. Pada saat kematian itu, tamatlah kehidupan dunia dan simati berpindah ke alam kubur @ alam barzah. Agar lebih mudah difahami, sekiranya ada orang kafir lain mati dilanggar lori ditengah jalan tepat pada jam 12.00 tengahari, maka alam kubur itu bermula TEPAT pada jam 12.00 tgh ditengah jalan raya. Bukannya pukul 12.01 tgh.

Ada satu persoalan.
Adakah kepercayaan org yg mengatakan bahawa azab kubur akan bermula setelah mayat dikebumikan @ selepas orang ramai beredar 7 langkah?

Begini. Kepercayaan itu sebenar2nya TIDAK BERASAS.

Kenapa tidak berasas?
Sebabnya, jika alam barzah @ alam kubur bermula setelah dikebumikan @ selepas orang ramai beredar 7 langkah, apa yg terjadi kpd org yg mati ditelan buaya? Apa yg terjadi kpd org yg mati hangus tanpa meninggalkan bekas dalam letupan kapal terbang? Apa yg terjadi kpd org yg mati tetapi mayatnya diawet? Jika kepercayaan itu diterima pakai, maka selamatlah org kafir yg mayatnya diawet. Jika kepercayaan itu diterima pakai, maka eloklah saudara mara kita yang mati fasik itu JANGAN DITANAM. Awetlah mayat mereka. Dengan cara itu, maka selamatlah dia dari azab kubur......

Tetapi, itu adalah kepercayaan yang JAUH TERSASAR dari agama Islam kerana BERCANGGAH dgn 2 ayat al Quran yg sudah disebutkan sebelum ini iaitu ayat ke-50 surah al-Anfal dan ayat ke-93 surah al-An'am.

Sekali lagi diulang
Pada adat, jika mayat orang kafir itu diawet dan disimpan dgn elok didalam kotak mayat selama sebulan atau bertahun2, mayatnya tetap TIDAK ADA KESAN SIKSAAN. Sebab itu, tidak ada azab kubur pada adat.

Saya pasti, mesti ada yang terdetik dalam hati, bagaimana Allah menyiksa makhluk yang mati? Macam mana tu?

Begini, sebenarnya persoalan ini, telah dicerahkan dalam persoalan sebelum ini. Tapi tidak mengapa, kita akan ulang semula secara ringkas.

Ingat semula, pada adat dan pada syarak, manusia hanya ada usaha dan ikhtiar ketika hidup didunia. Setelah mati, dialam barzakh, manusia TIDAK ADA lagi ikhtiar dan usaha. Segala2nya atas kudrat dan iradat Allah semata2. Segala2nya semata2 URUSAN ALLAH. Segala2nya semata2 PEKERJAAN ALLAH. URUSAN @ PEKERJAAN sama sekali TIDAK mampu difikirkan oleh akal manusia. Dalam perkara ini, manusia hanya disuruh PERCAYA @ BERIMAN tanpa sebarang persoalan.

Pada akal dan pada syarak, Allah berkuasa menyiksa semua makhluk tidak kira makhluk itu bernyawa atau tidak. Allah berkuasa menyiksa makhluk yang tubuhnya memiliki deria ataupun tidak. Allah berkuasa menyiksa makhluk yang tidak bernyawa dan tidak memiliki deria seperti batu dan angin. Saya ulang semula, Allah berkuasa menyiksa makhluk yang dirinya @ tubuhnya TIDAK memiliki deria seperti batu dan angin. Apalagilah makhluk manusia seperti Firaun samada hidup ataupun mati.

Oleh itu PADA SYARAK selama tempoh itulah mayat orang kafir yakni kesatuan roh dan jasad yg sudah mati tersebut sedang disiksa oleh malaikat. Selama itulah mayat itu menjerit siang dan malam, menahan AZAB akibat SIKSAAN malaikat. Tetapi siksaan itu TIDAK DIPERLIHATKAN oleh Allah kpd jin dan manusia. Maka sebenarnya Firaun yg sekarang sudah berada di alam kubur sedang DIAZAB OLEH ALLAH dalam keadaan MATI.

Kepercayaan sesetengah orang bahawa roh itu BEBAS kemana sahaja yang dia mahu adalah warisan kepercayaan agama HINDU, KRISTIAN, BUDDHA, PAGAN dan YAHUDI. Kepercayaan itu bercanggah dgn ayat al Quran.

Kenapa bercanggah dgn ayat al Quran?

Sebabnya ialah, kepercayaan itu membawa maksud *ada makhluk lain selain jin dan manusia iaitu ROH yang diberikan "usaha dan ikhtiar". Sedangkan hanya jin dan manusia shj yg ada usaha dan ikhtiar untuk taat @ ingkar kepada Allah. Roh semata2 bukannya manusia. Roh semata2 bukannya hakikat insan.*

Oleh sebab itu kepercayaan sesetengah orang bahawa roh orang mati boleh dipanggil semula adalah kepercayaan karut marut yang boleh membinasakan akidah. Roh yg mereka panggil itu @ roh yg mereka seru itu @ roh yg mereka puja itu sebenar2nya adalah JIN DAN SYAITAN SERTA IBLIS laknatullah. BUKANNYA ROH.

Sy pasti masih ada yang keliru dengan pencerahan ini. Takpa, kita akan cerahkan dahulu makna KUBUR @ PUSARA.

PADA ADAT
Kubur @ pusara ialah tempat manusia ditanam apabila mati. Jika ditanam di tepi sungai, maka kuburnya ditepi sungai. Jika seseorang itu mati didalam kapalterbang yang meletup di angkasa, maka seseorang itu telah mati tanpa kubur.

PADA SYARAK
Kubur ialah tempat terjadinya saat KEMATIAN. Jika seseorang itu mati didalam kapalterbang yang meletup diangkasa, maka kubur seseorang itu adalah DI ANGKASA. Dimana mayat itu kelihatan, disitulah kuburnya PADA SYARAK.

Buktinya adalah

أَلۡهَٮٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ
حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ

Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya.  Sehingga kamu masuk kubur (mati).
(At-Takathur : 1-2)

Jadi, apakah jawaban bagi persoalan diatas? Pada saat Firaun mati sehingga sekarang, siapakah yang disiksa?

Roh Firaun semata2?
Jasad Firaun semata2?
Jasad dan roh Firaun?

Apa jawabannya?

Jawabannya ialah roh dan jasad. PADA SYARAK
Kesatuan roh dan jasad Firaun itu sedang disiksa oleh Allah. SEDANG DIAZAB ALLAH tetapi TIDAK ZAHIR pada pancaindera manusia.  Raungan suara Firaun akibat KESAKITAN YANG TIDAK MAMPU DITANGGUNG OLEH DIRINYA kerana disiksa oleh malaikat siang dan malam sehingga hari kiamat, TIDAK DIDENGAR oleh manusia. Tubuh @ diri Firaun yang HANCUR LULUH @ tulang rusuk simati yang bersilang  atau bertemu kerana dihimpit oleh kubur dan kembali pulih seperti biasa dan dipukul semula oleh malaikat sehingga HANCUR LULUH semula TIDAK DILIHAT oleh mata manusia. Semua AZAB yang sedang ditanggung oleh Firaun @ org kafir itu adalah menurut hukum SYARAK. Bukan hukum adat.

Jika ada yang berkata, jasad Firaun TIDAK disiksa @ jasad jasad org mati fasik tidak disiksa, yang disiksa adalah ROH FIRAUN, yang disiksa adalah ROH si FASIK, sesungguhnya orang tersebut tanpa sedar telah menuduh Allah TIDAK ADIL @ ANIAYA dan tanpa sedar sudah INGKAR kepada 2 ayat al Quran yang tersebut diatas iaitu (Al-Anfal : 50) dan (An-An'am : 93)

Atau jika ada orang yang berkata, jasad manusia yang sudah mati TIDAK disiksa, kerana akan hancur dimakan cacing,  yang disiksa adalah ROH MANUSIA, jasad adalah SARUNG bagi roh @ roh menumpang pada jasad dan sebagainya, sesungguhnya orang tersebut tanpa sedar telah menuduh Allah Ta'ala *TIDAK ADIL @ ANIAYA* dan tanpa sedar sudah INGKAR kepada 2 ayat al Quran yang tersebut diatas iaitu (Al-Anfal : 50) dan (An-An'am : 93)

Kenapa pulak dikatakan tanpa sengaja menuduh Allah TIDAK ADIL @ ANIAYA dan INGKAR kepada 2 ayat al Quran?

Sebabnya ialah

1) Yang membuat dosa atau kebaikan semasa hidup adalah roh dan jasad, tetapi apabila mati, hanya ROH yang disiksa, jasad terlepas dgn alasan *"jasad umpama sarung."*

Adil ke Allah mcm tu? Mana adil. ROH teraniaya. Jasad terlepas dari kena azab. Jasad terselamat dari mendapat azab. Sedangkan kita tahu, roh semata2 TANPA JASAD tidak akan melakukan sebarang dosa @ kejahatan. ROH semata2 bukan dipanggil *manusia.* ROH semata2 bukannya *orang.* ROH semata2 bukannya *mukallaf.*

Jika ada yg memberi alasan, kerana jasad akan hancur ditelan bumi. Maka alasan itu sebenarnya *akibat dari TIDAK tahu perbezaan antara 3 hukum dan berpegang kepada hukum adat*.

Ya, memang, pada adat, jasad akan hancur luluh ditelan bumi. Tapi pegangan kita adalah hukum syarak, bukannya hukum adat. Pada syarak, roh dan jasad itulah yang sama2 menerima perintah taat kepada Allah. Dalam perkataan lain, kesatuan roh dan jasad itulah yang dinamakan sbg *mukallaf.* Kesatuan roh dan jasad itulah yang dinamakan sbg *manusia.*  Kesatuan roh dan jasad itulah yang dinamakan sebagai *orang.* Kesatuan roh dan jasad itulah yang dinamakan sebagai *diri.*

2) TIDAK ADA ayat al Quran atau hadith soheh yang mengatakan @ bermaksud ROH SAHAJA akan disiksa, JASAD TERLEPAS dari siksaan. Kepercayaan sesetengan orang yang berkata HANYA ROH YG MENERIMA PEMBALASAN adalah berpunca dari salah faham pada ayat al Quran yang dicerahkan pada Soalan 99 dan 100. Sesiapa yang belum semak, eloklah semak.

3) Maksud semua perkataan yang terjemahnya sebagai "orang kafir, kamu, manusia @ semua GANTI DIRI @ GANTI NAMA pada kedua2 ayat itu atau pada semua ayat yang ada di dalam al Quran samada semasa hidup atau mati, didalam syurga atau neraka, maksudnya KESEMUANYA itu adalah ROH & JASAD. Bukannya roh atau jasad semata2 tetapi KESATUAN ROH & JASAD. Itulah hakikat insan. *Itulah hakikat manusia. Itulah hakikat diri pada syarak.*

Kita wajib beriktikad bahawa

1⃣ Firaun yang sudah mati itu SEDANG DIAZAB oleh Allah sejak mati beribu tahun dahulu sehingga sekarang. Azab itu akan berterusan sehingga hari kiamat. BUKAN ROH FIRAUN YANG SEDANG DISIKSA ALLAH akan tetapi ROH DAN JASAD @ disebut juga sebagai DIRI. Makna "diri" sudah dicerahkan sebelum ini pada Soalan 55. Walaupun begitu, kita ulang semula secara ringkas.

DIRI ialah KESATUAN ZAT dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, luar dalam, zahir dan bathin. Dari sudut usuluddin, DIRI manusia pada ADAT dan pada SYARAK ialah KESATUAN 7 ZAT iaitu

1) ZAT PEKUASA dengan tulang urat darah daging otak benak.

2) ZAT PEKEHENDAK dengan hawa nafsu
3) ZAT PENGETAHUAN dengan hati dan proses perguruan.

4) ZAT PEHIDUP dengan nyawa
5) ZAT PENDENGAR dengan telinga.

6) ZAT PELIHAT dengan mata
7) ZAT PEKATA dengan lidah huruf suara

Kesatuan berbilang2 zat atau 7 zat itulah DIRI MANUSIA.

Diambil dari makna diri itu, maka PADA SYARAK, MAYAT FIRAUN @ DIRI FIRAUN SEDANG DIAZAB OLEH ALLAH DALAM KEADAAN MATI.

Ingat ya, ini adalah pada syarak, bukannya pada adat. Pada adat, mayat Firaun TIDAK DISEKSA. Antara syarak dan adat, mana lebih kuat? Jawabannya ialah SYARAK. Oleh sebab itulah, kita berpegang kepada iktikad MAYAT FIRAUN @ DIRI FIRAUN YG SUDAH MATI ITU SEDANG DIAZAB ALLAH SEHINGGA HARI KIAMAT tetapi Allah tidak memperlihatkannya kpd jin dan manusia.

2⃣ Kita wajib beriktikad Allah KUASA menyiksa orang kafir seperti Firaun bukan sahaja dalam keadaan HIDUP akan tetapi *menyiksanya dalam keadaan MATI* dialam kubur @ alam barzah. Manusia hidup 2x dan mati 2x.

Hidup 2x iaitu semasa didunia dan semasa dibangkitkan semula dipadang mahsyar.

Mati 2x iaitu sebelum lahir kedunia (dikira mati) dan saat habis umur ketika hidup didunia yakni berpindah ke alam kubur @ alam barzah.

Buktinya dari al Quran ialah

قَالُواْ رَبَّنَآ أَمَتَّنَا ٱثۡنَتَيۡنِ وَأَحۡيَيۡتَنَا ٱثۡنَتَيۡنِ فَٱعۡتَرَفۡنَا بِذُنُوبِنَا فَهَلۡ إِلَىٰ خُرُوجٍ مِّن سَبِيلٍ

Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?"

(Al-Ghafir : 11)

Mungkin ada yg ingin bertanya tentang maksud ayat al Quran ini iaitu

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتَۢا  ۚ  بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Ali Imran : 169)

Ya, memang benar, itulah bukti bahawa orang yg mati syahid adalah HIDUP DI ALAM BARZAH. Itulah keistimewaan dan kemuliaan untuk mereka. Mereka hidup di alam barzah bersama para Nabi dan rosul, menerima NIKMAT anugerah daripada Allah.

3⃣ Kita wajib beriktikad Allah akan menyiksa Firaun dari keadaan MATI DI ALAM BARZAH kepada siksaan dalam keadaan HIDUP dipadang mahsyar.

Semasa *HIDUP* di alam NYATA, *roh dan jasad* Firaunlah yang *melakukan perbuatan SYIRIK*

Semasa *MATI* di alam KUBUR @ alam barzah, *roh dan jasad* Firaunlah yang  *menerima AZAB* Allah.

Semasa *HIDUP* di padang mahsyar, *roh dan jasad* Firaunlah yang *menerima AZAB* Allah.

4⃣ Kita wajib beriktikad bahawa perasaan manusia ketika menerima azab kubur *"walaupun dalam keadaan MATI"* adalah sama seperti perasaan manusia ketika menerima azab semasa hidup.

Saya pasti ada yang ingin bertanya soalan ini. Bukankah jika mati, roh itu akan melihat jasadnya dimandikan, jasadnya dikafankan dan lain2? Bukankan roh itu akan menunggu dikuburan pada setiap hari Jumaat atau pada setiap hari raya pertama? Bukankah roh itu akan naik kelangit hingga langit ke tujuh?

Begini
Itulah sebahagian dari kepercayaan umat Islam yang TIDAK ADA ASAS dan bida'ah semata2. Yang naik  kelangit itu adalah AMALAN simati bukannya roh simati. ROH tetap berada didalam jasad simati. Mati bersama jasad.

Persoalan seterusnya ialah, apabila mati, kemana perginya roh?

Jawabannya begini. Pada soalan ke-101 ini, roh ialah nyawa. Roh dalam bahasa Arab. Terjemahnya dalam Bahasa Melayu ialah NYAWA iaitu ALAT UNTUK HIDUP. Sekiranya ada pihak yang mentakrifkan ROH itu lain dari nyawa atau lain maksudnya dari alat untuk hidup, maka sudah pasti, mereka TIDAK BOLEH MENERIMA pencerahan ini.

Kembali semula kepada persoalan, apabila mati, kemana perginya roh?

Jawabannya begini.

Sekiranya kita percaya dengan pencerahan Soalan 99 dan 100, maka apabila mati, ROH TETAP BERADA DIDALAM JASAD. ROH MATI BERSAMA JASAD. Pada saat mati itu, roh dan jasad mula menerima PEMBALASAN samada baik ataupun buruk.

Ingat ya, pencerahan bahagian awal soalan ini, manusia hidup 2x dan mati 2x. Pembalasan kepada roh dan jasad pada 3 masa adalah seperti berikut :

1) *Semasa hidup dialam NYATA.*
Roh dan jasad sama2 melakukan kebaikan dan sama2 melakukan kejahatan. Roh dan jasad sama2 menerima azab dan nikmat dunia *dalam keadaan HIDUP.*

2) *Semasa mati di alam KUBUR @ BARZAH*
Roh dan jasad sama2 menerima azab atau nikmat *dalam keadaan MATI.* Roh dan jasad TIDAK pernah terpisah walau sedetik sekalipun.

3) Semasa dibangkitkan di *PADANG MAHSYAR*
Roh dan jasad sama2 menerima azab atau nikmat *dalam keadaan HIDUP.*

Persoalan terakhir ialah
Apakah punca salah faham ini?

Banyak punca umat salah faham. Antaranya ialah

1) Kurang faham perbezaan antara 3 hukum iaitu hukum adat, hukum akal dan hukum syarak. Akibatnya umat salah faham pada makna HAKIKAT menurut 3 hukum iaitu HAKIKAT ADAT, makna HAKIKAT AKAL & makna HAKIKAT SYARAK.

Contoh lain ialah tidak faham akan makna hakikat KUBUR menurut hukum adat dan hukum syarak.

2) Kurang faham akan makna URUSAN Allah @ PEKERJAAN Allah. Kurang faham akan perbezaan ayat mutasyabihat dan ayat muhkamat. Akibatnya umat telah memikirkan "CARA ALLAH MENGHIDUPKAN NABI ADAM".

3) Kurang faham akan makna ayat yg terjemahnya malaikat MEWAFATKAN @ MEMATIKAN. Akibatnya diterjemahkan sebagai "Malaikat MENCABUT ROH".

4) Kurang faham akan makna ayat al Wahid @ SATU, al Ahad @ ESA dan makna BANYAK. Akibatnya hampir semua perkataan "al Wahid" telah diterjemahkan sebagai MAHA ESA sedangkan makna keduanya sangat JELAS BERBEZA dan IKTIKAD ROH SEMATA2 YG MENERIMA PEMBALASAN DIALAM BARZAH sebenar2nya bercanggah dgn makna ESA & SATU kerana membawa makna DIRI KITA DUA.

5) Kurang faham akan makna diri @ makna manusia. Akibatnya ROH pun dianggap sebagai diri sedangkan roh adalah ALAT UNTUK HIDUP.

6) Kurang faham akan makna BENAR pada syarak dan makna TIDAK BENAR pada syarak. Akibatnya umat hanya membuta tuli ikut2kan.

7) Kurangnya golongan yang mahu menegur kesilapan ini. Akibatnya salah faham telah berleluasa dan sebati pada iktikad umat.

8) Salah faham pada makna perkataan yang terjemahnya *dicabut roh* @ *keluar roh*. Maksud perkataan itu sebenarnya ialah *dicabut sifat hidup @ dicabut kelakuan hidup* yang membawa maksud diri itu berubah daripada sifat @ kelakuan hidup kepada *kelakuan mati @ sifat mati*. BUKANNYA ROH ITU KELUAR.

Boleh ke kita sebut perkataan "dicabut roh si anu?"

Jawabannya boleh tetapi bermaksud *kelakuan hidup si anu telah dicabut @ telah TIDAK ADA* dan si anu sekarang sudah mati yakni roh dan jasadnya mati bersama, tidak pernah terpisah selama lamanya. ITULAH HAKIKAT INSAN @ HAKIKAT DIRI MANUSIA.

Semoga, pencerahan Soalan 99-101 ini akan dapat mencetuskan satu kesedaran kepada umat untuk memperbaiki kesilapan umat selama ini.


----------------------------------------------
Semua yang baik dan benar itu adalah anugerah Allah dan semua yg silap itu kerana kesalahan sy memperturutkan hawa nafsu.
(An Nisa' : 79)

PEMBERITAHUAN

Kepada
semua TEMAN2
& ahli group
 laisakamitslihisyaiun

Semua
PENCERAHAN
dan AUDIO mulai Soalan 1 - 100 boleh diperolehi PERCUMA @ GRATIS di
👇🏾
 1⃣ www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
👆skrip sahaja

2⃣ Telegram 👇

 @laisakamitslihisyaiunmp3
👆audio sahaja

3⃣ Telegram 👇

@laisakamitslihisyaiun
👆skrip & audio