(لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ)LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ LAISA KAMITSLIHI SYAIUN

Sabtu, 14 Januari 2017

Bab 10 Soalan 114 Lanjutan dari Soalan 112 dan 113 Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?

GROUP
﷽ليس كمثله شيئ
LAISAKAMITSLIHISYAIUN


PENCERAHAN
Soalan 114

Lanjutan dari Soalan 112 dan 113

Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?


PENCERAHAN


Ada banyak ayat dari Al-Quran yg menjadi bukti Nabi Musa berkata2 dengan Allah. Antaranya ialah (Al-A'raf : 143)

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَٰكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya *"berkata-kata"* dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya  "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).
(Al-A'raf : 143)

Ayat yang lain adalah ayat (Thoha : 11-12)

فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ يَا مُوسَىٰ

Maka apabila ia sampai ke tempat api it, ia diseru: "Wahai Musa! "

إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ ۖ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى

"Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.

Sebelum kita kupas persoalan ini, elok kita fikirkan ayat2 Allah seperti berikut :

Kita sama2 fikirkan perkataan @ firman Allah berikut kpd iblis di dalam surah (Al Hijr : 32-34)

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلَّا تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ

Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?"

قَالَ لَمْ أَكُنْ لِأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ

Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".

قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ

Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.

Itulah contoh2 ayat yg membuktikan bahawa, selain "berkata2" dengan Nabi Musa, Allah juga "berkata2" dgn Iblis.

Apakah perbezaan makna Allah *"berkata2"* dengan Nabi Musa dan Allah *"berkata2"* dengan Iblis?

Adakah berbeza? Pencerajannya begini. Sebenarnya selain dengan Nabi Musa dan Iblis, Allah juga "berkata2" dengan Nabi Muhammad di sidratul muntaha dalam peristiwa isra' dan mikraj. Allah juga "berkata2" dengan manusia di padang mahsyar dan didalam syurga setelah kiamat. Ayat2nya didalam al-Quran dan hadith (Tidak ditunjukkan disini.)

Itulah bukti bahawa Allah *"berkata2"* dengan

1⃣ Nabi Musa a.s.
2⃣ Nabi Muhammad s.a.w.
3⃣ Ahli syurga.
4⃣ Iblis laknatullah.
5⃣ Orang kafir di padang mahsyar.

Persoalan sekarang ialah, adakah

1⃣ Nabi Musa, Nabi Muhammad dan manusia yg lain itu mendengar "perkataan Allah" @ kalam Allah itu dengan telinga? Ya atau tidak?

2⃣ Jika "TIDAK", apakah perbezaan mendengar mereka itu? Macam mana Nabi Musa mendengar kalam Allah itu? Macam mana Nabi Muhamad mendengar kalam Allah itu? Macam mana ahli syurga mendengar kalam Allah itu?  Macam mana ahli neraka mendengar kalam Allah itu?
Dengan telinga atau tidak? Jika bukan dengan telinga, dengan apa?

Mari kita sama2 fikir.

Agar terpelihara dari SYIRIK, kita WAJIB MEMAHAMINYA dari sudut syarak. Akan tetapi kita MUSTAHIL faham maksudnya pada syarak melainkan terlebih dahulu kita memahami makna "berkata" dan makna "mendengar" pada adat dan pada akal. Itulah kaedah untuk menghampirkan akal kita memahami ayat tersebut pada syarak.

Sebelum kita lanjutkan pencerahan ini, kita kena tahu dan faham terlebih dahulu istilah "kalam" yang dimaksudkan disini. Kalam yang dimaksudkan ialah *kalam Allah yang qodim lagi azali, kalam Allah yang bukan dengan lidah huruf suara*, bukannya kalam Allah yg tertulis di luhmahfuz atau al-Quran yg kita baca iaitu kalam Allah yang dengan lidah huruf suara. Sesiapa yg lupa perbezaan makna ayat Allah dengan kalam Allah, eloklah semak semula pencerahan Soalan 112.

Mari kita sama2 cari jawabannya berdasarkan hukum syarak.

Dari sudut adat, apakah makna "berkata"? Dari sudut adat, makna "berkata" ialah mengkhabarkan sesuatu @ info yang difahami melalui alat. Apa alatnya? Apa contohnya? Kita ambil contoh yg paling dekat iaitu diri kita. Contoh alat yg kita gunakan ialah :

1) mulut menyampaikan secara lisan.
2) tangan menyampaikan dengan bahasa isyarat.
3) telefon menyampaikan dalam bentuk tulisan dan lain2.

Tanpa menggunakan alat, kita tidak akan mampu berkata dan berkata2. Mungkin ada yg ingin bertanya, apa perbezaan berkata dgn berkata2? Begini. Untuk pengetahuan tuan2, dalam banyak2 bangsa dan bahasa didunia ini, hanya bangsa rumpun Melayu di Nusantara sahaja yang memiliki bahasa yg berulang. Bangsa lain, selain rumpun Melayu spt Arab, Cina, India, Inggeris, Afrika dan lain2 tidak ada bahasa yg berulang. Contoh bahasa yg berulang ialah
1⃣ berkata dan berkata2.
2⃣ melihat dan melihat2.
3⃣ menulis dan menulis2.

Itulah 3 contohnya

Bahasa yg berulang2 itu menunjukkan perbuatan yg berulang2 yakni lebih dari satu kali. Perbuatan yg berulang2 adalah perbuatan makhluk. Pada akal dan pada hakikat, perbuatan Allah mustahil berulang2. Pada akal dan pada hakikat perbuatan Allah hanya SATU KALI. Buktinya dari al Quran ialah ayat "kun faya kun". Oleh itu, dalam ilmu usuluddin, kita WAJIB TAHU perkataan yg sesuai kepada Allah. Jangan kita gunakan perkataan yg bermaksud berulang2 secara sembarangan spt "Allah berkata2". Ada kalanya perkataan itu TIDAK SESUAI kpd Allah kerana membawa maksud Allah berkata berulang kali. Kefahaman seperti itu boleh MEROSAKKAN AKIDAH pada syarak.

Diambil daripada makna berkata pada adat itu, maka makna berkata pada akal ialah "mengkhabarkan sesuatu tanpa alat". Ingat ya sdr sdri, ini adalah dari sudut hukum akal, iaitu khusus kpd Allah, bukan berkait hukum adat, yg khusus kpd makhluk. Makhluk spt manusia berkata2 dgn alat, iaitu lidah, huruf dan suara. Itulah dalil akal menunjukkan bahawasanya Allah itu mustahil berkata dengan alat. Mustahil Allah berkata dengan lidah huruf suara.

Diambil daripada makna berkata pada akal itu, maka makna berkata Allah pada syarak atau hakikat syarak ialah "Allah berkata BUKAN dengan alat, BUKAN dengan lidah huruf suara". Apa buktinya dari alQuran? Buktinya ialah
﷽ليس كمثله شيئ

Oleh sebab itu mustahil Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah yang BUKAN dengan lidah huruf suara itu dengan telinga. Oleh sebab itu mustahil Nabi Muhammad s.a.w. dan makhluk lain mendengar kalam Allah yang BUKAN dengan lidah huruf suara itu dengan telinga.

Setiap suara yg sampai ke dalam telinga manusia itu sudah pasti BUKAN SUARA ALLAH. Setiap suara yg sampai ke dalam telinga manusia itu sudah pasti SUARA MAKHLUK.

Jadi apa sebenarnya makna ayat  yg disebutkan pd awal pencerahan ini? Pencerahannya adalah sama seperti pencerahan Soalan 112. Ayat itu sebenarnya menerangkan QUDRAT dan IRADAT ALLAH yg tidak ada batas. Ayat itu sebenarnya menerangkan PEKERJAAN ALLAH @ URUSAN ALLAH yg tidak mampu difikirkan oleh akal. Cuba bayangkan, jumlah bulu mata sendiripun kita TAK TAHU. Kenapa bulu mata itu tumbuh pendek, tidak tumbuh panjang seperti rambutpun  kita TAK MAMPU nak fikir. Inikan pula kita hendak memikirkan pekerjaan Allah yg menjadikan bulu mata itu. Tersangatlah mustahil. Kita hanya diperintahkan percaya @ beriman bahawa Nabi Musa berkata2 dengan Allah. Kita hanya diperintahkan beriman bahawa Nabi Musa telah "mendengar" kalam Allah yg tiada dengan lidah huruf suara itu. JANGAN sama sekali dibayang2kan Nabi Musa mendengar kalam Allah yg tiada dengan lidah huruf suara itu, dengan telinga. JANGAN sama sekali dibayang2kan Nabi Muhammad atau kita sendiri akan mendengar kalam Allah itu dengan telinga. JANGAN sama sekali dibayang2kan, ketika solat 5 waktu, Allah berada dihadapan sambil mendengar bacaan kita. JANGAN sama sekali dibayang2kan, ketika sujud dalam solat 5 waktu, Allah mengusap kepala kita. Itu semua menjisimkan Allah. Itu semua sebenarnya *TANPA SEDAR SUDAH MEMBINASAKAN AKIDAH.* Tidak ada perintah Allah dalam al Quran atau hadith yg menyuruh kita membayang2kan manusia akan mendengar kalam Allah yg tiada dgn lidah huruf suara itu, dengan telinga. Sebenar2nya yg mendengar kalam Allah yg tiada dengan lidah huruf suara itu ialah diri kita yang satu dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam TERMASUK TELINGA. Tiada usaha dan ikhtiar manusia disitu. Semuanya itu adalah semata2 atas QUDRAT & IRADAT ALLAH. Semuanya itu adalah semata2 atas ANUGERAH ALLAH kpd hamba-NYA yang layak.

Agar lebih tahkiq, elok kita sama2 ingat semula 5 perkara seperti yang dicerahkan pd Soalan 112 iaitu :

1⃣ Setiap yang DILIHAT oleh MATA itu dapat difikirkan dan dapat digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang DILIHAT oleh MATA itu contohnya pokok, rupa pokok itu ada persamaan dgn rupa makhluk lain.

2⃣ Setiap yang DIDENGAR oleh TELINGA itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang DIDENGAR oleh TELINGA itu contohnya suara kerbau ada persamaan dgn suara makhluk lain.

3⃣ Setiap yang DISENTUH oleh KULIT dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang DISENTUH oleh KULIT itu contohnya sifat batu yg keras ada persamaan dgn sifat keras makhluk lain.

4⃣ Setiap yang DIRASA oleh LIDAH itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang yang DIRASA oleh LIDAH itu seperti rasa manisnya gula ada persamaan dgn rasa manis benda lain.

5⃣ Setiap yang DIHIDU oleh HIDUNG itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Kenapa? Sebabnya ialah, setiap yang DIHIDU oleh HIDUNG itu seperti bau wangi ada persamaan dgn bau wangi benda lain.

Oleh itu, sekiranya kita berpegang kepada iktikad, kalam Allah boleh didengar dengan TELINGA, sudah tentu kalam Allah itu ada persamaan dgn kalam makhluk. Sudah tentu kalam Allah itu MAMPU DIFIKIRKAN OLEH AKAL. Sudah tentulah MUSTAHIL.....

Saya pasti, masih ada yg tidak puashati dgn pencerahan ini. Masih ada yg ingin tahu maksud ayat pertama di atas iaitu *seolah2 Nabi Musa ingin melihat ZAT ALLAH. Seolah2 Nabi Musa ingin melihat ALLAH menjelma dihadapan mata.*

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَٰكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya *"berkata-kata"* dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).
(Al-A'raf : 143)

Menurut zahir ayat itu *seolah2 Nabi Musa ingin melihat ZAT ALLAH.* Adakah begitu maksudnya?

Untuk memahaminya, elok kita fikirkan sama2 contoh ini. Mudah2an kita mudah faham. Contohnya begini....

Kita semua YAKIN 100% adanya makhluk ghaib seperti jin, iblis, syaitan dan malaikat. Barang sesiapa yg ragu salah satu yakni keyakinannya kurang dari 100%, maka BINASALAH AKIDAHNYA. Oleh kerana mereka itu adalah makhluk, walaupun kita tidak pernah melihatnya, namun TIDAK MUSTAHIL secara tiba2 mereka MENJELMA dihadapan mata. Andai kata mereka menjelma dihadapan kita, sudah tentulah keyakinan kita BERTAMBAH. Iman kita bertambah KUAT.

Kita lihat pula kisah Nabi Ibrahim ingin melihat Allah menghidupkan makhluk pada ayat (Al-Baqarah : 260)

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ أَرِنِى ڪَيۡفَ تُحۡىِ ٱلۡمَوۡتَىٰ‌   ۖ   قَالَ أَوَلَمۡ تُؤۡمِن‌   ۖ   قَالَ بَلَىٰ وَلَـٰكِن لِّيَطۡمَٮِٕنَّ قَلۡبِى‌   ۖ   قَالَ فَخُذۡ أَرۡبَعَةً مِّنَ ٱلطَّيۡرِ فَصُرۡهُنَّ إِلَيۡكَ ثُمَّ ٱجۡعَلۡ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِّنۡہُنَّ جُزۡءًا ثُمَّ ٱدۡعُهُنَّ يَأۡتِينَكَ سَعۡيًا  ۚ  وَٱعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya *"tenteram"* hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al-Baqarah : 260)

Menurut zahir ayat, seolah2 Nabi Ibrahim TIDAK YAKIN dengan kekuasaan Allah. Sedangkan, sebenar2nya, bukan itu maksudnya. Nabi Ibrahim meminta sesuatu untuk MENINGKATKAN KEYAKINAN kepada kekuasaan Allah. Bukan kerana baginda TIDAK yakin kpd kekuasaan Allah.

Begitulah dengan Nabi Musa. Keyakinan Nabi Musa kepada Allah adalah 100%. Permintaan baginda untuk "melihat bukti" Allah BUKAN kerana tidak yakin, tetapi untuk menambahkan keyakinan baginda kepada Allah.

Sama seperti keyakinan kita akan kewujudan malaikat, jin, iblis dan syaitan. Sekiranya kita melihat mereka menjelma, keyakinan kita akan bertambah. Diambil dari itu, maka doa Nabi Musa yg terjemahnya "Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihat Mu",  bermaksud "Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku  (BUKTI zatMu tiada rupa dan warna) supaya keyakinanku BERTAMBAH".

Menganggap Allah boleh dilihat dengan MATA atau boleh *menjelma* dihadapan mata adalah AKIDAH ORANG KAFIR Yahudi. Buktinya dari al Quran ialah (Al-Baqaroh : 55)

وَإِذۡ قُلۡتُمۡ يَـٰمُوسَىٰ لَن نُّؤۡمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى ٱللَّهَ جَهۡرَةً فَأَخَذَتۡكُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ وَأَنتُمۡ تَنظُرُونَ

Dan (ingatlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang ( *menjelma* dihadapan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

(Al-Baqaroh : 55)

Oleh itu, mustahil seorang pesuruh Allah meminta sesuatu yang menyerupai iktikad orang kafir seperti kafir Yahudi.

Sekiranya seseorang itu beriktikad, Nabi Musa meminta supaya Allah menjelma dihadapan mata @ supaya Nabi Musa dapat melihat Allah dengan MATA KEPALA sendiri, sesungguhnya AKIDAH orang tersebut sudah BINASA kerana tanpa sedar sudah menganggap Allah itu ada persamaan dengan makhluk ghaib seperti jin, iblis dan syaitan. Binasalah akidahnya tanpa sedar. Nauzubillah.

Sebagai penutup, kita lihat ayat Allah ini sebagai bukti tambahan hujjah diatas.
(As Syura: 51)

وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
(As Syura: 51)

Segala yang baik2 itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.

Maaf zahir dan batin.
Wallohua'lam.

Selasa, 10 Januari 2017

Bab 10 PENCERAHAN Soalan 113 Lanjutan dari Soalan 112 a) Apakah perbezaan antara ayat Allah dan kalam Allah? b) Apakah tujuan mengetahui makna ayat dan kalam Allah? c) *Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?*


PENCERAHAN
Soalan 113


Lanjutan dari Soalan 112

a) Apakah perbezaan antara ayat Allah dan kalam Allah?

b) Apakah tujuan mengetahui makna ayat dan kalam Allah?

c) *Adakah Nabi Musa a.s. mendengar kalam Allah dengan TELINGA?*

YA @ TIDAK

Mohon pencerahan dan perkongsian ilmu.

*PENCERAHAN*

Sebelum kita cerahkan persoalan ini, kita lihat dahulu ayat2 al Quran berikut :

وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ فَتَكُونَ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ

Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang *mendustakan ayat-ayat Allah*, kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.
(Yunus : 95)

مَا يُجَـٰدِلُ فِىٓ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَا يَغۡرُرۡكَ تَقَلُّبُہُمۡ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ

Tidak ada yang *membantah mengenai ayat-ayat Allah* melainkan orang-orang yang kafir. Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar yang lain.
(Ghofir : 4)

إِنَّا قَدۡ أُوحِىَ إِلَيۡنَآ أَنَّ ٱلۡعَذَابَ عَلَىٰ مَن ڪَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ

Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang *mendustakan ayat-ayat Allah* dan berpaling daripadanya
(Toha : 48)

Didalam Al Quran kalimah yg bermaksud "ayat Allah" telah disebut tidak kurang 20 kali. Diambil dari 20 ayat dalam al Quran itu, ayat Allah itu ada 3 kategori iaitu :

1⃣ Al-Quran
2⃣ Hadith
3⃣ Dalil akal @ sekalian alam @ sekalian makhluk

Apakah perbezaan antara ketiga2 perkara itu? Pencerahannya begini.

1) AL-QURAN.

Al-Quran ialah perkataan Allah @ kalam Allah. Apabila disebut perkataan "ayat Al-Quran" maksudnya itu ialah 3 perkara iaitu

1⃣ Ayat2 yg tertulis pada mushaf al-Quran yg kita pegang dan kita baca. Al-Quran kategori ini adalah makhluk.
2⃣ Ayat2 al-Quran yg tertulis di luh mahfuz. Ayat al-Quran yg kita sebut, yg kita dengar, yg kita baca adalah sama dengan ayat2 al-Quran yg tertulis di luh mahfuz. Al-Quran kategori ini adalah makhluk.

Sy pasti, ada yg ingin bertanya, sesetengah orang berkata, al-Quran itu BUKAN MAKHLUK. Macam mana tu?
Begini. Kedua2 pendapat itu BETUL. Pendapat yg berkata, al-Quran itu makhluk adalah BETUL. Pendapat yg berkata, al-Quran itu BUKAN makhluk pun adalah BETUL. Tetapi dari dua jalan yg berbeza. Agar lebih mudah difahami, kita fikirkan contoh ini. Semua perkataan dalam pencerahan soalan 113 ini, semua perkataan dalam audio soalan 113 ini adalah SAMA dengan perkataan saya (admin) yg ada tersimpan di dalam HATI. Perkataan yg ada didalam watsap @ telegram @ blog @ fb ini adalah umpama al-Quran yg kita baca, yg kita sentuh dan yg kita lihat. Perkataan yg ada didalam HATI itu adalah umpama perkataan yang ada di luh mahfuz.

3⃣ Ayat2 al-Quran yg tertulis di luh mahfuz itu "berasal" dari kalam Allah yang qodim lagi azali, kalam yang tiada dengan lidah huruf suara. Al-Quran @ kalam Allah yg qodim lagi azali itu adalah BUKAN makhluk.

Perkataan yg ada didalam watsap @ telegram @ blog @ fb ini adalah umpama al-Quran yg kita baca, yg kita sentuh dan yg kita lihat. Perkataan yg ada didalam HATI itu adalah umpama perkataan yang ada di luh mahfuz. Perkataan yg ada didalam HATI kita itu BUKAN dgn lidah huruf suara. Itulah kaedah untuk memahami kalam Allah yg bukan dengan lidah huruf suara atau kaedah yg menghampirkan akal kita untuk memahami makna kalam Allah yg BUKAN dengan lidah huruf suara.

Isi kandungan al-Quran itu menerangkan 3 perkara iaitu :

1⃣ Pengenal kepada Allah yakni diri Allah @ zat Allah @ sifat Allah @ nama2 Allah @ kelakuan Allah iaitu hakikat akal dan hakikat syarak.
2⃣ Pengenal kepada hukum Allah yang diperintahkan kepada sekalian jin dan manusia iaitu hukum syarak.
3⃣ Pengenal kepada alam semesta @ sekalian alam iaitu hukum adat (yg boleh dibuktikan melalui sains & teknologi).

2) HADITH

Hadith pula ialah 3 perkara iaitu

1⃣ semua perkataan Nabi
2⃣ semua perbuatan Nabi
3⃣ semua "diam" Nabi

Semua hadith Nabi itu MENERANGKAN 3 perkara yang terkandung dalam Al-Qu

ran. Hadith yg langsung dari Allah yakni tidak melalui malaikat Jibril disebut sebagai hadith QUDSI. Hadith qudsi ini khusus berhubung dgn Allah yakni diri Allah, zat Allah, sifat Allah, nama Allah, kelakuan Allah serta Qudrat dan Iradat Allah.

3) DALIL AKAL

Dalil akal pula ialah sekalian makhluk yang dijadikan oleh Allah untuk 3 perkara iaitu

1⃣ mentahkiqkan pengenal kepada Allah bahawasanya Allah itu (ليس كمثله شيئ) iaitu mentahkiqkan semua yg wajib, mustahil dan jaiz pd akal dan pada hakikat.
2⃣ mentahkiqkan pengenal kepada semua hukum Allah iaitu semua yg wajib, haram, sunat, mustahil dan harus pd syarak.
3⃣ mentahkiqkan pengenal kepada hukum adat termasuklah hukum2 dalam SAINS.

Ada sahabat kita yg bertanya, bagaimana dengan ilham, mimpi, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat? Adakah kelima2nya itu ayat Allah?

Sebelum kita cerahkan, kita fahami dahulu perbezaan antara mimpi, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat.

🍀Mimpi terbahagi kpd 2. Mimpi orang awam dan mimpi BUKAN orang awam. Mimpi orang awam terbahagi 2.
1⃣ dari syaitan iaitu mimpi yang sia2 @ menakutkan @ sekadar permainan tidor.
2⃣ dari malaikat iaitu perbuatan dalam mimpi yg tidak bercanggah dengan syarak. Untuk mengetahui samada mimpi itu benar atau tidak, kita perlu lihat  perbuatan kita sebelum tidor. Jika perbuatan kita sebelum tidor itu adalah mengikut sunnah rosul, maka mimpi itu adalah BENAR insya Allah.

Mimpi BUKAN orang awam adalah dari malaikat. Perbuatan dalam mimpi itu tidak bercanggah dgn syarak dan terbahagi 2.
1⃣ dinamakan wahyu (iaitu kpd para Nabi dan Rosul).
2⃣ dinamakan ilham (kepada selain Nabi dan Rosul).

🍀Adakah ilham datang selain dari mimpi? Jawabannya YA, ADA. Ilham yang dianugerahkan Allah dalam keadaan JAGA. Orang yg menerima ilham ini FAHAM DI DALAM HATI akan anugerah Allah itu. Semua itu adalah URUSAN @ PEKERJAAN Allah yg tidak mampu difikirkan. Tidak mampu dibayangkan. Semua itu adalah atas Qudrat dan Iradat Allah semata2. Hanya orang yg berusaha siang dan malam untuk mendapat REDHO ALLAH @ org yg bertawakkal shj yg menerima anugerah itu.

Orang yg berpegang kpd HAKIKAT semata2, menyamakan perbuatan mereka dgn perbuatan Nabi Khidir dan mendakwa pegangan mereka itu adalah ilham dari Allah, sedangkan dakwaan mereka itu BERCANGGAH dengan SYARAK, adalah satu PEMBOHONGAN yg membinasakan akidah. Golongan itu sebenarnya bukan mendapat ilham dari Allah tetapi mendapat BISIKAN dari iblis dan syaitan. Bisikan dari iblis dan syaitan itu mereka anggap ilham dari Allah. Binasa akidah sebab TANPA SEDAR, mereka telah menganggap iblis dan syaitan itu sebagai Allah. Nauzubilllah.

Contoh orang yang menerima ilham dlm keadaan JAGA dari Allah ialah ibu Nabi Musa a.s. Lihat buktinya di dalam al Quran. (Surah Taha: ayat 38 dan 39)

إِذْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ أُمِّكَ مَا يُوحَىٰ

"Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:

أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِي وَعَدُوٌّ لَهُ ۚ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي

"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Surah Taha: ayat 38 dan 39

Contoh penerima anugerah ilham melalui mimpi pula ialah Nabi Yusof. Lihat buktinya (Yusuf: 4)

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
(Yusuf: 4)

🍀Apa pula makna kasyaf? Kasyaf ialah anugerah Allah kepada orang yg sudah terkeluar dari martabat orang awam. Contoh mereka itu ialah ulama pewaris nabi dan wali2 Allah. Mereka itu BUKAN orang awam. Seseorang yg dianugerahkan kasyaf a

kan melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain kerana penglihatan mereka "terhijab" akibat dosa2. Allah membuka hijab kepada hamba-Nya yg sentiasa berusaha menjauhi TEGAH ALLAH. Contoh penerima anugerah Allah itu ialah Saidina Umar al-Khattab ketika menghantar tentera Islam ke Parsi dibawah pimpinan Sariyah bin Zanim al Khilji untuk menyebarkan islam. Dlm peristiwa itu, ketika sedang meyampaikan kutbah jumaat, Saiyidina Umar Al Khatab ra melihat tentera Islam sedang dikepung oleh tentera kafir. Allah membuka hijab sehingga dengan mata kepala sendiri, Saiyidina Umar Al-Khatab r.a. melihat dengan JELAS, SEJELAS2NYA dihadapan mata, bahawa tentera Islam sedang dikepung oleh tentera kafir. Dari atas mimbar, beliau berteriak kpd tentera Islam yg sdg terkepung di medan tempur utk berlindung di balik bukit. Tentera islam mendengar teriakan itu dan berlindung disebalik bukit seperti yang diarahkan oleh Saidina Umar dan akhirnya tentera Islam menang dalam peperangan.

🍀Apa pula ilmu laduni?
🍀Apa pula mukjizat?

Memandangkan keterbatasan masa, ilmu laduni dan mukjizat tidak dicerahkan disini. Saudara saudari bolehlah rujuk ditempat lain. Kita hanya sebutkan secara ringkas iaitu, kedua2nya adalah ANUGERAH ALLAH kpd hamba-NYA yg layak menerima dan TIDAK BOLEH DIPELAJARI.

Persoalan sekarang, adakah mimpi, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat itu AYAT2 ALLAH? Jika ya, kategori yg mana?

Begini.
3 kategori ayat Allah yg disebutkan pd awal pencerahan ini adalah untuk semua mukallaf sejak Nabi Muhammad s.a.w. hingga hari kiamat. Untuk 2 kategori yg lain pula iaitu hadith dan dalil akal adalah untuk semua umat2 yg terdahulu sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Sedangkan mimpi yang benar, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat pula adalah ANUGERAH ALLAH sejak jin dan manusia dijadikan sehingga hari kiamat, khusus untuk hamba-Nya yang LAYAK, BUKAN untuk semua mukallaf. Semua itu adalah ayat2 Allah. Tidak dimasukkan sebagai kategori ke-4 kerana ianya adalah anugerah utk orang2 yg tertentu shj, sedangkan 3 kategori yg dimaksudkan di atas itu adalah untuk SEMUA MUKALLAF akhir zaman. Sama juga dgn kitab2 Allah yg lain spt zabur, injil, taurat dan suhuf. Semua itu adalah KALAM ALLAH tetapi tidak dimasukkan sebagai kategori ke-4 kerana ianya adalah untuk Nabi dan Rosul sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi apakah perbezaan antara ayat Allah dan kalam Allah?

Yang dimaksudkan sebagai kalam Allah ialah PERKATAAN Allah @ KATA2 ALLAH iaitu Al-Quran dan Hadith Qudsi sahaja. Mimpi, ilham, kasyaf, ilmu laduni dan mukjizat TIDAK dikira sbg kalam Allah tetapi dikira sebagai ayat Allah.

Pendek kata, secara ringkasnya, semua kalam Allah adalah ayat Allah tetapi BUKAN semua ayat Allah itu kalam Allah. Kaedah memahaminya adalah seperti islam dan mukmin. Semua orang mukmin adalah islam tetapi BUKAN semua orang islam itu orang mukmin.

Persoalan seterusnya ialah, apakah tujuan mengetahui makna ayat dan kalam Allah?

Jawabannya sudah diterangkan oleh Allah pada 3 ayat yang disebutkan pada awal pencerahan ini iaitu :

1⃣ Barang siapa yang *mendustakan ayat Allah* walau satu ayat sekalipun adalah orang yang RUGI iaitulah orang KAFIR. (mafhum Yunus : 95)

2⃣ Barang siapa yang *membantah ayat Allah* walau satu ayat sekalipun adalah orang KAFIR. (mafhum Ghofir : 4)

3⃣ Barang siapa yang *mendustakan dan berpaling dari ayat Allah* walau satu ayat sekalipun akan disiksa di dalam NERAKA. (mafhum Toha : 48)

Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, tujuan memahami makna ayat dan kalam Allah ialah supaya kita dapat mengelakkan diri dan selamat dari dari 5 perkara iaitu :

1⃣ selamat dari mendustakan ayat Allah.
2⃣ selamat dari membantah ayat Allah.
3⃣ selamat dari berpaling
4⃣ selamat dari menerima azab Allah didalam neraka.
5⃣ selamat dari jatuh KAFIR TANPA SEDAR.

Sudah tentu ada yg ingin tahu, apakah makna dan contoh 3 perbuatan yang menyebabkan JATUH KAFIR tanpa sedar iaitu :
1⃣ membantah ayat Allah
2⃣ mendustakan ayat Allah
3⃣ berpaling dari ayat Allah

Ketiga2 jenis perbuatan itu sesungguhnya akan menyebabkan BINASA AKIDAH TANPA SEDAR. Ketiga2 jenis perb

uatan itu sesungguhnya akan menyebabkan JATUH KAFIR TANPA SEDAR.

Pencerahannya akan dibuat pd Soalan 115 insya Allah.

Persoalan terakhir ialah, adakah Nabi Musa mendengar kalam Allah dengan telinga? Ya @ Tidak?

Memandangkan pencerahannya agak panjang lebar, kita akan bawa persoalan itu kepada Soalan 114. Insya Allah.

--------------------------------------------------------------

Semua yang baik2 itu anugerah Allah dan semua yg salah itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(mafhum surah an-nisa' : 79)

Maaf zahir dan batin.
Wallahua'lam

Khamis, 22 Disember 2016

Bab 9 Soalan 112 Ahli syurga akan bertemu @ melihat Allah di dalam syurga. 1⃣ Ahli syurga akan melihat Allah dengan MATA. 2⃣ Ahli syurga akan melihat Allah. (Tidak ada tambahan perkataan *"dengan MATA"*) Antara 2 kefahaman itu, yang mana satukah akidah yang benar pada syarak? A) 1⃣ B) 2⃣ C) Kedua2nya BENAR. D) Kedua2nya TIDAK BENAR. E) Selain 4 yang di atas.


Group *laisakamitslihisyaiun*

PENCERAHAN
Soalan 112

-------------------------------------------
Ahli syurga akan bertemu @ melihat Allah di dalam syurga.

1⃣ Ahli syurga akan melihat Allah dengan MATA.

2⃣ Ahli syurga akan melihat Allah.
(Tidak ada tambahan perkataan *"dengan MATA"*)

Antara 2 kefahaman itu, yang mana satukah akidah yang benar pada syarak?

A) 1⃣
B) 2⃣
C) Kedua2nya BENAR.
D) Kedua2nya TIDAK BENAR.
E) Selain 4 yang di atas.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟


Pencerahannya

Sebelum kita cerahkan persoalan ini, semua ahli dinasihatkan untuk mengulangkaji semula pencerahan *Soalan 71* dan memahami semua makna

1) pekerjaan Allah S44, S63.
2) ayat mutasyabihat S84
3) makna mengetahui S92
4) makna tidak benar S90

*Sila dengar audio 71*

Pencerahan soalan terakhir Soalan 71 adalah seperti berikut :

Adakah manusia akan MELIHAT ALLAH? macam mana tu?

Ya BENAR. Setiap muslim wajib percaya perkara itu. Banyak buktinya dari al Quran dan hadith Nabi. Antaranya ialah [Al-Qiyamah : 22-23]

وُجُوهُُ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ . إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

Wajah-wajah (orang-orang mukmin) waktu itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.
[Al-Qiyamah : 22-23] dan [Al-Kahfi :110]

Itu bukti pertama. Ini bukti kedua dari al Quran.

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَلاَ يُشْرِكُ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah mengerjakan amal shalih dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya. [Al-Kahfi:110]

Ini pula bukti dari Hadis Nabi :

Jarir bin Abdullah berkata.

قَالَ جَرِيرُ بْنُ عَبْدِالهِi كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ إِذْ نَظَرَ إِلَى الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ فَقَالَ أَمَا إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا لاَ تُضَامُّونَ أَوْ لاَ تُضَاهُونَ فِي رُؤْيَتِهِ فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا فَافْعَلُوا ثُمَّ قَالَ فَ ( سَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا ) (كتاب :كتاب مواقيت الصلاة باب :باب فضل صلاة الفجر رقم الحديث
 :547 الجزء :1 الصفحة 209 ,صحيح البخاري

Jarir bin Abdullah berkata: “Kami duduk bersama Rasulullah, kemudian beliau memandang bulan yang sedang purnama, lalu beliau bersabda: ”Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhanmu sebagaimana engkau melihat bulan, tidak ada yang menghalangimu untuk melihat-Nya, kalau kamu mampu tidak meninggalkan shalat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya maka lakukanlah.
[HR.Bukhari Muslim

Setiap mukmin akan melihat Allah didalam syurga.

Tapi persoalan sekarang ialah "

1⃣ Adakah ahli syurga akan melihat Allah dengan MATA?

atau
2⃣ Adakah ahli syurga akan melihat Allah, tanpa ada tambahan perkataan *"dengan MATA"*)?

Itulah persoalan BESAR yang telah timbul sejak lebih 1000 dahulu. Sebelum kita kupas persoalan itu, elok kita fikirkan bersama kebenaran 5 perkara yang akan disebutkan ini.

1⃣ Setiap yang DILIHAT oleh MATA itu dapat difikirkan dan dapat digambarkan oleh HATI. Betul atau tidak?

2⃣ Setiap yang DIDENGAR oleh TELINGA itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Betul atau tidak?

3⃣ Setiap yang DISENTUH oleh KULIT itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Betul atau tidak?

4⃣ Setiap yang DIRASA oleh LIDAH itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Betul atau tidak?

5⃣ Setiap yang DIHIDU oleh HIDUNG itu dapat difikirkan dan digambarkan oleh HATI. Betul atau tidak?

Orang yg berfikiran waras sudah tentu mudah menjawab. Jawabannya ialah BETUL. Mustahil dia menjawab TIDAK melainkan dia kurang akal. Pendek kata, 5 perkara itu ialah pendapat 5 pancaindera. Setiap yg didapat @ dicapai oleh salah satu pancaindera itu MAMPU DIFIKIRKAN OLEH AKAL dan DAPAT DIGAMBARKAN OLEH HATI.

Persoalan sekarang :
Apakah yang MAMPU DIFIKIRKAN OLEH AKAL dan DAPAT DIGAMBARKAN OLEH HATI?

Jawabannya :
Tidak lain tidak bukan ialah MAKHLUK.

Jika begitu, apakah sebenarnya maksud 2 ayat al Quran dan hadith di atas?

Sekiranya kita berpegang kepada iktikad, Allah boleh dilihat dengan MATA, sudah tentu Allah MAMPU DIFIKIRKAN OLEH AKAL dan DAPAT DIGAMBARKAN OLEH HATI. Mustahil....... kerana semua yg dilihat oleh mata itu adalah MAKHLUK. Keyakinan seperti itu yakni menggambarkan Allah boleh dilihat dengan MATA sebenarnya BERCANGGAH dengan ayat al Quran dan tanpa sedar telah MENYERUPAKAN Allah dengan makhluk. Itulah punca BINASA AKIDAH.

Bukti terjemah ayat "melihat Allah" bukan bermaksud  "melihat Allah dengan MATA" ialah (Al-An'am : 103)

لَّا تُدۡرِڪُهُ ٱلۡأَبۡصَـٰرُ وَهُوَ يُدۡرِكُ ٱلۡأَبۡصَـٰرَ‌   ۖ   وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلۡخَبِيرُ

Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan MATA, sedang Ia dapat melihat, dan Dia lah Yang Maha Halus lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
(Al-An'am : 103)

Sebab itu
JANGAN DIIKTIKADKAN terjemah ayat "MELIHAT ALLAH" itu bermaksud MELIHAT Allah dengan DENGAN MATA. Kita sudah cerahkan sebelum ini bahawa semua yang dilihat oleh mata itu adalah MAKHLUK. Kita sudah cerahkan sebelum ini bahawa semua yang dilihat oleh mata itu adalah DALIL @ BUKTI sahaja. Kita sudah cerahkan sebelum ini bahawa DALIL itu yg Allah suruh fikir, bukannya MADLUL. Sekalian makhluk adalah DALIL, Allah itu adalah MADLUL.

Jika ada yg lupa makna dalil dan makna madlul, sila semak semula pencerahan Soalan ke-30.

Jika digambar2kan makna melihat Allah sama seperti melihat makhluk maka BINASA AKIDAH. WAJIB MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT. JIKA DITERANGKAN DGN BERLORI2 KITABPUN, SEMUANYA ITU *"PEMBOHONGAN SEMATA2"* & BIDAAH PADA AKAL

Sama seperti menerangkan MANISNYA GULA. Takda siapa dialam semesta ini yg mampu menerangkan MANISnya GULA walaupun dgn menulis BERIBU2 BUKU. Menerangkan rasa manis walau beribu buku adalah PEMBOHONGAN & BIDAAH PADA ADAT.

Tapi sebenarnya, cara menerangkan RASA MANIS itu SANGAT MUDAH. TAK PERLU MENULIS WALAU SEBUAH BUKU. TAK PERLU MENULIS WALAU SEBARIS AYAT.

Cukup dgn meletakkan  seketul gula kedalam mulut org yg BERTANYA. AUTOMATIK DIA AKAN FAHAM MAKNA MANIS tanpa buku.

Begitulah dgn MELIHAT ALLAH. Menerangkan keyakinan *"melihat Allah dengan MATA"* melalui TULISAN @ buku @ watsap itu hanya PEMBOHONGAN SEMATA2 dan BIDAAH PADA AKAL & BIDAAH PADA SYARAK.

Sedangkan menerangkan MANISNYA GULA pun tidak mampu diterangkan dgn tulisan sampai mati, macam mana hendak menerangkan ALLAH YANG MENJADIKAN MANISNYA GULA itu? Terlebihlah mustahilnya.....

Melihat Allah didalam syurga adalah atas PERBUATAN ALLAH semata2. Tidak ada usaha dan ikhtiar manusia disitu. Saya ulang semula. Melihat Allah didalam syurga adalah atas KEHENDAK ALLAH semata2. Melihat Allah didalam syurga adalah atas PERBUATAN ALLAH semata2. Melihat Allah didalam syurga adalah atas QUDRAT IRADAT ALLAH semata2. Tidak ada usaha dan ikhtiar manusia disitu. Semuanya itu TIDAK MAMPU DIFIKIRKAN oleh akal dan TIDAK MAMPU DIBAYANG2KAN oleh hati.

MEMANG WAJIB DIPERCAYAI, SETIAP YG BERIMAN AKN MELIHAT ALLAH DI DALAM SYURGA. SESIAPA YG TIDAK PERCAYA, maka BINASALAH AKIDAHNYA.

Jadi, macam mana cara nak faham terjemah ayat "melihat Allah"?

Secara ringkasnya begini. Macam manisnya gula tadilah. Letakkan dalam mulut yg bertanya. Automatik dia akan faham. Itulah kaedah bagi menghampirkan akal kita untuk memahami maksud "melihat Allah". Tunggulah masuk syurga dahulu, AUTOMATIK AKAN FAHAM.

TAK PERLULAH DITERANGKAN MELIHAT ALLAH DENGAN MATA MELALUI PENULISAN. TAK PERLULAH DIFIKIRKAN. JANGAN DIGAMBAR2KAN KERANA MENGGAMBAR2KAN PERTEMUAN DGN ALLAH ITU HANYA MEMBINASAKAN AKIDAH.
Tidak ada perintah Allah yg menyuruh MENGGAMBAR2KAN pertemuan itu. Tidak ada perintah Allah yg menyuruh iktikadkan terjemah ayat "melihat Allah" itu sebagai MELIHAT ALLAH DENGAN MATA. Cukuplah kita beriman bahawa ahli syurga akan MELIHAT ALLAH. JANGAN ditambah2 dgn perkataan MELIHAT ALLAH DENGAN MATA.

Jika kita sudah memahami makna Allah itu "laisakamitslihisyaiun" kita akan TERPELIHARA DARI MEMBAYANG2KAN PERTEMUAN DENGAN ALLAH

Org yg cuba membayang2kan pertemuan itu sebenar2nya org yg TIDAK MENGENAL ALLAH & PERBUATAN SYIRIK.

Saya pasti, dengan penerangan ringkas itu, ramai yang masih tidak puas hati. Tapi tak mengapa, kita akan kupas lagi insya Allah.

Ada orang yang bertanya, "adakah Nabi Muhammad bertemu Allah di sidratul muntaha?" Macam mana tu? Adakah Nabi melihat Allah dengan mata?

Pencerahannya begini.

Ya, memang benar, Nabi ada "melihat Allah" di sidratul muntaha pd peristiwa isra' dan mikraj. Makna yg sama dgn "melihat Allah" disini ialah "bertemu Allah" @ "mengadap Allah".

Itu semua adalah PEKERJAAN ALLAH. Itu semua adalah KEHENDAK ALLAH bukan kehendak Nabi.

Kehendak Allah adalah laisakamitslihisyaiun, TIDAK MAMPU difikirkan oleh akal.
TIDAK MAMPU dibayangkan oleh akal.

Membayang2kan Nabi bertemu Allah @ mengadap Allah itu *BINASA AKIDAH*

Kaedah memahami pertemuan Nabi Muhammad dengan Allah itu adalah sama dgn ahli syurga melihat Allah @ pertemuan ahli syurga dengan Allah. JANGAN DIGAMBAR2KAN MELIHAT ALLAH DENGAN MATA. Sebenarnya yang melihat Allah itu ialah DIRI kita yg satu @ semua zat yg berbilang2 iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin TERMASUK MATA. BUKAN MATA SAHAJA tetapi SEMUA ZAT @ DIRI yg satu.

Tentu ada yang ingin bertanya, semua zat melihat Allah? Kaki dan tanganpun melihat Allah?

Ya........Kaki dan tanganpun melihat Allah. Bukan kaki dan tangan sahaja tetapi semua zat yg berbilang2 iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin TERMASUK MATA.

Tapi ingat ya tuan2, semua itu adalah PERBUATAN Allah yg tidak mampu difikirkan atau dibayang2kan. Untuk memahaminya, kita fikirkan sama2 ayat Allah ini
(Al-Fusilat : 21)

.وَقَالُواْ لِجُلُودِهِمۡ لِمَ شَهِدتُّمۡ عَلَيۡنَا‌  ۖ   قَالُوٓاْ أَنطَقَنَا ٱللَّهُ ٱلَّذِىٓ أَنطَقَ كُلَّ شَىۡءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ

Dan, berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.

(Al-Fusilat : 21)

Dalam ayat itu, yang berkata2 dan menjadi saksi pd hari kiamat ialah kulit kita dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam TERMASUK MULUT. BUKANNYA MULUT sahaja yg berkata2, BUKANNYA MULUT sahaja yg menjadi saksi tetapi semua zat atau anggota yang lain. Itu semua adalah PEKERJAAN ALLAH semata2. Itu semua adalah atas QUDRAT & IRADAT ALLAH semata2. Tidak ada sedikitpun usaha dan ikhtiar manusia disitu.

Begitulah juga dengan ahli syurga "melihat Allah". Yang melihat itu ialah SEMUA ZAT dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin TERMASUK MATA. Semua itu adalah PEKERJAAN ALLAH semata2. Itu semua adalah atas QUDRAT & IRADAT ALLAH semata2. Tidak ada sedikitpun usaha dan ikhtiar manusia disitu.

Saya pasti, masih ramai yang inginkan pencerahan tentang maksud hadith yang disebutkan diatas itu.

Apa sebenarnya maksud ayat yang terjemahnya seperti berikut :

 *”Sesungguhnya kamu akan MELIHAT Tuhanmu sebagaimana engkau MELIHAT BULAN, tidak ada yang menghalangimu untuk melihat-Nya"???*

Pencerahannya begini...Ayat itu adalah ayat MAJAZI. Ayat yang mengandungi makna tersirat. Lawan bagi ayat2 majazi adalah ayat2 hakiki. Ayat2 MAJAZI tidak boleh diktikadkan menurut zahir ayat seperti ayat2 HAKIKI. Untuk memahami ayat itu, kita lihat contoh ayat majazi berikut.

"Abu Jahal seorang BUAYA." "Abu Jahal KEPALA BATU".
"Abu Jahal HIDUNG TINGGI".

Itu 3 contoh ayat majazi @ majaz. Tidak boleh dipegang berdasarkan zahir ayat. Tidak boleh diterjemahkan kedalam bahasa lain spt bahasa Arab berdasarkan zahir ayat. Begitu jugalah dgn ayat2 Al Quran. Ada ayat majazi, ada ayat hakiki. Ayat majazi dalam al Quran, tidak boleh dipegang berdasarkan zahir ayat. Tidak boleh diterjemahkan kedalam bahasa lain spt bahasa Melayu @ bahasa Indonesia berdasarkan zahir ayat. Oleh itu TIDAK BOLEH DIIKTIKADKAN menurut zahir ayat.

Jadi macam mana?
Ayat2 majazi ada memiliki maksud kedua. Dalam contoh diatas itu maksud kedua ialah

"Abu Jahal seorang yg JAHAT."
 "Abu Jahal DEGIL".
"Abu Jahal SOMBONG".

Begitulah dgn ayat pd hadith diatas.

 *”Sesungguhnya kamu akan MELIHAT Tuhanmu sebagaimana engkau MELIHAT BULAN, tidak ada yang menghalangimu untuk melihat-Nya"*

Ayat itu memiliki maksud kedua. Apa maksud yg kedua itu? Baik. Begini. Kita fikirkan dahulu perkara ini.

Katalah sekarang ini kita semua sedang berkumpul dihadapan masjid pada waktu malam 15 ramadhan. Malam ini sepatutnya BULAN PENUH dan suasana TERANG BENDERANG disinari CAHAYA BULAN. Malangnya cuaca malam ini GELAP GELITA kerana bulan purnama dilindungi awan hitam.

Jika ada seseorang yang tidak dikenali berkata kepada kita seperti berikut :

Bumi ini TERANG pada waktu malam adalah kerana cahaya bintang BUKAN kerana cahaya bulan.

Kita percaya atau tidak?

Jawabannya mudah. Orang yang MENGENAL bulan dan bintang akan menjawab *"TIDAK."* Seterusnya dia akan berkata *"Bumi ini TERANG pada waktu malam adalah kerana cahaya BULAN, BUKAN kerana cahaya bintang."* Walaupun cuaca SANGAT GELAP GELITA, dia TIDAK melihat bulan purnama, namun orang yg mengenal bulan, PASTI TAHU disebalik awan hitam pd malam 15 Ramadhan itu ada BULAN PURNAMA yg sedang bersinar.

Tapi sebaliknya orang yg TIDAK MENGENAL BULAN BINTANG yakni tidak tahu PERBEZAAN antara bulan dan bintang seperti anak2 kecil sudah tentu menjawab "Ya mungkin" @ "Ya betul tu".

Jadi apa sebenarnya maksud kita tentang contoh bulan dan bintang itu? Maksud yang tersirat disini ialah, hanya orang yg MENGENAL ALLAH sahaja yakni orang yg dapat MEMBEZAKAN antara ALLAH dan MAKHLUK sahaja yang akan FAHAM MAKNA SEBENAR hadith itu. Orang yang tidak tahu @ membida'ahkan 20 perbezaan antara Allah dan makhluk @ 20 sifat bagi makhluk dan 20 sifat bagi Allah yg sudah dicerahkan pada Soalan 107 sudah pasti TIDAK FAHAM @ menolak pencerahan ini.

Diambil dari itu, hadith berkenaan bermaksud,  *”Sesungguhnya kamu (yakni diri kamu dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin) akan MELIHAT Tuhanmu (yang tiada RUPA dan WARNA dengan TERANG, SETERANG2NYA) sebagaimana engkau MELIHAT BULAN (TERANG BENDERANG yakni dengan TERANG, SETERANG2NYA) tidak ada yang menghalangimu untuk melihat-Nya (yakni melihat zat Allah yang tiada RUPA dan WARNA)"*

Sebagai penutup kepada persoalan ini, saya yakin ada antara kira yang terfikir, didalam syurga nanti,  jika semua anggota dari hujung rambut hingga hujung kaki termasuk MATA akan melihat Allah, boleh atau tidak kita menyebut *"ahli syurga akan melihat Allah dengan MATA?*

Jika boleh, kenapa boleh? Jika tidak boleh, apa bentuk ayat yang dibolehkan?

Pencerahannya begini.

Ingat semula perkara pertama dari 5 perkara yg disebut pd awal pencerahan ini iaitu *setiap yg dilihat dengan MATA @ dengan biji MATA dapat difikirkan dan dapat digambarkan oleh HATI kerana ada persamaannya dgn makhluk lain.*

Oleh itu, perkataan "ahli syurga akan melihat Allah dengan MATA" sama sekali TIDAK dibolehkan kerana membawa maksud Allah ada memiliki persamaan dgn makhluk lain. Dalam perkataan lain, perkataan itu adalah bidaah pada akal dan bidaah pd syarak atau kafir pada akal dan kafir pd syarak. Bentuk ayat yang dibolehkan ialah :

1⃣ Ahli syurga akan melihat Allah.
2⃣ Ahli syurga akan melihat Allah @ zat Allah @ diri Allah yang TIADA RUPA dan WARNA.

3⃣ Didalam syurga, diri manusia dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, TERMASUK MATA akan melihat Allah @ zat Allah @ diri Allah yang TIADA RUPA dan WARNA.

Itulah 3 contoh bentuk ayat yang benar pada akal dan benar pada syarak. Ada banyak lagi contoh lain yg BENAR pada syarak.

Persoalan yang berkait dgn masalah ini ialah "Adakah Nabi Musa mendengar KALAM ALLAH dengan TELINGA?

Kita akan cerahkan persoalan itu pada Soalan 113 insya Allah.

---------------------------------------------
Segala yang baik2 itu anugerah Allah dan semua yang salah itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
An-Nisa' : 79

Maaf zahir dan batin.
Wallohua'lam.

Mari mengenal Allah supaya kita terpelihara daripada SYIRIK. 112 pencerahan dan audio boleh didapati di

https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun

Jumaat, 9 Disember 2016

Bab 9 Soalan 111 A) Menurut syarak, apakah persamaan dan perbezaan antara makna : 1⃣ (الوحد) @ Satu 2⃣ (اﻻحد) @ Esa 3⃣ Banyak B) Apakah tujuan kita mempelajari perbezaan makna ketiga2 istilah itu?

Group laisakamitslihisyaiun


PENCERAHAN

Soalan 111

A) Menurut syarak, apakah persamaan dan perbezaan antara makna :

1⃣ (الوحد) @ Satu
2⃣  (اﻻحد) @ Esa
3⃣ Banyak

B) Apakah tujuan kita mempelajari perbezaan makna ketiga2 istilah itu?

🌟🌟🌟🌟
*PENCERAHAN*
🌟🌟🌟🌟

Untuk makluman semua, agar TIDAK keliru, maksud bg setiap perkataan SATU dan ESA disini ialah
( وحد @ الوحد) dan (الاحد @ احد)
Satu perkara lagi, untuk pengetahuan kita bersama, orang yg MENOLAK @ TIDAK PERNAH MEMPELAJARI SIFAT 20 dan orang yg MENOLAK hukum adat serta hukum akal, sebaliknya hanya berpegang kpd hukum syarak semata2, TIDAK AKAN FAHAM PENCERAHAN Soalan 111 ini. Oleh itu, agar kita semua faham, barisan admin menasihatkan semua ahli agar mengulangkaji semula ilmu2 @ pencerahan soalan2 yg berkaitan.

Sebelum kita cerahkan makna satu dan makna esa pada syarak, elok kita ingat semula makna keduanya pada adat. Makna keduanya sudah dicerahkan pd soalan-soalan yg lalu.

Makna SATU pada adat tertentu khusus kpd makhluk. Setiap diri makhluk adalah SATU, bukan 2, bukan 3, bukan 4 atau lebih. Lebih dari SATU disebut sbg BANYAK. Diri makhluk satu pada adat menunjukkan Diri Allah juga SATU tetapi SATU pada akal dan SATU pd syarak. Perbezaannya ialah, diri makhluk SATU pd adat,  satu yg BERBILANG2. Berbilang2 zat pada diri yang SATU. Setiap yg sabit pd makhluk, mustahil sabit pd Allah. Maka diri Allah itu MUSTAHIL berbilang2, yakni

1) MUSTAHIL zatNYA berbilang2.
2) MUSTAHIL sifatNYA berbilang2.
3) MUSTAHIL kelakuanNYA berbilang2.
4) MUSTAHIL namaNYA berbilang2.

Perbezaannya boleh juga dicerahkan seperti berikut :

a)   *Al-Wahid = Satu*
Dari hukum akal.

*ALLAH itu Satu* bermakna Allah itu tidak berbilang2 atau banyak atau *ALLAH itu Tidak _lebih_ dari Satu*

b)    *Al-Ahad = Esa*
Dari hukum akal..

*ALLAH itu Esa* tidak dinisbahkan atau dipecahkan atau *ALLAH itu Tidak _kurang_ dari Satu*

*Persamaan makna (الوحد)  @ SATU dan  (اﻻحد) @ ESA pada SYARAK*.

1⃣ Makna esa ada didalam makna satu. Semua yg bermakna ESA adalah bermakna SATU. Tapi tidak semua yg bermakna SATU itu bermakna ESA.

Agar lebih mudah difahami, kita fahamkan 2 contoh ini.

1) orang mukmin sudah pasti orang Islam, tetapi orang Islam belum pasti mukmin.

2) Orang yg fakir sudah pasti orang miskin, tetapi orang yang miskin belum pasti fakir.

Apa contohnya?

Contohnya sudah diberikan pd pencerahan sebelum ini. Sila semak semula.

2⃣ Kedua2nya menafikan banyak.

Apa makna banyak? Makna banyak sudah dicerahkan pada soalan 58, 59 dan 110 iaitu 8 perkara :

1) berbilang @ berbilang2
2) bercampur @ bercampur2
3) berhimpun @ berhimpun2
4) berlapis @ berlapis2
5) bersusun @ bersusun2
6) bersuku @ bersuku2
7) bercerai @ bercerai2
8) berpihak @ berarah

Maksud dan contoh bg semua 8 perkataan itu sudah dicerahkan pd Soalan 58 & 59. Ingat ya tn2, setiap perkataan atau iktikad tentang Allah yg membawa maksud Allah itu BANYAK atau yg bercanggah dgn makna SATU dan ESA adalah SYIRIK dan MEMBINASAKAN AKIDAH. Jadi untuk mengelakkan dari BINASA AKIDAH,  kita wajib tahu makna SATU, makna ESA dan makna BANYAK pada adat, pada akal dan pada syarak. Sesiapa yg ingat2 lupa itu,  eloklah semak semula pencerahan yg sudah lalu.

*Persamaan makna SATU dan BANYAK pada SYARAK*.

Pada syarak
Makna satu dan banyak sama sekali TIDAK ada persamaan. Yang SATU itu Allah. Yang BANYAK itu makhluk. Ada makhluk yg zahir ada makhluk yg ghaib. Ada makhluk yg wujudi ada makhluk yg bukan wujudi. Ada makhluk yg dapat dicapai oleh pancaindera ada makhluk yg tidak dapat dicapai oleh pancaindera. Makhluk sama sekali TIDAK ada persamaan dgn Allah selama2nya.

*Persamaan makna ESA dan BANYAK pada SYARAK*.

Pada syarak
Makna esa dan banyak selama2nya TIDAK ada persamaan. Yang ESA itu Allah. Yang BANYAK itu makhluk. Makhluk sama sekali TIDAK ada persamaan dgn Allah selama2nya.

*Persamaan makna  (الوحد) SATU dan  (اﻻحد) ESA dan BANYAK pada SYARAK*.

Pada syarak
Selama samanya makna (الوحد) dan (اﻻحد) TIDAK ada persamaan dengan makna "banyak". Yang SATU (الوحد) dan Yg ESA (اﻻحد) itu Allah. Yang BANYAK itu makhluk. Makhluk sama sekali TIDAK ada persamaan dgn Allah selama2nya.

Ingatnya tuan2, untuk memahami makna  (الوحد)  SATU dan (اﻻحد) ESA pada syarak itu kita WAJIB terlebih dahulu memahami makna satu dan makna esa PADA ADAT dan PADA AKAL. Dengan memahami makna keduanya pada adat dan pada akal, akan dapat menghampirkan faham kita kpd makna Allah itu SATU dan Allah itu ESA pada syarak. Apabila kita sudah faham makna esa dan satu, insya Allah kita akan mudah memahami makna BANYAK.

*Perbezaan makna  (الوحد) SATU dan  (اﻻحد) ESA pada SYARAK*.

Perbezaannya sudah dicerahkan pada soalan sebelum ini, elok semak semula. Walaupun begitu, kita akan cerahkan semula sedikit.
1⃣ (الوحد)
Merujuk kepada *"bilangan"* sifat, *"bilangan"* zat, *"bilangan"* diri, *"bilangan"* kelakuan dan *"bilangan"* nama iaitu SATU. Dalam perkataan lain

1⃣ Bilangan SIFAT☀
1) Sifat Wujud itu SATU.
2) Sifat Qidam itu SATU.
sehinggalah yg ke-20
20) Sifat Mutakallimun itu SATU.

Dibilang2kan Wujud, Qidam Baqo hingga Wahdaniat itu yang ke1-6 BUKAN kerana makna Wujud itu LAIN dari Allah. BUKAN kerana makna Qidam itu LAIN dari Allah tetapi hanya sekadar untuk menghampirkan faham kita kpd makna Allah itu SATU dan ESA.

2⃣ Bilangan ZAT☀
1@7) Qudrat itu SATU.
2@8) Iradat itu SATU.
sehingga
3@13) Kalam itu SATU.

Dibilang2kan Qudrat hingga Kalam itu yang ke7-13 BUKAN kerana makna Qudrat itu LAIN dari Allah. BUKAN kerana makna Iradat itu LAIN dari Allah tetapi hanya sekadar untuk menghampirkan faham kita kpd makna Allah itu SATU dan ESA.

3⃣ Bilangan KELAKUAN☀
1@14) Qodirun itu SATU.
2@15) Muridun itu SATU.
sehingga
7@20) Mutakallimun itu SATU.

Dibilang2kan Qodirun hingga Mutakallimun itu yang ke14-20 BUKAN kerana makna Qodirun itu LAIN dari Allah. BUKAN kerana makna Muridun itu LAIN dari Allah tetapi hanya sekadar untuk menghampirkan faham kita kpd makna Allah itu SATU dan ESA.

4⃣ Bilangan NAMA☀
الرحمن itu SATU
الرحيم itu SATU
hingga
الصبور itu SATU

Itulah tentang (الوحد). Perbezaannya dgn makna (اﻻحد) adalah seperti ini.

2⃣ (اﻻحد)
Merujuk kepada makna setiap sifat Allah, zat Allah, kelakuan Allah dan nama Allah itu ialah DIRI ALLAH itu sendiri. Diri yg tidak ada persamaan dgn sebarang makhluk @ laisakamitslihisyaiun.

Dalam perkataan lain, MAKNA SIFAT Allah itu ialah ALLAH itu sendiri. Apa dia sifat Allah itu? Itulah dia SIFAT 20. Maksud atau makna setiap sifat itu ialah Allah.

1) Makna Yg Wujud itu ialah Allah.
2) Makna Yg Qidam @ sedia ada itu ialah Allah.
3) Makna Yg Baqo @ kekal itu ialah Allah.
sehinggalah yg ke-20

20) Makna Yg Mutakallimun itu ialah Allah.

Begitulah juga dgn makna Zat Allah. MAKNA ZAT Allah itu ialah ALLAH itu sendiri. Apakah dia yg dimaksudkan dgn ZAT ALLAH?  Yg dimaksudkan sbg zat Allah ialah sifat ke-7 hingga sifat ke-13.

1@7) Makna Yg Qudrat itu ialah Allah.
2@8) Makna Yg Iradat itu ialah Allah.
sehingga
3@13) Makna Yg Kalam itu ialah Allah.

Begitulah kaedah memahami makna
KELAKUAN Allah.

1@14) Makna Qodirun itu ialah Allah.
2@15) Makna Muridun itu ialah Allah.
sehingga
7@20) Makna Mutakallimun itu ialah Allah.

Sehinggalah kpd
NAMA Allah. Makna setiap nama itu adalah Allah.
makna الرحمن itu ialah (الله)
makna الرحيم itu ialah (الله)
hingga
makna الصبور itu ialah (الله)

☀Persoalan terakhir ialah

Apakah tujuan kita mempelajari makna
الوحد، اﻻحد
 dan makna banyak?

Pencerahannya begini :

Diri Allah itu SATU
Diri Allah itu ESA

Diri makhluk itupun SATU
Diri makhluk itupun ESA

Jadi, jika begitu, apa perbezaannya? Apa perbezaan antara Allah dgn makhluk? Jika TAK tahu perbezaannya, tak boleh ke? Apa masalahnya?

Ya memang, sekiranya seseorang itu TIDAK TAHU perbezaan antara dirinya dengan Allah yakni TIDAK TAHU perbezaan makna :

Diri Allah itu SATU @ الوحد
dengan
Diri makhluk itu SATU

Diri Allah itu ESA @ اﻻحد
dengan
Diri makhluk itu ESA...

...maka seseorang itu sudah PASTI TIDAK FAHAM tuntutan 4 ayat dalam surah al-Ikhlas iaitu
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
hingga akhir ayat

وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ

Jika begitulah keadaan akidah orang tersebut,  sudah PASTILAH akidahnya menyerupai akidah umat Kristian, umat Yahudi, umat Syiah dan umat2 TERPESONG yg juga menyebut nama Allah dan mengaku Allah itu SATU,  Allah itu ESA. Sudah pasti umat terdedah dengan bahaya SYIRIK, terdedah dgn bahaya JATUH KAFIR TANPA SEDAR.

Kenapa pulak?

Sebabnya ialah, dia mungkin berfikiran Allah itu ada persamaan dengan dirinya. Dia mungkin berfikiran Allah itu ada memiliki TANGAN, memiliki KAKI, memiliki MATA, memerlukan TEMPAT dan lain2. Ingat semula, sekalian makhluk di alam nyata dan alam zahir ini ada 6 persamaan. Perkara ini sudah dicerahkan pada Soalan 107 iaitu

1⃣ sekalian makhluk harus wujud.
2⃣ sekalian makhluk ada permulaan.
3⃣ sekalian makhluk  berubah.
4⃣ sekalian makhluk ada makhluk lain yg seumpamanya.
5⃣ sekalian makhluk ada kekurangan.
6⃣ zat sekalian makhluk berbilang2 @ BANYAK.

Dia mungkin berfikiran Allah itu
1⃣ tidak wajib ada
2⃣ ada permulaan
3⃣ berubah. Didunia TIDAK nampak dengan MATA, di akhirat NAMPAK dgn MATA
4⃣ ada yg serupa dgn Allah
5⃣ ada kekurangan walau satu sekalipun spt *lupa*
6⃣ diri Allah itu berbilang2 @ BANYAK.

Sy pasti, akan ada yg ingin bertanya tentang persoalan ahli syurga melihat Allah. Adakah melihat Allah itu dgn mata ataupun tidak. Persoalan itu akan dibicarakan pd Soalan 112 insya Allah.
Oleh sebab itu
Jika manusia berfikir spt 6 perkara yg disebutkan itu, yakni jika dia berfikiran Allah itu ada persamaan dgn makhluk walau SATU perkara sekalipun, maka BINASALAH AKIDAHNYA. Nauzubillah.

Justeru, untuk mengelakkan bahaya SYIRIK TANPA SEDAR, maka setiap kita WAJIB MENGETAHUI PERBEZAAN antara makhluk dengan Allah. Itulah takrif makrifatullah. Antara perbezaan yang wajib diketahui itu ialah

1) makna  SATU @ الوحد
2) makna ESA @ اﻻحد
3) makna BANYAK.
4) makna diri
5) makna zat
6) makna sifat
7) makna kelakuan
8) makna nama.

Perbezaan yang lebih terperinci sudah dibuat sebelum ini seperti pd pencerahan Soalan 4 dan 107. Sesiapa yang ingat2 lupa, eloklah semak semula.

Ringkasnya, tujuan memahami perbezaan makna al Wahid dan al Ahad adalah untuk mengelakkan diri dari 3 kategori perbuatan SYIRIK dengan memahami tuntutan 4 ayat dalam surah al ikhlas.


Semua yang baik2 itu anugerah Allah dan semua yg salah itu kerana saya memperturut hawa nafsu.
(An-Nisa' : 79)

Maaf zahir dan batin
Wallohua'lam

----------------------------------------------

Semua 111 pencerahan dan audio boleh didapati secara gratis di

https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun

Bab 9 Soalan 110 Allah itu satu @ al-Wahid 1) Apakah makna SATU pada akal? 2) Apakah makna SATU pada syarak? 3) Apakah perbezaan makna al-Wahid dan al-Ahad (الاحد) pada syarak?

Group laisakamitslihisyaiun

Soalan 110


SEDIA UNTUK DISEMAK DAN DIPERBAIKI
HANYA ALLAH YG MAMPU MEMBALAS

Soalan 110

Allah itu satu @ al-Wahid

1) Apakah makna SATU pada akal?
2) Apakah makna SATU pada syarak?
3) Apakah perbezaan makna al-Wahid dan al-Ahad (الاحد) pada syarak?


🌟🌟🌟🌟🌟
Jom kongsi ilmu

Semua ahli @ anggota dinasihatkan mengulangkaji pencerahan @ audio Soalan 56, 58, 59, 64, 66, 68, 69 dan 70 yang berkaitan.

Untuk memahami makna Satu @ al-Wahid pd akal, kita ingat semula makna satu pada adat.

Makna "satu" pada adat 2 perkara iaitu :

1⃣ menafikan BANYAK iaitu 2 @ 3 @ berbilang2.

2⃣ apabila sebahagian zat diambil maka berubahlah zat itu @ binasalah zat itu.

Contoh satu pada adat ialah DIRI kita sendiri. Kesatuan semua alat @ kesatuan semua zat dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin adalah DIRI KITA YG SATU.

Dalam bentuk ilmu usuluddin, 7 sifat manusia yg disebut dalam Soalan 107 itu adalah DIRI KITA SATU PADA ADAT. Apa dia 7 sifat manusia itu? 7 sifat manusia itu ialah

1⃣ pekuasa dgn alat iaitu tulang, urat, darah, daging, otak benak.
2⃣ pekehendak dgn alat iaitu hawa nafsu.
3⃣ pengetahuan dgn alat iaitu hati dan perguruan.
👇🏾
7⃣ pekata dgn alat iaitu lidah, huruf dan suara.

Dari sudut ilmu usuluddin, makna DIRI KITA SATU ialah

KESATUAN semua ALAT zahir dan bathin...
atau...
KESATUAN semua KELENGKAPAN zahir dan bathin...
atau..
KESATUAN semua ZAT zahir dan bathin

KESATUAN SEMUA itulah yang disebut DIRI YANG SATU

Bagi sesiapa yg ingat2 lupa itu eloklah semak pencerahan Soalan 56 dan Soalan 107 semula. Contoh2nya pun ada diberikan.

Apa pula makna SATU dari sudut hukum akal?

Diambil dari makna satu pada adat, maka makna satu pada akal ialah 2 perkara juga iaitu

1⃣ menafikan BANYAK iaitu 2 @ 3 @ berbilang2.

2⃣ apabila sebahagian zat diambil maka berubahlah diri itu.

Dalam bentuk ilmu usuluddin, 7 sifat Allah yg disebut dalam Soalan 107 itu adalah DIRI ALLAH SATU PADA AKAL. Apa dia 7 sifat Allah itu? 7 sifat Allah itu ialah

1⃣ pekuasa yg BUKAN dgn alat atau dalam Bahasa Arab disebut QUDRAT.
2⃣ pekehendak yg BUKAN dgn alat atau dalam Bahasa Arab disebut IRADAT.
3⃣ pengetahuan yg BUKAN dgn alat atau dalam Bahasa Arab disebut ILMU.
👇🏾
7⃣ pekata yg BUKAN dgn alat atau dalam Bahasa Arab disebut KALAM.

Bagi sesiapa yg ingat2 lupa itu eloklah semak pencerahan Soalan 56 dan Soalan 107 semula. Contoh2nya pun ada diberikan.

Itulah contoh makna satu pada akal. Apakah pula makna satu pada syarak?

Diambil dari makna satu pd adat dan pada akal, maka makna satu pada syarak itu 2 perkara juga iaitu

1⃣ menafikan ALLAH @ DIRI ALLAH itu BANYAK iaitu 2 @ 3 atau lebih.

Apa makna menafikan Allah @ diri Allah itu BANYAK? Untuk memahaminya, kita perlu memahami makna BANYAK pada syarak.

Makna banyak pd akal sudah dicerahkan sebelum ini pd Soalan 59. *Makna banyak pada syarak adalah sama dengan makna banyak pada adat dan makna banyak pada akal.* Cuba semak semula pencerahannya sebelum ini.

Justeru, menafikan Allah itu banyak pada akal dan banyak pada syarak ialah menafikan 8 perkara pd Allah iaitu :

1⃣ berbilang @ berbilang2
2⃣ bercampur @ bercampur2
3⃣ berhimpun @ berhimpun2
4⃣ berlapis @ berlapis2
5⃣ bersusun @ bersusun2
6⃣ bersuku @ bersuku2
7⃣ bercerai @ bercerai2
8⃣ berpihak @ berarah

Contoh bagi 8 jenis perkataan itu yang membawa maksud Allah berbilang2 sehingga Allah berpihak sudah diberikan pada pencerahan Soalan 59. Sesiapa yg ingat2 lupa itu eloklah semak semula atau dengar audionya.

Dalam perkataan lain, semua perbuatan samada perbuatan hati, perkataan atau tingkahlaku yang membawa maksud 8 perkara itu adalah MUSTAHIL PADA ALLAH.

1⃣ Mustahil Allah berbilang @ berbilang2
2⃣ Mustahil Allah bercampur @ bercampur2
3⃣ Mustahil Allah berhimpun @ berhimpun2
4⃣ Mustahil Allah berlapis @ berlapis2
 5⃣ Mustahil Allah bersusun @ bersusun2
 6⃣ Mustahil Allah bersuku @ bersuku2
 7⃣ Mustahil Allah bercerai @ bercerai2
 8⃣ Mustahil Allah berpihak @ berarah

Diambil dari makna MUSTAHIL PADA ALLAH 8 PERKARA itu maka

1⃣ *Sifat Allah* itu
(لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ)
As-Syura 42 : 11
yakni sifat Allah itu tiada seumpama dengan sesuatu. Mustahil sifat Allah yg 20 atau lebih itu ada persamaan dgn sifat makhluk. Mustahil sifat Allah yg 20 itu berlain2an kerana sifat yg berlain2an itu adalah sifat2 makhluk yg BANYAK. Dibilang2kan Wujud Qidam Baqo hingga Mutakallimun itu 1-20 bukannya kerana Wujud Qidam Baqo hingga Mutakallimun itu BERLAIN2AN tetapi hanya untuk menghampirkan akal kita kepada makna ALLAH itu SATU dan makna ALLAH itu ESA. Tetapi hanya untuk menghampirkan akal kita kepada makna Wujud hingga Mutakallimun itu SATU dan ESA.

2⃣ *Zat Allah* itu
(لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ)
yakni zat Allah itu tiada seumpama dengan sesuatu.
Mustahil zat Allah yg 7 perkara atau lebih itu ada persamaan dgn zat makhluk. Mustahil 7 perkara itu berlain2an kerana zat yg berlain2an itu adalah zat2 makhluk yg BANYAK. Dibilang2kan Qudrat hingga Kalam itu 1-7 @ 7-13, bukannya kerana Qudrat hingga Kalam itu BERLAIN2AN tetapi hanya untuk menghampirkan akal kita kepada makna ALLAH itu SATU dan makna ALLAH itu ESA. Tetapi hanya untuk menghampirkan akal kita kepada makna Qudrat hingga Kalam itu SATU dan ESA.

3⃣ *Kelakuan Allah* itu
(لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ)
yakni kelakuan Allah itu tiada seumpama dengan sesuatu. Mustahil kelakuan Allah yang 7 perkara atau lebih itu ada persamaan dgn kelakuan makhluk. Mustahil Qodirun hingga Muridun itu berlain lainan kerana kelakuan yang berlain lainan itu adalah kelakuan kelakuan makhluk yg BANYAK. Dibilang bilangkan 1-7 @ 14-20 bukannya kerana Qodirun hingga Mutakallimun itu BERLAIN2AN tetapi hanya untuk menghampirkan akal kita kepada makna ALLAH itu SATU dan makna ALLAH itu ESA. Tetapi hanya untuk menghampirkan akal kita kepada makna Qodirun hingga Mutakallimun itu SATU dan ESA.

4⃣ *Nama Allah* itu
(لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ)
yakni nama Allah itu tiada seumpama dengan sesuatu. Mustahil nama Allah yg 99 atau lebih itu ada persamaan dgn nama makhluk. Mustahil nama Allah ar-Rohman (الرحمن), ar-Rohim (الرحيم) hingga as-Sobur (الصبور) itu berlain2an kerana nama yg berlain2an itu adalah nama2 makhluk yg BANYAK. Dibilang2kan 1-99 atau lebih bukannya kerana Ar-Rohman hingga As-Sobur itu BERLAIN2AN tetapi hanya untuk menghampirkan akal kita kepada makna ALLAH itu SATU dan makna ALLAH itu ESA. Tetapi hanya untuk menghampirkan akal kita kepada makna Ar-Rohman hingga As-Sobur itu SATU dan ESA.

Itulah makna pertama SATU pada syarak. Makna kedua SATU pada syarak ialah :

2⃣ apabila ada SATU kelengkapan Allah atau zat Allah atau sifat Allah atau kelakuan Allah atau nama Allah, dinafikan maka TIADALAH DIRI yang bernama ALLAH itu. Dalam perkataan lain,

1⃣ tiadalah wujud qidam baqo hingga mutakallimun. Itulah makna SIFAT ALLAH.

2⃣ tiadalah qudrat iradat hingga kalam. Itulah makna ZAT ALLAH.

3⃣ tiadalah qodirun muridun hingga mutakallimun. Itulah makna KELAKUAN ALLAH.

4⃣ tiadalah Ar-Rohman Ar-Rohim sehingga As-Sobur. Itulah makna NAMA ALLAH.

Persoalan terakhir ialah, apakah perbezaan makna al-Wahid (SATU) dan al-Ahad (ESA) (الاحد) pada syarak?

Pencerahannya begini. Makna ESA pd syarak sudah dicerahkan pada Soalan 108 dan Soalan 59. Sesiapa yg ingat2 lupa, eloklah semak semula. Walaupun begitu, kita akan cerahkan semula.

Perbezaan antara makna ESA dan makna SATU pada syarak ialah :

1⃣ Makna SATU lebih umum sedangkan makna ESA lebih khusus. Ruang lingkup @ skop makna SATU lebih luas berbanding makna ESA. Semua makna ESA ada didalam makna SATU. Tidak semua makna SATU ada didalam makna ESA.

Contohnya makna esa yg juga bermakna satu ialah

Qudrat itu esa.
Qudrat itu satu.
Qudrat itu esa dgn diri.
Qudrat itu satu dgn diri.

Iradat itu esa.
Iradat itu satu.
Iradat itu esa dgn diri.
Iradat itu satu dgn diri.

Itu dua contoh makna esa yg juga makna satu. Contoh makna satu yg bukan makna esa tidak disebutkan.  Kita sama2 fikirkan jawabannya.

Perbezaan ke2⃣
Menafikan makna 2, 3, atau lebih @ menafikan makna "banyak" TIDAK termasuk dalam makna ESA pd syarak

akan tetapi
makna pertama bagi perkataan ESA adalah juga bermakna SATU pada syarak.

Sy pasti ada yg lupa, apa dia makna pertama ESA pada syarak. Sesiapa yg ingat2 lupa, eloklah semak semula pencerahan yg lalu. Makna pertama esa pada syarak ialah spt berikut :

makna bagi SIFAT Allah, ZAT Allah, KELAKUAN Allah & NAMA Allah ialah DIRI ALLAH yg "laisakamitslihisyaiun" itu sendiri, bukannya diri yang ada persamaan dgn diri yg lain. Dalam perkataan lain :

1) Apabila disebut yang Wajib Wujud maka maknanya itu ialah DIRI ALLAH itu sendiri, yg tiada persamaan dgn sebarang diri makhluk.

2) Apabila disebut yang Wajib Qidam maka maknanya itu ialah DIRI ALLAH itu sendiri, yg tiada persamaan dgn sebarang diri makhluk.

begitulah sehingga yg ke-7 iaitu :

7) Apabila disebut yang Wajib Qudrat @ Qudrat Allah, maka maknanya itu ialah DIRI ALLAH itu sendiri yg tiada persamaan dgn sebarang diri makhluk.

8) Apabila disebut yang Wajib Iradat @ Iradat Allah, maknanya itu ialah DIRI ALLAH itu sendiri yg tiada persamaan dgn sebarang diri makhluk.

Begitulah sehingga sifat ke-20 iaitu Mutakalimun.

20) Apabila disebut yang Wajib Mutakallimun, maknanya itu ialah DIRI ALLAH itu sendiri, yg tiada persamaan dgn sebarang diri makhluk.

Apakah bukti @ dalilnya daripada al Quran atas semua yang diperkatakan ini?

Dalilnya didalam al Quran sangat banyak dan cukuplah kita tunjukkan satu iaitu (Al-Baqaroh : 32)

قَالُواْ سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآ    ۖ  إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

(Al-Baqaroh : 32)

Ayat itu menjadi bukti bahawa

1) Maksud perkataan ( ٱلۡعَلِيمُ ) "Yang Maha Mengetahui" itu ialah ALLAH itu sendiri.

2) Maksud perkataan (ٱلۡحَكِيمُ) "Yang Maha Bijaksana" itu ialah ALLAH itu sendiri.

Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Bijaksana itu  TIDAK lain daripada ALLAH. Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Bijaksana itu  TIDAK lain daripada DIRI ALLAH itu sendiri,  yang tidak ada persamaan dgn sebarang diri makhluk.

(ٱلۡعَلِيمُ) itu (لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ)

(ٱلۡحَكِيمُ) itu (لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ)

✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Semua yang baik2 itu adalah anugerah Allah dan semua yg salah dan silap itu kerana saya memperturutkan hawa nafsu.
(An-Nisa' : 79)

Maaf zahir dan batin.
Wallohua'lam

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Barisan admin mengajak tn/pn untuk join group @ menyemak dan memperbaiki *semua 109 audio dan skrip pencerahan ilmu mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 boleh diperolehi secara gratis @ percuma*👇🏾
______________________________
📽☎️Channel telegram
sila taip 👇🏿
@laisakamitslihisyaiunmp3
👆 audio sahaja
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
👆 audio dan skrip
@1⃣Hari1⃣Makna
@SifatAllah
FB:Perkongsian Ilmu Usuluddin
*Youtube* (sila taip)👇🏾
Laisakamitslihisyaiun J1
Laisakamitslihisyaiun J2!

Selasa, 22 November 2016

Bab 9 Soalan 109 Kita sudah membincangkan makna Allah ESA pd syarak seperti dalam pencerahan Soalan 108. Sekarang 1) Apakah makna MENGESAKAN ALLAH pada akal? 2) Apakah makna MENGESAKAN ALLAH pada syarak? 3) Apakah perbezaan makna Allah ESA dan makna MENGESAKAN ALLAH pada syarak? Berikan contohnya.

PENCERAHAN
SOALAN 109


Group laisakamitslihisyaiun

Kita sudah membincangkan makna Allah ESA pd syarak  seperti dalam pencerahan Soalan 108.

Sekarang

1) Apakah makna MENGESAKAN ALLAH pada akal?

2) Apakah makna MENGESAKAN ALLAH pada syarak?

3) Apakah perbezaan makna Allah ESA dan makna MENGESAKAN ALLAH pada syarak?

Berikan contohnya.


*PENCERAHAN*


Pencerahan Soalan (1).
Makna mengesakan Allah pada akal sudah dicerahkan pada Soalan 56, 58, 59, 64, 65-70. Sila semak dan semula. Walaupun begitu, kita cerahkan semula maknanya seperti berikut :

Makna mengesakan Allah pada akal ialah 2 perkara iaitu

1) memperkatakan @ mengiktikadkan sesuatu tentang Allah yg diterima oleh akal atau disebut sbg ISLAM PADA AKAL.

2) meninggalkan suatu perkataan @ iktikad tentang Allah yg tidak diterima oleh akal atau disebut sbg KAFIR PADA AKAL

Apakah contoh islam pada akal dan kafir pada akal?

Persoalan ini sebenarnya sudah dicerahkan pada Soalan 41, 42, 84, 85, 89, 90, 97 dan 104. Sesiapa yg ingat2 lupa eloklah semak semula di 👇🏾
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun

Walaupun begitu, kita cerahkan semula makna dan contohnya seperti berikut :

Islam pada akal.
Istilah lain bagi Islam pada akal ialah BENAR PADA AKAL @ DITERIMA OLEH AKAL tentang

1⃣ yg wajib bg Allah
2⃣ yg mustahil dan
3⃣ yg harus bg Allah.

Bukan tentang makhluk ya, tapi tentang Allah. Jika ada yg lupa makna makna makhluk, makhluk ialah SEGALA2NYA SELAIN ALLAH. Lihat pencerahan Soalan 3.

Contoh yg wajib pd akal ialah

Pada akal : Allah wajib
1⃣ Wajib wujud,
2⃣Wajib Qidam
3⃣ Wajib Baqo
sehingga yg ke-20
2⃣0⃣ Wajib Mutakallimun.

Itulah 20 sifat Allah atau sifat 20 bagi Allah. Barangsiapa beriktikad @ berkata seperti 20 perkara yg baru disebut itu, maka orang itu dikatakan telah MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL.

Pada akal : Allah mustahil ada persamaan dgn 20 sifat makhluk iaitu

1⃣ harus ada
2⃣ ada permulaan
3⃣ berubah
sehinggalah sifat ke 20
2⃣0⃣ kelakuan perkata dapat berkata2

itulah 20 sifat makhluk. Perkara ini sudah dicerahkan pd Soalan 107.

Itulah 20 sifat Allah atau sifat 20 bagi manusia yang mustahil sabit bg Allah. Barangsiapa beriktikad @ berkata seperti 20 perkara yg baru disebut itu MUSTAHIL SABIT BAGI ALLAH, maka orang itu dikatakan telah MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL.

Setiap yang TIDAK diterima oleh akal tentang Allah kerana ianya MUSTAHIL PADA ALLAH maka perkara itu disebut sebagai KAFIR PADA AKAL @ BIDA'AH PADA AKAL.

Semua perbuatan yg DITERIMA oleh akal itu samada

1⃣ perkara yg wajib @
2⃣ perkara yg mustahil @
3⃣ perkara yg harus pd akal itu disebut sebagai disebut sebagai ISLAM PADA AKAL.

Ringkasnya orang yg
1)  *menolak* perkara yg kafir pada akal itu dan
2)  *menerima* yg islam pd akal, mereka itulah yg dikatakan MENGESAKAN ALLAH PADA AKAL.

Contoh2 tambahan perkara yg wajib, mustahil atau harus pada akal yakni yg diterima dan yg tidak diterima oleh akal akan diberikan selepas ini.

Tapi ingat ya tuan2, BUKAN SEMUA yg islam pd akal itu ISLAM PADA SYARAK. Begitu juga dengan kafir pd akal. BUKAN SEMUA yg kafir pd akal itu KAFIR PADA SYARAK.

Ada kalanya setengah perkara yg KAFIR PADA AKAL ITU, ISLAM PADA SYARAK.
dan
Ada kalanya setengah perkara yg ISLAM PADA AKAL ITU, KAFIR PADA SYARAK.

Apa contohnya? Contohnya sudah diberikan pd pencerahan sebelum ini. Cuba semak semula.

Walaupun begitu, kita berikan sedikit contohnya selepas ini.

Diambil dari makna mengesakan Allah pada akal, maka makna mengesakan Allah pada syarak ialah 2 perkara iaitu

1) mengerjakan SURUH Allah.
2) menjauhi @ meninggalkan TEGAH Allah.

Dalilnya dari al Quran ialah

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(Ali Imran: 104)

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Luqman : 17)

Dalam perkataan lain, makna mengesakan Allah pada syarak ialah *melaksanakan PERINTAH ALLAH sekurang2nya FARDU AIN sempurna* dengan :

1) *syarat dan rukun.*
2) *terpelihara dari perkara yang membinasakan ibadah dan terpelihara dari perkara yang membinasakan akidah.*

Apa pula "perintah" Allah?

Perintah Allah ada 2 perkara iaitu

1) SURUH Allah dan
2) TEGAH Allah

Apa pula suruh dan tegah Allah?

Suruh dan tegah Allah SUDAH DICERAHKAN pada Soalan 73 dan 74. Sesiapa yg ingat2 lupa eloklah ulangkaji semula.

Secara ringkasnya :

SURUH ALLAH 3 bahagi iaitu

1) Jatuh kafir @ binasa akidah jika suruh Allah itu DITINGGALKAN. Contohnya : Allah suruh KENAL ALLAH, tetapi suruh itu DITINGGALKAN maka BINASA AKIDAH.

2) TIDAK jatuh kafir @ hanya  BERDOSA BESAR jika suruh Allah itu DITINGGALKAN.  Contohnya : Allah suruh tunaikan solat 5 waktu, tetapi suruh itu DITINGGALKAN maka BERDOSA BESAR.

3) Semua yang SUNAT iaitu TIDAK berdosa jika suruh Allah itu ditinggalkan sebaliknya diberikan PAHALA jika ditunaikan. Contohnya bersedekah setiap hari DAPAT PAHALA.

Itulah suruh Allah 3 bahagi. TEGAH juga 3 bahagi iaitu

1) Jatuh kafir @ binasa akidah jika tegah Allah itu DILANGGAR. Contohnya : Allah tegah MELAKUKAN SYIRIK, tetapi tegah itu DILANGGAR maka BINASA AKIDAH.

2) TIDAK jatuh kafir @ hanya  BERDOSA BESAR jika tegah Allah itu DILANGGAR.  Contohnya : Allah tegah minum arak, tetapi tegah itu DILANGGAR maka BERDOSA BESAR.

3) Semua yang MAKRUH iaitu TIDAK berdosa jika tegah Allah itu dilanggar sebaliknya diberikan PAHALA jika tidak jadi dilakukan. Contohnya ialah TIDAK JADI MEROKOK, DAPAT PAHALA.

Dalam perkataan lain, orang yang MENGESAKAN ALLAH pada syarak ialah

1⃣ org yg menjauhi perkara yg MEMBINASAKAN akidah dari 3 jenis perbuatan iaitu perbuatan hati, perkataan dan tingkahlaku.

2⃣ org yg menjauhi DOSA BESAR dari 3 jenis perbuatan iaitu perbuatan hati, perkataan dan tingkahlaku.

3⃣ org yg menjauhi perkara yg Allah TIDAK SUKA walaupun makruh @ sia2 dari 3 jenis perbuatan iaitu perbuatan hati, perkataan dan tingkahlaku.

Ingat semula pencerahan diatas itu bahawa BUKAN SEMUA yg islam pd akal itu ISLAM PADA SYARAK. Begitu juga dengan kafir pd akal. BUKAN SEMUA yg kafir pd akal itu KAFIR PADA SYARAK.

Ada kalanya perkara yg KAFIR PADA AKAL ITU, ISLAM PADA SYARAK.
dan
Ada kalanya perkara yg ISLAM PADA AKAL ITU, KAFIR PADA SYARAK.

Perkataan dan iktikad orang yg mengesakan Allah pd syarak ialah sesuatu yg dihukumkan :

1⃣ Islam pada akal & Islam pada syarak.
2⃣ Kafir pd akal tp Islam pada syarak

Contoh Islam pada akal & Islam pada syarak ialah :

1) Allah berkuasa atas segala2nya. Tidak ada yg Allah tidak kuasa. Buktinya ialah (Al-Baqaroh : 109).

ۗ   إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ قَدِيرٌ

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-Baqaroh : 109)

2) Allah melihat segala2nya. Tidak ada yg Allah tidak lihat. Buktinya (Al Hajj : 75)

اللَّهُ يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا وَمِنَ النَّاسِ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

Allah memilih utusan-utusan-Nya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al Hajj : 75)

Contoh Kafir pd akal tp Islam pada syarak ialah

1) Allah menjadikan bumi dalam 6 masa. Buktinya ialah (Al-A'raf : 54).

إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa

(Al-A'raf : 54)

Kenapa pula ayat itu kafir pada akal?

Kerana pada akal, perbuatan menjadikan sesuatu secara peringkat itu adalah perbuatan makhluk. Pada akal sekalian alam ini jadi dengan SEKALI JADI tanpa sedetik masa sekalipun. Dalilnya Kun faya kun. Yang menjadikan sesuatu dalam tempoh masa tertentu adalah sifat MAKHLUK.

2) Allah berkata2 dengan Nabi Adam pada awal baginda dijadikan. Beribu tahun kemudian Allah berkata2 pula dengan dengan Nabi Musa a.s di bukit Thur Sina, Allah berkata2 pula dengan dengan Nabi Muhamad s.a.w. di sidratul muntaha semasa peristiwa isra' dan mikraj.

Kenapa pula perkataan itu kafir pada akal?

Kerana pada akal, berkata2 pada masa dan tempat yg berbeza itu adalah PERBUATAN MAKHLUK.

Itulah contoh2 perkataan @ iktikad yang kafir pada akal tetapi ISLAM PADA SYARAK dan itulah iktikad dan perkataan yg mengesakan Allah pada syarak.

Perkataan dan iktikad yg TIDAK mengesakan Allah pada syarak pula ialah perkataan yg dihukumkan :

1⃣ Islam pada akal tapi kafir pada syarak

Contohnya ialah

1) Kita ini umpama boneka.
2) Jangan sampai terlihat ADANYA diri.

3) Allah tak perlukan kita. Tak solat tak puasapun, Allah boleh masukkan seseorang itu kedalam syurga.

4) Kita ni hamba Allah. Kesudahan hidup kita samada masuk syurga @ neraka sudah ditentukan oleh Allah. Serah sahajalah nasib kita kpd Allah. Tak payah susah2 ibadat.

Keempat2 contoh perkataan itu atau iktikad itu memang benar pada akal, benar pd hakikat akal akan tetapi  bercanggah dengan al Quran yakni bercanggah dgn hakikat syarak dan KAFIR pada syarak. BINASA AKIDAH. NAUZUBILLAH. Apabila akal bercanggah dgn syarak, maka SYARAK ITULAH IKUTAN. Barulah selamat akidah.

Dalilnya ialah (An-Nisa' : 50)

ٱنظُرۡ كَيۡفَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ‌   ۖ   وَكَفَىٰ بِهِۦۤ إِثۡمًا مُّبِينًا

Lihatlah (wahai Muhammad) betapa beraninya mereka mengada-adakan perkara-perkara dusta terhadap Allah? Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang terang nyata.
(An-Nisa' : 50)

Perkataan dan iktikad yg TIDAK mengesakan Allah pada syarak

2⃣ Kafir pd akal & kafir pada syarak

Contohnya ialah

1) Mengata, menganggap atau beriktikad Allah itu memiliki tangan, memiliki mata, memiliki kaki, memiliki tubuh, turun ke langit dunia, berada dihadapan seseorang ketika solat, diri Allah boleh dilihat oleh mata didalam syurga, Allah berkata2 dengan Nabi Musa seperti suara manusia, Nabi Muhammad melihat Allah di sidratul muntaha seperti makhluk, Allah duduk di arash sambil dikelilingi oleh para malaikat dsb.

2) Mengata, menganggap atau beriktikad Allah itu memiliki tangan, memiliki mata, memiliki kaki, memiliki tubuh tetapi tangan Allah mata Allah, kaki Allah, tubuh Allah tidak ada persamaan dgn tangan, mata, kaki dan tubuh makhluk.

Dalil atau bukti menunjukkan orang yg menganggap Allah itu memiliki TANGAN telah JATUH KAFIR ialah ayat (Al-Maidah : 64)

وَقَالَتِ ٱلۡيَہُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌ  ۚ  غُلَّتۡ أَيۡدِيہِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْ‌  ۢ  بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُ  ۚ  .......

Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah)......

(Al-Maidah : 64)

Dalam ayat itu, orang kafir Yahudi menganggap Allah memiliki tangan.

3) Roh manusia berasal dari juzuk diri Allah @ Allah menjelma dalam bentuk makluk dsb.

4) Ada lagi sebenar2 al Quran didalam diri. Ada lagi sebenar2 Muhammad didalam diri. Ada lagi sebenar2 diri didalam diri selain diri dari hujung rambut hingga hujung kaki luar dan dalam.

Semua contoh perkataan atau iktikad itu adalah kafir pada akal dan kafir pada syarak. BINASA AKIDAH. NAUZUBILLAH.

Dalilnya daripada al Quran ialah (An-Najm : 23)

إِنۡ هِىَ إِلَّآ أَسۡمَآءٌ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِہَا مِن سُلۡطَـٰنٍ  ۚ  إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهۡوَى ٱلۡأَنفُسُ‌   ۖ   وَلَقَدۡ جَآءَهُم مِّن رَّبِّہِمُ ٱلۡهُدَىٰٓ

Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.

(An-Najm : 23)

Jadi, apa pegangan kita?
Pegangan kita adalah hukum yg lebih KUAT iaitu HUKUM SYARAK. Oleh itu  PEGANGAN org yg mengesakan Allah pd syarak mestilah 2 yang berikut iaitu :

1⃣ ISLAM PADA SYARAK  DAN ISLAM PADA AKAL.

2⃣ ISLAM PADA SYARAK walau kafir pada akal.

Yang tidak boleh dijadikan pegangan @ tidak mengesakan pd syarak yakni MEMBINASAKAN AKIDAH ialah 2 perkara yang dihukumkan spt berikut :

1⃣ KAFIR PADA AKAL dan KAFIR PADA SYARAK.

2⃣ ISLAM PADA AKAL dan   KAFIR PD SYARAK.

Persoalan terakhir, apakah perbezaan antara ESA ALLAH dengan MENGESAKAN ALLAH?

Perbezaannya ialah :

Perkataan Allah ESA @ ESA Allah adalah umpama perkataan *dari pihak ATASAN ke pihak BAWAHAN*. Allah menyatakan tentang diriNYA, di dalam al Quran @  hadith Qudsi bahawa diriNYA adalah ESA yakni makna @ maksud bagi semua 4 perkataan iaitu sifatNYA, zatNYA, kelakuanNYA dan namaNYA adalah sama iaitu ALLAH itu sendiri, bukannya berlainan.

Makna bagi MENGESAKAN ALLAH pula adalah umpama perkataan *dari pihak BAWAHAN ke pihak ATASAN.* Maknanya itu terbahagi kpd 3 perkara iaitu :

1⃣ disebut sebagai FARDU AIN PERTAMA iaitu berkait PENGENAL MANUSIA KEPADA ALLAH iaitu ilmu akidah. Manusia wajib kenal, wajib FAHAM 100%  bahawasanya DIRI Allah itu ESA @ ESA ALLAH itu "laisakamitslihisyaiun" yakni manusia memahami makna Allah ESA sama seperti yang disebutkan oleh Allah didalam al Quran @ hadith. TIDAK BERBEZA walau sedikit juapun. Jika berbeza walaupun sedikit maka orang tersebut TIDAK AKAN TERLEPAS SAMA SEKALI dari bahaya dosa SYIRIK @ JATUH KAFIR TANPA SEDAR.

Dalam perkataan lain, bahagian 1⃣ ini wajib difahami oleh setiap mukallaf untuk mengelakkan perkara yg menyebabkan BINASA AKIDAH @ JATUH KAFIR kerana melakukan perbuatan SYIRIK.

Orang yg dapat mengelakkan dirinya dari perbuatan syirik itulah yg dikatakan sbg MENGESAKAN ALLAH @ MENTAUHIDKAN ALLAH PADA SYARAK.

2⃣ disebut sebagai FARDU AIN KEDUA iaitu suruh atau tegah Allah selain PENGENAL KEPADA ALLAH. Perkara fardu ain pertama dan fardu ain kedua sudah dicerahkan pada Soalan 72 - 74. Sesiapa yang ingat ingat lupa, eloklah semak semula pencerahannya.

Orang yg dapat mengelakkan dirinya dari melakukan perkara yg HARAM @ BERDOSA terutama dosa BESAR, mereka itulah yang dikatakan sbg MENGESAKAN ALLAH @ MENTAUHIDKAN ALLAH PADA SYARAK.

3⃣ menjauhi semua yang sia sia @ makruh.

Orang yg dapat mengelakkan dirinya dari melakukan perkara yang sia sia @ makruh, mereka itulah yang dikatakan sebagai MENGESAKAN ALLAH @ MENTAUHIDKAN ALLAH PADA SYARAK.

--------------------------------------------
Semua yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana sy memperturutkan hawa nafsu.
(An- Nisa' : 79)

Wallohua'lam.
Maaf zahir dan batin.

●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Silibus group ada 21 Bab. Sekarang baru Bab 9. Barisan admin mengajak tn/pn untuk join group @ menyemak dan memperbaiki *semua 109 audio dan skrip pencerahan ilmu mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 boleh diperolehi secara gratis @ percuma*👇🏾
______________________________
www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

📽☎️Channel telegram
sila taip 👇🏿
@laisakamitslihisyaiunmp3
👆 audio sahaja
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
👆 audio dan skrip
@1⃣Hari1⃣Makna
@SifatAllah
*Youtube* (sila taip)👇🏾
Laisakamitslihisyaiun J1
Laisakamitslihisyaiun J2

Bab 9 PENCERAHAN SOALAN 108 Kita sudah membincangkan makna esa pada adat dan makna esa pada akal seperti dalam pencerahan Soalan 58 & 59. Tn/pn dinasihatkan terlebih dahulu mengulangkaji Soalan 11,17, 58, 59, 64 - 70, 107 Sekarang.... 1) Apakah makna ESA @ Allah ESA pada syarak? 2) Apakah perbezaan makna ESA dan makna SATU?

Group laisakamitslihisyaiun

PENCERAHAN
SOALAN 108


Kita sudah membincangkan makna esa pada adat dan makna esa pada akal seperti dalam pencerahan Soalan 58 & 59.

Tn/pn dinasihatkan terlebih dahulu mengulangkaji  Soalan 11,17, 58, 59, 64 - 70, 107

Sekarang....

1) Apakah makna ESA @ Allah ESA pada syarak?

2) Apakah perbezaan makna ESA dan makna SATU?


PENCERAHAN


Kalimah (ال احد) telah disebut dalam al Quran tidak kurang 19x. Lihat
Surah Al Baqarah: 285
Surah Yusuf: 4
Surah Al Kahfi: 19 (2x), 22, 26, 32, 38, 42, 47, 49, 110.
Surah Al-Lail : 19
Surah Al Fajr: 25, 26
Surah Al Balad: 5,7
Surah Al Ikhlas: 1,4

Kalimah (ال وحد) telah disebut dalam al Quran tidak kurang 24x. Lihat

Surah Al Baqarah: 133, 163
Surah An Nisa: 171
Surah  Al Maidah: 73
Surah Al An'am: 19
Surah At Taubah: 31
Surah Yusuf: 39
Surah Ar Ra'd: 16
Surah Ibrahim: 48, 52
Surah An Nahl: 22, 51
Surah Al Kahfi: 110
Surah Al Anbiya: 108
Surah Al Hajj: 34
Surah An Nur: 41
Surah As Saffat: 4
Surah Shad: 65
Surah Az Zumar: 4
Surah Al Ghafir: 12, 16
Surah As Fusshilat: 6
Surah Yasin : 49, 53

Jumlah kedua2 disebut dlm al Quran tidak kurang 43x.

Makna satu @ ( وحد) dan makna esa @ ( احد) menurut hukum adat dan hukum akal sudah dicerahkan sebelum ini. Makna ESA berbeza dari makna SATU. Semua makna SATU ada didalam makna ESA akan tetapi TIDAK SEMUA makna esa ada didalam makna SATU. Oleh itu, semua makna SATU PADA SYARAK adalah bermakna ESA PADA SYARAK. Akan tetapi semua makna ESA PADA SYARAK tidak semestinya bermakna SATU PADA SYARAK. Oleh itu, perkataan yg membawa makna ESA pada syarak telah disebut didalam al Quran sebanyak tidak kurang 43x.

Jumlah 43x itu menggambarkan BESARNYA tuntukan memahami makna ESA ALLAH PADA SYARAK.

Sebelum kita membincangkan makna esa pada syarak, eloklah kita tahu tujuan Soalan 108 ini. Tujuannya adalah untuk memahami surah al Ikhlas dan memahami perbezaan antara perkataan Al-Ahad (الاحد) dan Al-Wahid (الوحد). Kita lihat ayatnya seperti berikut :
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): " (Diri) Allah itu Maha Esa. (Al-Ikhlas : 1)

Semua perkataan Al-Ahad (الاحد) itu menerangkan makna ESA ALLAH PADA AKAL DAN ESA ALLAH PADA SYARAK.

Untuk memahami makna ESA ALLAH pada syarak, kita wajib terlebih dahulu memahami makna ESA MAKHLUK pada adat. Memahami makna ESA MAKHLUK pada adat akan menghampirkan akal kita untuk memahami makna ESA ALLAH pada akal dan pada syarak.

Oleh itu, kita ulangkaji semula maknanya menurut hukum adat dan hukum akal pada soalan 58 - 70.

ESA dalam bahasa Arab disebut sebagai AHAD (احد).
Secara ringkasnya, makna ESA PADA ADAT adalah 3 perkara :

Makna Esa Ke 1⃣
Menyatakan MAKSUD bg perkataan "sifat", "zat", "kelakuan" dan "nama" adalah SAMA iaitu DIRI MAKHLUK PADA ADAT. Kita ambil contoh yg paling mudah iaitu diri manusia. 4 perkataan itu pd manusia dicerahkan secara ringkas seperti berikut :

1) SIFAT :
Dalam ilmu usuluddin, 20 sifat manusia telah dicerahkan seperti pd Soalan 107 iaitu

1⃣ harus ada,
2⃣ ada permulaan,
3⃣ berubah,
sehinggalah
2⃣0⃣ kelakuan perkata dapat berkata2.

Untuk memahami 20 sifat itu, kita lihat contoh sifat manusia yang lebih khusus iaitu *berakal, bertangan, berkulit hitam manis dan sebagainya.* Apabila disebut "yang berakal" maka maksud perkataan "yang berakal" itu adalah diri kita yang satu, dari hujung rambut hingga hujung kaki,  luar dan dalam, zahir dan batin.

"Yang berakal" itu TIDAK LAIN DARI DIRI KITA. Diri kita yg esa berbilang2 pada adat dan pd akal. Makna berbilang2 disini ialah lain tangan dari kaki, lain kepala dari badan, lain roh dari tubuh dan sebagainya.

Itulah kaedah untuk memahami sifat 20 bagi manusia.

Apabila disebut "yang harus ada" maka maksud perkataan "yang harus ada" itu adalah diri kita yang satu, dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin. *Semua alat dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin adalah esa pada adat. Esanya berbilang2. Makna berbilang2 disini ialah lain pelihat dgn mata dari pendengar dengan telinga,  lain pehidup dgn nyawa dengan pekehendak dgn hawa nafsu. Semuanya itu HARUS ADA.*

2) ZAT :
zat makluk yang banyak dan berbilang2. Contoh zat kaki, zat tangan, zat mulut, zat roh, zat nafsu dan lain2 dari hujung kaki hingga hujung rambut, luar dan dalam. Kesatuan semua zat itu dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dalam, zahir batin, itulah diri kita yang SATU. Dalam perkataan lain, KESATUAN ZAT YG BERBILANG2 ITU TIDAK LAIN DARI DIRI KITA. "zat tangan, zat roh, zat nafsu" itu ESA dengan DIRI kita tetapi esanya berbilang2 pada adat dan pd akal.

Dalam ilmu usuluddin (sila rujuk pencerahan Soalan 107) maksud zat manusia ialah sifat ke-7 hingga sifat ke-3 iaitu

1⃣ Qudrat @ pekuasa dgn alat iaitu tulang urat darah daging otak benak

2⃣ Iradat @ pekehendak dgn alat iaitu hawa nafsu.

Sehinggalah yg ke-7

7⃣ Kalam @ Pekata dengan lidah huruf suara.

Apabila disebut "yang berkuasa dengan tulang urat darah daging otak benak" maka maksud perkataan  "yang berkuasa dengan tulang urat darah daging otak benak" itu ialah diri kita, sendiri, dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin.

"Yang berkuasa dengan tulang urat darah daging otak benak" itu TIDAK LAIN DARI DIRI KITA. Diri kita yg esa berbilang2 pada adat dan pada akal.

3) KELAKUAN : kelakuan makhluk yang berubah2. Contoh kelakuan ialah "sedang berwatsap". Apabila disebut "yang sedang berwatsap" maka maksud perkataan "yang sedang berwatsap" itu adalah "diri kita yang satu".  "Yang sedang berwatsap" itu TIDAK LAIN DARI DIRI KITA.  Dalam perkataan lain, "yang berwatsap" itu ESA dengan DIRI kita tetapi esanya berbilang2 pada adat dan pada akal.

Dalam ilmu usuluddin, maksud kelakuan manusia ialah sifat ke-13 hingga sifat ke-20 iaitu

1⃣ Qodirun @ Kelakuan Pekuasa dapat berkata2.

2⃣ Muridun @ Kelakuan Pekehendak dapat berkehendak.

Sehinggalah yg ke-7

7⃣ Mutakallimun @ Kelakuan Pekata dapat berkata2.

Apabila disebut "yang ada kelakuan pekuasa" maka maksud perkataan  "yang ada kelakuan pekuasa"  itu ialah diri kita, sendiri, dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam, zahir dan batin.

"Yang ada kelakuan pekuasa" itu TIDAK LAIN DARI DIRI KITA. Diri kita yg esa berbilang2 pada adat dan pd akal.

4) NAMA : nama makhluk yang tidak lain dari makhluk itu sendiri. Contoh nama ialah Lukman Hakim. Apabila disebut si "Lukman Hakim" maka maksud nama "Lukman Hakim" itu adalah diri si Lukman Hakim yang satu, dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dan dalam. Maksud "Lukman Hakim" itu TIDAK LAIN DARI DIRI KITA.
Dalam perkataan lain, nama "Lukman Hakim" itu ESA dengan DIRI kita tetapi esanya berbilang2 pada adat dan pd akal.

Itu pencerahan ringkas bg PERKARA PERTAMA sifat, zat, kelakuan dan nama makhluk pada adat.

Makna Esa ke 2⃣
Menyatakan jika DIAMBIL mana2 satu dari yg empat itu maka BERUBAHLAH DIRI MAKHLUK itu pd adat. Contohnya seekor kambing. Jika kurang satu dari yg empat itu seperti zat KAKI kambing CACAT maka diri kambing itu SUDAH BERUBAH. Berubah dari sempurna kpd cacat. Dalam perkataan lain zat itu esa dengan diri pada adat. Pada manusia, kesatuan zat kita dari hujung rambut hingga hujung kaki, luar dalam itu, tidak lain daripada DIRI kita.

Makna Esa Ke3⃣
Menyatakan jika TIADA DIRI MAKHLUK itu maka TIADALAH sifat diri, TIADALAH zat diri, TIADALAH kelakuan diri dan TIADALAH nama diri pd adat. Contohnya, kita ambil diri kita.

Jika TIADA DIRI kita maka TIADALAH rupa kita, TIADALAH zat kita, TIADALAH kelakuan kita dan TIADALAH nama kita.

Sama seperti kaedah kita memahami makna ESA PADA ADAT maka begitulah kaedah untuk memahami makna ESA PADA AKAL. Kerana keterbatasan masa dan ruang, kita tidak cerahkan makna esa pd akal seperti pencerahan menurut hukum adat diatas.

Diambil dari makna esa pada adat dan makna esa pada akal, maka makna ESA PADA SYARAK ialah 3 PERKARA iaitu :

Makna Esa Ke 1⃣
Menyatakan MAKSUD bg perkataan "sifat", "zat", "kelakuan" dan "nama" adalah SAMA iaitu DIRI ALLAH PADA SYARAK. 4 istilah itu sudah dicerahkan pd Soalan 107 sekali dgn 20 sifat bagi Allah. Sesiapa yg ingat2 lupa, eloklah semak semula.

Buktinya dari al-Quran akan ditunjukkan selepas ini insya Allah. 4 perkataan itu dicerahkan secara ringkas seperti berikut :

1) SIFAT :
sifat Allah yang TIDAK berupa dan TIDAK berwarna. Contoh sifat Allah ialah "Wujud, Qidam, Baqo". Apabila disebut "yang wajib Wujud dan Qidam Baqo"" maka maksud "yang wajib Wujud dan Qidam Baqo" itu adalah DIRI Allah yang SATU @ Allah yang SATU. Sifat Allah "yang wajib Wujud dan Qidam Baqo" itu ESA dengan DIRI ALLAH pd syarak. Esa TIDAK BERBILANG2 pd akal dan pd syarak. Dalam perkataan lain, "yang wajib Wujud, Qidam Baqo hingga Mutakallimun dan sifat yang tiada hingga" itu TIDAK LAIN dari DIRI ALLAH.

Apakah buktinya dari al-Quran? Buktinya ialah (Al-Balad : 7)

أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ يَرَهُ  ۥۤ أَحَدٌ

Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
(Al-Balad : 7)

Saya pasti mesti ada yg ingin tahu, apa kaitan ayat itu dengan makna (أَحَدٌ) @ ESA *SIFAT* DENGAN DIRI @ ZAT.

Pencerahannya begini.

Kita sama2 fikirkan makna perkataan dalam ayat itu iaitu (yang melihat). Yang melihat adalah SIFAT. Siapa yang dimaksudkan pd ayat itu yang melihat? Yang dimaksudkan ialah ALLAH. Jadi, dalam perkataan lain, "yang melihat" itu TIDAK LAIN DARIPADA ALLAH. "Yang melihat" itu ESA dengan Allah. Esa TIDAK BERBILANG2 pd akal dan pd syarak.

2) ZAT :
zat Allah yg SATU, TIDAK berbilang2. Contoh yg disebut sebagai zat Allah ialah "zat yang memiliki KUASA yakni PEKUASA @ Qudrat". Apabila disebut "yang memiliki KUASA @ Qudrat" maka maksud "yang memiliki KUASA @ Qudrat" itu adalah DIRI Allah yang SATU @ Allah yang SATU. Qudrat Iradat hingga Kalam itu esa dengan DIRI Allah pd syarak. Esa TIDAK BERBILANG2 pd akal dan pd syarak.

Dalam perkataan lain, "yang memiliki kuasa @ Qudrat hingga Kalam" itu TIDAK LAIN dari DIRI ALLAH. Yang wajib Qudrat hingga Kalam itu TIDAK LAIN dari Allah.

Apakah buktinya dari al-Quran? Buktinya ialah (Al-Kahfi : 110)

قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ وَٲحِدٌ‌   ۖ   فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً صَـٰلِحًا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Al-Kahfi : 110)

Sama seperti yg pertama diatas, saya pasti mesti ada yg ingin tahu, apa kaitan ayat itu dengan makna (أَحَدٌ) @ ESA *ZAT* DENGAN DIRI.

Pencerahannya begini.

Kita sama2 fikirkan makna perkataan dalam ayat itu iaitu (yang mengerjakan amal soleh). (Yang mengerjakan amal soleh) adalah KESATUAN BERBILANG2 ZAT. Siapa yang dimaksudkan pd ayat itu yang mengerjakan amal soleh? Yang dimaksudkan ialah DIRI MANUSIA. Jadi, dalam perkataan lain, "yang mengerjakan amal soleh" itu TIDAK LAIN DARIPADA DIRI MANUSIA. "Yang mengerjakan amal soleh" itu ESA dengan DIRI.

3) KELAKUAN :
kelakuan Allah yang kekal tidak berubah. Contoh yg disebut sbg kelakuan Allah ialah "menjadikan sekalian alam @ Qodirun". Apabila disebut "yang menjadikan sekalian alam @ Qodirun" maka maksud "yang menjadikan sekalian alam @ Qodirun" itu adalah DIRI Allah yang SATU @ Allah yang SATU. Qodirun Muridun hingga Mutakallimun itu esa dengan DIRI Allah, Esa TIDAK BERBILANG2 pd akal dan pd syarak.

Dalam perkataan lain, "yg menjadikan sekalian alam @ Qodirun" itu TIDAK LAIN dari DIRI ALLAH. Yang wajib Qodirun hingga Mutakallimun itu TIDAK LAIN dari DIRI Allah.

Apakah buktinya dari al-Quran? Buktinya ialah (Al-Fajr : 25)

فَيَوۡمَٮِٕذٍ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ  ۥۤ أَحَدٌ

Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. (Al-Fajr : 25)

Spt mana yg pertama dan kedua, saya pasti mesti ada yg ingin tahu, apa kaitan ayat itu dengan makna (أَحَدٌ) @ ESA *KELAKUAN* DENGAN DIRI @ ZAT.

Pencerahannya begini.

Kita sama2 fikirkan makna perkataan dalam ayat itu iaitu (menyeksa). (Menyeksa) adalah KELAKUAN. Siapa yang dimaksudkan pd ayat itu yang menyeksa? Yang dimaksudkan ialah ALLAH. Jadi, dalam perkataan lain, "yang menyeksa itu TIDAK LAIN DARIPADA ALLAH. "Yang menyeksa" itu ESA dengan DIRI ALLAH. Esa pd akal dan pada syarak.

4) NAMA :
Nama Allah yang tidak lain dari Allah. Contoh nama Allah ialah Ar-Rohman dan Ar-Rohim. Maka apabila disebut "Ar-Rohman dan Ar-Rohim" maka maksud "Ar-Rohman dan Ar-Rohim" itu adalah DIRI Allah yang SATU @ Allah yang SATU. Ar-Rohman Ar-Rohim esa dengan DIRI Allah pd akal dan pd syarak. Dalam perkataan lain, "Ar-Rohman Ar-Rohim dan nama2 yang tidak ada hingga itu" TIDAK LAIN dari ALLAH. Ar-Rohman Ar-Rohim dan nama2 yang tidak ada hingga itu" TIDAK LAIN dari DIRI Allah.

Apakah buktinya dari al-Quran? Buktinya ialah

لَّـٰكِنَّا۟ هُوَ ٱللَّهُ رَبِّى وَلَآ أُشۡرِكُ بِرَبِّىٓ أَحَدًا

Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
(Al-Kahfi : 38)

Seperti mana yang pertama hingga ke-3, pasti ada yang ingin tahu, apa kaitan ayat itu dengan makna (أَحَدٌ) @ ESA *NAMA* DENGAN DIRI @ ZAT.

Pencerahannya begini.

Kita sama sama fikirkan makna perkataan dalam ayat itu iaitu (Rob @ Tuhan). (Rob @ Tuhan) adalah GANTI NAMA BAGI ALLAH. Siapa yang dimaksudkan pada ayat itu sebagai Rob @ Tuhan? Yang dimaksudkan ialah ALLAH. Jadi, dalam perkataan lain, "Rob @ Tuhan itu TIDAK LAIN DARIPADA ALLAH. "Rob @ Tuhan" itu ESA dengan DIRI ALLAH pd akal dan pd syarak.

Itu pencerahan ringkas bagi PERKARA PERTAMA sifat, zat, kelakuan dan nama Allah esa pada syarak.

Makna Esa ke 2⃣
Menyatakan jika diambil mana mana satu dari yang empat itu maka BERUBAHLAH DIRI Allah itu. Contohnya jika TIADA QUDRAT, maka ZAT ALLAH BERUBAH DARI MEMILIKI KUASA MENJADI LEMAH. PADA AKAL DAN PADA SYARAK TIDAK DITERIMA OLEH AKAL ALLAH BERUBAH, MUSTAHIL ALLAH BERUBAH.

Makna Esa ke3⃣
Menyatakan TIADA DIRI ALLAH itu maka TIADALAH sifat, zat, kelakuan dan nama Allah. Jika TIADA DIRI ALLAH itu maka TIADALAH sifat Allah, TIADALAH zat Allah, TIADALAH kelakuan Allah dan TIADALAH nama Allah. PADA AKAL DAN PADA SYARAK TIDAK DITERIMA OLEH AKAL DIRI ALLAH BERUBAH, MUSTAHIL DIRI ALLAH BERUBAH.

Itulah secara ringkas makna *"ESA Allah"* pada syarak atau makna (الاحد) @ al-Ahad  pada ayat pertama surah al-Ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): " (Diri) Allah itu Maha Esa;
(Al-Ikhlas : 1)

Persoalan terakhir ialah :
Apa perbezaan antara ESA dan SATU?

Pencerahannya seperti ini.
Perbezaan antara keduaya sudah dicerahkan pada Soalan 59. Sesiapa yang ingat ingat lupa tu eloklah dengar audionya semula.


Segala yang baik baik itu anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana sy memperturutkan hawa nafsu.

Maaf zahir dan batin
Wallohua,'lam


●───✸✸🍀🌹🍀✸✸───●

Silibus group ada 21 Bab. Sekarang baru Bab 9. Barisan admin mengajak tn/pn untuk join group @ menyemak dan memperbaiki *semua 108 audio dan skrip pencerahan ilmu mengenal Allah dgn kaedah Sifat 20 boleh diperolehi secara gratis @ percuma*👇🏾
______________________________
www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com

📽☎️Channel telegram
sila taip 👇🏿
@laisakamitslihisyaiunmp3
👆 audio sahaja
https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun
👆 audio dan skrip
@1⃣Hari1⃣Makna
@SifatAllah
*Youtube* (sila taip)👇🏾
Laisakamitslihisyaiun J1
Laisakamitslihisyaiun J2