Soalan 48
Allah SANGAT MURKA kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan Allah
Dari pencerahan soalan 45, 46 & 47
a) Cerahkan makna
Perbuatan PEHIDUP @ HAYAT manusia pada adat.
b) Dari makna
Perbuatan pehidup manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PEHIDUP Allah pada akal.
Dari soalan (b) diatas
Berikan contoh perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah?
Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran
Jawapan
Soalan 48
Sebelum kita bincang jawaban soalan 48, elok kita lihat dahulu takrif hidup dan takrif mati pada adat.
Takrif mati
Takrif mati ialah "terhentinya secara total @ secara keseluruhan aktiviti sel pada tubuh @ pada jasad @ pada diri"
Yakni 100% sel sudah TIDAK berfungsi. Bukan 99.99% tetapi 100% SUDAH BERHENTI BERFUNGSI.
Itulah takrif MATI PADA ADAT
Takrif hidup
Takrif hidup pada adat pula ialah "ada kelakuan hidup @ ada sel yg masih berfungsi"
Dari sudut akidah pula
Makna mati
ialah "tidak mampu memelihara diri daripada sebarang perkara yang memudaratkan dan tidak mampu melakukan sebarang perkara yang memberi manafaat kepada diri sendiri"
Manakala makna hidup pula
ialah "dapat memperbuat @ melakukan sesuatu yang bermanafaat dan dapat mengelakkan diri dari perkara perkara yang memudaratkan diri sendiri"
Kembali kepada persoalan asal, pada akal, Allah telah menganugerahkan NYAWA @ ROH sebagai alat untuk hidup. Tanpa roh itu, manusia tidak boleh hidup. Maknusia tidak ada kelakuan orang yang hidup.
Maka pada adat
a) Makna perbuatan pehidup manusia dengan roh ialah dapat memperbuat @ melakukan 2 perkara iaitu :
1) dapat melakukan perkara yang bermanafaat pada pada adat.
Contohnya ialah makan, minum, bekerja, belajar dan lain lain.
2) dapat mengelakkan diri dari sesuatu perkara yang memudaratkan pada adat.
Contohnya ialah mengelakkan diri dari jatuh ke dalam sungai, melarikan diri dari dikejar harimau, menjauhkan diri dari orang yang suka mencuri dan sebagainya.
Itulah makna pehidup dengan roh atau nyawa dan sedikit contoh perkara yang bermanafaat dan memudaratkan pada adat.
Kita tahu, bahawasanya setiap yang sabit pada makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Maka pada akal, mustahil pehidup Allah itu dgn alat seperti SEL tumbuh2an dan ROH @ NYAWA.
Maka pada akal
makna perbuatan pehidup Allah itu @ makna perbuatan HAYAT Allah itu, Allah memelihara dan mentadbir sekalian alam tanpa alat dan tanpa bantuan sesiapa seperti yang sabit pada sekalian jin dan manusia.
Mustahil Allah menjadikan malaikat untuk membantu Allah mentadbir sekalian alam.
Mustahil Allah menjadikan malaikat Zabaniah untuk membantu Allah menjaga neraka.
Mustahil Allah menyuruh malaikat menulis semua perbuatan manusia di dalam kitab untuk mengelakkan Allah dari terlepas pandang dari semua dosa dosa manusia.
Mustahil Allah melantik para Nabi dan Rosul untuk menolong Allah menyampaikan perintah Allah.
Persoalan seterusnya ialah
Apakah contoh perbuatan manusia yang mencampuri perbuatan Allah?
Contohnya ialah
1) golongan yang mengaku Allah dan
2) golongan yang mengaku Nabi
Siapa yang mengaku Allah?
Siapa yang mengaku Nabi?
Jawabannya begini
. فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ
(Firaun) berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi".
Surah An-Nazi'at 18~24
Fira'un sendiri TIDAK mengaku Allah. Firaun hanya mengaku TUHAN. Tetapi ada orang yang lebih jahat daripada Firaun dengan pengakuan menjadi Allah. Golongan itu ialah mereka yang menjadikan Kitab Hj Ahmad Laksamana sebagai panduan beragama. Kitab itu sudah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Matlamat penulisan kitab itu adalah untuk mengajar manusia MENJADI ALLAH @ MENGAKU ALLAH. Mereka menafikan kewujudan alam semesta dan mengiktikadkan sekalian yang wujud ini adalah ALLAH.
Mereka kata najis itu adalah Allah. Meteka kata pokok itu adalah Allah. Mereka kata binatang itu adalah Allah. Mereka kata diri mereka adalah Allah. Merela kata segala galanya adalah Allah.
Mereka berpegang kpd ayat "LA MAUJUDUN ILLALLAH" yakni "TIDAK ADA YANG MAUJUD @ WUJUD MELAINKAN ALLAH"
Menafikan wujud alam ini adalah MENAFIKAN HAK MAKHLUK. Menafikan hak makhluk adalah BERDOSA BESAR. Lihat semula pencerahan TUJUAN kita MEMPELAJARI HUKUM ADAT iaitu supaya kita TIDAK MENAFIKAN HAK MAKHLUK.
Kepada yang ingat ingat lupa itu, eloklah semak semula pencerahan Soalan 35.
Siapa pula golongan yang mengaku Nabi?
Golongan itu ialah mereka yang mengaku Nabi Muhammad berada didalam diri manusia. Mereka itu secara TIDAK SEDAR sudah menafikan Nabi Muhammad yang sudah wafat dan dikuburkan di Madinah itu sebagai Nabi mereka. Sebaliknya tanpa sedar, mereka sudah MENGAKU menjadi NABI MUHAMMAD dan mengingkari serta membantah ayat ke-40 surah al Ahzab yang menyebut Nabi Muhammad sebagai PENUTUP PARA NABI.
(40). مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَٰكِنْ رَسُولَ الَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ ۗوَكَانَ الَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
al Ahzab : 40
Itulah 2 contoh perbuatan yang mencampuri urusan Allah. Mereka menafikan ayat ayat Al Quran yang menyebut Nabi Muhammad itu Nabi akhir zaman dan perbuatan mengaku Allah @ mengaku Nabi itu MEMBINASAKAN IMAN
Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu.
an Nisa' : 79
Maa zahir & batin
Wallohua'lam
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
Isnin, 18 Januari 2016
Bab 8 Soalan 48 : a) Cerahkan makna Perbuatan PEHIDUP @ HAYAT manusia pada adat. b) Dari makna Perbuatan pehidup manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PEHIDUP Allah pada akal. Dari soalan (b) diatas Berikan contoh perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah? Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran
Khamis, 14 Januari 2016
Bab 8 Soalan 47 :Apakah contoh ilmu manusia yang mencampuri ilmu orang lain pada adat dan contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan Allah pada akal?
Jawapan
Soalan 47
Ilmu adalah berasal dari Bahasa Arab. Perkataan yang paling hampir maksudnya dalam Bahasa Melayu adalah "info" @ "maklumat". Dari sudut akidah pula, ilmu membawa maksud "alat" @ perkakas untuk kita menerima maklumat bagi mengenal Allah.
Pada adat
Maklumat yang kita terima datang dari 2 sumber iaitu
1) dari diri sendiri
2) dari makhluk lain
Pada adat
maklumat dari diri sendiri adalah semua yang dicapai oleh pancaindera yang lima atas diri sendiri.
Contohnya
Mata melihat tangan sendiri.
Telinga mendengar suara sendiri
Tangan merasa kulit diri sendiri
dan 1001 yang lain
Itulah 3 contoh maklumat dari diri sendiri. Begitulah dengan alat alat yang lain
Akal kita FAHAM akan info @ maklumat yang masuk melalui 5 pancaindera itu dari hujung kaki hingga hujung rambut.
Itu tentang info dari diri sendiri.
Bagaimana pula info dari makhluk lain?
Jawapannya begini,
Semua info @ maklumat itu mestilah melalui pancaindera juga. Barulah diproses dan FAHAM HATI. "Hati" yg dimaksudkan disini dalam Bahasa Arab ialah QOLBU sebagaimana yang diterangkan oleh al Quran
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُولٰٓئِكَ كَالْأَنْعٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُونَ
al A'raf : 179
Ertinya :
... mereka mempunyai QOLBU (HATI) tetapi tidak dipergunakannya untuk MEMAHAMI @ BERFIKIR (YAFQOHUN) ...
Ringkasnya
Supaya manusia itu berilmu, Allah telah menganugerakan alat @ perkakas. Alat pemberian Allah pada akal itu ialah HATI @ QOLBU. Sama seperti MAKAN DENGAN TANGAN. Kita mustahil KENYANG jika makanan tidak disuapkan kedalam mulut. Supaya kenyang, perlu ada PROSES.
Apa prosesnya?
Prosesnya ialah, tangan perlu digerakkan @ tangan mesti menyuap makanan ke dalam mulut. Selepas itu, proses kedua ialah MULUT PERLU MENGUNYAH @ MENELAN MAKANAN itu.
Itulah contoh proses untuk KENYANG.
Maka proses utk BERILMU itu adalah BERGURU. Tanpa berguru MUSTAHIL BERILMU. BERGURU KEPADA YANG AHLI.
Dalam perkataan lain, manusia itu memiliki ilmu @ berilmu dengan adanya alat iaitu HATI & PROSES BERGURU.
Proses BERGURU pula hanya berjalan @ berlaku apabila INFO @ MAKLUMAT sampai kedalam diri melalui salah satu dpd 5 pancaindera. JIKA TIDAK ADA INFO YANG SAMPAI KEPADA SALAH SATU PANCAINDERA MAKA MUSTAHIL PROSES BERGURU @ PROSES BERFIKIR ITU BERJALAN. Jika proses berfikir TIDAK BERLAKU maka mustahil ILMU BERTAMBAH.
Justeru
ta'aluk ilmu pada adat itu ialah kita dapat MENGETAHUI tentang
1) perkara yang wajib, mustahil dan harus pada diri sendiri had yang dicapai oleh pancaindera dan FAHAM HATI
2) sesuatu maklumat dari luar diri yg dicapai oleh pancaindera dan FAHAM HATI
Kita tahu sebarang yang sabit pada makhluk itu MUSTAHIL sabit pada Allah. Maka MUSTAHIL Allah mengetahui dengan hati. Mustahil Allah memiliki pancaindera. Mustahil Allah mengetahui melalui proses berguru. Allah Ta'ala SEDIA TAHU. TIDAK ADA YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH ALLAH. Sejak dahulu hingga sekarang dan hingga masa yang akan datang, selama lamanya, semua yang ada dialam nyata dan alam ghaib, SEMUANYA DALAM PENGETAHUAN ALLAH
Dalam istilah lain, MUSTAHIL ADA SATU MAKHLUK samada makhluk wujudi @ bukan wujudi yang TIDAK DIKETAHUI OLEH ALLAH. Perkataan lain yang sering digunakan ialah, SEGALA2NYA DALAM ILMU ALLAH.
Maka dari itu
ta'aluk Ilmu Allah itu pada akal ialah MENGETAHUI
1) tentang diriNYA iaitu yang wajib, mustahil dan jaiz pada akal. TIDAK PERLU BERFIKIR2 @ tidak perlu alat. Allah sedia tahu.
Apa yg wajib pada akal, mustahil pada akal dan jaiz pada akal itu?
Yang ingat2 lupa tu, eloklah rujuk semula Soalan 41, 42 & 43. Pencerahannya ada disana.
2) Ta'aluk Ilmu Allah yang kedua ialah mengetahui tentang sekalian makhluk sejak azali dan selama lamanya TIDAK PAYAH MENGINGAT INGAT. Pengetahuan Allah keatas makhlukNYA itu TIDAK BERTAMBAH & TIDAK BERKURANG. Yang bertambah @ berkurang itu adalah makhluk.
Persoalan seterusnya ialah
Apakah contoh ilmu manusia yang mencampuri ilmu orang lain pada adat dan contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan Allah pada akal?
Saya berikan satu contoh:
Katalah kita seorang PENGARAH & PENGURUS SYARIKAT taraf GERGASI. Kita memanggil mesyuarat pengurusan untuk membentangkan Pelan Tindakan Menggandakan Pendapatan syarikat.
Semasa mesyuarat berjalan, tiba tiba ada seorang staf yang TIDAK BERSETUJU malah dia mempertikaikan perancangan yang telah disediakan seperti didalam Pelan Tindakan yg sedang kita bentangkan.
Kita sebagai BOS, apa perasaan kita dan apa tindakan kita kepada staf tersebut?
Jawabannya sangat mudah
Kita sudah pasti MARAH & MEMECAT staf berkenaan.
Itulah buktinya bahawa Allah sangat MURKA kpd manusia yang suka mencampuri urusan orang lain.
Persoalan terakhir, apakah contoh perbuatan manusia yang mencampuri urusan Allah
Contohnya begini.
Pada akhir zaman ini telah timbul semula banyak golongan yang timbul pada zaman Nabi Musa a.s. yang suka bercakap TANPA ILMU & dengan JAHILNYA berani berkata "mereka adalah golongan yang akan mendapat keampunan Allah" padahal mereka MENOLAK HADITH. Golongan ini disebut sebagai QURANIST.
Salah satu ayt yg menyebut golongan yg sesat itu ialah ayat ke169 pd surah al A'raf
. فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ وَرِثُوا الْكِتَابَ يَأْخُذُونَ عَرَضَ هَذَا الأدْنَى وَيَقُولُونَ سَيُغْفَرُ لَنَا وَإِنْ يَأْتِهِمْ عَرَضٌ مِثْلُهُ يَأْخُذُوهُ أَلَمْ يُؤْخَذْ عَلَيْهِمْ مِيثَاقُ الْكِتَابِ أَنْ لا يَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلا الْحَقَّ وَدَرَسُوا مَا فِيهِ وَالدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلا تَعْقِلُونَ
al A'raf : 169
Ertinya :
Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat) yang mewarisi Taurat, yang mengambil harta benda dunia yang rendah ini, dan berkata: "Kami akan diberi ampun". Dan kelak jika datang kepada mereka harta benda dunia sebanyak itu (pula), niscaya mereka akan mengambilnya (juga)...."
al A'raf : 169
Bukti seterusnya ialah
ayat Allah ke-21 dalam surah al-Ahzab.
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ الَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو الَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ الَّهَ كَثِيرًا
al Ahzab : 21
ertinya :
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah....."
Melalui ayat tersebut
Allah perintahkan manusia supaya menjadikan Nabi Muhammad itu sebagai ikutan @ idola yakni BERPEGANG KEPADA AL QURAN & HADITH tetapi perintah Allah itu telah disanggah oleh orang yang mengaku Islam. Golongan QURANIST ini mendakwa hanya berpegang kepada al Quran tetapi tidak mahu berpegang kepada hadith. Mereka adalah golongan ANTI HADITH. Oleh sebab itulah mereka TIDAK bersembahyang jemaah dimasjid, mereka tidak menunaikan haji di Mekah dan lain lain. Pendek kata sembahyang mereka, puasa mereka, haji mereka dan lain lain amalan Fardu mereka BERBEZA DARIPADA kita, berbeza dpd ASWJ. BAGI MEREKA semua amalan fardu itu CUKUP SEKADAR NIAT.
Iman golongan anti hadith ini sebenarnya sudah BINASA. Daripada beribu ribu hadith, mereka hanya berpegang 1 hadith sahaja iaitu Khutbah Nabi yang terakhir pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah Gunung Arafah. Yang lain seperti hadith soheh Bukhori & Muslim mereka TOLAK sama sekali malah mereka sanggup menghina dan melaknat imam Bukhori dan Imam Muslim. Kitab suci mereka bukan al Quran sahaja tetapi banyak termasuklah kitab kitab tulisan orang orang Yahudi dan sarjana Barat.
Itulah satu contoh golongan yang mencampuri urusan Allah.
Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan segala yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu.
an- Nisa' : 79
Maaf zahirr & batin

Selasa, 12 Januari 2016
Bab 8 Soalan 46:Soalannya Allah SANGAT MURKA kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan Allah Daripada pencerahan soalan 45 a) Cerahkan makna Perbuatan PEKEHENDAK @ IRADAT manusia pada adat. Berikan contoh perbuatan pekehendak manusia yg mencampuri perbuatan orang lain pada adat. b) Dari makna Perbuatan pekehendak manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PEKEHENDAK Allah pada akal @ ta'aluk IRADAT Allah pada akal Dari soalan (b) diatas Berikan contoh perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah? Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat Al Quran dan hadith
Soalan 46
Soalannya
Allah SANGAT MURKA kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan Allah
Daripada pencerahan soalan 45
a) Cerahkan makna
Perbuatan PEKEHENDAK @ IRADAT manusia pada adat.
Berikan contoh perbuatan pekehendak manusia yang mencampuri perbuatan orang lain pada adat.
b) Dari makna
Perbuatan pekehendak manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PEKEHENDAK Allah pada akal @ ta'aluk IRADAT Allah pada akal
Dari soalan (b) diatas
Berikan contoh perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah?
Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran dan hadith
Jawapan
Soalan 46
🌴🌴🌴🌴
Sebelum kita bincang persoalan 46, kita fikir dahulu sebahagian kecil anugerah Allah yang sangat besar kepada kita.
Allah berikan kepada manusia nikmat yang tidak terhingga untuk membolehkan manusia itu hidup berpandungan syariat. Nikmat itu berbagai bentuk. Ada yang zahir dalam bentuk organ seperti kaki, tangan, perut, mata telinga dan lain lain lagi. Ada yang tidak zahir, hanya "amrun i'tibari" seperti nafsu, roh dan rasa seronok rasa susah dan sebagainya.
Kaki alat untuk melangkah
Tangan alat untuk memegang
Hidung alat untuk bernafas
Perut alat untuk mengkisar makanan
Mulut alat untuk bercakap
Mata alat untuk melihat.
Roh alat untuk hidup
Nafsu alat untuk berkehendak
dan 1001 nikmat nikmat yang lain. Nikmat itu sebenar benarnya adalah ALAT @ PERKAKAS yang ada fungsi @ peranannya masing masing.
Dalam bidang akidah @ usuluddin, semua alat itu dikatakan ADA KELAKUANNYA @ ADA PEKERJAANNYA yg tidak ada persamaan dengan kelakuan Allah @ pekerjaan Allah.
Contoh
Jika tidak ada kaki, maka kita tidak boleh melangkah pada adat. Dari itu, tidak adalah kelakuan KAKI. Oleh sebab itu tidak adalah kelakuan melangkah.
Jika tidak ada mata, maka kita tidak boleh melihat pada adat. Dari itu, tidak adalah kelakuan MATA, maka tidak adalah kelakuan melihat.
Kita kembali kepada tajuk persoalan semula
Pada adat
Manusia berkehendak dengan 1 alat @ perkakas iaitu NAFSU @ HAWA NAFSU yang diberikan oleh Allah pada akal. Jika TIDAK ADA nafsu pada adat, maka manusia itu TIDAK ADA kelakuan @ perbuatan PEKEHENDAK.
Dalam perkataan lain
Pada adat
Jika manusia itu TIDAK ADA NAFSU, maka manusia itu TIDAK ADA kelakuan @ perbuatan IRADAT.
Ta'aluk pekehendak @ iradat pada adat itu ialah DAPAT MENGHENDAKI @ MENGINGINI semua yang dihajati oleh nafsu.
Makna dapat menghendaki @ mengingini semua yang dihajati disini kembali kepada makna MEMPERBUAT @ MELAKUKAN SEMUA YG DIINGINI OLEH NAFSU PADA ADAT.
Oleh itu ta'aluk IRADAT pada adat @ pekehendak pada adat itu hampir sama dengan ta'aluk QUDRAT pada adat.
Yakni
dapat mengingini @
dapat mengkehendaki @
dapat memperbuat @
dapat melakukan apa sahaja yg diingini oleh NAFSU pada adat
Kita tahu bahawa, setiap yang sabit kepada makhluk maka mustahil sabit pada Allah. Oleh sebab itu, MUSTAHIL pada akal pekehendak Allah itu dengan nafsu. Yakni Allah Ta'ala berkehendak BUKAN dengan hawa nafsu. Nafsu adalah makhluk. Setiap makhluk pasti akan binasa.
Justeru, pada akal
ta'aluk pekehendak Allah @ IRADAT Allah itu ialah DAPAT MEMERINTAHKAN @ MEMPERBUAT SEKEHENDAKNYA ATAS SEKALIAN MAKHLUK SEJAK DAHULU HINGGA AKAN DATANG SELAMA2NYA.
Saya ulang semula
ta'aluk IRADAT pada akal ialah Allah dapat memerintahkan @ memperbuat SEKEHENDAKNYA KEATAS SEKALIAN MAKHLUK SEJAK DAHULU DAN AKAN DATANG SELAMA LAMANYA
1) BUKAN DENGAN NAFSU
2) BUKAN DENGAN ALAT
3) TANPA BERKATA "KUN FAYA KUN"
Sama seperti ta'aluk Qudrat pada akal, ta'aluk Iradat pd akal ini juga tertentu pada PERKARA YANG HARUS PADA AKAL.
BUKANNYA PADA PERKARA YANG WAJIB PADA AKAL DAN BUKANNYA PADA YANG MUSTAHIL PADA AKAL.
Jika ada yang ingat ingat lupa makna wajib dan makna mustahil pada akal, bolehlah rujuk semula soalan 41 dan Soalan 42
Mustahil ada kelakuan iradat yang menyerupai kelakuan iradat Allah
Terlebih mustahil ada kelakuan iradat yang menyamai kelakuan iradat Allah.
Persoalan seterusnya ialah
🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴
Apakah contoh pekehendak manusia yang mencampuri pekehendak orang lain pada adat & contoh pekehendak manusia yang mencampuri urusan Allah?
Contohnya ialah
Katalah kita ada seorang pekerja yang suka menokok tambah arahan kita. Kita suruh dia beli 1 kg gula pasir. Sebaliknya dia pergi beli 1 guni gula pasir dengan 1001 alasan.
Sebagai bos, apa perasaan kita?
Kita sudah tentu marah.
Itulah perumpamaan untuk memahami MURKA ALLAH pada orang yang suka mencampuri pekehendak @ urusan Allah.
Apa contohnya?
Allah kata didalam al Quran
JAUHI ZINA
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa : 32)
Allah mengharamkan nikah muta'ah
Nikah mut'ah telah diharamkan oleh Islam dengan dalil dpd al Quran, Kitab, Sunnah dan Ijma
Dari al Qur`an :
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barangsiapa mencari yang dibalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
[al Maarij : 29-31]
Tetapi
Penganut agama Syiah yang mengaku Islam menyanggah kehendak Allah. Mereka menyanggah perintah Allah.
Mereka bersumpah atas nama Allah, NIKAH MUTA'AH ITU HALAL. Mereka menghalalkan zina dengan NIKAH MUTA'AH dgn 1001 alasan.
Agama Syiah itu sebenar benarnya adalah agama orang musyrik @ KAFIR ciptaan Yahudi laknatullah bernama Abdullah bin Saba. Sama seperti orsng orang MUNAFIK, penganut agama Syiah itu sebenar benarnya adalah MUSUH ALLAH kerana Nabi pernah bersabda yg maksudnya :
Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya:
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan RAFIDHAH (SYIAH). Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.”
(Ibn Qutaibah, Takwilu Mukhtalifi Al-Hadith, halaman 56).
Itulah contoh mencampuri pekerjaan Allah.
Itulah contoh mencampuri kelakuan Iradat Allah
Segala yang baik baik itu adalah anugerah Allah dan segala yang salah dan silap itu kerana sy memperturut hawa nafsu
.......an Nisa : 79
Maaf zahir & batin
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
Sabtu, 9 Januari 2016
Bab 8 Soalan 45 : a) Cerahkan makna Perbuatan PEKUASA @ QUDRAT manusia pada adat. Berikan contoh perbuatan pekuasa manusia yang mencampuri perbuatan orang lain pada adat. b) Dari makna Perbuatan pekuasa manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PEKUASA Allah pada akal @ ta'aluk QUDRAT Allah pada akal Dari soalan (b) diatas Berikan contoh perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah? Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran
Soalan 45
Manusia sangat marah kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan orang lain @ urusan orang lain @ perbuatan orang lain.
Itulah bukti atau dalil akal menunjukkan bahawasanya Allah SANGAT MURKA kepada orang yang suka mencampuri pekerjaan Allah @ urusan Allah @ perbuatan Allah
Daripada pencerahan soalan 44
a) Cerahkan makna
Perbuatan PEKUASA @ QUDRAT manusia pada adat.
Berikan contoh perbuatan pekuasa manusia yang mencampuri perbuatan orang lain pada adat.
b) Dari makna
Perbuatan pekuasa manusia pada adat itu, TERBITKAN MAKNA perbuatan PEKUASA Allah pada akal @ ta'aluk QUDRAT Allah pada akal
Dari soalan (b) diatas
Berikan contoh perbuatan manusia yang mencampuri pekerjaan @ urusan Allah?
Sertakan dalilnya @ buktinya dari ayat ayat al Quran
Jawapan No 45
Manusia mampu melakukan @ memperbuat sesuatu yang diingini itu kerana adanya 6 "alat" @ 6 "perkakas" iaitu tulang, urat, darah, daging, otak dan benak. Jika kurang salah 1 dpd yang 6 itu maka manusia itu TIDAK ADA KELAKUAN PEKUASA pada adat. Dalam perkataan lain, manusia itu tidak ada KELAKUAN QUDRAT PADA ADAT.
Contohnya yang pertama
Katalah tubuh manusia itu TIDAK ADA DAGING. Dari hujung kaki hingga leher tinggal TULANG sahaja. Yang lain masih ada. Otak masih ada. Darah dan urat
urat otak masih ada. Maka pastilah tubuh itu SUDAH MATI pada adat.
Maka tubuh itu sudah TIDAK ada lagi kelakuan orang yang hidup seperti menggerakkan biji mata, makan, minum, menggerakkan tangan dan sebagainya. Apalagilah jika 2 dpd 6 alat itu sudah TIDAK ADA pada tubuh. Maka pastilah tubuh itu sudah MATI.
Yang ada hanya kelakuan orang MATI iaitu KAKU, TIDAK MAMPU MEMELIHARA DIRI SENDIRI DARI SEBARANG MUDARAT PADA ADAT & TIDAK MAMPU MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN YANG BERMANAFAAT PADA ADAT.
Contoh mudarat pada adat ialah tubuh dicucuk dengan besi, ditanam ke dalam tanah dan lain lain yang menyakitkan. Jika kita sudah mati, tubuh kita itu pasti tidak mampu memelihara diri sendiri dari dicucuk orang dengan besi, disakiti orang, ditanam orang dan sebagainya. Begitu jugalah untuk melakukan perkara yang bermanafaat. Kita sudah TIDAK mampu melakukannya sama sekali pada adat.
Itulah makna MATI pada adat iaitu
1) tidak mampu memelihara diri daripada sebarang mudarat pada adat
2) tidak mampu melakukan sesuatu yang bermanafaat pada adat.
Apa pula makna BENAK disini?
Makna benak disini ialah KEMAHUAN @ KEINGINAN yang terbit dari dalam fikiran. Dalam keadaan diri kita masih hidup, walau dalam keadaan AMAT TENAT sekalipun, sebenar benarnya kita masih ada KEMAHUAN utk hidup selamat, cuma orang lain yang TIDAK TAHU. Itulah contoh tambahan kelakuan hidup.
Ringkasnya, apabila tubuh kurang salah satu dpd 6 alat @ perkakas itu, maka dikatalah orang itu TIDAK ADA KELAKUAN HIDUP.
Begitulah perbuatan sekalian makhluk yang hidup. Yakni, perbuatan @ urusan makhluk yg hidup itu TERJADI @ BERLAKU pada adat kerana adanya "ALAT" @ "PERKAKAS" yang diberikan oleh Allah pada akal. Sekiranya TIDAK ada salah 1 daripada 6 alat itu maka MUSTAHIL manusia itu ada KELAKUAN PEKUASA PADA ADAT ataupun KELAKUAN QUDRAT PADA ADAT.
Apa pula ta'aluk pekuasa manusia pada adat?
Ta'aluk pekuasa manusia pada adat ialah DAPAT MEMPERBUAT @ MELAKUKAN semua yg diingini oleh nafsu pada adat.
Ingat ya
Sekadar dapat memperbuat @ melakukan yang diingini oleh NAFSU sahaja. BUKAN dapat MEMPEROLEHI semua yang diingini pada adat. TETAPI SEKADAR MEMPERBUAT SAHAJA, BUKANNYA MEMPEROLEH HASIL PERBUATAN ITU.
Memperbuat & memperoleh adalah 2 perkara yang berbeza pada adat.
Kita sudah tahu bahawa setiap yang sabit pada sekalian makhluk MUSTAHIL SABIT PADA ALLAH. Oleh kerana pekuasa makhluk sabit dengan ALAT pada adat maka MUSTAHIL PADA AKAL PEKUASA ALLAH ITU DENGAN "ALAT" @ "PERKAKAS"
Dalam perkataan lain,
1) Mustahil ZAT Allah itu QUDRAT disebabkan zatNYA memiliki "ALAT".
2) Mustahil ZAT Allah itu QUDRAT DIKERANAKAN "ALAT" atau DIKERANAKAN SESUATU.
3) Mustahil ada sesuatu yang menumpang pada ZAT Allah yg dengannya Allah itu BERKUASA @ QUDRAT
Justeru makna PEKUASA Allah pada akal dan pada hakikat ialah ALLAH @ ZAT ALLAH BERKUASA TIADA DENGAN TULANG URAT DARAH DAGING OTAK & BENAK.
Atas sebab itulah pada kitab
Kitab kuning, QUDRAT Allah pada akal dan pada syarak itu diterjemahkan sebagai KUASA. Bukannya silap terjemah. Bukannya salah terjemah. Sebenarnya TIDAK SALAH jika QUDRAT itu disebut @ diterjemahkan sebagsi KUASA. Yakni atas jalan PEKUASA ALLAH ITU BUKAN DENGAN ALAT SPT TULANG URAT DARAH DAGING OTAK & BENAK.
Diambil daripada makna ta'aluk Qudrat manusia pada adat, maka makna ta'aluk Qudrat Allah pada akal ialah ALLAH KUASA BERBUAT SEKEKENDAKNYA KEATAS SEKALIAN MAKHLUK.
Tidak ada yg memperbuat @ menjadikan sekalian alam ini pada akal melainkan Allah
Tidak ada yng memperbuat sekehendak-NYA pada akal melainkan Allah
Dalam perkataan lain Allah dapat MENJADIKAN dan MENGHUKUM sekalian makhluk SEKEHENDAKNYA,
1) TANPA ALAT
2) TANPA BERKATA "KUN FAYA KUN"
Persoalan seterusnya ialah
Apakah contoh contoh perbuatan yang mencampuri perbuatan makhluk dan mencampuri perbuatan Allah?
Apakah dalilnya daripada al Quran?
Kita tengok contoh kedua ini
Katalah kita ini adalah seorang Ketua Jabatan. Kita dapat aduan bahawa ada seorg Pekerja Am yang suka masuk ke pejabat kita, suka membuka komputer kita dan suka membuka fail fail mesyuarat. Sebagai Ketua Jabatan, apa perasaan kita dan apa tindakan kita?
Jawabannya mudah
Kita sudah tentu MARAH & pasti mengambil tindakan berlandaskan undang undang.
Kenapa pulak?
Sebabnya ialah pekerja tersebut telah MENCEROBOH dan sebenar benarnya telah mencampuri urusan orang lain.
Itulah contoh mencampuri urusan manusia pada adat. Itulah buktinya bahawasanya Allah sangat MURKA kpd orang yang mencampuri urusan Allah
Dalam al Quran Allah menyuruh manusia supaya BERSEDEKAH akn tetapi ada manusia iaitu golongan MUNAFIK yang menyanggah perintah Allah itu
Kita lihat hadith ini
Dari Abu Mas'ud r.a katanya:
kami diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli. Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata:
"Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya' semata-mata"
Kerana ucapan munafik itu maka turunlah ayat :
{ الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لَا يَجِدُونَ إِلَّا جُهْدَهُمْ فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ سَخِرَ اللَّهُ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (79
(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengani sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih.
(At-Taubah : 79)
Perbuatan munafik itu sebenar benarnya mencampuri urusan @ pekerjaan Allah. Allah perintahkan supaya bersedekah. Munafik itu kata "tak perlu bersedekah".
Semua yang baik baik itu anugerah dpd Allah
Semua yang salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
Maaf zahir & batin
Wallohua'lam
www.dalilakal.blogspot.com
www.laisakamitslihisyaiun.blogspot.com
Rabu, 6 Januari 2016
Bab 8 Soalan 44 A) Apakah makna pekerjaan manusia pada adat? B) Apakah makna pekerjaan Allah pada akal?
Soalan 44
Allah TERSANGAT MURKA kepada orang yang mencampuri URUSAN ALLAH
Perkataan yang sama erti @ sama maksud @ sama makna dengan
"Urusan Allah' ialah "Pekerjaan Allah"
Salah satu tujuan kita memahami makna hukum akal pula adalah supaya kita
dapat MENGELAKKAN DIRI daripada mencampuri
"Urusan Allah" @ "Pekerjaan Allah" pada akal.
Persoalannya ialah
A) Apakah makna pekerjaan manusia pada adat?
B) Apakah makna pekerjaan Allah pada akal?
Jawapan
Soalan 44
Sebelum kita bincang persoalan URUSAN @ PEKERJAAN ALLAH PADA AKAL kita terlebih dahulu perlu memahami makna URUSAN @ PEKERJAAN MANUSIA PADA ADAT
Akal kita tidak mampu memikirkan pekerjaan @ urusan Allah kerana pekerjaan Allah itu "LAISAKAMITSLIHISYAIUN"
Perkara yang mampu kita fikirkan adalah perbuatan @ urusan manusia. Memahami perbuatan manusia akan menghampirkan akal kita kepada makna sebenar PEKERJAAN ALLAH.
Jadi
Kenapa mesti pekerjaan manusia?
Pekerjaan makhluk lain tak boleh ke?
Apakah makna pekerjaan manusia?
Apa perkataan yang paling hampir maksudnya?
Jawapannya begini
Semua unsur unsur pekerjaan makhluk ada pada pekerjaan manusia. Oleh sebab itu, apabila kita faham pekerjaan manusia, kita akan mudah memahami pekerjaan makhluk yang lain.
Dari sudut usuluddin, perkataan paling hampir maksudnya dengan PEKERJAAN ialah PERBUATAN @ TUGAS @ FUNGSI @ PERANAN
Didalam kitab kitab, perkataan yang biasa digunakan ialah TA'ALUK
Ingat semula soalan 42
Perbuatan pada adat itu 3 bahagi
Perbuatan anggota
Perbuatan lidah
Perbuatan hati
Contoh-contoh bagi 3 jenis perbuatan itu telah diberikan pada pencerahan Soalan 42.
2 perbuatan yang pertama itu terbit dari perbuatan HATI. Justeru PADA ADAT mencampuri urusan @ pekerjaan orang lain tertentu pada 2 jenis perbuatan sahaja iaitu perbuatan anggota dan perbuatan lidah.
Pekerjaan manusia @ perbuatan manusia yang 2 jenis itu sebenarnya WUJUD @ ADA kerana adanya "ALAT" @ PERKAKAS yang terbahagi kepada 7 jenis iaitu
1) Pekuasa manusia pada adat
@ Qudrat manusia pada adat
2) Pekehendak manusia pada adat
@ Iradat manusia pada adat
3) Pengetahuan manusia pada adat
@ Ilmu manusia pada adat
4) Pehidup manusia pada adat
@ Hayat manusia pada adat
5) Pendengar manusia pada adat
@ Samiq manusia pada adat
6) Pelihat manusia pada adat
@ Basir manusia pada adat
7) Pekata manusia pada adat
@ Qalam manusia pada adat
Itulah 7 jenis "alat" @ "perkakas" yang dengannya manusia ada KELAKUAN @ PERBUATAN @ FI'IL
Untuk memahami makna
Qudrat Allah pada akal, kita perlu terlebih dahulu memahami
makna Qudrat manusia pada adat
Untuk memahami makna
Iradat Allah pada akal, kita perlu terlebih dahulu perlu memahami makna iradat manusia pada adat
Begitulah untuk 5 yang lain
Untuk memahami makna
Qalam Allah pada akal, kita perlu terlebih dahulu memahami makna qalam manusia pada adat
Secara ringkasnya,
1) Untuk memahami makna ta'aluk QUDRAT Allah pada akal, kita perlu terlebih dahulu memahami makna ta'aluk PEKUASA manusia pada adat
2) Untuk memahami makna ta'aluk IRADAT Allah pada akal, kita terlebih dahulu perlu memahami makna ta'aluk PEKEHENDAK manusia pada adat
begitulah dengan 5 yang lain
7) Untuk memahami makna ta'aluk QALAM Allah pada akal, kita terlebih dahulu perlu memahami makna ta'aluk PEKATA manusia pada adat.
SAYA TAHU
RAMAI YANG MASIH KELIRU TENTANG PENCERAHAN SOALAN KE-44 INI
TIDAK MENGAPA.......
Kita akan kupas persoalan ini pada soalan 45 dan soalan soalan berikutnya. Mudah mudahan kita semua akan SEMAKIN MUDAH FAHAM insya Allah
Maka apabila kita SUDAH FAHAM akan makna mencampuri urusan Allah pada akal, kita AKAN DAPAT mengelakkan diri dari mencampuri urusan @ pekerjaan Allah pada akal dan pada syarak.
Kita akan membincangkan makna mencampuri urusan Allah pada syarak pada Bab 9 insya Allah
Segala yang baik bsik itu anugerah Allah dan segala yg salah dan silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Maaf zahir & batin
Assalamualaikum

Isnin, 4 Januari 2016
Bab 8 Soalan 43 : Cerahkan makna HARUS pada akal Apakah sebutan bagi perkataan "harus pada akal" dalam Bahasa Arab? Apakah tujuan mempelajari makna harus pada akal?
Soalan 43
Rujuk semula Soalan 40 ,41, 42
Hukum Akal 3 perkara iaitu
Wajib pada akal
Mustahil pada akal
Harus pada akal
Cerahkan makna HARUS pada akal
Apakah sebutan bagi perkataan "harus pada akal" dalam Bahasa Arab?
Apakah tujuan mempelajari makna harus pada akal?
Jawaban
Soalan 43
Sebelum kita bincang makna HARUS pada akal, elok kita ingat semula makna HARUS PADA ADAT
Lihat semula pencerahan Soalan 37
Makna harus pada adat ialah perkara yang hukumnya BERUBAH Rubah mengikut keadaan. Saya sebutkan semula 2 contoh harus pada adat.
Contoh pertama :
Menyeberang sungai
Jika musim hujan, sungainya DALAM dan DERAS maka wajib pada adat menyeberang dengan kenderaan seperti bot @ sampan
Jika musim panas, sungainya cetek dan perlahan, cukup menyeberang dengan berjalan kaki sahaja.
Jadi
Hukum ASAL menyeberang sungai itu adalah HARUS pada adat. Tetapi berubah rubah bergantung kepada keadaan semasa seperti yang dicerahkan.
Contoh kedua :
Memandu kenderaan
Jika hendak memandu kenderaan tetapi dalam keadaan mengantuk maka WAJIB pada adat menghilangkan mengantuk terlebih dahulu seperti tidor untuk mengelakkan kemalangan jalan raya. Memandu dalam keadaan mengantuk itu haram pada adat dan haram pada syarak kerana membahayakan nyawa.
Hukum memandu dalam keadaan segar adalah DIBOLEHKAN pada adat dan pada syarak.
Jadi
Hukum memandu yang asalnya harus pada adat itu telah BERUBAH dan sentiasa berubah rubah. Kadangkala dibolehkan kadangkala tidak dibolehkan.
Itulah 2 contoh makna HARUS PADA ADAT
Sebelum kita lanjutkan perbincangan ini, ingat semula makna WAJIB & makna MUSTAHIL pada akal seperti yang sudah dicerakan pada Soalan 40 & 41.
Perkara yang wajib dan mustahil pada akal itu adalah BERHUBUNG DENGAN DIRI ALLAH @ ZAT ALLAH
Sedangkan perkara yang harus pada akal itu BERHUBUNG DENGAN PERBUATAN ALLAH
BUKAN DIRI ALLAH
BUKAN ZAT ALLAH
Tetapi berhubung dengan PERBUATAN ALLAH
Aya yakin ada yang tertanya tanya,
apa makna PERBUATAN ALLAH?
apa makna ZAT ALLAH?
apa makna DIRI ALLAH?
Secara ringkasnya begini. Ada 20 perkara yang wajib pada Allah yg lebih biasa disebut SIFAT 20. Makna bagi sifat ke-7 hingga ke-13 itu adalah ZAT ALLAH @ DIRI ALLAH. Manakala makna bagi sifat ke14 hingga ke-20 itu adalah PERBUATAN ALLAH.
Kita akan bincang sifat 20 secara lebih mendalam pada Bab 12. S kita masih pada Bab 9.
Maka makna HARUS pada AKAL ialah perkara yang diterima oleh akal tentang PERBUATAN ALLAH atas 2 perkara iaitu menjadikan makhluk dan menghukum makhluk.
MAKA SEGALA GALANYA TERSERAH KEPADA ALLAH. ALLAH BERBUAT SEKEHENDAKNYA.
Saya ulang semula SEGALA GALANYA TERSERAH KEPADA ALLAH. MUSTAHIL ADA YANG DAPAT MENGUBAH KEPUTUSAN ALLAH. ALLAH BERBUAT SEKEHENDAKNYA.
Apa perkara Perkara yang harus pada akal itu?
Jawapannya begini.
Ingat ya
Ini adalah tentang hukum akal
Bukan hukum adat
Hukum adat TIDAK BERKAIT DGN ALLAH sama sekali. Hukum akal pula SEMATA MATA TENTANG ALLAH. Tentang perbuatan Allah & tentang diri @ zat Allah.
Maka makna harus pada akal disini ada 2 perkara iaitu
1) Harus pada perbuatan menjadikan makhluk
2) Harus pada perbuatan menghukum makhluk.
Apa dia contoh 2 perbuatan itu?
Jawapannya begini
Makna harus bagi Allah pada perbuatan menjadikan makhluk pula ada 2 perkara iaitu
1) harus bagi Allah mengadakan makhluk daripada TIADA kepada ADA
2) harus bagi Allah mentiadakan @ menghilangkan makhluk daripada ADA kpd TIADA.
Contohnya seperti ini.
Katalah
Kita ada memiliki tanah yang subur. Tak kiralah tanah itu luas @ tidak luas.
Pada adat
HARUS bagi kita berkebun sayur @ membuat kebun sayur.
Kita TIDAK WAJIB berkebun sayur ditanah milik kita sendiri
Takda sesiapa yang boleh memaksa kita untuk berkebun ditanah sendiri. Terserah kepada kita.
Jika kita nak berkebun, kita berkebun.
Jika kita rasa TAK MAHU berkebun, rehat sahajalah. Kita TAK BERKEBUN.
KEPUTUSAN DITANGAN KITA SENDIRI.
TAKDA SESIAPA YANG BOLEH MEMAKSA.
Itulah perumpamaan untuk memahami makna perkataan HARUS BAGI ALLAH MENJADIKAN MAKHLUK
Contoh itu dinamakan juga sebagsi DALIL AKAL
Apa contohnya yang lain?
Baik
Contohnya begini
Kita sambung semula contoh berkebun sayur.
Katalah kita memilih utk berkebun sayur. Kita memilih utk menanam sayur pada tanah ladang seluas 10 hektar dengan tujuan memulakan perniagaan.
Bermodalkan wang sebanyak RM50,000, kita pun merancang, pada setiap musim menuai nanti, kita akan MENDAPAT HASIL RM10,000 SEHEKTAR @ RM100,000 untuk 10 hektar ladang sayur.
Maka kitapun membuat segala persiapan utk membuka ladang.
Kita beli benih sayur
Kita beli baja
Kita bajak tanah
Kita sediakan pekerja
Kita beli racun pembunuh serangga
Dan semua keperluan utk berkebun
Setelah semua keperluan berkebun sudah tersedia, maka kita pun memulakan perancangan itu sehingga berjaya menanam sayur pada tanah ladang seluas 10 hektar.
Persoalan sekarang
1) Adakah kita mendapat JAMINAN bahawa perniagaan sayur itu akan PASTI BERJAYA 100%?
2) Adakah kita menerima JAMINAN bahawa kita PASTI TIDAK AKAN RUGI ?
Jawabannya sangat mudah
Kita sama sekali tidak mendapat sebarang jaminan bahawa perniagaan kita itu akan BERJAYA 100%
Kita sama sekali tidak ada menerima sebarang jaminan bahawa kita TIDAK AKAN MENGALAMI KERUGIAN.
Pada akal, semua untung rugi itu TERSERAH KEPADA ALLAH
Jika Allah nak jadikan kita BERUNTUNG maka Allah akan hidupkan sayur kita itu dengan mengeluarkan hasil yang BAIK, BANYAK & LUMAYAN.
Pada akal
Jika Allah NAK BAGI KITA RUGI, Allah mungkin menghantar ANGIN RIBUT @ musuh2 tanaman yg akan menghancurkan tanaman kita. Akhirnya kita RUGI.
Menghidupkan bermula dari biji benih kemudian berubah beransur ansur menjadi sayur adalah contoh perbuatan Allah yang HARUS menjadikan makhluk daripada TIADA kepada ADA
Mentiadakan @ menghilangkan sayur bermula dari sayur yg segar bugar kemudian beransur ansur dijual sehingga habis @ sehingga sayur rosak binasa kerana ribut adalah contoh perbuatan Allah yang HARUS menghilangkan @ mentiadakan makhluk daripada ADA kepada TIADA.
ITULAH CONTOH HARUS BAGI
ALLAH MENJADIKAN MAKHLUK
MUSTAHIL ADA YANG DAPAT MEMAKSA ALLAH UNTUK MENJADIKAN MANUSIA ITU BERUNTUNG & MUSTAHIL ADA YANG DAPAT MEMAKSA ALLAH SUPAYA MANUSIA TIDAK MENGALAMI KERUGIAN.
Persoalan seterusnya ialah
2) Apa makna harus bagi Allah menghukum sekalian makhluk.
Apa contohnya?
Sebelum kita tengok contoh itu, kita tengok dulu contoh ini.
Katalah kita ada 3 tawanan perang @ 3 orang hamba lelaki. Semua mereka bernama Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Lu'luah.
Semua hamba itu kita berikan tugas berkebun diladang sayur kita yang seluas 10 hektar itu. Kita BERJANJI kepada mereka bahawa mereka TIDAK AKAN DIANIAYA dan kita akan berlaku ADIL seadil adilnya.
Setiap hamba itu kita berikan kerja kerja yang berbeza sesuai dengan kemahiran dan kekuatan tubuh mereka. Oleh kerana mereka itu adalah HAMBA maka kita boleh
1) menyuruh mereka melakukan
apa sahaja kerja kerja
2) kita boleh memberi mereka
SAGUHATI mengikut kebijaksanaan
dan keadilan kita.
Berdasarkan hasil hasil kerja mereka, kitapun membuat keputusan iaitu samada
1) kita merdekakan mereka @
2) mereka terus sebagai hamba @
3) kita berikan mereka SAGUHATI
yang selayaknya.
Jika kita beri saguhati yang berbeza @ keputusan yang berbeza, mereka TIDAK boleh mempertikaikan keputusan kita. Mereka tidak boleh kata kita "TIDAK ADIL". Kita adalah PEMILIK HAMBA PADA ADAT. Mereka adalah hamba pada adat. Hamba TIDAK ADA HAK MEMPROTES. Sebarang keputusan kita, adalah KEPUTUSAN YANG TERBAIK DAN PALING ADIL UNTUK MEREKA. HANYA HAMBA kita itu yang tidak tahu. Mereka tidak tahu qualiti kerja rakan rskan hamba yang lain. Mereka hanya tahu qualiti kerjanya.
Kita tidak akan menganiaya mereka.
Itulah perumpamaan utk memahami makna HARUS bagi Allah menghukum sekalian hamba-NYA
Kita adalah hamba Allah pada akal dan pada syarak. Allah adalah pemilik kita pada akal dan pada syarak. Jika Allah ingin mengazab seorang hamba-NYA yang derhaka selama 1000 tahun dalam neraka dan seorang lagi yang derhaka disiksa selama 1 tahun dalam neraka, maka mestilah ada sebab sebabnya yang kita sebagai hamba TIDAK TAHU, HANYA ALLAH YANG TAHU. Allah tahu QUALITI iman semua hamba-NYA. Sebenar benarnya Allah itu MAHA MAHA TAHU MAHA ADIL MAHA KUASA.
Saya ulang semula, jika ALLAH mengazab hamba-NYA dengsn azab yang berbeza, maka sudah tentulah ADA SEBAB SEBABNYA yang hanya diketahui oleh pemilik hamba itu iaitu ALLAH. Mustahil Allah aniaya kepada hamba-NYA. Sebenar sebenarnya itulah YANG TERBAIK & PALING ADIL UNTUK HAMBA-NYA ITU. ALLAH TA'ALA BERBUAT SEKEHENDAKNYA.
Itulah contoh harus pada akal bagi Allah menghukum sekalian makhluk-NYA
Perkataan harus pada akal dalam Bahasa Arab disebut sebagai JAIZ
Persoalan yang terakhir ialah
Apakah tujuan kita mempelajari makna harus pada akal?
Tujuannya ialah supaya kita faham 2 makna harus yg lain iaitu
Makna harus pada adat dan
Makna harus pada syarak
Apabila kita sudah tahu perbezaan ketiga tiga makna harus itu maka dapatlah kita menjaga adab kepada Allah. Dapat menjauhkan diri dari perkataan yang menimbulkan murka Allah.
Segala yang baik baik itu anugerah Allah
Semua yang salah & silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu
Maaf zahir batin
Wallohua'lam
🌻🌻🌻🌻🌻

Sabtu, 2 Januari 2016
Bab 8 Soalan 42: Cerahkan makna MUSTAHIL pada akal Apakah sebutan bagi perkataan "mustahil pada akal" dalam Bahasa Arab? Apakah tujuan mempelajari makna mustahil pada akal?
Soalan 42
Rujuk semula Soalan 40 & 41
Hukum Akal 3 perkara iaitu
Wajib pada akal
Mustahil pada akal
Harus pada akal
Cerahkan makna MUSTAHIL pada akal
Apakah sebutan bagi perkataan "mustahil pada akal" dalam Bahasa Arab?
Apakah tujuan mempelajari makna mustahil pada akal?
Jawapan:
Sebelum kita bincang makna MUSTAHIL pada akal ada baiknya kita lihat semula makna mustahil pada ADAT pada Soalan 36 & 37
Secara ringkas
Makna mustahil pada adat ialah perkara yang SAMA SEKALI TIDAK DITERIMA AKAL akan adanya dan sebagainya. Semua perkara itu hanya ada pada fikiran @ lintasan lintasan hati sahaja. Sebenar benarnya TIDAK ADA @ TIDAK WUJUD SAMA SEKALI di alam semesta ini.
Saya beri semula contoh MUSTAHIL pada adat @ bida'ah pada adat
Contohnya ialah
Manusia boleh bertukar menjadi BESI
Manusia mungkin lebih besar daripada bumi
2 contoh itu MUSTAHIL WUJUD didunia ini. Ianya hanya sekadar lintasan hati yang sebenar benarnya TIDAK PERNAH WUJUD sama sekali.
Itulah juga makna
Kafir pada adat
Itulah yang dinamakan bida'ah pada ADAT.
Maka makna MUSTAHIL pada akal ialah perkara perkara yang sama sekali TIDAK DITERIMA AKAL akan adanya pada Allah. Semua itu hanya lintasan hati @ ada dalam fikiran. Sebenar benarnya TIDAK ADA @ TIDAK WUJUD PADA DIRI ALLAH.
Saya ulang semula
Perkara yg mustahil pada akal itu adalah TERTENTU PADA ZAT ALLAH @ PADA DIRI ALLAH sahaja.
BUKAN pada 2 perkara iaitu
BUKAN pada perbuatan Allah menjadikan makhluk dan
BUKAN juga pada perbuatan Allah menghukum makhluk.
Sebelum kita cerahkan maknanya, kita ulang semula perkongsian yg telah lalu. Perkara yang mustahil pada akal itulah yang dinamakan bida'ah pada AKAL @ KAFIR pada akal
Ingat ya
Kafir pada akal
bukan bermakna kafir pada adat &
bukan bermakna kafir pada syarak
makna kafir pada syarak akan kita bincang pada Bab 9 insya Allah.
Sejarang kita masih pada Bab 8.
Jadi
Apa dia yg sebenar benarnya tidak wujud pada akal itu?
Apa dia yg sebenar benarnya bida'ah pd akal tu?
Apa dia yang sebenar bdnarnya kafir pada akal itu?
Perkara bida'ah pada akal ialah sesuatu yang diada adakan tentang DIRI Allah yang sebenar benarnya TIDAK ADA. Perkara yang diada adakan itu adalah melalui 3 perbuatan yang dicerahkan pada Soalan 41.
Ingat lagi tak 3 jenis perbuatan tu? Takpa. Takpa. Saya tanya. Saya jawab. Takda masalah. 3 perbuatan itu ialah
Perbuatan anggota 5 pancaindera.
Perbuatan lidah
Perbuatan hati
Perbuatan anggota 5 pancaindera lebih biasa disebut abg "fi'li" @ perbuatan anggota.
Perbuatan lidah lebih biasa disebut sebagai "lisani" @ perbuatan lisan.
Manakala perbuatan hati lebih biasa disebut sebagai "Qolbi"
7 contoh contohnya setiap satu telah diberi pada soalan 41.
Persoalan sekarang,
Apakah contoh contoh bida'ah pada akal melalui 3 jenis perbuatan itu?
Jawabannya begini
Sebelum kita cerahkan
Elok kita semak semula soalan 12-17.
Sebahagian daripada pencerahan ini telah disebut pada 6 soalan itu iaitu Soalan 12-17.
Contoh perbuatan yang sebenar benarnya bida'ah pada akal @ sebenar benarnya MUSTAHIL PADA AKAL ialah seperti berikut :
Perbuatan ANGGOTA
Contoh perbuatan ini tidak ada di Malaysia tetapi terjadi di negara negara Arab seperti pada tentera Syiah Syria. Zahirnya Syiah ini Islam tetapi mereka sebenarnya adalah KAFIR PENYEMBAH BERHALA. Mereka meletakkan @ menggantung kalimah Allah dihadapan "Kuil Syiah" menghadap kiblat dan mereka menyembah kalimah yang mereka gantung itu. Perbuatan penganut Syiah ini sama seperti menyembah BERHALA.
13 Contoh
Perbuatan LIDAH ialah
1) Perkataan yang membawa maksud Allah itu TIDAK WAJIB wujud seperti Allah itu mungkin wujud sahaja.
2) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin ada permulaan seperti Allah itu memiliki anak.
3) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin berubah seperti didunia Allah tidak boleh dilihat dengan mata tetapi didalam syurga boleh dilihat dengan mata.
4) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin ada persamaan dengan makhluk seperti Allah bertangan, berkaki, bertempat tetapi tangan, kaki dan tempatnya seperti yang selayaknya utk Allah. Perkataan itu mustahil pada Allah dan sebenar benarnya KAFIR PADA AKAL.
5) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin ada kelemahan seperti Allah itu mungkin tidak mengetahui sesetengah perkara yang terjadi sebab alam semesta ini sangat luas
6) Perkataan yg membawa maksud zat Allah itu TIDAK ESA seperti zat Allah itu mungkin berbilang2. Zat Allah mungkin ada kaki ada tangan dan sebagainya.
7) Perkataan yang membawa maksud zat Allah itu mungkin TIADA QUDRAT @ LEMAH @ TIDAK ADIL seperti dakwaan "mayat Firaun yang tersimpan di muzium itu TIDAK DISIKSA. Yang Allah siksa hanya ROH FIRAUN"
8) Perkataan yg membawa maksud zat Allah itu mungkin TIDAK ADA KEHENDAK seperti "Allah membiarkan sesetengah manusia sesat atau membiarkan sesetengah manusia mati dalam kesesatan".
9) Perkataan yang membawa maksud zat Allah itu mungkin TIADA PENGETAHUAN @ JAHIL seperti dakwaan "Tak kan Allah tahu semua. Tak kan Allah tahu apa yang ada dalam hati semua manusia sejak dulu hingga sekarang. Mustahil Allah tahu semua tu"
10) Perkataan yg membawa maksud Allah itu mungkin TIDAK MEMELIHARA hambaNYA yang mukmin seperti perkataan "kenapalah Allah tak tolong orang yang dalam kesusahan tu? dan lain lain.
11) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin TIDAK NAMPAK seperti "kenapalah Allah membiarkan dunia ini dimusnahkan oleh orang orang kafir" dan lain lain.
12) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin TIDAK MENDENGAR seperti "kenapalah doa saya tidak didengar oleh Allah, kenapalah doa orang miskin itu tidak didengar oleh Allah" dan lain lain.
13) Perkataan yang membawa maksud Allah itu mungkin TIDAK BERKATA @ TIDAK MENYURUH seperti "tak kan semua Allah ada sebut dalam Al Quran, mungkin ada yang Allah belum sebut" dan lain lain.
Contoh
Perbuatan HATI pula
ialah spt meyakini 13 contoh perkataan diatas. Perkataan itu TIDAK DILAFAZKAN akan tetapi TERSIMPAN DALAM HATI SAHAJA @ dalam bentuk lintasan lintasan hati sahaja.
Itulah contoh bida'ah pada akal yang sebenar benarnya MUSTAHIL PADA ZAT ALLAH @ MUSTAHIL PADA DIRI ALLAH
Semua contoh perbuatan itu dinamakan juga KAFIR PADA AKAL
Perkataan "mustahil pada akal" dalam Bahasa Arab disebut sebagai "istihaalah"
Persoalan terakhir ialah
Apa tujuan kita mempelajari makna mustahil pada akal?
Jawabannya ialah
Supaya kita tahu makna mustahil bagi 2 hukum yang lain iaitu
Makna mustahil pada adat dan
Makna mustahil pada syarak
Apabila kita sudah mengetahui makna kedua duanya itu maka dapatlah kita menjauhkan diri daripada perkataan perkataan yang dinamakan
Bida'ah pada akal
Kafir pada akal
Dengan itu kita akan sentiasa berada dalam keadaan MENTAUHIDKAN ALLAH PADA AKAL.
Kita akn mempelajari makna mentauhidkan Allah pada Syarak pada Bab 9 insya Allah
Semua yang baik baik itu anugerah Allah
Semua yang salah & silap itu kerana saya memperturut hawa nafsu.
Maaf zahir & batin
Wallohua'lam
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Langgan:
Catatan (Atom)